teks mc ceramah anti dadah skrt 2015

Upload: snexon-jajan-maria

Post on 01-Mar-2016

70 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Feel free to download. Semoga bermanfaat!

TRANSCRIPT

  • 1

    SKRIP PENGACARAAN CERAMAH ANTI DADAH

    SK RIMBA TERJUN 2015

    (NUR JANNATUL NAIMAH BINTI ZAINALABIDIN)

    Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Encik Muhd. Fauzi bin Mohamad dan dif-dif

    jemputan masuk ke perkarangan dewan. Hadirin dipersilakan berdiri.

    - Hadirin mengambil tempat -

    Bismillahirrahmanirrahim...

    Alhamdulillahi rabiil alamin, wassolatu wassalamu ala ashrafil anbiai walmursalin waala

    alihi wasohbihi ajmain.

    Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

    Yang Berbahagia Encik Muhd Fauzi bin Mohamad,

    Pembantu Kanan Agensi Anti Dadah Kebangsaan Cawangan Pontian,

    Yang Dihormati Puan Saluhah binti Abas,

    Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

    Encik Farid bin Sailan dan Encik Mazlan bin Makmur,

    Pegawai AADK Cawangan Pontian,

    Guru-guru,

    Serta anak didik yang dimuliakan.

    Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah izinNya kita diberi

    kesempatan bersama-sama berhimpun dalam himpunan pada pagi yang ini.

  • 2

    Terima kasih buat Tuan Penceramah dan pegawai-pegawai petugas AADK Cawangan

    Pontian atas kesudian hadir ke majlis ini, Buat makluman, sudah seminggu Program

    Anti Dadah berkampung di sekolah kita ini. Dengan pelbagai pengisian seperti majlis

    perasmian, kuiz dan pertandingan melukis serta poster, kini kita titikkan Minggu Anti

    Dadah dengan ceramah dibawakan khas kepada anda terus dari AADK Cawangan

    Pontian. Pentinjg untuk kita tahu tuju kita adakan minggu ini. Tidak lain dan tidak bukan,

    memang untuk mendidik anak-anak kita akan ilmu dan bahana dadah. Dadah perosak

    bangsa.

    Hadirin yang dihormati,

    Kepada Allah kita rafikkan,

    Redhalah insan kepada tuhan;

    Berkatlah majlis kita aminkan,

    Biarlah lancar kita usahakan.

    Untuk itu, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz Izuddin bin Abdul Aziz

    untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

    - Bacaan Doa -

    Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi.

    Warga dewan yang dirahmati sekalian,

    Kini, dengan penuh gemilang, kita teruskan majlis dengan ceramah khas Anti Dadah..

    Untuk itu, majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan Yang

    Berbahagia Encik Muhd. Fauzi bin Mohamad, Pembantu Kanan Anti Dadah AADK

    Cawangan Pontian untuk menyampaikan ceramahnya. Majlis dengan segala hormatnya

    mempersilakan.

  • 3

    - Ceramah -

    Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Encik Muhd. Fauzi bin

    Mohamad atas ceramah yang cukup bermakna, penuh dengan input dengan pengisian.

    Hadirin, untung kita didedahkan dengan pelbagai maklumat. Sukar untuk kita dapatkan

    di luar sana, malah perlu berbayar lagi.

    Tuan-tuan dan puan-puan,

    Di kesempatan ini juga, pihak majlis berbesar hati memberikan sedikit cenderamata

    sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Penceramah atas kesudian

    menjayakan majlis Ceramah Anti Dadah peringkat SKRT bagi tahun 2015 ini. Dengan

    ini, majlis mempersilakan Encik Nizamudin untuk naik ke persada pentas bagi

    menyampaikan cenderamata. Dijemput Tuan Penceramah untuk menerima sedikit

    cenderamata. Dipersilakan.

    - Penyampaian Cenderamata Penceramah dan Kru2nya -

    Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan Saluhah dan Encik Nizamudin

    atas kesudian menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

    Ringan mulut bermadah maaf andai ada salah pada lidah, ada kurang pada kendali,

    ada pincang dan rancu pada majlis. Akhir kalam, kita akhiri majlis ini dengan tasbih

    kifarah dan surah Al Asr. Majlis kita sampai ke noktahnya. Assalammualaikum w.b.t.