teks pengacaraan sambutan maulidur rasul 1432 h surau almukmini jalan rimba bandar seri alam

5
Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H Surau AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA) BANDAR SERI ALAM Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi. Mega berarak indah berbalam, Dipuput bayu ke pohon ara; Pemanis kalam selamat malam, Awal bismillah pembuka bicara @ Assalamualaikum w.b.t. Yang dihormati Ustaz Mohammad James, Pengarah Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz, yang berusaha En Pajar bin Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba)

Upload: pokcikmad

Post on 02-Jul-2015

6.776 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks pengacaraan sambutan maulidur rasul 1432 h surau almukmini jalan rimba bandar seri alam

Teks Pengacaraan Sambutan Maulidur Rasul 1432H Surau

AlMukmini Jalan Rimba Bandar Seri Alam

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H

SURAU AL-MUKIMININ (JALAN RIMBA)

BANDAR SERI ALAM

Kepada semua para hadirin dipersilakan untuk

mengambil tempat di dalam dewan kerana majlis akan

dimulakan sebentar lagi.

Mega berarak indah berbalam,

Dipuput bayu ke pohon ara;

Pemanis kalam selamat malam,

Awal bismillah pembuka bicara

@ Assalamualaikum w.b.t.

Yang dihormati Ustaz Mohammad James, Pengarah

Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz, yang berusaha En Pajar bin

Ranting , Pengerusi Surau Al-Mukminin (Jalan Rimba)

Page 2: Teks pengacaraan sambutan maulidur rasul 1432 h surau almukmini jalan rimba bandar seri alam

Bandar Seri Alam, serta ahli jawatankuasanya, dan para

hadirin yang rahmati Allah sekalian.

@ Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana

dengan limpah dan kurnia serta keizinanNya sekali lagi

pada tahun ini kita dapat mengadakan Majlis Sambutan

Maulidur Rasul sempena memperingati junjungan besar

Nabi Muhammad S.A.W.

@ Selamat datang diucapkan dan setinggi-tinggi terima

kasih kepada semua para jemputan kerana sudi

meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini, semoga majlis

yang diadakan pada hari ini dapat dijalankan dengan

lancar dan jayanya.

@ Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis pada malam yang berbahagia ini akan dimulakan

dengan bacaan ayat suci al-Quran yang akan

disampaikan oleh En Shahrin bin…………... Majlis

mempersilakan.

Page 3: Teks pengacaraan sambutan maulidur rasul 1432 h surau almukmini jalan rimba bandar seri alam

@ Terima kasih diucapkan kepada Qari atas bacaan ayat

suci al-Quran itu tadi. Bagi memberkati majlis, dengan ini

pihak majlis menjemput dan mempersilakan En. Ismail

Nasirrudin Shah untuk membacakan doa. Dipersilakan.

@ Amin ya rabbal a’lamin. Terima kasih diucapkan

kepada En. Ismail Nasirudin Shah di atas bacaan doa itu

tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau itu tadi

majlis kita akan dapat berjalan dengan lancar dan

mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.

@ Bagi meneruskan majlis, dengan ini dipersilakan

………………………………………………….untuk

mempersembahkan marhaban dan selawat. Untuk itu,

diminta para hadirin agar dapat berselawat bersama-

sama. Dipersilakan.

@Terima kasih diucapakan kepada kumpulan pelajar

Darjah Khas atas persembahan itu tadi. Tanpa

melengahkan masa, marilah kita bersama-sama

mendegar dan menghayati ceramah Maulidur Rasul yang

Page 4: Teks pengacaraan sambutan maulidur rasul 1432 h surau almukmini jalan rimba bandar seri alam

akan disampaikan oleh Ustaz Mohamed James yang

diundang khas dari Maahad Tahfiz Ibnu Nahfiz. Dengan

segala hormatnya dipersilakan.

@ Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Ustaz

Mohammad James di atas ceramah yang telah

disampaikan oleh beliau itu tadi. Semoga kita semua

dapat mengambil iktibar dan panduan berguna daripada

ceramah tersebut.

@ Seterusnya majlis mempersilakan Yang Berusaha

Encik Pajar bin Ranting, Pengerusi Surau Al-Mukminin,

Jalan Rimba Bandar Seri Alam menyampaikan

cenderahati kepada Ustaz Mohammad James. Majlis

mempersilakan

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sempurnalah sudah majlis sambutan Maulidur Rasul

Surau al-Mukminin Jalan Rimba Seri Alam.

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati Ustaz

Mohammad James diiringi Yang Berusaha, Encik Pajar,

Page 5: Teks pengacaraan sambutan maulidur rasul 1432 h surau almukmini jalan rimba bandar seri alam

para jemputan serta hadirin sekalian untuk ke majlis

santapan...

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah

menjayakan dan menghadiri Majlis ini.

Majlis ini diakhiri dengan serangkap pantun.

Kalau ada jarum yang patah

Jangan disimpan didalam peti

Majlis perasmian selesailah sudah

Jumpa lagi di lain kali