teks pengacara majlis mesy agung tabika kemas 2011
TRANSCRIPT
<Penerangan kepada hadirin tentang protokol sambutan tetamu kehormat><Hadirin diminta berdiri apabila YBhg Datin dan rombongan masuk ke dalam dewan><Hadirin akan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku>
Mengumu mkan ketibaan Tetamu Kehormat Majlis Mesyuarat Agung
Tahunan Kali ke-9 Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Yang
Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan Undangan
Negeri Kawasan Gemencheh.
<Tunggu sehingga YB Dato’ dan rombongan masuk ke dewan mesyuarat>
Majlis kita akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Sebagai
menghormati lagu Negaraku, diminta semua hadirin berdiri dan
bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan kita ini.
<Nyanyian lagu Negaraku>
Terima kasih dan dipersilakan hadirin duduk semula di tempat masing-
masing untuk kita memulakan majlis.
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin
Wassalatu wassalamu ‘ala ashrafil anbiyai wal mursalin
Wa’ala alihi wasahbihi ajmain
Rabbishrahli shadri wa yassirli amri wahlul ‘uqdatan min lisani yafqahu
qauli.
Yang Berbahagia Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Gemencheh sebagai Tetamu Khas majlis
Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.
Yang Dimuliakan Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK FBRU,
Encik Abdul Talib Ahmad
Yang Berusaha ...............................................................................,
Penyelia Kemas Daerah Tampin
Dihormati Tuan Pengurus FELDA BRU, Encik Abd Jalal Bin Ajat
Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Encik Abd Manap
Kahar
Tuan Imam Masjid FBRU, Ustaz Shahidi Bin Ahmad
Ahli-ahli Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara
Ibu-ibu, Bapa-bapa, Kakak-kakak, Adik-adik dan seterusnya para
hadirin sekelian
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rezeki
dan izin-Nya dapat kita bersama-sama berkumpul di petang yang mulia
ini untuk kita bersama-sama melangsungkan Mesyuarat Agung
Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.
Jawatankuasa Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara mengambil
kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada semua pihak – ahli-ahli Jawatankuasa Tabika
Kemas Felda Bukit Rokan Utara, tuan-tuan, puan-puan, adik-adik dan
kakak-kakak yang telah bersama-sama bertungkus- lumus sejak lebih
seminggu yang lalu untuk membuat persiapan majlis ini, bersesuaian
dengan motto Kemas iaitu “Komuniti Berdaya, Desa Berjaya”. Sekalung
tahniah buat semua. Diharapkan kerjasama dan semangat berpasukan
ini akan dapat diteruskan dengan lebih cemerlang selepas ini,
terutamanya di kalangan generasi pewaris kita.
<Break – 5 Seconds>
Untuk tidak melengahkan masa dan bagi memohon hidayah dan
keberkatan majlis Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas Felda
Bukit Rokan Utara 201 1 ini, saya dengan hormatnya menjemput Tuan
Imam Masjid Kariah FBRU, Ustaz Shahidi Bin Ahmad untuk me m i m p in
bacaan doa. Dipersilakan.
<Bacaan Doa oleh Tuan Imam Masjid FBRU>
Terima kasih kepada Tuan Imam Masjid Kariah FBRU di atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita hari ini mendapat
keberkatan dan rahmat Allah s.w.t.
<Break – 5 seconds>
Majlis kita akan dimulakan dengan ucapan-ucapan tetamu jemputan
diikuti ucaptama dan perasmian majlis Mesyuarat Agung Tahunan
Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara oleh Yang Berhormat Dato’
Mohd Kamil Bin Abdul Aziz.
Ia akan diikuti dengan jamuan ringan kepada semua para hadirin.
Setelah selesai menjamu selera, kita akan me mulakan Mesyuarat
Agung Tahunan Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara 2012 dengan
melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat. Pengerusi Sementara ini
akan me mp engerusikan mesyuarat ini sehingga selesai perlantikan AJK
baru untuk tahun 2012.
Selesai mesyuarat, akan diadakan majlis penyampaian hadiah untuk
para pemenang pertandingan serta penyampaian cenderahati. Ini akan
diikuti dengan penyampaian hadiah kepada yang pemenang
pertandingan mewarna pelajar Tabika.
<Break – 5 seconds>
Bagi meneruskan aturcara, saya dengan hormatnya menjemput
Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara, Encik Abd Manap
Bin Kahar untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dipersilakan.
<Ucapan Pengerusi Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara>
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Abd Manap yang telah
menyampaikan amanat dan harapan beliau untuk Tabika Kemas Felda
Bukit Rokan Utara ini. Di antara isi kandungan ucapan beliau tadi:
<Rumusan Ucapan>
Seterusnya, saya me mpersilakan Pegawai Kemas Daerah Tampin,
Puan Azahanim Binti Othman untuk me mb erikan sedikit ucapan.
Dijemput dengan hormatnya.
<Ucapan Pegawai Kemas Daerah Tampin>
Terima kasih kepada Puan Azahanim Binti Othman yang telah
menyampaikan ucapan beliau. Di antara isi kandungan ucapan beliau
tadi:
<Rumusan Ucapan>
Meneruskan majlis, dijemput Pengerusi JKKK merangkap Ketua
Kampung, Encik Abd Talib Ahmad untuk me mb erikan sepatah dua
kata. Silakan.
<Ucapan Pengerusi JKKK>
Terima kasih di atas ucapan Pengerusi JKKK merangkap Ketua
Kampung sebentar tadi. Antara lain beliau ada menyebut:
<Rumusan Ucapan>
Seterusnya, saya dengan hormatnya me mpersilakan Yang Berusaha
Encik Abd Manap Bin Kahar untuk menjemput dan mengiringi Yang
Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan
Gemencheh untuk tampil menyampaikan ucapan beliau dan seterusnya
merasmikan majlis Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-9 Tabika Kemas
Felda Bukit Rokan Utara Kemas FBRU ini. Dipersilakan.
<Ucapan Perasmian oleh YB Dato’>
Majlis mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Yang
Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin Abd Aziz, ADUN Kawasan
Gemencheh di atas ucapan dan perasmian beliau sebentar tadi. Sedikit
ulasan dan intipati ucapan beliau tadi:
<Rumusan Ucapan>
Terima kasih sekali lagi kepada Yang Berhormat Dato’ Mohd Kamil Bin
Abd Aziz, ADUN Kawasan Gemencheh. Dengan selesainya ucapan
perasmian tadi, kita akan me mulakan Mesyuarat Agung Tahunan
Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara.
Sebagai penghargaan kepada YB Dato’ dan tetamu-tetamu jemputan
sekalian, pihak Tabika Kemas ingin menyumbangkan sedikit
cenderahati dan tanda ingatan. Oleh itu, saya dengan hormatnya
me mp ersilakan Pengerusi Tabika Kemas, Encik Abd Manap Kahar
untuk menyampaikan cenderahati kepada YB Dato’. Silakan.
<Pen yampaian Cenderahati kepada YB Dato’>
Seterusnya, saya menjemput semua tetamu dan para hadirin sekalian
untuk menjamu selera dengan juadah ringan yang telah disediakan .
Mesyuarat Agung Tahunan Tabika Kemas akan kita mulakan sebaik
sahaja selesai jamuan ringan nanti.
<Break – 5 minit>
Majlis kita teruskan lagi dengan me mulakan Mesyuarat Agung Tahunan
Tabika Kemas Felda Bukit Rokan Utara. Untuk itu, saya akan
mengendalikan proses perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat.
Dan saya buka kepada semua ahli untuk me mb erikan cadangan nama
dan seorang ahli lain menyokong cadangan tersebut. Jika terdapat lebih
daripada seorang calon, proses undian akan dijalankan.
<Proses Undian>
Dengan keputusan undian/sebulat suara ahli-ahli mesyuarat yang telah
melantik Pengerusi Sementara Mesyuarat, maka saya dengan ini
menyerahkan majlis kepada beliau. Silakan.