teks pengacara graduasi 2012 copy

10
TEKS PENGACARA MAJLIS MAJLIS GRADUASI KALI KE-12 DI BORA OMBAK RESTAURANT AMPANG SMK TASEK PERMAI 2012 BI L ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN 1. Pengumuman Ketibaan para jemputan Ketibaan tetamu kehormat Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Perhatian kepada semua hadirin dan hadirat. Majlis Graduasi, SMK Tasek Permai 2012 akan bermula sebentar lagi. Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia untuk menyambut ketibaan : Yang Berusaha En. Mat Yaacob Bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai. Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zain Bin Abd Aziz Naib, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai. Mengumumkan Perarakan Masuk Para Graduan ke dalam dewan. Diminta juga tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian agar dapat menutup telefon masing-masing supaya tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih. (Jika perlu) 2. Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan : Yang Berusaha En. Mat Yaacob Bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai. Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zain Bin Abd Aziz Naib, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai. Hadirin-hadirat yang dihormati, majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Tetamu berdiri

Upload: tasya-izazi

Post on 08-Dec-2015

43 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

teks ucapan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

TEKS PENGACARA MAJLISMAJLIS GRADUASI KALI KE-12 DI BORA OMBAK RESTAURANT AMPANG

SMK TASEK PERMAI 2012

BIL ATURCARA SKRIP PENGACARA CATATAN1. Pengumuman

Ketibaan para jemputanKetibaan tetamu kehormat

Assalamualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.Perhatian kepada semua hadirin dan hadirat. Majlis Graduasi, SMK Tasek Permai 2012 akan bermula sebentar lagi.

Tuan-tuan dan puan-puan diminta bersedia untuk menyambut ketibaan : Yang Berusaha En. Mat Yaacob Bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai. Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zain Bin Abd Aziz Naib, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai.

Mengumumkan Perarakan Masuk Para Graduan ke dalam dewan.

Diminta juga tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin sekalian agar dapat menutup telefon masing-masing supaya tidak mengganggu kelancaran majlis kita pada hari ini. Terima kasih. (Jika perlu)

2. Ketibaan Perasmi Mengumumkan ketibaan : Yang Berusaha En. Mat Yaacob Bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai. Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zain Bin Abd Aziz Naib, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai.

Hadirin-hadirat yang dihormati, majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku. Tuan-tuan dan puan-puan diminta berdiri.

Tetamu berdiri

3. Alu-aluan Pengacara Majlis

1.Sirih berlipat sirih pinang, 2. Buah langsat di tepi rimbun, 3. Dari Ampang pergi ke Pekan, Sirih dari Pulau Mutiara Mari dimuat di dalam peti, Singgah berehat di Sri Maran, Pemanis kata selamat datang Hari ini kita berhimpun, Kehadiran tuan, puan anak-anak Awal bismillah pembuka bicara Meraikan para graduan tahun ini. didik dialu-alukan, Ke Majlis Graduasi gemilang yang diadakan.

Page 2: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

Bismillahirrahmanirrahim.1. Yang Berusaha, Pn. Rohaya binti Sharifin, Pengetua SMK Tasek Permai2. Yang Berusaha, En. Mat Yaacob bin Mohammad, Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai3. Yang Berbahagia, Tn. Hj. Mohd Zain Bin Abd Aziz, Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai4. Yang Dihormati, Tetamu jemputan Bekas Pengetua SMK Taman Tasek Pn. Zaini Binti Mohd Zain, Ahli

Jawatankuasa Pelaksana Majlis Graduasi, Guru-guru SMK Tasek Permai serta para graduan yang diraikan sekalian.

5. Para jemputan, para pelajar dan hadirin-hadirat sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah perkenan dan izin-Nya, kita dapat berkumpul di Dewan Bora Ombak Ampang yang indah dan ceria bagi menjayakan Majlis Graduasi SMK Tasek Permai pada tahun ini. Buat pertama-tama kalinya majlis ini diadakan di luar sekolah. Tahniah dan syabas kami ucapkan. Bagi pihak sekolah, saya mengalu-alukan kehadiran para tetamu ke majlis ini yang diadakan khusus untuk menghargai dan meraikan para graduan sebagai satu perangsang demi kejayaan murid-murid sekolah ini terutamanya dalam bidang akademik.

4. Bacaan doa Tuan-tuan, puan-puan serta para hadirin sekalian, bagi memberkati majlis kita pada hari ini, dijemput Ustaz Bakhtiar Fitri bin Abd Hamid untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Ustaz membaca doa) (Ustaz turun pentas)Amin, amin, ya Rab al-AlaminMajlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Bakhtiar. Semoga dengan bacaan doa itu tadi, majlis kita akan diberkati oleh Allah SWT.

Page 3: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

5. Ucapan alu-aluan Pengetua

Bagi meneruskan acara pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Pn Rohaya bt Sharifin, Pengetua SMK Tasek Permai, untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas ucapan sebentar tadi.

(Pengetua turun pentas)

Ucapan perasmian Majlis diteruskan dengan menjemput Yang Berusaha, En. Mat Yaacob Bin Mohammad Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi Kali Ke-12 SMK Tasek Permai 2012. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

(Ucapan Perasmi)Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha, En. Mat Yaacob Bin Mohammad YDP PIBG SMK Tasek Permai, kerana ucapan perasmian beliau sebentar tadi.

6. Penyampaian Sijil/Hadiah

Hadirin-hadirat yang dikasihi,Majlis seterusnya adalah penyampaian sijil kepada para graduan SMK Tasek Permai. Sesungguhnya, majlis ini dapat memberikan satu pengiktirafan yang sangat besar lagi bermakna. Seramai 137 para graduan yang akan tampil ke pentas untuk menerima sijil masing-masing.

Untuk itu, majlis dengan takzimnya menjemput dan mempersilakan En. Mohammad Bin Osman Penolong Kanan Kokurikulum SMK Tasek Permai bagi mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj. Mohd Zain Bin Abdul Aziz Naib Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai, untuk menyampaikan sijil kepada para graduan. Dipersilakan dengan segala hormatnya.

Majlis menjemput para graduan tampil untuk menerima sijil dengan didahului oleh guru tingkatan masing-masing.Bagi Tingkatan Lima, sijil diberikan kepada: (RUJUK LAMPIRAN 1)

Page 4: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

1. TINGKATAN 5 AMANAH (Didahului oleh Guru Tingkatan Cik Zarila Sudin)

2. TINGKATAN 5 BESTARI (Didahului oleh Guru Tingkatan En. Zamri Zahadi)

3. TINGKATAN 5 CEKAL (Didahului oleh Guru Tingkatan Cik Noor Azlina Lajis)

4. TINGKATAN 5 DEDIKASI (Didahului oleh Guru Tingkatan Noorazari Mohamad)

5. TINGKATAN 5 EHSAN (Didahului oleh Guru Tingkatan Pn. Noorazari Mohamad)

6. TINGKATAN 5 MPV (Didahului oleh Guru Tingkatan En, Kam Miring Senin)

Penerima Anugerah Khas Kokurukilum kepada tokoh-tokoh berikut: (RUJUK LAMPIRAN 2)

Bagi menyempurnakan majlis penyampaian Anugerah Khas tokoh-tokoh Kokurikulum, majlis dengan segala hormatnya menjemput serta mempersilakan Pn. Rohaya Sharifin Pengetua SMK Tasek Permai bagi mengiringi Yang Dipertua PIBG SMK Tasek Permai En. Mat Yaacob Bin Mohammad untuk menyampaikan Anugerah Khas Kokurikulum. Dipersilakan.

A. Tokoh Kokurikulum:1. Unit Beruniform.

Mohd Lokman Al-Hakim bin Mohd ZainNor Aiin Binti Ahmad Ridzuan

2. Kelab dan Persatuan.Tan Xin Wei

3. Sukan dan PermainanKathirevan A/L SivakumarFakira Fatin Binti Mohd Saad

Page 5: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

B. Penerima Anugerah Khas Tokoh Kokurikulum 2012 ialah:Mohd Lokman Al-Hakim Bin Mohd ZainNor Amalina Binti Othman (Anugerah Khas Waja Diri)

C. Anugerah Akhlak Terpuji: (Rujuk Lampiran)Safwan Bin Haiyun

D. Anugerah Pelajar Berjasa:Muhammad Amir Fhati Bin Azman

E. Anugerah dan Penghargaan Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas.

1. Tingkatan 5 Amanah:Ketua : NURATHIRAH BINTI AIZULPen. Ketua : MUHAMMAD AIZAT AMZAR BIN MOHD KAMAL

2. Tingkatan 5 Bestari:Ketua : AZIZI BIN SYAPRIZALPen. Ketua : SITI NURUL ASYIKIN BINTI MOHD. ZAHAR

3. Tingkatan 5 Cekal:Ketua : MUHAMMAD AFIQ BIN OTHMANPen. Ketua : NOOR HIDAYAH BINTI HAMID

4. Tingkatan 5 Dedikasi:Ketua : LIDYAWATI BINTI MARTALIUSPen. Ketua : MAS DIANA BINTI NANYAN

Page 6: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

5. Tingkatan 5 Ehsan:Ketua : MOHAMAD AL-AFFIZ BIN SULAIMANPen. Ketua : ABDUL YASID BIN MONIN

6. Tingkatan 5 MPV:Ketua : SAFWAN BIN HAIYUNPen. Ketua : FAIZAL BIN MUSTAFFA

Akhir sekali, penyampaian Anugerah Kenaikan Pangkat DG 48.

1. Indah sungguh masyarakat kita,Walau serumpun tidak serupa,Biar di mana kita berada,Jasa Guru tidak dilupa.

2. Dari Putrajaya ke Tasek Permai,Berhijrah kerana menabur bakti,Ilmu dan amal terus disemai,Cipta kejayaan sebagai bukti.

3. Pergi berburu di Taman Negara,Dapat seekor si anak rusa,Jasa guru tidak terkira,Anak terdidik pertahan bangsa.

Majlis dengan sukacita menjemput guru-guru yang telah disenaraikan dalam Kenaikan Pangkat Ke DG 48 ialah:

Page 7: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

1. PN. NORZAH BINTI SUHOR ( Penolong Kanan Akademik )2. PN. RABIYA BINTI MOHAMMAD SULTAN ( Penolong Kanan HEM )3. PN. MUSALMAH BINTI JUNI ( Ketua Bidang Bahasa )4. PN. NOLHALIZAN BINTI AGAM (Ketua Bidang Kemanusiaan )5. PN. ZARINAH BINTI WAN SEMBOK6. PN. NOR AISHAH BINTI AB. KAHAR7. PN. SHANTI A/P GUNAMANI8. CIK NOOR AZLINA BINTI MAT LAJIS.

Majlis mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan guru-guru semoga terus berjuang dengan penuh dedikasi dan kasih sayang demi anak-anak bangsaSeterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada Pn. Zaini Binti Mohd Zain yang baru bersara daripada perkhidmatan dalam pendidikan sebagai Pengetua SMK Taman Tasek sebelum itu, beliau juga pernah berkhidmatan di SMK Tasek Permai. Majlis menjemput dengan segala hormatnya untuk menerima cenderahati daripada kami.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mat Yaacob kerana sudi menyampaikan sijil dan anugerah.

Majlis mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan guru-guru semoga terus berjuang dengan penuh dedikasi dan kasih sayang demi anak-anak bangsa. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha En. Mat Yaacob kerana sudi menyampaikan sijil dan anugerah.

6. Penyampaian cenderahati

Sebagai tanda penghargaan, dipersilakan Tuan Pengetua, Pn Rohaya binti Sharifin untuk menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha En. Mat Yaacob Bin Mohammad.

Page 8: Teks Pengacara Graduasi 2012 Copy

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kepada Pn Rohaya kerana sudi menyampaikan cenderahati.

7. Penutup Tuan-tuan, puan-puan sekalian.Dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah itu tadi sempena Majlis Graduasi , maka sampailah kita ke penghujung acara. Sebelum mengundur diri, majlis ingin sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah sudi hadir dan menjayakan majlis pada hari ini.

Mangkuk jurong, pinggan pun jurong, Keterlibatan semua tidak tersukat,Jurong berisi buah jati, Permuafakatan ukhwah sebagai makrifat,Dua tiga kata terdorong, Seia sekata kita berpakat,Jangan disimpan di dalam hati. Kecemerlangan sekolah menjadi matlamat.

Akhir kata dari kami, bagi pihak warga kerja dan semua yang terlibat bagi mengurus dan menjayakan majlis ini, kami memohon ribuan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kesilapan. Sesungguhnya, segala yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan segala kesilapan itu datangnya dari kelemahan kami sendiri. Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini. Sekian, terima kasih.

8. Jamuan Majlis dengan segala takzimnya menjemput Yang Berusaha Tuan Pengetua, Pn Rohaya binti Sharifin untuk mengiringi Yang Berusaha YDP AJK PIBG dan dif-dif jemputan untuk menikmati jamuan di perkarangan luar dewan. Guru-guru serta para graduan dipersilakan menikmati jamuan sambil bersantai dengan aktiviti santai yang diadakan di luar perkarangan dewan.Dipersilakan dengan segala hormatnya.

9. Bersurai Dengan ini, berakhirlah aturcara majlis graduasi pada hari ini.Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Disediakan oleh: Pn. Masdiana Hj. Sulaiman SMKTP’12