teks pengacara majlis mesyuarat agung pibg 2015

6
TEKS MESY. AGUNG PIBG 2015 _Pengacara Majlis Bi l AGENDA TEKS 1. Ketibaan para jemputan dan ibu bapa X 2. Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu Negaraku X 3. Kata Alu-aluan Pengacara Majlis Kompang Bergema Pusaka Bangsa Dipalu oleh Si Anak Muda Hadir Tuan Puan meriah suasana Kami menyambut penuh gembira. Bismilahhirahmanirahim... Yang Berusaha, Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim ,Guru Besar SK Taman Inderawasih, Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Hamidah Binti Sulaiman, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosemadi bin Omar, Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Azni bin Mohd Yusoff , Barisan Ahli jawatan kuasa PIBG, Guru –guru, Seterusnya ibu bapa, dan murid yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Dan selamat pagi. Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya

Upload: ctsara3

Post on 05-Nov-2015

297 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

share

TRANSCRIPT

TEKS MESY. AGUNG PIBG 2015 _Pengacara MajlisBilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaX

2.Nyanyian Lagu Negeri Selangor dan Lagu NegarakuX

3.Kata Alu-aluan Pengacara MajlisKompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berusaha, Tn Hj Ismail Bin Yeop Ibrahim ,Guru Besar SK Taman Inderawasih,Penolong Kanan Kurikulum, Pn. Hamidah Binti Sulaiman,

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En. Rosemadi bin Omar,Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Azni bin Mohd Yusoff ,Barisan Ahli jawatan kuasa PIBG, Guru guru,Seterusnya ibu bapa, dan murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... Dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 tahun 2015 ini.

Pihak majlis serta seluruh warga SK Taman Inderawasih, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung PIBG yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh En. Khairuddin bin Zainal Abidin. Dengan segala hormatnya dipersilakan................................................................................

AMINAMIN.YA RABBAL ALAMINPihak Majlis Mengucapkan Ribuan Terima Kasih Kepada En. Khairuddin Bin Zainal Abidin Atas Pimpinan Bacaan Doa Itu Tadi. Mudah-Mudahan Majlis Kita Pada Pagi Ini Mendapat Rahmat Hingga Ke Penghujungnya.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsiah diri yang cemerlang.

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarSeterusnya, majlis menjemput Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim, Guru Besar SK Taman Inderawasih untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.Dengan segala hormatnya, dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.Ucapan Perasmian Kini tibalah masa , untuk kita mendengar amanat dan ucapan yang akan disampaikan oleh Yang Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria, YDP PIBG dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Inderawasih kali ke 20 bagi tahun 2015.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan...

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria, atas ucapan dan perasmian itu tadi. Semoga segala amanat dan ucapan itu tadi dapat kita hayati dan ambil tindakan bersama.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi 2014/2015Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG sesi 2014/2015. Untuk itu, majlis menjemput ** Yang Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria,, dengan diiringi Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

** ikut dalam senarai nama

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria atas penyampaian cenderahati itu tadi.

*****Sebagai tanda terima kasih dan kenang-kenangan, dipersilakan Tn Hj Ismail bin Yeop Ibrahim untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Yang Berbahagia Pn Norazilah binti Zakaria

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Mesyuarat Agung SK Taman Inderawasih, kali ke-20 .

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Kami mewakili AJK PIBG dan guru SK Taman Inderawasih, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian.Atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20.

Wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Seterusnya, kami serahkan kepada ______________ untuk meneruskan agenda Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Inderawasih, kali ke-20 bagi tahun 2015.

Selepas lantikan AJK baruTuan-Tuan Dan Puan-Puan,Demikian tadi mesyuarat PIBG tahun 2015, diharapkan dengan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru akan menjadikan kita semua lebih bersatu padu demi membangunkan sahsiah dan meningkatkan tahap kecemerlangan anak-anak Sk Taman Inderawasih.

Seterusnya tiba lah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara cabutan nombor bertuah. Majlis dengan segala hormatnya menjemput ________________untuk membuat 10 cabutan nombor bertuah hadirin sekalian diminta bersedia dengan nombor masing-masing.****Panggil 10 Nombor Bertuah untuk mengambil hadiah****

Untuk membuat 10 cabutan seterusnya dipersilakan __________________untuk membuat cabutan.

****Panggil 10 Nombor Bertuah untuk mengambil hadiah****

Majlis mengucapkan terima kasih kepada ___________________________atas kesudian mencabut nombor bertuah itu tadi .Dan tahniah diucapkan kepada hadirin yang bertuah pada hari ini.Hadirin sekalian,Dengan berakhirnya acara cabutan nombor bertuah itu tadi, maka berakhirlah mesyuarat agung PIBG tahun ini. Saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menyumbang secara langsung atau secara tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.Dengan penuh takzim, majlis turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kerjasama dan keprihatinan para ibu bapa yang sanggup meluangkan masa sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.MADAH DI UNGKAP SANTUN BICARA,PANTUN DI LANTUN MENGUSIK HATISALAH DAN SILAP TUTUR BICARAPOHON DI AMPUN SEIKHLAS HATIKAIN YANG CARIK CUMA DIHUJUNGDIBUAT ALAS MENGELAP KENDIBUDI YANG BAIK TETAP DIJUNJUNGTAHUN HADAPAN BERJUMPA LAGISEKIAN , TERIMA KASIH.