teks pengacara majlis hari guru tahun 2013

9
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013 SMK RAJA CHULAN DEWAN ASPIRASI 2.OO – 3.00 PETANG GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA

Upload: rusya-yahaya

Post on 26-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

TEKS HARI GURU

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2013

SMK RAJA CHULAN

DEWAN ASPIRASI

2.OO – 3.00 PETANG

GURU MALAYSIA : 1 ASPIRASI, 1 AGENDA

PENGUMUMAN :

Page 2: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

1. Para pelajar diminta untuk memberikan kerjasama sepanjang majlis berlangsung dengan tidak membuat bising dan kekal di dalam dewan sehingga majlis selesai.

2. Para pelajar diminta untuk berdiri apabila pengacara mengumumkan ketibaan para jemputan.

3. Para pelajar juga diminta untuk tidak duduk dahulu kerana lagu Negaraku akan dimainkan selepas ketibaan para jemputan.

4. Setelah selesai majlis, para pelajar diminta untuk tidak membuat bising dan menunggu arahan seterusnya.

MENGUMUMKAN KETIBAAN

AFZA

Page 3: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

Mengumumkan ketibaan, Tuan Pengetua, Barisan Pentadbir dan guru-guru.

LAGU NEGARAKU AFZA

( Setelah jemputan mengambil tempat )

Para hadirin diminta bersedia bagi nyanyian lagu Negaraku.

( Selesai lagu )

Hadirin dipersilakan duduk.

KATA-KATA ALUAN

( Pastikan pelajar senyap.)( Pastikan semua barisan jemputan sudah mengambil tempat )

ASYIKIN

Dialah pemberi paling setia,Tiap akar ilmu miliknya,Pelita dan lampu segala,Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat,Alur kesetiaan mengalirkan nasihat,Pemimpin yang ditauliahkan segala umat,Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Sireh berlipat sireh pinang,Sireh dari Pulau Mutiara,Pemanis kata selamat datang,Awal Bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim…Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Yang Berusaha,Puan Hajah Saa’diah binti Alang AbdullahPengetua Cemerlang SMK Raja Chulan

Tuan Haji Mahd Sharipuddin bin ShaffiePenolong Kanan Pentadbiran

Puan Ruhaida binti NordinPenolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Kalthum binti Abdul GhaniPenolong Kanan Petang

Cik Latizah binti Tan Kofli

Page 4: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Zuraini binti Che EmbiPenolong Kanan Tingkatan Enam

Guru-guru kanan, Kaunselor, guru-guru dan para pelajar yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Aspirasi ini bagi meraikan guru-guru yang kita sayangi dan sanjungi di dalam Majlis Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2013.

Guru Malaysia : 1 Aspirasi, 1 Agenda.

Itulah tema sambutan Hari Guru bagi tahun ini.

1 Aspirasi, 1 Agenda membawa maksud :

Semua Guru Malaysia mempunyai satu aspirasi untuk membangunkan sistem pendidikan berkualiti bertaraf dunia seperti yang dihasratkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.Adalah menjadi tanggungjawab semua guru ke arah melahirkan murid yang mempunyai enam aspirasi iaitu berpengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian serta beridentiti nasional.

Semua Guru Malaysia berpegang kepada satu agenda atau tugas utama iaitu melahirkan murid seimbang berdasarkan Falsasah Pendidikan Negara.

BACAAN DOA ASYIKIN

Hadirin sekalian,

Merdu teramat suara bergema,Dendangan puteri sungguh memikat,Mohon rahmat kita bersama,Moga majlis mendapat berkat.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis menjemput Tuan Haji Anwar bin Khalid, bagi memimpin pembacaan doa.

( Selesai bacaan doa )

AFZA

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Tuan Haji Anwar bin Khalid atas bacaan doa tadi.

PEMBACAAN PERUTUSAN

AFZA

Page 5: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

Bagi memahami intipati tema Hari Guru pada tahun ini, dijemput Encik Mohd Razmi bin Haji Jamaluddin bagi membacakan Perutusan Pengarah Pelajaran Perak, Tuan Haji Muhamat Roli bin Haji Hassan. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Encik Mohd Razmi bin Jamaluddin.

Seterusnya, majlis menjemput Puan Farina binti Haji Hassan bagi membacakan Perutusan Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Tuan Haji Marazlen @ Mar Azlan bin Amran. Dipersilakan.

Terima kasih kepada Puan Farina binti Haji Hassan.

NYANYIAN LAGU

TRANSFORMASI PENDIDIKAN

KAMI GURU MALAYSIA

AFZA

Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan nyanyian lagu Transformasi Pendidikan, dengan iringan muzik bersama sekumpulan pelajar Tingkatan 2, dan seterusnya lagu Kami Guru Malaysia oleh para guru.*Para pelajar serta guru diminta berdiri / bersedia.

( Para pelajar Tingkatan 2 masuk )( Muzik lagu 1 )(Selesai lagu 1, pelajar Tingkatan 2 keluar)

( Muzik lagu 2 )( Selesai lagu 2 )

Terima kasih dan hadirin dipersilakan duduk.

UCAPAN PENGETUA

ASYIKIN

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis dengan hormatnya menjemput Puan Hajah Saa’diah binti Alang Abdullah, Pengetua Cemerlang SMK Raja Chulan, bagi memberikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Selesai ucapan, Pengetua sudah hampir duduk)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Hajah Saa’diah binti Alang Abdullah, atas ucapan sebentar tadi.

BACAAN IKRAR ASYIKIN

Page 6: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

Majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar Hari Guru oleh para guru. Untuk itu majlis menjemput Encik Nornikman bin Yahya bagi mengetuai bacaan ikrar. Dipersilakan.

( Ikrar tamat )( Guru duduk )

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Nornikman bin Yahya dan para guru di atas laungan ikrar yang bersemangat tadi.

PERSEMBAHAN PELAJAR

AFZA

Hadirin sekalian,

Harus beringat hidup di bumi,Kalau berhibur usah melalaikan,Tamatlah sudah majlis merasmi,Arena persembahan kami mulakan.

Bagi meraikan dan memeriahkan lagi majlis sambutan hari guru ini, marilah kita bersama-sama menjamu mata dan telinga dengan rangkaian persembahan oleh para pelajar. Majlis mempersilakan.

( Persembahan 1 : Kumpulan senamrobik Nyanyian Guruku Tersayang )( Persembahan 2 : Nasyid Ting.2 )( Persembahan 3 : Pengawas – Sajak )( Persembahan 4 : Tarian Sumazau )

Demikianlah tadi persembahan daripada :

Kumpulan senamrobik dengan lagu Guruku Tersayang,Nasyid Tingkatan 2 dengan lagu Di sini Kami Berkumpul,Deklamasi sajak Hari Guru oleh Pengawas, danTarian Sumazau daripada Kumpulan Senamrobik.

Majlis diteruskan dengan empat lagi persembahan dimana persembahan yang pertama ialah daripada kumpulan yang menamakan diri mereka YG Family, dengan lagu mereka, You Raise Me Up. Dipersilakan.

( Persembahan 5 : YG Family )( Persembahan 6 : PRS Pantun Hari Guru )( Persembahan 7 : Majlis Ketua Tingkatan – Nyanyian )( Persembahan 8 : Tingkatan 2A2 – Terima Kasih Cikgu )

Demikianlah tadi rangkaian persembahan daripada kumpulan YG Family, PRS dengan Pantun Hari Guru, nyanyian daripada Majlis Ketua Tingkatan dan lagu Terima Kasih Cikgu daripada pelajar Tingkatan 2A2.Diharapkan semua hadirin terhibur dengan persembahan-persembahan sebentar tadi.

POTONG KEK AFZA

Page 7: Teks Pengacara Majlis Hari Guru Tahun 2013

Bagi menyempurnakan acara yang seterusnya, dijemput Tuan Pengetua, barisan pentadbir serta para guru untuk bersama-sama berada di hadapan bagi menyempurnakan upacara memotong kek. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua serta para guru.

PENUTUP MAJLIS ( Tunggu sehingga semua guru mengambil tempat )

ASYIKIN

Hadirin sekalian,

Telah sampai kita di penghujung majlis. Semoga majlis pada petang ini dapat menjadi ingatan buat kita semua. Terima kasih diucapkan kepada semua hadirin yang telah sama-sama memeriahkan majlis pada petang ini. Kami mewakili pelajar sesi petang SMK Raja Chulan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para guru di atas jasa dan pengorbanan yang telah mereka curahkan kepada kami. Sesungguhnya penat lelah guru-guru amat kami hargai.

Madah diungkap santun bitara,Pantun dilantun mengusik hati,Salah dan silap tutur bicara,Pohon diampun seikhlas hati.

Dari Kedah ke Pekan Sari,Beli suasa di Kota Tinggi,Selesai sudah tugas diberi,Di lain masa bersua lagi.

Sekian, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dijemput Tuan Pengetua, barisan pentadbir serta guru-guru untuk menjamu selera di kantin sekolah.

Para pelajar diminta untuk tunggu sebentar.