teks mc f4

7
contoh skrip MC majlis penyerahan dana. Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah- sekolah DUN Sri Muda. 1. PENGUMUMAN KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda. Bismillahirrahmanirrahim marilah sama sama kita mulakan majlis ini dengan membaca ummul Furqan... Untuk menambah seri dan barakah pada majlis petang ini dipersilakan Ustaz HajiDaniel Salehi Bin Abdul Hamid untuk memanjatkan doa kepada Allah. 2. Bacaan Doa Terima kasih diucapkan kepada .Ustaz Haji Daniel Salehi Abdul Hamid.atas bacaan doa sebentar tadi. 3. KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS - Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda. - Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Solehan Bin Haji Tahir, Selaku Ketua kampung Jalan Kebun Merangkap pengerusi JKKK Jalan Kebun - Yang Berusaha Tn.Hj Samsudin bin Shaari, Nazir Masjid an Naim, jalan kebun. - Yang dihormati Tuan Hj, Nur Halim Bin Sirom Wakil Majlis Perwakilan Penduduk. - Yang dihormati Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun. - Pengetua-pengetua , para guru besar, - Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera. Hadirin yang dihormati, Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.

Upload: iza6190

Post on 29-Jan-2016

239 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

teks mc

TRANSCRIPT

Page 1: teks mc f4

contoh skrip MC majlis penyerahan dana.

Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.

1.         PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei selaku Ahli dewan Undangan

Negeri bagi kawasan Sri Muda.

Bismillahirrahmanirrahim marilah sama sama kita mulakan majlis ini dengan membaca ummul

Furqan...

Untuk menambah seri dan barakah pada majlis petang ini dipersilakan Ustaz HajiDaniel Salehi Bin

Abdul Hamid untuk memanjatkan doa kepada Allah.

2. Bacaan Doa

Terima kasih diucapkan kepada .Ustaz Haji Daniel Salehi Abdul Hamid.atas bacaan doa sebentar

tadi.

3.         KATA ALU-ALUAN PENGACARA MAJLIS

- Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei

 selaku Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda.

- Yang Berbahagia Tuan Haji Mohd Solehan Bin Haji Tahir,

Selaku Ketua kampung Jalan Kebun

Merangkap pengerusi JKKK Jalan Kebun

- Yang Berusaha Tn.Hj Samsudin bin Shaari,

Nazir Masjid an Naim, jalan kebun.

- Yang dihormati Tuan Hj, Nur Halim Bin Sirom

Wakil Majlis Perwakilan Penduduk.

- Yang dihormati Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar

Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.

- Pengetua-pengetua , para guru besar,

- Para jemputan, Tuan-tuan dan Puan-puan

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh  dan selamat sejahtera.

 Hadirin yang dihormati,Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi lantaran dengan izin dan limpah kurnia-Nya dihimpun dan dipertemukan kita semua bagi menjayakan kemurnian agenda Majlis penyampaian sumbangan dana kerajaan negeri selangor kepada sekolah-sekolah DUN Sri Muda.

Saya bagi pihak Jawatankuasa Majlis  mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat serta hadirin

semua ke majlis ini.

Page 2: teks mc f4

5.         UCAPAN ALU-ALUAN PLP SIK

Yang berhormat , Tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis pada ptg ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang  Berusaha Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar

Penegerusi Lembaga Pengelola Sekolah Ibnu Khaldun.

. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Tn. Hj Hamdan Bin Mokhtar atas ucapan

yang disampaikan sebentar tadi.

6.   UCAPAN PERASMIAN OLEH Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei

Kini tibalah masanya yang kita tunggu dan nantikan iaitu ucapan penyempurnaan Majlis

Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei  selaku

Ahli dewan Undangan Negeri bagi kawasan Sri Muda. menyampaikan ucapan seterusnya

merasmikan majlis ini. Dipersilakan

Begitulah ucapan Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN

sri Muda. Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian  Yang Berhormat

menyampaikan ucapan  dan seterusnya merasmikan majlis pada ptg ini.

7.         PENYAMPAIAN DaNA

Hadirin yang dihormati,

Majlis pada petang ini diteruskan dengan penyampaian Dana kepada wakil bagi setiap  sekolah yang

terpilih.

Dengan segala hormatnya majlis menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan  mengiringi Yang BerhormatTn.

Shuhaimi Bin Shafiei menyampaikan dana  tersebut.

Dipersilakan

8.         PENYAMPAIAN CENDERAMATA

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kami , pihak majlis menjemput Tn Mokhtar Bin Hamdan

untuk menyampaikan cenderamata kepada

Yang Berhormat Tn. Shuhaimi Bin Shafiei

9.         UCAPAN PENUTUP & JAMUAN

Tuan-tuan dan puan-puan,

Page 3: teks mc f4

Maka sempurnalah sudah Majlis Penyampaian Dana kerajaan negeri Selangor kepada sekolah-sekolah DUN sri Muda. Sekali lagi pihak  majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Tuan . Shuhaimi Bin Shafiei  dan tetamu jemputan atas kesudian hadir  bersama kita pada ptg ini.

Terima kasih atas segala perhatian, salam kemaafan di setiap kesilapan dari tuturkata mahupun

lakucara, jumpa lagi pada lain ketika. Majlis mempersilakan Tn Mokhtar Bin Hamdan menjemput dan

mengiringi Yang Berhormat serta tetamu jemputan ke bilik jamuan.

Sekian, wabillahitaufik walhidayah wassamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Majlis penyerahan duit 100 

Majlis mengumumkan ketibaan Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail diiringi oleh tn pengarah Kolej dan semua tetamu jemputan masuk kedalam dewan

Para pelajar diminta berdiri.....(caklempong)

Majlis pengagihan wang bantuan persekolahan dimulakan dengan menyanyikana. Lagu Negaraku

Para hadirin diminta bersedia.

...................selepas nyanyian........

Tuan-tuan dan puan-puan dan warga kolej vokasional juasseh dijemput untuk mengambil tempat, dipersilakan.

الرحيم الرحمن الله بسموبركاته الله ورحمة عليكم السالم

والمرسلين األنبياء اشرف على السالم والصلوة العالمين رب لله  الحمدأجمعين وصحبه أله  .وعلى

امري لي ويسر صدري لي اشرح  ربقولي يفقح لسلني من عقدة .وحلل

Assalammualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera.

1. Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu

2. Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli

3. Yang dikasihi En Roslan Bin Abd Rashid Yang dipertua PIBG 

4. Yang dihormati Timbalan Pengarah Akademik kolej Vokasional Juasseh, En Sarimen Bin Sapiei

Page 4: teks mc f4

5. Timbalan Pengarah Sokongan Akademik kolej Vokasional Juasseh, Pn Zaidah Binti Danial

6. Pn Rusnawati Binti Juda, Ketua Unit Jaminan Kualiti kolej Vokasional Juasseh

7. Para ibubapa dan penjaga pelajar

8. para pelajar yang di rahmati sekelian

Terbang belatuk ke kuala perlisDi tengah permatang mencari ikanKehadiran datuk penyeri majlisSelamat datang kami ucapkan

ALHAMDULILLAH, IZINKAN kami MEMANJATKAN SETINGGI-TINGGI KESYUKURAN ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin Nya jua, dapat kita dipertemukan dan berkumpul pada hari ini dalam pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang oleh kerajaan

Terlebih dahulu pihak majlis sukacita mengalu-alukan kehadiran Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Juasseh, Merangkap pengerusi Jawatankuasa Bertindak pelancongan perpaduan, kebudayaan, kesenian, warisan dan adat istiadat melayu, para tetamu jemputan serta hadirin-hadirat sekelian dalam majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Semoga dengan kesudian meluangkan masa pada pagi ini akan menyemarakkan lagi majlis ini. 

BACAAN DOA 

Hadirin-hadirat warga dewan yang dihormati,

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang dengan limpah kurnianya, marilah kita sama-sama bermunajat menadah tangan memohon taufik dan hidayah sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan ini. Jesteru, Majlis mempersilakan ustaz shahid b riduan untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

....................... Bacaan Doa

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ustaz shahid b riduan di atas bacaan doa itu tadi.

Selain daripada (BR1M) kerajaan juga telah memberikan Bantuan Persekolahan sebanyak RM 100 yang diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Melalui bantuan ini dilihat dapat membantu kira-kira 5.3 juta pelajar di seluruh negara dan tujuan bantuan ini diberi pada awal tahun ini adalah bagi memudahkan proses pembelian keperluan pembelajaran bagi setiap pelajar. Bebanan ibu bapa juga dilihat dapat dikurangkan kerana anak-anak dapat menggunakan wang bantuan persekolahan yang diberikan oleh kerajaan untuk menampung keperluan seperti membeli peralatan tulis dan buku-buku. Bantuan persekolahan ini juga menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap permasalahan rakyat mengenai masalah yang terpaksa di tanggung oleh ibu bapa setiap kali musim persekolahan bermula dalam menyediakan anak-anak agar mendapat suasana yang selesa dalam proses pembelajaran.

Page 5: teks mc f4

Ucapan pengarah

Pergi ke kota beli selasih,mencari manisan buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis meneruskan acara dengan ucapan alu-aluan oleh Yang berusaha Tuan Pengarah Kolej Vokasional Juasseh, Puan Nor Asikin Binti Md Shazilli.Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********************************Ucapan Pengetua********************************************Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas ucapan alu-aluan Tuan Pengarah Kolej Vokasional itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dikasihi,

Tanah terbiar tidak bertuan,Berpagar teguh tidak berpapan,Yang Berhormat datuk jadi tumpuanPersilakan datuk memberi ucapan

Tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu ucapan oleh Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan JuassehMajlis dengan penuh takzim mempersilakan……

*********************************Ucapan Perasmi***********************************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang berhormat Dato’ Hj Mohammad Razi Bin Hj Kail,atas ucapan sempena majlis pengagihan wang bantuan persekolahan sebentar tadi

Penyampaian wang sumbangan

Hadirin-hadirat warga dewan gemilang yang dikasihi,

Acara diteruskan lagi dengan pengagihan wang bantuan persekolahan RM100 seorang yang diberikan kerajaan dari Yang berhormat dato’ hj mohammad razi bin kail . Buat pengetahuan hadirin, 20 orang pelajar yang bertuah telah dipilih bagi menerima pengagihan wang tersebut yang bakal disempurnakan oleh Yang berhormat dato’. Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang Berhormat dato’ untuk tampil menyempurnakan pengagihan tersebut dengan segala hormatnya dipersilakanpenutupWarga dewan yang dirai,

kita telahpun sampai ke penghujung majlis, oleh itu maaf jua dipinta di atas sebarang kesilapan dan kekurangan di sepanjang majlis ini berlangsung.

Kami selaku wakil kerja jawatankuasa majlis, memohon maaf atas segala kekurangan dan

Page 6: teks mc f4

tidak keselesaan sepanjang majlis ini berlangsung. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan kekurangan itu wujudnya daripada kelemahan kami sebagai makhluk Allah bernama insan

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum…… dan terima kasih.