teks maulidurrasul

6
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKSB 2015/1436 H QUE TEKS CATATAN Pembuka bicara Bismillah Hirrahmanirrahim.... Alhamdulillahhirabbilalamin... RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI... Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Assalammualaikum mulanya kata, Saya sembah pembuka bicara. Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahi dimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi, Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATI Diiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi.. Salutasi Yang Berusaha __________________, GPK 1 SK Sungai Boh merangkap wakil kepada Tuan Guru Besar. Yang Berusaha___________________, Guru Besar Sekolah Agama Sungai Boh Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz __________________ selaku tuan penceramah kita pada hari ini. Yang berbahagia, YDP PIBG, __________________ . Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Labis. 1

Upload: mohd-zaki-mohamed-som

Post on 20-Nov-2015

244 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teks pengacaraan maulidurrasul

TRANSCRIPT

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SKSB 2015/1436 H

QUETEKSCATATAN

Pembuka bicaraBismillah Hirrahmanirrahim....Alhamdulillahhirabbilalamin...RabbissrahliSADRIWAYASSIRLIAMRI WAHLULL UQ DATTAN MILLISANI YAF KHAHUL KAULI...

Melati kuntum tumbuh melata,Sayang merbah di pohon cemara;Assalammualaikum mulanya kata,Saya sembah pembuka bicara.

Dimulakan lafaz dengan nama Allah Tuhan Ilahidimohonkan limpahan berkat akan segala nikmat yang diberi,Diucapkan puji-pujian ,kepada Allah RABBUL IZZATIDiiringkan sanjungan dengan kesyukuran yang amat tinggi..

SalutasiYang Berusaha __________________, GPK 1 SK Sungai Boh merangkap wakil kepada Tuan Guru Besar.

Yang Berusaha___________________, Guru Besar Sekolah Agama Sungai Boh

Yang berbahagia, Al-Fadhil Ustaz __________________ selaku tuan penceramah kita pada hari ini.

Yang berbahagia, YDP PIBG, __________________ .

Yang dihormati __________________, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.

Yang dihormati, __________________, Penolong Kanan Kokurikulum SMK Labis.

Rakan-rakan Guru, Staf-staf sokongan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, Serta semua pelajar SK Sungai Boh Yang dirahmati Allah sekalian.

Assalamualaikum w.b.t.

Alu-aluanSarung ketupat berisi inti, Dibawa budak sambil berlari, Kehadiran semua sangat dihargai, Moga Majlis bertambah seri.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini, bagi satu lagi majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah kebangsaan dan sekolah agama Sungai Boh tahun 2015 bersamaan dengan 1436 hijrah.

Sambutan maulidur rasul saban tahun diadakan bagi memperingati tarikh kelahiran junjungan kita junjungan besar rasullullah s.a.w. Seperti yang kita sedia maklum bahawa rasullullah s.a.w merupakan pemimpin yang agung yang menjadi contoh umat baginda sehingga akhir zaman. Di samping itu juga, majlis seumpama ini dapat menzahirkan rasa cinta dan kasih kita yang mendalam terhadap junjungan besar rasulullah s.a.w

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda.. Tidak (sempurna) iman seseorang kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibubapanya, anaknya dan manusia umumnya.

DoaHadirin dan hadirat sekalian,

MENANDAH TANGAN POHON PERKENANAGAR MAJLIS BERJALAN LANCARAL-FATIHAH KITA LAFAZKAN,APA DIHAJAT MOGA TERPANCAR

Bagi memulakan dan memuliakan majlis marilah kita bersama-sama menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala urusan mendapat rahmat. Jesteru, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Ustaz Hafiz Haikal bin Junaidi untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Amin, Ya Rabb Al-Alamin. Semoga majlis mendapat keberkatan ROBBUL IZZATI

Ucapan GB(wakil )

Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak berkat ilmu tanpa amalnyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.

Bagi menyampaikan ucapan alu-aluan, majlis menjemput dan mempersilakan Ustazah Nursuhaslina binti Hassan, GPK 1 SkK Sungai Boh.

Terima kasih majlis ucapkan.

Ucapan...

Pergi ke kota beli selasih,Sayang si dara buat halwa;Berilah kata simpulan kasih,Sulamkan mesra satukan jiwa

Majlis juga dengan ini menjemput untuk menyampaikan ucapan dan pesanan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih.

PersembahanPaduka sukma setia menanti,Berseri di hati pinangan dibawa,Seketika cuma majlis berhenti,Mari nikmati halwa telinga.

Sebagai selingan dan halwa telinga majlis pada pagi ini, apa kata mari kita saksikan persembahan anak-anak Sungai Boh. Mereka akan mempersembahkan

Terima kasih diucapkan atas persembahan itu sebentar tadi.

CeramahHadirin,

Siddiq, amanah ,tabliq, fatonah,Sifat terpuji junjungan baginda,Menjaga pekerti mengamalkan sunnah,Perpaduan nadi transformasi negara.

Jauh Perjalanan Luas pemandangan,Mencari Ilmu Merungkai Rahsia,Muhammad Rasul Nabi Junjungan,Menjadi Teladan Umat Manusia.

Majlis maulidur rasul 1436 Hijrah peringkat diteruskan lagi dengan mendengan ceramah daripada penceramah jemputan kita. Oleh itu, marilah kita sama-sama meminjamkan sebentar mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal di sampaikan dapat kita hayati dan manfaat bersama. Sehubungan dengan itu, majlis dengan penuh takzim mempersilakan Ustaz .............................................................untuk menyampaikan ceramahnya.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu. Diharapkan apa yg disampaikan oleh al-fadhil ustaz sedikit sebanyak menjadi ibrah dan panduan kepada kita sebagai ummat Muhammad.

CenderahatiHadirin dan hadirat sekalian,Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderahati. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan ___________________________________________________, untuk mengiringi ______________________________________ (YDP PIBG), bagi menyampaikan sedikit cenderahati kenang-kenangan kepada_________________________________________(tuan penceramah kita pada pagi ini).

Majlis mengucapkan terima kasih.

Penutup/ jamuanSempurnalah sudah majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Agama Sungai Boh 1436 Hijrah.

MAJLIS BERAKHIR PENUH INAYAHMENJADI KEBANGGAAN ANUGERAH DI NOBATSEMOGA YAKIN TERUS ISTIQAMAHSEMANGAT KENTAL MENJADI AZIMAT.

INDAH TERUKIR CIPTAAN SENILEMBUT BAGAIKAN SENTUHAN BAYUJARI SEPULUH DISUSUN KINIANDAINYA ADA KATA TERLALU.

Hadirin dan hadirat sekalian, majlis menjemput tuan penceramah, para jemputan, semua guru dan staf serta murid-murid untuk ke menikmati sedikit jamuan.

Sekian ,Terima kasih daun keladi tahun hadapan kita sambut lagi..

WABILLAHI TAUFIK WAHIDAYAH.WASSALAMUALAIKUM WBT

4