teks-pengacara-majlis

Upload: eric-sham-samit

Post on 05-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

TEKS-PENGACARA-MAJLIS

TRANSCRIPT

SKRIP PENGACARAANMAJLIS PERASMIAN SEMINAR PENYELIDIKAN TINDAKAN BAGI TAHUN 2015 Cue & TindakanSkrip

1. Permulaan

(Hairin)

2. Mengumumkan ketibaan dan nyanyian lagu

(Azirah)Hadirin yang dimuliakan,Majlis akan bermula sebentar lagi.Untuk itu hadirin sekalian diminta mengambil tempat di dalam dewan sementara menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Bagi melancarkan perjalanan majlis, saya bagi pihak majlis meminta kerjasama tuan-tuan dan puan-puan supaya mematikan telefon bimbit atau menetapkannya kepada mod senyap.Terima kasih atas kerjasama anda.

Semasa ketibaan Tuan Pengarah diumumkan , hadirin diminta berdiri dan terus berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Negeri Kedah.-------------------------------------------------------------------------------------Mengumumkan ketibaanYang Berbahagia, Yang Berbahagia Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman diiringi oleh Tn. Hj Hashim Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Dr. Mohd Aziz Mohd Din, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganuserta Dr. Ahmad Sobri Shuib, Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi.

Hadirin hadirat sekalian,Marilah kita sama-sama menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu Negaraku dan Lagu Negeri Kedah.(Nyanyian Lagu) Hadirin dipersilakan duduk.

3. Ucapan alu-aluan pengacara majlis

(Hairin)

Indah berbalam si awan petang,Berarak di celah pepohon ara;Pemanis kalam selamat datang,Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum WBT, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Yang Berbahagia Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman.

Yang berbahagia Dr. Mohd Aziz Mohd Din, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganu.

Yang berusaha,Tn. Hj Hashim Asman, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

Yang dihormati,Dr. Ahmad Sobri Shuib, Ketua Unit Penyelidikan dan Inovasi.

Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua unit,Pensyarah-pensyarah IPG Kampus Darulaman,pelajar guru PISMP Ambilan Januari 2012 serta hadirin sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan Bagi Tahun 2015

4. Bacaan doa

(Azirah)

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Menadah tangan tanda kerendahan,Lafaz bismillah memperkukuh tautan,Doa dipohon penuh pengharapan,Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memulakan majlis pada pagi ini, marilah kita memohon doa agar majlis dijalankan dengan penuh keberkatan. Dengan itu, majlis dengan sukacitanya menjemput saudara Anwar Bin Zulkifli untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Pause)

Amin amin Ya Rabbal Alamin..Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara Anwar Bin Zulkifli atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Semoga Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan bagi tahun 2015 ini mendapat keberkatan daripada-Nya.

5. Mengalu-alukan kedatangan Pengarah dan tetamu

(Hairin)

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat kita sama-sama berhimpun untuk menjayakan Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan Bagi Tahun 2015.

Pihak majlis merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia, Yang Berbahagia Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman serta Yang berbahagia Dr. Mohd Aziz Mohd Din, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganu. atas kesudian meluangkan masa ke majlis yang sungguh bermakna ini.

Pihak majlis juga dengan sukacita dan berbesar hati mengalu-alukan kehadiran para pensyarah dan pelajar guru PISMP Ambilan Januari 2012 ke Majlis Perasmian Seminar Penyelidikan Tindakan 2015 yang bertemakan Ke Arah Inovasi Pendidikan

6. Ucapan pengerusi seminar

(Azirah)Hadirin yang dimuliakan,Sebagai pembuka kata,

Pihak majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Saudari Izwani Binti Salfinas, Pengerusi Seminar Penyelidikan Tindakan Bagi Tahun 2015 untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Pause)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudari Nur Izwani Salfinas Binti Azizan, Pengerusi Seminar Penyelidikan Tindakan 2015 atas ucapan sebentar tadi.

7. Ucaptama oleh Dr. Mohd Aziz Mohd Din, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganu

(Hairin)Hadirin yang dihormati,Majlis akan diteruskan lagi dengan menjemput dan mempersilakan, Yang Berbahagia, Dr. Mohd Aziz Mohd Din, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganu untuk menyampaikan ucaptama. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

8. Ucapan pengarah

(Azirah)Hadirin yang dikasihi sekalian,Majlis kini menjemput dengan segala sukacitanya Yang Berbahagia, Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulamanuntuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Penyelidikan Tindakan Bagi Tahun 2015.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Pause)

(Gimik Perasmian)Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia, Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman atas kesudian menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Seminar Penyelidikan Tindakan 2015.

9. Penyampaian cerderamata

(Hairin)Hadirin hadirat sekalian,Sebagai tanda kenang-kenangan,Majlis dengan ini menjemput Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman serta Dr. Mohd Aziz Mohd Din, Pengarah IPG Kampus Sultan Mizan, Besut, Kuala Terengganuuntuk menerima cenderamata daripada peserta seminar,yang akan disampaikan oleh Saudari Nur Izwani Salfinas Binti Azizan , Pengerusi Seminar Penyelidikan Tindakan.Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

(Pause)Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datin Hajjah Naimah bt. Jaafar dan Dr. Mohd Aziz Mohd Din atas kesudian menerima cenderamata sebentar tadi.

10. Nyanyian lagu IPGM

(Azirah)Hadirin yang dimuliakan,Majlis akan disudahi dengan nyanyian lagu IPGM.Sidang hadirin dipersilakan berdiri.

(Pause)

Majlis akan berehat seketika dan akan disambung semula pada jam 10.30 pagi Dengan itu, dijemput Tuan Pengarah,Ketua-ketua Jabatan,Ketua-ketua Unit,Para pensyarah dan staf dan peserta seminaruntuk ke Bilik Makan untuk menjamu selera.Majlis mempersilakan.