teks pengacara majlis an mingguan

4
TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH Mohon perhatian dan kerjasama daripada semua pelajar untuk berada dalam keadaan yang tenang kerana majlis perhimpunan kita akan bermula sebentar lagi.. Harap maklum dan sila ambil perhatian.. Mengumumkan ketibaan ibunda puan pengetua SMK Agama Kota Kinabalu masuk ke dalam dewan diiringi bersama-sama guru- guru SMK Agama Kota kinabalu Hadirin dipersilakan untuk duduk. Bismillahirrahmanirrahim… alhamdulillahhirrabbilalamin, assolatuwassalamu ala asyrofil anbiyai walmursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Yang berusaha Puan Pengetua SMKA Kota Kinabalu Ustazah Jaimis Saiman, Penolong Kanan Pentadbiran Cik. Kertina Madun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustaz Zulkifli Mohammad, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Halija Jonggang, Penolong Kanan Pra-Universiti,Ustazah Siti Khadijatul Akmar, ketua-ketua Bidang, ketua-ketua Panitia, guru-guru, siswa- siswi pra-Universiti, seterusnya rakan pelajar yang dikasihi sekalian.. Memohon berkat menadah tangan,majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil ____________ untuk memimpin bacaan doa, Falyatafaddhal mayskuro.. Amin ya Rabbal ’alamin.. Terima kasih diucapkan kepada Saudara _____________ di atas bacaan doa itu tadi..

Upload: rosna-malmod

Post on 27-Jun-2015

775 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Majlis an Mingguan

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN MINGGUAN SEKOLAH

Mohon perhatian dan kerjasama daripada semua pelajar untuk berada dalam keadaan yang tenang kerana majlis perhimpunan kita akan bermula sebentar lagi.. Harap maklum dan sila ambil perhatian..

Mengumumkan ketibaan ibunda puan pengetua SMK Agama Kota Kinabalu masuk ke dalam dewan diiringi bersama-sama guru-guru SMK Agama Kota kinabalu

Hadirin dipersilakan untuk duduk.

Bismillahirrahmanirrahim… alhamdulillahhirrabbilalamin, assolatuwassalamu ala asyrofil anbiyai walmursalin waala alihi wasahbihi ajmain. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Yang berusaha Puan Pengetua SMKA Kota Kinabalu Ustazah Jaimis Saiman, Penolong Kanan Pentadbiran Cik. Kertina Madun, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Ustaz Zulkifli Mohammad, Penolong Kanan Kokurikulum Puan Halija Jonggang, Penolong Kanan Pra-Universiti,Ustazah Siti Khadijatul Akmar, ketua-ketua Bidang, ketua-ketua Panitia, guru-guru, siswa-siswi pra-Universiti, seterusnya rakan pelajar yang dikasihi sekalian..

Memohon berkat menadah tangan,majlis dengan ini menjemput Al-Fadhil ____________ untuk memimpin bacaan doa, Falyatafaddhal mayskuro..

Amin ya Rabbal ’alamin.. Terima kasih diucapkan kepada Saudara _____________ di atas bacaan doa itu tadi..

Guru-guru dan rakan-rakan yang dikasihi sekalian,

Untuk menyerikan lagi majlis perhimpunan kita pada kali ini, marilah kita bersama-sama menyanyikan 3 lagu dengan penuh semangat. Dengan ini dengan segala hormatnya majlis menjemput guru-guru yang disayangi dan rakan-rakan yang dikasihi untuk sama-sama berdiri bagi menyanyikan alunan nasyid “Asma Ul-Husna” lagu ”Negaraku” dan ”Sabah Tanah Airku”.. Dengan sukacitanya majlis mempersilakan..

Mohon perhatian kerana lagu ini akan diiringi dengan muzik.

Terima kasih diucapkan.. Guru-Guru dijemput untuk duduk..

Page 2: Teks Pengacara Majlis an Mingguan

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput pengawas yang bertugas saudara _____________ bagi mengetuai bacaan ikrar..

Terima kasih diucapkan kepada Saudara _____________..

Para hadirin yang dimuliakan,

*jika ada guru yang mahu menyampaikan ucapan atau pengumuman sila jemput jika tiada teruskan dengan guru bertugas..

Memulakan ucapan perhimpunan, dengan ini majlis menjemput guru yang bertugas sepanjang minggu lalu untuk menyampaikan laporannya..Majlis Dengan itu dipersilakan.. Terima kasih diucapkan kepada ____________ di atas ucapan dan laporan bertugasnya sepanjang minggu lalu.. Diharapkan para pelajar mengambil tindakan positif di atas teguran dan nasihat yang diberikan sebentar tadi..

Warga dewan yang dikasihi sekalian,

Majlis diteruskan lagi dgn menjemput _____________ untuk naik ke atas pentas bagi menyampaikan sebarang pengumuman.. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Terima kasih di atas ucapan yang diberikan sebentar tadi..

Seterusnya,sama-samalah kita menyaksikan persembahan multimedia pelajar2 cemerlang bahasa arab 2010,dan orientasi ;pelajar tingkatan satu__________________yang telah diadakan pada_____mi9nggu lepas___________.

Guru-guru dan para pelajar sekalian,

Kini tibalah masa ucapan alu-aluan dan nasihat mahupun teguran oleh penolong kana hal ehwal murid ...... Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan untuk menyampaikan ucapannya.. Dipersilakan..

Terima kasih di atas ucapan mahupun amanat yang telah disampaikan oleh............ itu sebentar tadi.. Moga-moga para pelajar akan mengambil teladan dengan ucapan yang telah disampaikan oleh puan pengetua tadi..

Untuk meneruskan lagi perhimpunan kita pada hari ini, majlis sekali lagi menjemput kepada semua warga dewan untuk berdiri bagi menyanyikan lagu sekolah.. Untuk pengakhirannya, apa yang baik itu datangnya daripada ALLAH SWT, yang buruk itu datangnya daripada diri hambaNya sendiri,walaupun pada hakikatnya kedua-duanya datang daripada ALLAH SWT.

Page 3: Teks Pengacara Majlis an Mingguan

Kita tutup majlis perhimpunan mingguan kita pada kali ini dengan tasbih kafarah dan surah al-asr..

Sekian sahaja… Wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Terima kasih.

Mengumumkan keberangkatan keluar ibunda pengetua smk agama kota kinabalu diiringi oleh guru-guru yang sayangi.

Disini ada pengumuman.