bil. 4 / 21 oktober 2011 - 26 zulkaedah 1432 files/makalah dakwah - bil 4.pdfbil. 4 / 21 oktober...

2
MENGAPA MEMILIH ISLAM? Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam iii), Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Firman Allah s.w.t: Maksudnya: “ dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi. ” (Surah Ali Imran: 85) Ketika menafsiran ayat di atas, Al Imam Al Hafiz ‘Imaduddin Abi Al Fida’ Ismail Bin Kathir atau lebih masyhur dengan panggilan Imam Ibnu Kathir memberi penjelasan yang terang lagi bersuluh bahawa sesiapa yang melalui sesuatu jalan selain daripada jalan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t, maka Allah s.w.t sekali-kali tidak merestui perjalanannya itu. Beliau menguatkan lagi penjelasannya dengan membawa sebuah hadis nabi s.a.w yang berbunyi: ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﻋﻤﻼ ﻟﯿﺲ ﻋﻠﯿﮫ أﻣﺮﻧﺎ ﻓﮭﻮ ردMaksudnya: “ Sesiapa yang membuat sesuatu perkara yang mana tidak bersandarkan kepada agama ini (Islam), maka perkara tersebut adalah tidak diterima sama sekali (oleh Allah s.w.t). ” Manusia & Agama Secara hakikanya, fitrah manusia itu berkehendakkan kepada agama. Agama menjadi sandaran terkuat dalam kehidupan seseorang individu untuk melakukan sebarang aktiviti di dalam kehidupannya. Namun di sana ada juga sekelompok manusia yang mengaku tidak beragama yang kita namakan sebagai golongan animisme atau atheis. Manusia yang tidak beragama hidupnya kosong, tiada pengisian dan tidak bermakna. Jiwa yang tiada terisi ini suatu masa pasti jua mencari nilai-nilai yang hilang di dalam hidup mereka. Agama mengajar kepada manusia nilai-nilai kehidupan. Semua agama di dunia ini mengajar penganutnya erti berbuat baik dan balasan berbuat buruk. Namun begitu, bukan semua agama yang memberikan nilai-nilai moral tadi dapat menunjukkan jalan dan laluan yang betul. Analogi yang mudah untuk difahami dalam hal ini adalah seperti dua orang yang bernama A dan B menaiki bas yang sama jenis tetapi berlainan nombornya yang membawa maksud berlainan destinasi. Akan tetapi dalam masa yang sama kedua-dua A dan B sebenarnya hendak menuju ke suatu tempat yang sama iaitu ke Kuala Lumpur. Adakah kedua-duanya dapat berjumpa di destinasi yang hendak dituju pada penghujung perjalanan? Mengapa Islam? Begitulah halnya dengan kehidupan kita. Islam adalah agama yang boleh membawa kita ke destinasi yang tepat dengan selamat sesuai dengan namanya yang bermaksud sejahtera. Persoalannya di sini mengapa Islam menjadi agama yang boleh membawa kita menuju ke jalan yang lurus? Jawapannya adalah kerana pada Islam terhimpun beberapa keistimewaan yang tiada terdapat pada agama-agama lain di dunia ini. BIL. 4 / 21 Oktober 2011 - 26 Zulkaedah 1432

Upload: donguyet

Post on 02-Jul-2019

230 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MENGAPA MEMILIH ISLAM?

Oleh: Ustaz Wan Mohd Hazim Bin Wan Mohd Hashim Pegawai Masjid (Imam iii),

Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “ dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak termasuk orang-orang yang rugi. ” (Surah Ali Imran: 85) Ketika menafsiran ayat di atas, Al Imam Al Hafiz ‘Imaduddin Abi Al Fida’ Ismail Bin Kathir atau lebih masyhur dengan panggilan Imam Ibnu Kathir memberi penjelasan yang terang lagi bersuluh bahawa sesiapa yang melalui sesuatu jalan selain daripada jalan yang telah disediakan oleh Allah s.w.t, maka Allah s.w.t sekali-kali tidak merestui perjalanannya itu. Beliau menguatkan lagi penjelasannya dengan membawa sebuah hadis nabi s.a.w yang berbunyi:

من عمل عمال لیس علیھ أمرنا فھو رد Maksudnya: “ Sesiapa yang membuat sesuatu perkara yang mana tidak bersandarkan kepada agama ini (Islam), maka perkara tersebut adalah tidak diterima sama sekali (oleh Allah s.w.t). ” Manusia & Agama Secara hakikanya, fitrah manusia itu berkehendakkan kepada agama. Agama menjadi sandaran terkuat dalam kehidupan seseorang individu untuk melakukan sebarang aktiviti di dalam kehidupannya. Namun di sana ada juga sekelompok manusia yang mengaku tidak beragama yang kita namakan sebagai golongan animisme atau atheis. Manusia yang tidak beragama hidupnya kosong, tiada pengisian dan tidak bermakna. Jiwa yang tiada terisi ini suatu masa pasti jua mencari nilai-nilai yang hilang di dalam hidup mereka. Agama mengajar kepada manusia nilai-nilai kehidupan. Semua agama di dunia ini mengajar penganutnya erti berbuat baik dan balasan berbuat buruk. Namun begitu, bukan semua agama yang memberikan nilai-nilai moral tadi dapat menunjukkan jalan dan laluan yang betul. Analogi yang mudah untuk difahami dalam hal ini adalah seperti dua orang yang bernama A dan B menaiki bas yang sama jenis tetapi berlainan nombornya yang membawa maksud berlainan destinasi. Akan tetapi dalam masa yang sama kedua -dua A dan B sebenarnya hendak menuju ke suatu tempat yang sama iaitu ke Kuala Lumpur. Adakah kedua-duanya dapat berjumpa di destinasi yang hendak dituju pada penghujung perjalanan? Mengapa Islam? Begitulah halnya dengan kehidupan kita. Islam adalah agama yang boleh membawa kita ke destinasi yang tepat dengan selamat sesuai dengan namanya yang bermaksud sejahtera. Persoalannya di sini mengapa Islam menjadi agama yang boleh membawa kita menuju ke jalan yang lurus? Jawapannya adalah kerana pada Islam terhimpun beberapa keistimewaan yang tiada terdapat pada agama-agama lain di dunia ini.

BIL. 4 / 21 Oktober 2011 - 26 Zulkaedah 1432

Dr. Abdul Karim Zaidan, seorang pensyarah dan juga mantan Dekan Fakulti Syariah Islamiah, Jabatan Pengajian Islam di Universiti Baghdad, Iraq menyatakan di dalam kitab beliau Usul Ad Da’wah, antara keistimewaan tersebut ialah: 1) Sumber rujukan diiktiraf Pencipta alam Sumber rujukan utama agama Islam ialah kitab Al Quran yang mana satu-satunya kitab mendapat pengiktirafan daripada Allah s.w.t. Ini jelas sekali berdasarkan firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “ diturunkan Al-Quran ini, dengan tidak ada sebarang syak(keraguan) padanya, dari Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ” (Surah As Sajdah: 2) 2) Mengambil kira keseluruhan aspek kehidupan manusia di dunia hingga akhirat Islam menjaga keselamatan dan keharmonian manusia dari segenap sudut dengan panduan yang telah disediakan Allah s.w.t bukan berdasarkan panduan akal manusia seperti yang terjadi di dalam agama lain. Islam sangat meraikan perkara yang mendatangkan kebaikan di dalam apa jua tindakan yang dibuat oleh manusia bukan sahaja di dunia bahkan hingga akhirat. Mungkin dari satu sudut perkara yang dilakukan itu menguntungkan kita, akan tetapi Islam mempunyai pandangan yang lebih jauh. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “ ...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu perkara padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu perkara padahal ia buruk bagi kamu, dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. ” (Surah Al Baqarah: 216) 3) Umum kepada semua manusia Sifatnya yang umum dan berhak dianuti oleh sesiapa sahaja daripada kalangan manusia, menjadikan Islam semakin selamat untuk membawa kita semua kepada destinasi yang tepat di dunia dan akhirat. Firman Allah s.w.t:

Maksudnya: “ dan tidaklah Kami mengutuskanmu (Wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya, sebagai Rasul pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman), dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang engkar); akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui (hakikat itu). ” (Surah Saba’: 28) Kembali kepada Islam Alangkah bertuahnya kita yang bergelar muslim samada semenjak lahir atau di pertengahan kehidupan. Masa bermula tidak begitu penting, yang pasti kita sedia menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini dengan penuh ketaatan. Semoga ni’mat terbesar yang diberikan oleh Allah s.w.t dapat kita gunakan dengan sebaik mungkin. Betapa ramai lagi umat manusia pada hari ini yang belum mengecapi ni’mat terbesar yang dikurniakan kepada kita. Harapan dan doa kita agar sinar Islam kembali menerangi alam ini seperti di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda.

Terbitan : Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman

MAKLUMAN! Makalah Dakwah adalah suatu penulisan ringkas berbentuk ilmiah yang diterbitkan dua minggu sekali di bawah Unit Dakwah & Informasi, Masjid Abidin (Masjid Negeri), Terengganu Darul Iman. Makalah Dakwah boleh didapati pada setiap hari Jumaat minggu pertama dan ketiga setiap bulan mengikut kalendar Masehi di dewan solat muslimin dan muslimat. Sebarang teguran daripada muslimin dan muslimat amatlah dialu-alukan bagi menambah baik pengurusan pengimarahan masjid.

MAKALAH DAKWAH مقالــة الــدعوة