teks pengacara majlis tilawah al-quran peringkat kawasan pelajaran paya

5
TEKS PENGACARA MAJLIS UJIAN TILAWAH, TAFSIR DAN HAFAZAN AL-QURAN [MTQ] PERINGKAT KAWASAN PELAJARAN PAYA TAHUN 1432H2!11M " 1 MALAYSIA, 1 UMMAH#

Upload: mohd-harqib-haris

Post on 06-Oct-2015

2.552 views

Category:

Documents


148 download

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN

TRANSCRIPT

TEKS PENGACARA

MAJLIS UJIAN TILAWAH, TAFSIR DAN HAFAZAN AL-QURAN

[MTQ]PERINGKAT KAWASAN PELAJARAN PAYATAHUN 1432H/2011M 1 MALAYSIA, 1 UMMAHMASACUEANN

8.00 pagi

Semua peserta, hakim dan yang terlibat mengambil tempat

Dipersilakan, semua peserta dan hadirin sekalian untuk mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar sahaja lagi.

Kata alu-aluan pengacara majlisBissmillahirahmanirrahim,Alhamdulillahirabilaalim wasalatiwassalamuaasyrafilambia ilwalmursalin (hingga akhir ayat)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarkatuh.Kita mulakan majlis kita pada pagi ini dengan membaca umul kitab al-Fatihah.Yang dihormati,

Para juri/ hakim, penjaga masa, guru-guru pengiring, guru-guru, peserta-peserta ujian Tilawah al-Quran peringkat Kawasan Pelajaran Paya bagi tahun 2011 seterusnya saudara-saudari, hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian.Syukur Alhamdulillah,

bersama kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi,

atas limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di sini untuk mendengar alunan bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang akan diperdengarkan oleh peserta-peserta Tilawah al-Quran kategori lelaki peringkat Kawasan Pelajaran Paya bagi tahun 2011.

Saya mewakili pihak penganjur,

mengucapkan selamat datang kepada tuan-tuan dan puan-puan ke majlis pada pagi ini.Jauh-jauh kapal datang,

Jintan selasih dimasak minyak,

Tuan puan jauh ke mari datang,

Terima kasih banyak-banyak.Sebelum itu,eloklah kiranya saya membacakan beberapa peraturan penting sebagai peringatan kepada para peserta pertandingan. Para peserta diingatkan bahawa masa bacaan adalah sekitar enam ke lapan minit sahaja. Loceng pertama akan dibunyikan sekali pada minit ke enam (penjaga masa membunyikan loceng). Seterusnya, loceng kedua akan dibunyikan pada minit ke lapan sebanyak dua kali (penjaga masa membunyikan loceng). Para peserta boleh meneruskan atau menghabiskan bacaan selepas minit ke lapan tetapi tiada sebarang markah akan diberikan. Pemenang akan dinilai berdasarkan kepada markah yang tertinggi. Keputusan hakim/ juri adalah muktamad.

Peserta memulakan bacaanPeserta 1Untuk makluman hadirin,

seramai ______ orang perserta yang akan memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran pada pagi ini.Tanpa membuang masa,

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan peserta pertama untuk memperdengarkan bacaan. Peserta pertama akan membacakan surah ______________ bermula ayat ________ .Dipersilakan.

Sadakallahulazim.Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh adik ___________________ mewakili Sekolah Kebangsaan ___________________.Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Peserta 2Hadirin sekalian,

majlis diteruskan dengan mempersilakan peserta kedua untuk memperdengarkan bacaan. Peserta kedua akan membacakan surah ______ bermula dari ayat ______.Dipersilakan.

Sadakallahulazim.Demikianlah tadi bacaan ayat-ayat suci al-Quran yang telah diperdengarkan oleh peserta mewakili Sekolah Kebangsaan ______________ .Beliau ialah adik ________________.

P/S:

Urutan peserta ikut seperti di atas.

Dapatkan senarai peserta, surah bacaan dan sekolah. Buat pengumuman jika ada.

Disediakan oleh:

Roslan bin Ismail

PISMP PSV/PJ