teks pengacara majlis mac 2012 skpp1

9
Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar YDP PIBG SK (P) Pudu 1 dengan diringi oleh Pn Suamah Bt Basir Guru Besar SK (P) Pudu 1 Melayang serindit di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara, Pemanis kata selamat datang, Awal bissmillah pembuka bicara. Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1 Malaysia Yang Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar YDP PIBG SK (P) Pudu 1 Yang Berbahagia …………………………………………….. ……………………………………………………………….. ………………………………………………………………. Yang Berusaha Pn Suamah Bt Basir Guru Besar SK (P) Pudu 1 Yang Dihormati Pn Ismawati Bt Ali Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK (P) Pudu 1 Pn. Noriyati Bt Pit Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK (P) Pudu 1

Upload: zilasyirah

Post on 18-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

text

TRANSCRIPT

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat, Yang Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar YDP PIBG SK (P) Pudu 1 dengan diringi oleh Pn Suamah Bt Basir Guru Besar SK (P) Pudu 1Melayang serindit di atas permatang,

Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang,

Awal bissmillah pembuka bicara.

Assalamualaikum, selamat pagi dan salam 1 Malaysia

Yang Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva KumarYDP PIBG SK (P) Pudu 1Yang Berbahagia .....

Yang Berusaha Pn Suamah Bt BasirGuru Besar SK (P) Pudu 1Yang Dihormati

Pn Ismawati Bt AliGuru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum

SK (P) Pudu 1

Pn. Noriyati Bt PitGuru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SK (P) Pudu 1

Pn. Lila Bt Amri

Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

SK (P) Pudu 1

Guru-guru SK (P) Pudu 1

Para ibu bapa

Tuan/puan dan

Murid- murid SK (P) Pudu 1 yang dikasihi sekalian.Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama berkumpul di Majlis Anugerah Cemerlang SK (P) Pudu 1 tahun 2012 pada pagi yang berbahagia ini. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri.Bagi memberkati majlis pada pagi ini, marilah kita bersama-sama menadah tangan memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat . Dengan ini dijemput

Al Fadhil Ustaz Mohd Azni B Mohd Nor untuk memimpin bacaan doa, Majlis mempersilakan..Majlis mengucapkan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.

Tuan/Puan serta Hadirin dan Hadirat

sekalian,

Majlis seterusnya menjemput

Yg Berusaha Pn Suamah Bt Basir

Guru Besar SK (P) Pudu 1untuk menyampaikan ucapan aluan

Dengan segala hormatnya dipersilakan...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih .

Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekalian..

Majlis seterusnya menjemput

Yg Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar

Yg Di Pertua PIBG SK (P) Pudu 1

untuk menyampaikan ucapan

Majlis mempersilakan...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih

Pakaian dipakai cantik berseri,

Majlis keraian kita semua,

Majlis kita takkan berseri,

Tanpa persembahan multimedia.

Hadirin yang dihormati, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.

*tayangan multimediaUntuk makluman semua, persembahan multimedia itu tadi adalah ilham kreatif oleh Encik Mohd Yusof b Lakiti, guru media sk (p) pudu 1.

Berkat rimbunnya si pokok jati, Tempat burung selalu bertemu; Sekali hidup biarlah bererti, Isikan akal dengan ilmuKini , tibalah kita ke acara penyampaian hadiah kepada murid-murid yang telah mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Bagi menyempurnakan upacara ini,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar Yg Di Pertua PIBG SK (P) Pudu 1 diringi oleh Yg Berusaha Pn Suamah Bt Basir Guru Besar SK (P) Pudu 1 untuk menyampaikan hadiah kepada murid-murid.*Rujuk lampiran ( hadiah thn 1 hingga thn 6)Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar di atas kesudiaan menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Adat tuan adat berserah,

Mari datang membawa puan,

Adat bersirih adat sejarah,

Untuk tuan kami persembahkan.

Tuan/Puan serta Hadirin dan Hadirat

sekalian,

Bagi memeriahkan lagi majlis ini para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian solo oleh Nur Syasya Afiqah dengan lagu yang berjudul NirmalaDipersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Nur Syasya Afiqah di atas persembahan itu tadi..Seterusnya marilah kita saksikan persembahan koir dari murid-murid tahun 3, dipersilakan.

Demikian tadi persembahan koir dari tahun 3.

Seterusnya majlis menjemput Yg Berusaha Pn Suamah Bt Basir Guru Besar SK (P) Pudu 1 diiringi oleh Pn. Ismawati bt Ali, Guru Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum SK (P) Pudu 1 untuk sesi penyampaian anugerah dan cenderamata yang seterusnya.Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*Rujuk lampiran (lonjakan prestasi dan KBS)Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berusaha Pn Suamah Bt Basir

Guru Besar SK (P) Pudu 1 di atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi.Bagi memeriahkan lagi majlis ini para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian dan gerakan oleh murid-murid tahun 1.Dipersilakan

*PersembahanTepukan yang gemuruh untuk murid-murid cilik ini.Persembahan diteruskan lagi dengan pasukan boria dari murid-murid tahun 5

Dipersilakan

*Persembahan boria

Begitulah tadi persembahan boria yang begitu menghiburkan oleh murid-murid yang berbakat ini.Seterusnya adalah penyampaian sijil-sijil kepada murid tahun 6 dan anugerah NILAM. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya sekali lagi mempersilakan Yg Berbahagia Encik Selva Nathan a/l Selva Kumar Yg Di Pertua PIBG SK (P) Pudu 1 diringi oleh Yg Berusaha Pn Suamah Bt Basir Guru Besar SK (P) Pudu 1 untuk naik ke pentas.

*Rujuk lampiran( sijil thn 6 dan anugerah nilam)Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yg Berbahagia Encik Selva Nathan di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Mohon Yang Berbahagia YDP PIBG untuk terus berada di atas pentas, dan majlis menjemput Yang Berusaha Pn Suamah Bt Basir Guru Besar sk (p) pudu 1 untuk menyampaikan cenderahati kenang-kenangan kepada Yang Berbahagia YDP PIBG,

Dipersilakan..

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Pn Guru Besar.

Bagi memeriahkan lagi majlis ini para hadirin akan dihiburkan dengan persembahan tarian muhibbah oleh murid-murid tahun 6Dipersilakan Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-murid tahun 6 di atas persembahan itu tadi.Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang menerima hadiah dan anugerah. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam semua bidang.Bintang tujuh sinar berseri, Bulan purnama datang menerpa; Ajaran guru hendak dicari, Mana yang dapat janganlah lupa.

Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara.

Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku. Terima kasih di atas nyanyian itu tadiGugur menguning buah kuini

Menghijau pohon subur dibaja

Majlis kita berakhir di sini

Salah dan silap lupakan saja

Sebarang kelemahan harap dimaafi

Segala kerjasama sangat dihargai

Terima kasih sekalung budi

Kenangan nan indah simpanlah dihati

Semoga kita berjumpa lagi

Kami dari pihak AJK MAC merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Sekian terima kasih.

Wabillahitaufik walhidayah,

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,

Salam satu Malaysia.