teks pengacara majlis

7
TEKS PENGACARA MAJLIS JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN PN NOORMA BT ABDUL RAZAK , PENOLONG KANAN PENTADBIRAN, SMK SANGLANG PERLIS BIL PERKARA CATATAN Mengumumkan ketibaan yang di raikan Pn. Norma Binti Abdul Razak masuk ke dewan wan 1. Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Pn Noorma bt Abdul Razak, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sanglang. pah 2. Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum w.b.t Yang diraikan, Pn Noorma bt Abdul Razak, PK Pentadbiran SMK Sanglang Yang berbahagia, Pn. Shafila bt. Lah, Ketua Unit Menengah, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Yang berusaha Tn Hj Ibrahim bin Man, pengetua SMK Sanglang, Yang berusaha En. Zainal bin Hussein, PK Hal Ehwal Murid, Yang berusaha Pn Che Norliah bte Ibrahim, PK Kokurikulum Yang berusaha Pn. Maizah bt. Johar, PK Pend. Khas Guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian. Selamat datang ke Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Pn Noorma bt Abdul Razak, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sanglang. wan 3. Indah berbalam si awan petang, Berarak di celah pepohon ara Pemanis kalam selamat datang Awal bismillah pembuka bicara Sarung ketupat berisi inti pah 1

Upload: rizwan-othman

Post on 11-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

persaraan PK 1

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS PENGACARA MAJLIS

TEKS PENGACARA MAJLIS JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN PN NOORMA BT ABDUL RAZAK , PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,

SMK SANGLANG PERLIS

BIL PERKARA CATATANMengumumkan ketibaan yang di raikan Pn. Norma Binti Abdul Razak masuk ke dewan

wan

1. Pagi yang indah penuh ceria. Hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan Pn Noorma bt Abdul Razak, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sanglang.

pah

2. Bismillahirrahmanirrahim,Assalamualaikum w.b.t

Yang diraikan, Pn Noorma bt Abdul Razak, PK Pentadbiran SMK SanglangYang berbahagia, Pn. Shafila bt. Lah, Ketua Unit Menengah, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,Yang berusaha Tn Hj Ibrahim bin Man, pengetua SMK Sanglang,Yang berusaha En. Zainal bin Hussein, PK Hal Ehwal Murid,Yang berusaha Pn Che Norliah bte Ibrahim, PK KokurikulumYang berusaha Pn. Maizah bt. Johar, PK Pend. KhasGuru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraanPn Noorma bt Abdul Razak, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sanglang.

wan

3. Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon araPemanis kalam selamat datangAwal bismillah pembuka bicara

Sarung ketupat berisi intiDibawa budak sambil berlariKehadiran semua sangat dihargaiMoga majlis bertambah seri

Bunga mawar cantik tersematDipetik gadis di tepi titiDoa dibaca memohon rahmatMoga majlis sentiasa dirahmati

pah

wan

pah

4. Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari ini, marilah kita bersama-sama mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh saudara Ikram Zaki bin Mohd Nasir.Dipersilakan

pah

1

Page 2: TEKS PENGACARA MAJLIS

BACAAN DOA5. Amin-amin yan rabbal alamain.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada saudara Ikram Zaki bin Mohd Nasir atas bacaan doa itu tadi.

pah

6. Hadirin-hadirat yang dirahmati sekalian,Majis diteruskan dengan ucapan wakil pelajarNur Aina Aqilah bt Shafie

Dipersilakan.

pah

UCAPAN KETUA PELAJAR7. Terima kasih diucapkan kepada saudari Nur Aina Aqilah bt Shafie

atas ucapan itu tadi.pah

8. Majlis seterusnya menjemput Yang Berusaha Tn. Hj Ibrahim bin Man, pengetua SMK Sanglang untuk menyampaikan ucapan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

wan

UCAPAN PENGETUA9. Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Ibrahim bin Man atas ucapan itu tadi.

Jasamu dikenangBudimu tak terbilangSemangatmu dijulangKepimpinanmu gemilang

Begitulah yang boleh kita perkatakan atas segala bakti dan kepimpinan yang disempurnakan oleh Yang Diraikan Pn Noorma bt Abd Razak sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai Penolong Kanan Akademik.

wan

10. Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahanItu adat, itu lumrah kehidupanBegitulah rentetan perjalananWalau sukar untuk ditelanTapi kaki tetap mengorak jalanSelagi hayat dikandung badan

Bagi memeriahkan majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia yang di nukil khas buat Pn. Norma Binti Abdul Razak

wan

2

Page 3: TEKS PENGACARA MAJLIS

PERSEMBAHAN TAYANGAN SLAID

11. Terima kasih atas persembahan-persembahan itu tadi.

Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, persembahan multimedia itu tadi dibangunkan oleh SMK Sanglang ICT Team.

Semoga dengan persembahan itu tadi akan menjadi ingatan dan kenangan buat yang diraikan Pn Noorma bt Abdul Razak

wan

Majlis di teruskan lagi dengan persembahan dari Pelajar Program Integrasi Pendidikan Khas dan Badan Pengawas Sekolah.

Persembahan akan di mulakan dengan persembahan solo adik Mustaqim,Seterusnya, Persembahan Drama dan Nyanyian daripada Badan Pengawas SMK Sanglang dan di akhiri oleh nyanyian dari pelajar pendidikan khas.

Majlis menjemput dan mempersilakan.

pah

PERSEMBAHAN PENDIDIKAN KHAS (NYANYIAN SOLO)PERSEMBAHAN PENGAWAS (LAKONAN +NYANYIAN)

PERSEMBAHAN PENDIDIKAN KHAS (NYANYIAN BERKUMPULAN)

12. Persembahan nyanyian dan lakonan daripada badan pengawas itu tadi bertemakan Jasamu Guru dan telah dipimpin oleh Pn. Izzatul Shima bt Shaarim

Persembahan daripada pelajar pendidikan khas dipimpin oleh ......................................................................................

pah

13. Tinggi sungguh pohon kuini,Dililit pepaku bersulam semalu,Melepaskan dirimu di saat ini,Basahlah kami meratap pilu.

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang Diraikan Pn Noorma bt Abdul Razak, Penolong Kanan Pentadbiran SMK Sanglang.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

wan

UCAPAN YANG DIRAIKAN PN NOORMA BT ABD RAZAK

3

Page 4: TEKS PENGACARA MAJLIS

14. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Diraikan Pn Noorma bt Abdul Razak, atas ucapan itu tadi.

Di minta Puan Norma terus berada di pentas

Sudah teradat si anak lelakiMati berjuang, berundur janganBerani kami menjunjung adatBukan memberi kata dan pujiHanya budi dalam ingatanBuat kenangan sepanjang hayat

pah

15. Majlis diteruskan dengan upacara memotong kek.

Dijemput tetamu jemputan, tuan pengetua serta barisan pengurusan naik ke pentas untuk sama-sama menjayakan sesi ini

Majlis mempersilakan

wan

UPACARA MEMOTONG KEK16.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Pn Noorma bt Abdul Razak.

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Tn Hj Ibrahim bin Man, pengetua SMK Sanglang mengiringi Yang Diraikan Pn Noorma bt Abdul Razak, untuk menerima cenderamata kenang-kenangan.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada

RUJUK SENARAI HADIAH

wan

PENYAMPAIAN HADIAH DAN CENDERAMATA-RUJUK SENARAI HADIAH-

17. Begitulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus untuk Yang Diraikan Pn Noorma bt Abdul Razak

Kan elok diingat jika ada yang memuji..Kan elok ditatap jika ada yang menanti..Kan elok dikenang jika ada yang berbudi..Kan elok disimpan jika ada yang memberi..

pah

4

Page 5: TEKS PENGACARA MAJLIS

Majlis merakamkan sejutaan penghargaan dan terima kasih atas tanda ingatan, sumbangan dan tanda hati yang diberikan dan semoga menjadi memori indah dalam dakapan PUAN.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tn Hj Ibrahim bin Man mengiringi Yang Diraikan Pn Noorma bt Abdul Razak, sebentar tadi.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncakYang ruas dah sampai ke bukuYang kitab sudah berkhatamYang terniat sudah terkabul

Yang menerima sudah menerima

Kita telah pun berada di hujung acara.Untuk cikgu Noorma……….

Guru umpama bintang cemerlangWalau bersara jasa dikenang

Raut wajah damai dan tenang,Tiada terkalam kasih dijunjung,Jasa baktimu tetap dikenang,Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masakEsok jangan layu-layuanIntai kami antara nampakEsok jangan rindu-rinduan

wan

18. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang DiraikanPn Norma bt Abdul Razak kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami semua mendoakan agar Yang DiraikanPn Noorma bt Abdul Razak bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan

pah

5

Page 6: TEKS PENGACARA MAJLIS

hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Jasamu Dikenang” pada hari ini.

Di kesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini.

Pergi ke dusun memetik kelapaKelapa muda si kelapa barliJari disusun maaf dipintaPanjang usia bersua kembali

di jemput Tn.Hj Ibrahim bin Man, untuk mengiringi Pn. Noorma binti Abdul Razak ke pejabat sekolah bagi melakukan “punch card” kali terakhir di SMK Sanglang. Dipersilakan

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayahWassalamu `Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

wan

6