teks pengacara majlis pibk smkpb

11
1 TEKS PENGACARA MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBK SMK PASIR BESAR KALI KE -40 TAHUN 2016 PENGACARA : EN MOHD HADZMEER HAFIZEE B RAZALI & PN HALIMATUL FATIHAH BT IBRAHIM AGENDA TEKS 1. PERSEMBAHAN MONTAJ 2. UCAPAN PENGUMUMAN 3. ( Sekiranya Perasmi Datang Lebih Awal Untuk tatapan para tetamu yang hadir Mengumumkan ketibaan Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap ADUN Gemas) *******Majlis mengucapkan selamat datang kepada Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) bersama dengan ahli rombongan. Terima kasih daun keladi pihak majlis amat berbesar hati di atas kesudian Yang Berhormat hadir bersama-sama dalam majlis pada petang ini 4. Menjemput dan Mempersilakan Tetamu Mengambil Tempat Majlis menjemput dan mempersilakan Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) dengan diiringi Tn Haji Abdul Rahman

Upload: wmzin77

Post on 13-Jul-2016

245 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

1

TEKS PENGACARA MAJLISMESYUARAT AGUNG PIBK SMK PASIR BESAR KALI KE -40 TAHUN 2016

PENGACARA : EN MOHD HADZMEER HAFIZEE B RAZALI & PN HALIMATUL FATIHAH BT IBRAHIMAGENDA TEKS

1. PERSEMBAHAN MONTAJ

2. UCAPAN PENGUMUMAN

3. ( Sekiranya Perasmi Datang Lebih Awal

Untuk tatapan para tetamu yang hadir

Mengumumkan ketibaanYang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap ADUN Gemas)

*******Majlis mengucapkan selamat datang kepadaYang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) bersama dengan ahli rombongan. Terima kasih daun keladi pihak majlis amat berbesar hati di atas kesudian Yang Berhormat hadir bersama-sama dalam majlis pada petang ini

4. Menjemput dan Mempersilakan Tetamu Mengambil Tempat

5. Nyanyian lagu Negaraku

Majlis menjemput dan mempersilakanYang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) dengan diiringi Tn Haji Abdul Rahman Bin Safar, Pengetua SMK Pasir Besar bersama dif-dif jemputan yang lain untuk mengambil tempat di atas pentas.Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku

Page 2: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

2

6. Bacaan Doa

7. Ucapan alu-aluan pengerusi majlis

dengan iringan muzik.

Semua hadirin dipersilakan duduk

Anak ayam turun sembilan Mati seekor tinggal lapan Duduk berdoa kepada Tuhan Minta Allah jalan ketetapan

Sidang hadirin warga dewan yang dimuliakan,Bagi memula dan memuliakan majlis marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustadz Abdul Hadi Bin Salleh untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pergi mengail ikan haruanBuat selendang kain pelekatTerima kasih kepada tuanDoa dipohon semoga berkat

Amin Ya rabbal alamin….Majlis mengucapkan terima kasih kepada ustadz ABDUL HADI BIN SALLEH atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Assalamualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam sehati sejiwa.

Page 3: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

3

1. Yang Berhormat DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN AB SAID ( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas)

2. Yang berusaha ……………………………………(PPD TAMPIN/ WAKIL )

3. Yang Berusaha ……………………………………..Pengurus / ketua kampong

4. Yang Berusaha EN GHAZALI B ZAKARIAYang Dipertua PIBK SMKPB

5. Yang Berusaha TN HAJI ABDUL RAHMAN BIN SAFARPengetua SMKPB

6. Guru-guru penolong kanan SMKPB

Guru-guru kanan matapelajaran ,guru-guru, Ahli-ahli JawatanKuasa PIBK, Ibu bapa dan penjaga pelajar, pelajar-pelajar seterusnya hadirin hadirat yang dihormati sekalian

Jejaran mengkudu berbias kesumaDi celah angsana di Tanah JawaUcapan Aluan pembuka bicaraDi dewan Gemilang kita bersua

Lenggang bertapak seni memandangSilat sendeng menyusun jariSalam sembah selamat datangSudi tuan ke majlis kami

Page 4: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

4

Pada majlis yang penuh bermakna ini, marilah kita memanjat syukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmatnya kita diberikan kekuatan untuk berhimpun di dewan SMKPB bagi menjayakan MAJLIS MESYUARAT AGUNG PIBK KALI KE 40

Majlis juga berbesar hati mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat kita Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said (Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) dan hadirin-hadirat kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis yang amat besar maknanya ini. Semoga dengan kesudian Yang. Berhormat kita meluangkan masa pada petang ini akan menyemarakkan lagi majlis.

Melayang belatuk di hujung pekanDiperdu peria makanan di cariKehadiran Yang Berhormat kami alukanMajlis ceria bertambah seri

8. Ucapan YDP PIBG Acara ucapan diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha EN GHAZALI B ZAKARIAYang Dipertua PIBK SMKPB

Dengan segala hormatnya dipersilakan.ucapan YDP PIBK

Petang hari menanam selasihSelasih berbunga indah berwarnaYDP PIBK setinggi-tinggi terima kasihUcapan diberi penuh bermakna

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh YDP PIBG itu tadi.

Page 5: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

5

9. Ucapan Pengetua Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tuan Pengetua Smk Pasir Besar Tuan Haji Abdul Rahman Bin Safar

Majlis Mempersilakan

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan oleh TUAN PENGETUA itu tadi.

10. UCAPAN PERASMI

Yang awal kita dahulukan,Yang dahulu kita alu-alukan,Ucapan perasmian kita nantikan,Pelengkap majlis yang kita adakan.

Hadirin-hadirat warga dewan yang dimuliakan,

Kini tibalah masa yang dinantikan, iaitu ucapan perasmian oleh tetamu kehormatYang Berhormat DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN AB SAID( Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas)

Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan......................ucapan perasmian

Dengan bismillah kita mulai

Page 6: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

6

Alhamdulillah wassala tannabiDengan takdir ilahi rabbiSelesailah sudah upacara merasmi

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Datuk Paduka Abdul Razak bin Ab Said(Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kebudayaan Dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan Merangkap Adun Gemas) atas ucapan dan penyempurnaan perasmian Majlis mesyuarat agung PIBK SMK PB KALI KE 40 BAGI TAHUN 2016 sebentar tadi.

11. GIMIK PENYAMPAIAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Acara diteruskan lagi dengan acara gimik penyampaian wang bantuan khas persekolahan RM100 seorang yang diberikan oleh kerajaan daripada YANG BERHORMAT DATUK PADUKA ABDUL RAZAK B SAID.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan YANG BERHORMAT DATUK PADUKA dengan diiringi oleh Tuan Pegetua untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut kepada penerima yang bertuah manakala selebihnya akan disempurnakan oleh guru tingkatan masing-masing di bilik tingkatan masing-,masing sejurus sahaja selesai mesyuarat agung PIBK nanti.

Justeru dengan segala hormatnya dipersilakan YB Datuk Paduka

1.2.3.

Page 7: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

7

4.5.

12. Penyampaian cenderamata sijil(AJK PIBK/MURID/GURU

Hadirin-hadirat yang dihormati,seterusnya acara penyampaian cenderamata kepada Ahli jawatankuasa PIBK yang telah mengembeling tenaga dalam meneraju persatuan PIBK SMKPB hingga kini.

dipersilakan ( penerima ajk pibk)

Seterusnya acara penyampaian cenderamata kepada pelajar-pelajar cemerlang PT3 dan SPM

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YANG BERHORMAT DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN ABD SAID dan Tuan Pengetua yang telah sudi

Page 8: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

8

menyempurnakan penyampaian cenderamata sebentar tadi

Cenderamata vvip

13. PENUTUP

Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Yang BERHORMAT DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN ABD SAID atas penyempurnaan majlis perasmian sebentar tadi, majlis sukacita dan berbesar hati untuk memberikan cenderamata tanda kenang-kenangan junjungan kasih kami terhadap Yang berhormat datuk paduka.

Justeru itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Yang berusaha Tuan Pengetua untuk memberikan cenderamata kepada Yang BERHORMAT DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN ABD SAID

di persilakan

Seterusnya dijemput pula …………………………………………….( PPD) untuk menerima cendearmata dari pihak kami

Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Dengan berakhirnya penyampaian cenderamata itu tadi, maka tibalah masanya untuk kami selaku pengendali majlis mengundurkan diri. Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada terlanjur kata, tersilap bi ara sepanjang kami mengendalikan majlis ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan.

Ikan berenang di dalam lubukIkan belida dadanya panjangAdat pinang pulang ke tampukAdat sireh pulang ke gagangGugur menguning buah kuiniMenghijau pohon subur dibaja

Page 9: Teks Pengacara Majlis Pibk Smkpb

9

Majlis kita berakhir disiniSilap dan salah lupakan sahaja

Sebarang kelemahan harap dimaafiSegala kerjasama sangat dihargaiTerima kasih sekalung budiKenangan nan indah simpanlah di hatiPohon kenangan elok merimbunTersenyum dara menyunting bunganya,Kami menghimpun maaf dan ampunWacana hidup berkat selamanya.

14. JAMUAN TETAMU KEHORMAT DAN MESYUARAT AGUNG PIBK

Pihak majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat, para jemputan dan semua hadirin-hadirat dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam mengendalikan MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE 40 PIBK SMKPB 2016

Sebelum mesyuarat agung diteruskan, dijemput dengan segala hormatnya Tuan Pengetua mempersilakan dan mengiringi YANG BERHORMAT DATUK PADUKA ABDUL RAZAK BIN ABD SAID meninggalkan majlis .

Dengan ini majlis diserahkan kepada yang Yang berusaha En GHAZALI BIN ZAKARIA Yang dipertua PIBK Sekolah untuk meneruskan aktiviti mesyuarat. Sekian sahaja dari kami akhiri dengan lafaz yang mulia Wabillahhitaufikwalhidayah…. wassalamualaikum w.b.t.