teks majlis khatam al-quran taman anggerik indah.doc

8
TEKS PENGACARA MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU NURUL EHSAN TAMAN ANGGERIK INDAH, SERIAN, SARAWAK. TARIKH : 30 APRIL 2015 (KHAMIS) MASA : 6.30 PTG – 1-.00 MLM TEMPAT : SURAU NURUL EHSAN TENTATIF 6.30 ptg : PERARAKAN PESERTA KHATAM AL-QURAN : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS : MAJLIS KHATAM AL-QURAN : PERSEMBAHAN : UCAPAN ALUAN GURU BESAR SKBT : PERSEMBAHAN : UCAPAN PERASMIAN : PERSEMBAHAN : PENYAMPAIAN CENDERAMATA : PERSEMBAHAN 10.00 mlm : JAMUAN HARI RAYA

Upload: rushdan-mat

Post on 26-Sep-2015

102 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

MAJLIS PENUTUPAN MKKQ PERINGKAT ZON DAERAH TEMERLOH 2008

TEKS PENGACARA

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SURAU NURUL EHSAN TAMAN ANGGERIK INDAH, SERIAN, SARAWAK.

TARIKH: 30 APRIL 2015 (KHAMIS)

MASA: 6.30 PTG 1-.00 MLM

TEMPAT: SURAU NURUL EHSAN

TENTATIF

6.30 ptg:PERARAKAN PESERTA KHATAM AL-QURAN

:UCAPAN ALUAN PENGERUSI MAJLIS

:MAJLIS KHATAM AL-QURAN

:PERSEMBAHAN

:UCAPAN ALUAN GURU BESAR SKBT

:PERSEMBAHAN

:UCAPAN PERASMIAN

:PERSEMBAHAN

:PENYAMPAIAN CENDERAMATA

:PERSEMBAHAN

10.00 mlm:JAMUAN HARI RAYA

TEKS PENGACARA DISEDIAKAN OLEH : Mohd Rushdan

MASA

PANDUAN

PENGUMUMAN

8.10 MLM

Tetamu/ perarakan khatam al-quran hampir sampai ke dewan.

Tetamu / yang diraikan mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip,

Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Serian,

Dengan diiringi ,Al-Fadhil Ust Ideris Sarib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan, beserta yang diraikan peserta-peserta khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak bagi tahun 2015.

Hadirin sekelian dipersilakan berdiri.

Hadirin sekelian dipersilakan mengambil tempat

Peserta khatam al-quran dipersilakan mengambil tempat.

Melayang serindik di atas permatang, Merbah berkicau di hujung muara,

Pemanis kata selamat datang Awal bismilah pembuka bicara.

Nuri berkicau di hujung pecan Membuat sarang di tanah rendah

Kehadiran tuan/puan kami alukan, Kecil tapak tangan dewan kami sediakan.

Bismillahirahmanirahim..

Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip,

Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Serian,

Yang Dihormati,Al-Fadhil Ust Ideris Sarib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan, yang diraikan peserta-peserta khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015,tuan tuan dan puan-puan Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah sekelian.

AssalamualaikumAlhamdulillah, Bersyukur kita kehadrat ilahi dengan limpah kurnia-Nya dapat berhimpun dalam majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.

Majlis terlebih dahulu merakamkan sekalung terima kasih atas kesudian Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak meluangkan masa dalam kesibukanan beliau, bersama-sama kita pada majlis ini seterusnya nanti merasmikan majlis Majlis Khatam Al-Quran pada malam ini.

Untuk makluman sidang hadirin sekelian, Majlis Khatam Al-Quran

-baca buku program

Hadiri sekelian, Peserta khatam al-Quran pada tahun ini adalah seramai 11 orang yang terdiri dari warga Taman Anggerik Indah Serian Sarawak. Hadirin sekelian, majlis khatam al-quran pada hari ini menggunakan manhaj tradisional iaitu setiap peserta akan membaca satu surah dan ayat yang terakhir dari setiap surah akan dibaca secara beramai-ramai. Majlis khatam al-quran akan dipimpin oleh al-fadil Ustaz Ziyadi bin Mohd Rasedi.

Hadirin sekelian,

Al-quran mukjizat bahasa tersusun, Indah alunan tersemat dihati,

Majlis dimula perhatian dipohon,Semoga rahmat berkat menanti .

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadil Ustaz Ziyadi bin Mohd Rasedi. Bagi memulakan majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.

MASA

PANDUAN

PENGUMUMAN

Ucapan pengerusi surau

SELINGAN MUZIK

- pengerusi surau turun pentas

Ucapan tetamu kehormat

SELINGAN MUZIK

- tetamu kehormat turun

Amin amin ya rabbal alamin

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz Ziyadi selaku khalifah majlis khatam al-Quran dan peserta-peserta khatam al-quran serta sidang hadirin sekelian yang menyertai sama dalam majlis ini.

Hadirin yang dihormati sekelian, Majlis khatam al-Quran kali ini cukup bermakna dimana hasil kerjasama warga Jemaah Surau Nuru Ehsan dibawah kepimpinan Ust Ideris Sarib dan hasil sokongan padu Ketua Biro Kerohanian yang diketuai oleh En Md Rafee Sahmat dan masyarakat setempat.

Hadirin sekelian

Bagi meneruskan acara, majlis mempersilakan Yang dihormati Ust Ideris Sarib, Pengerusi Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Terima kasih, Ust Ideris Sarib atas ucapan alu-aluan itu tadi.

Hadirin sekelian, Al-Quran bukanlah hanya untuk dibaca tetapi menjadi panduan dalam semua aspek kehidupan. Kehidupan lebih bermakna bila mana hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia dapat ditunaikan dengan sempurna. Yang jelas, Silaturrahim terbina erat, kerja yang berat, terasa mudah dibuat.

Hadirin sekelian,

Tak meriah majlis jika tiada paluan kompang,

Tak berseri majlis jika tiada tetamu yang datang,

Tak lengkap acara jika tamu kehormat tidak berbicara,

Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak, PDS Untuk menyampai ucapan dan seterusnya merasmikan majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.

, dipersilakan.

Pagi petang memikat belatuk, Anak ayam makan di tangan,

Takkan hilang jasamu tuan, Jadi ingatan sepanjang zaman.

Buah Longan beli sekati, Buat makan di atas jambatan,

Pesanmu tuan kami ingati, Jadi azimat dalam ingatan.

Majlis merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan dan perasmian

itu tadi.

MASA

PANDUAN

PENGUMUMAN

Penyampaian cenderahati

SELINGAN MUZIK

-tetamu kehormat turun

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang dihormati al-Fadhil Ust Ideris Sarib Pengerusi Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian untuk mengiringi Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak, PDS, Naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderahati

Terima kasih kepada Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak, PDS atas kesudian menyampaikan cenderahati itu tadi. Sebagai tanda terima kasih, Majlis mempersilakan dihormati al-Fadhil Ust Ideris Sarib, Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian menyampaikan cenderahati kepada Yang Berusaha Puan Zainab binti Halip, Pegawai Tadbir Sarawak, PDS.

Terima kasih.

Selawat

Seterusnya dipersilakan barisan tetamu kehormat, peserta khatam al-Quran, muslimin dan muslimat yang hadir bagi sama-sama kita berdiri untuk mengalunkan selawat puji-pujian ke atas Baginda Nabi kita Rasulullah s.a.w. dipersilakan.

Terima kasih.

Jamuan & Bersurai

Dengan itu berakhirlah sudah majlis khatam al-Quran Surau Nurul Ehsan Taman Anggerik Indah Serian Sarawak tahun 2015.

Bagi pihak majlis, kami merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada hadirin hadirat sekelian atas kesudian memeriahkan majlis pada hari ini. Bagi pihak majlis juga, ingin memohon kemaafan jika terdapat sebarang kecacatan dan kepincangan sepanjang perjalanan majlis ini. Akhir kata, dipersilakan tetau kehormat dan sidang hadirin ke jamuan kita pada malam ini . Dengan itu sekian terima kasih ..wabillahi taufik