save our shores (s.o.s) pendidikan kecil paya laut projek penyelidikan produk...pendidikan kecil...

7
Save Our Shores (S.O.S) Penyelidikan Produk Paya dan Mencantikkan Kawasan Pusat Pendidikan Kecil Paya Laut PULAU PINANG, 28hb Februari - 1 Mac 2015 Scouts of the World Voluntary Service Team, jawatankuasa ad-hoc daripada Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Save Our Shores - Penyelidikan Produk Paya dan Mencantikkan Kawasan Pusat Pendidikan Kecil Paya Laut di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sungai Acheh, Nibong Tebal. Tujuan projek ini adalah untuk memahami produk paya secara lebih lanjut dan mempromosikannya kepada masyarakat disamping meningkatkan kesedaran pengakap tentang kepentingan menjaga dan memulihara hutan paya. Aktiviti-aktiviti projek sepanjang 2 hari ini termasuklah pengenalan produk makanan paya, aktiviti menyediakan produk makanan paya serta mencantikkan kawasan Pusat pendidikan kecil Paya Laut dengan melukis mural. Pengerusi PIFWANITA (Kumpulan Wanita PIFWA) memberikan taklimat ringkas tentang buah- buah pokok paya yang boleh dijadikan produk makanan.

Upload: others

Post on 19-Jan-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Save Our Shores (S.O.S) – Penyelidikan Produk Paya dan Mencantikkan Kawasan Pusat

Pendidikan Kecil Paya Laut

PULAU PINANG, 28hb Februari - 1 Mac 2015 – Scouts of the World Voluntary Service Team,

jawatankuasa ad-hoc daripada Sekretariat Pengakap Kelana Negeri Pulau Pinang telah

mengadakan Save Our Shores - Penyelidikan Produk Paya dan Mencantikkan Kawasan Pusat

Pendidikan Kecil Paya Laut di Pusat Pendidikan Kecil Hutan Paya Laut, Sungai Acheh, Nibong

Tebal.

Tujuan projek ini adalah untuk memahami produk paya secara lebih lanjut dan

mempromosikannya kepada masyarakat disamping meningkatkan kesedaran pengakap

tentang kepentingan menjaga dan memulihara hutan paya.

Aktiviti-aktiviti projek sepanjang 2 hari ini termasuklah pengenalan produk makanan paya,

aktiviti menyediakan produk makanan paya serta mencantikkan kawasan Pusat pendidikan

kecil Paya Laut dengan melukis mural.

Pengerusi PIFWANITA (Kumpulan Wanita PIFWA) memberikan taklimat ringkas tentang buah-

buah pokok paya yang boleh dijadikan produk makanan.

Atas sikap ketidak tanggungjawab masyarakat, sampah-sarap di hutan paya amat banyak dan

semuanya mengalir dari laut. Pelbagai jenis,sampah termasuklah bahan yang boleh dikitar

semula dan tidak boleh dikitar semula.

Aktiviti penanaman anak pokok bakau dan pembetulan keadaan tanaman anak pokok bakau

pada projek yang lepas dijalankan oleh pengakap kelana atas bimbingan pengerusi dan ahli-

ahli Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA).

“Kumpulan pengakap adalah kumpulan sukarela yang pertama bersama kami menjalankan

aktivti penyemaian. Biasanya, sukarela lain hanya bersama kami dalam proses menanam anak

pokok bakau.” kata Encik Ilias bin Shafie, Pengerusi Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan

Pantai Pulau Pinang. Penyemaian adalah proses awal untuk penanaman pokok bakau dan ia

merupakan proses yang amat penting supaya dapat menambahkan kehidupan pokok paya.

Projek aktiviti ini diakhiri dengan penerangan dan pengenalan tentang spesis pokok paya serta

kegunaannya oleh Encik Ilias.