teks mc en karim.docx nn

Upload: norazimah-allawaddin

Post on 06-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mm

TRANSCRIPT

Mengumumkan ketibaan yang diraikan, En Abdul Karim bin Hassan diiringi oleh Guru Besar Sk Bukit Lintang, Puan Samsiah bt Husein dan Yang Dipertua PIBG, Encik Jumat bin Aman ke pekarangan tapak perhimpunan. 1.Yang Dihormati Encik Aslar bin ______________.2. Yang berusaha Guru Besar SK Bukit Lintang , Pn Samsiah bt Hussein 3. Yang Berusaha Guru Besar Sk Taman Kota Jaya, Pn Norlia bt ________.4. Yang Dihormati Encik Jumat bin Aman .2. Yang diraikan En Abdul Karim bin Hassan 3. Guru penolong kanan dan rakan-rakan guru yang dikasihi sekalian 9. serta para pelajar yang dikasihi lagi dirahmati seklian

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera

Bersyukur kita ke hadrat Illahi, dengan izin serta limpah kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun pada pagi ini bagi meraikan MAJLIS PERSARAAN ENCIK ABDUL KARIM BIN HASSAN.Hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Untuk itu, Majlis pada pagi ini dimulakan dengan bacaan doa. Jesteru, majlis mempersilakan Ust. Muhammad Najdi bin bin Majid untuk memimpin bacaan doa, dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih di atas bacaan doa itu tadi.*************************************************************************************Majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SKBL Pn Samsiah bt Hussein , untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.************************************************************************************Demikianlah tadi ucapan alu-aluan yang telah disampaikan oleh Puan Guru Besar Pn Samsiah bt Hussein. Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Yang berusaha dan hadirin sekelianBuat pengetahuan hadirin semua, Encik abdul karim bin Hassan telah dilahirkan pada tanggal 15 Oktober 1955 di tanjung sedeli, kota tinggi. Beliau mendapat pendidikan awal di sk setia jaya dan kemudian meneruskan pendidikan di sekolah menengah bandar kota tinggi. Jika kita soroti perjalanan Encik Abdul Karim bin Hassan di Sk Bukit Lintang ini, beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah berkhidmat di sini bermula pada 16 Januari 1984. Bapa kepada ____ orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn Aspalela bt Kamis ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Beliau yang merupakan Banyak suka duka yang telah dilaluinya selama 31 tahun sewaktu menabur keringat di bumi Sk Bukit Lintang khususnya dalam pembangunan sekolah. Segala jasa dan pengorbanan tuan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam.

Tinggi bukit gilang-gemilang,Air di laut tenang-tenangan;Budi sedikit tak akan hilang,Tetap menjadi kenang-kenangan.

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput yang diraikan, encik abdul karim bin hassan untuk menyampaikan ucapan.

*************************Ucapan encik karim *****************************************Terima kasih atas ucapan itu tadi. Seterusnya, majlis dengan berbesar hati ingin menjemput guru besar untuk mengiringi encik aslar bin _________________ bagi menyampaikan sedikit cendera hati sebagai tanda kenang-kenangan. ** bagi cenderahati dan potong kek ..gimikMajlis mengucapkan ribuan terima kasih.Harum baunya Si bunga cengkihDibawa orang dari ambonBuang yang keruh ambil yang jernihJari disusun maaf dipohon.

BINTANG BARAT TERBITAN PETANG,BINTANG T IMUR TERBITAN PAGI,JIKATIDAK MELARAT PANJANG,ADA UMUR KETEMU LAGIMaka, berakhirlah majlis kita pada hari ini. Segala kekhilafan dan kekurangan secara sedar mahupun tidak sepanjang majlis berlangsung harap dimaafi, dan segala kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sebelum berpisah, majlis mempersilakan Tuan Guru Besar dan tetamu kehormat untuk mengiringi yang diraikan En Abdul Karim b. Hassan bagi bersalaman-salaman bersama warga sekolah serta menyempurnakan perarakan beramai-ramai menaiki kenderaan khas ke pintu hadapan pagar sekolah untuk lambaian terakhir, majlis mempersilakan.