teks majlis graduasi tingkatan 3 & 5 2012 mrsm pdrm

15
TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012 MRSM PDRM KULIM Teks Edisi Keempat Pengacara majlis :Muhammad FareezY usran& Najwa Hani MohdSabri Guru penasihat :Puan Romaine Binti Anuar & Cik Rahimah Binti Talib 201 2 MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012 MRSM PDRM KULIM 2012

Upload: muhammad-fareez-yusran

Post on 13-Aug-2015

653 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pengerusi Majlis: Muhammad Fareez Yusran & Najwa Hani Mohd Sabri

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAANMAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012MRSM PDRM KULIMTeks Edisi Keempat

Pengacara majlis :Muhammad FareezY usran& Najwa Hani MohdSabri

Guru penasihat :Puan Romaine Binti Anuar & Cik Rahimah Binti Talib

2012

MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012MRSM PDRM KULIM

2012

Page 2: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012

8.00 pagi - Para jemputan dan ibu bapa mula mengambil tempat

Fareez : Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian, selamat datang ke Majlis Graduasi pada hari ini. Pihak kami ingin memohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan untuk mematikan telefon bimbit anda atau menetapkan telefon bimbit anda kepada mod senyap atau mod getaran supaya majlis tidak terganggu.

Najwa : Tuan-tuan dan puan-puan, untuk makluman, sepanjang majlis penyampaian sijil dan hadiah, pihak maktab ada menyediakan khidmat jurugambar khas. Justeru kami memohon agar tuan-tuan dan puan-puan tidak tampil di hadapan pentas untuk mengambil gambar anak masing-masing.

Terima kasih.

(Ulang jika perlu)

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 1

Page 3: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Fareez : Mengumumkan perarakan masuk para graduan. Hadirin diminta berdiri.

(Graduan mengambil tempat)

(Selesai paluan kompang, tunggu 1-2 minit untuk memberi laluan kepada graduan mengambil tempat)

Fareez : Hadirin dipersilakan duduk.

9.45 pagi - Para jemputan, ibu bapa, guru-guru dan graduan mengambil tempat

10.00 pagi - Perarakan masuk tetamu kehormat diiringi ahli senat

Najwa : Mengumumkan, perarakan masuk tetamu kehormat dengandidahului Pembawa Keris Istiadat serta diiringi oleh Ahli-ahli Senat Maktab Rendah Sains MARA Polis Diraja Malaysia. Hadirin dan graduan diminta berdiri.

(Setelah semua Ahli Senat berada di atas pentas)

Najwa : Hadirin sekalian, sekarang marilah kita sama-sama menyanyikan lagu Negaraku dan lagu Amanah Rakyat.

(Nyanyian lagu Negaraku dan lagu Amanah Rakyat)

(Selesai nyanyian)

Najwa : Hadirin dipersilakan duduk.

Fareez : Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera.

Yang Berbahagia Puan Hajah Shaariah Binti Dahman, Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang

Yang Dihormati Superintendent (su-perin-ten-den)Shuib Bin Nordin, Ketua Unit PTK (kursus) Bahagian Latihan Bukit Aman, merangkap Urusetia MRSM PDRM

Yang Dihormati Tuan Haji Satari Bin Hashim, Timbalan Pengarah 1 (Hal Ehwal Pelajar) Bahagian Pendidikan Menengah MARA

Yang Berbahagia Dr. Jamil Bin Ismail, Yang Dipertua MUAFAKAT MRSM PDRM

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 2

Page 4: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Yang Berusaha Puan Hajah Ahadiah Binti Kandar, Pengetua MRSM PDRM

Pengetua-pengetua atau wakil MRSM berdekatan

Pengetua-pengetua atau wakil Sekolah Menengah Daerah Kulim Bandar Baharu

Pegawai MARA Daerah Kulim

Timbalan-timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar & Kokurikulum MRSM PDRM, Ketua –ketua Jabatan, Ketua Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab serta Kaunselor MRSM PDRM, Ahli-ahli Jawatankuasa MUAFAKAT MRSM PDRM, guru-guru dan kakitangan, anggota-anggota Unit Penyelaras MRSM PDRM,

Dan seterusnya para graduan yang diraikan, tuan-tuan dan puan-puan, para ibu bapa yang dihormati.

Sungguh manis si buah lokan,

Dibeli dari Pulau Mutiara,

Selamat datang kami ucapkan,

Awal Bismillah pembuka bicara.

Fareez : Hadirin yang dihormati, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya dapat kita sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis ceria dan penuh bermakna pada hari ini.

Najwa : Bagi pihak MRSM PDRM, kami mengalu-alukan kedatangan tetamu kehormat, dif-dif jemputan serta tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Majlis Graduasi MRSM PDRM 2012 pada hari ini.

Sesungguhnya majlis graduasi pada hari ini merupakan upacara kemuncak yang pasti akan menjadi detik bersejarah dan sering dinanti-nantikan oleh setiap pelajar MRSM. Inilah saat paling gemilang untuk kita memberi apresiasi atas kejayaan hasil usaha dan pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang pengajian mereka sama ada selama 4 atau 6 semester di MRSM PDRM.

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 3

Page 5: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Ke Pulau Mutiara mencari buluh,

Di kala senja baru berangkat,

Angkat doa jari sepuluh,

Doa minta biar selamat

Fareez : Sebelum majlis diteruskan, marilah kita bersama-sama memohon keberkatan daripada Ilahi. Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz Mohd Faiz Bin Abd Ghani untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

(Bacaan doa)

Amin Ya Rabbal Alamin. Terima kasih diucapkan.

Fareez : Hadirin sekalian, sebagai pembuka tirai majlis pada pagi yang berbahagia ini, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Hajah Ahadiah Binti Kandar, pengetua MRSM PDRM untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan pengetua)

Najwa : Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan Pengetua sebentar tadi.

Hadirin sekalian, dengan penuh takzim dan sukacitanya pihak majlis mempersilakan Yang Berbahagia Puan Hajah Shaariah Binti Dahman, Pengarah Kolej MARA Kuala Nerang untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi 2012 Maktab Rendah Sains MARA Polis Diraja Malaysia. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan perasmi)

Fareez : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan Shaariah Binti Dahman atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Najwa : Seterusnya bagi melangsungkan majlis, dengan segala hormatnya dijemputPuan Hajah Ahadiah Binti Kandar, Pengetua MRSM PDRM untuk pengisytiharan graduasi. Para graduan diminta berdiri.

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 4

Page 6: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012(Pengisytiharan graduasi oleh pengetua)

(Selepas pengetua duduk)

Para graduan dipersilakan duduk.

Fareez : Majlis merakamkan jutaan terima kasih.

Dengan pengisytiharan itu tadi, majlis diteruskan dengan upacara Penyampaian Sijil-sijil Graduasi Tingkatan 3.

Sijil Graduasi (Menengah Rendah Maktab Rendah Sains MARA) dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memenuhi syarat-syarat pengajian selama 3 tahun berikut:

Memperoleh Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) tidak kurang 2.00(Dua-Perpuluhan-Kosong-Kosong)

Lulus subjek teras sekurang-kurangnya 190 jam kredit daripada 204 jam kredit.

Lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Lulus semua kursus khas iaitu Sains Komputer, Kemahiran Berfikir dan Kemahiran Belajar

Dan menyertai sekurang-kurangnya 2 jenis kegiatan sukan, persatuan atau kelab dan badan beruniform.

Untuk menyempurnakannya, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang Dihormati Superintendent Shuib Bin Nordin, diiringi Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik, Encik Ibrahim Bin Sulaiman bagi menyampaikan sijil-sijil berkenaan. Dipersilakan.

(Berhenti sekejap)

(Rujuk senarai penerima sijil Tingkatan 3)

Dimulakan denganpelajar Kelas Pertama dengan TPNG 3.50-4.00. Pelajar-pelajar ini turut menerima Anugerah Prestasi Cemerlang Akademik dan bagi yang memperoleh PNG 3.50 dan ke atas, turut menerima Anugerah Penghormatan Pengetua Semester 2, 2012. Dijemput ( Senarai nama penerima sijil merujuk kepada susunan di lampiran)

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 5

Page 7: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Seterusnya ialah pelajar kategori Kelas Kedua Atas dengan TPNG 3.00-3.49. Bagi yang memperoleh PNG 3.50 dan ke atas, turut menerima Anugerah Penghormatan Pengetua Semester 2, 2012. Dijemput ( Senarai nama penerima sijil merujuk kepada susunan di lampiran)

Seterusnya ialah pelajar kategori Kelas Kedua Bawah dengan TPNG 2.00-2.99. Dijemput (Senarai nama penerima sijil merujuk kepada susunan di lampiran)

(Setelah selesai)

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Superintendent Shuib Bin Nordin

Najwa : Hadirin yang dihormati, selesai sudah majlis penyampaian Sijil Graduasi pelajar-pelajar Tingkatan 3, kini tibalah masa untuk penyampaian sijil-sijil dan anugerah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5.

Sijil Graduasi (Menengah Atas Maktab Rendah Sains MARA) dianugerahkan kepada pelajar-pelajar yang berjaya memenuhi syarat-syarat pengajian selama 2 tahun seperti berikut:

Memperoleh Timbunan Purata Nilaian Gred (TPNG) tidak kurang 2.00

Lulus subjek teras sekurang-kurangnya 98 jam kredit daripada 104 jam kredit

Lulus semua kursus Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

Lulus subjek elektif 58 jam kredit daripada 72 jam kredit

Lulus semua kursus khas iaitu Sains Komputer, Perkembangan Kerjaya, Kemahiran Komunikasi, Kemahiran Berfikir, Program Keusahawanan, Kursus Amalan Belajar dan Seni Reka.

Dan menyertai sekurang-kurangnya 1 jenis kegiatan sukan,kelab atau persatuan dan badan beruniform

Dengan itu, majlis dengan penuh takzim menjemput Yang Dihormati Puan Hajah Shaariah Binti Dahman dengan diiringi oleh Pengetua MRSM PDRM bagi menyampaikan sijil-sijil tersebut. Dipersilakan.

(Berhenti sekejap)

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 6

Page 8: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012

Dimulakan dengan pelajar Kelas Pertama dengan TPNG 3.50-4.00.Pelajar-pelajar ini turut menerima Anugerah Prestasi Cemerlang Akademik dan bagi yang memperoleh PNG 3.50 dan ke atas, turut menerima Anugerah Penghormatan Pengetua Semester 2, 2012. Dijemput ( Senarai nama penerima sijil merujuk kepada susunan di lampiran)

Seterusnya ialah pelajar kategori Kelas Kedua Atas dengan TPNG 3.00-3.49. Dijemput (Senarai nama penerima sijil merujuk kepada susunan di lampiran) Pelajar ini turut menerima Anugerah Penghormatan Pengetua, Semester 2 2012. (Untuk yang dapat anugerah sahaja)

Seterusnya ialah pelajar kategori Kelas Kedua Bawah dengan TPNG 2.00-2.99. Dijemput (Senarai nama penerima sijil merujuk kepada susunan di lampiran)

(Setelah selesai)

Fareez : Majlis diteruskan lagi dengan Anugerah Subjek Terbaik Tingkatan 3 dan Tingkatan 5. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang:

Mempunyai purata markah tertinggi untuk setiap semester di MRSM PDRM

Mempunyai penguasaan yang baik dalam subjek tersebut

Mendapat markah yang konsisten bagi sesuatu subjek itu dalam setiap peperiksaan

Mempunyai komitmen yang baik dalam subjek tersebut

Dimulakan dengan Anugerah Subjek Terbaik Tingkatan 3.

*Untuk terbaik subjek _______, dijemput ________________________________________

*Bagi terbaik subjek _______ pula, dijemput _____________________________________

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 7

Page 9: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Najwa : Seterusnya ialah Anugerah Subjek Terbaik Tingkatan 5.

*Untuk terbaik subjek _______, dijemput ________________________________________

*Bagi terbaik subjek _______ pula, dijemput _____________________________________

Najwa : Berikut pula adalah Anugerah Pelajar Terbaik Percubaan PMR 2012.

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mendapat bilangan pangkat A terbanyak dalam Peperiksaan Percubaan PMR yang lalu.

Dengan keputusan 9A

DipersilakanNur Syazwani Binti Shahrom.

Untuk makluman hadirin, Pelajar Terbaik Percubaan PMR 2012 menerima:

-Sijil

-Trofi sumbangan Unit Penyelaras

-Wang tunai Ringgit Malaysia 100 dan jambangan bunga sumbangan MUAFAKAT

Fareez : Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian Anugerah Pelajar Terbaik Percubaan SPM 2012.

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang mendapat bilangan pangkat A terbanyak dalam Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu.

Dengan keputusan 3A+(tambah) 3A 2A-(tolak) 1B+,

DipersilakanDashine Nair A/P Vasu.

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 8

Page 10: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Untuk makluman hadirin, Pelajar Terbaik Percubaan SPM 2012 menerima,

-Sijil

-Trofi sumbangan Unit Penyelaras

-Wang tunai Ringgit Malaysia 100 dan jambangan bunga sumbangan MUAFAKAT

Najwa : Hadirin hadirat yang dimuliakan,berikutnya ialah Anugerah Pelajar Sahsiah Terbaik Putera dan Puteri Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang:

Tiada sebarang rekod disiplin sepanjang tempoh pengajian di MRSM PDRM

Mempunyai sahsiah cemerlang seperti mudah memberi pertolongan, bertolak ansur, lemah lembut, bersopan santun dan sebagainya.

Mempunyai personaliti yang baik, berhubungan baik dengan guru, kakitangan dan rakan-rakan.

Serta melalui proses undian daripada guru-guru dan dipersetujui oleh AJK pemilihan anugerah.

Fareez : Untuk makluman hadirin, Pelajar Sahsiah Terbaik Putera dan Puteri akan menerima:

-Sijil

-Trofi sumbangan Unit Penyelaras

-Wang tunai Ringgit Malaysia 100 dan jambangan bunga sumbangan MUAFAKAT

Najwa : Anugerah Pelajar Sahsiah Terbaik Putera Tingkatan 3

(Baca biodata)

(Selesai baca biodata)

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 9

Page 11: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Majlis mempersilakan ________________________________________________________ untuk tampil menerima anugerah

Fareez : Seterusnya, Anugerah Pelajar Sahsiah Terbaik Puteri Tingkatan 3.

(Baca biodata)

(Selesai baca biodata)

Majlis mempersilakan ________________________________________________________

Majlis disusuli dengan Penyampaian Anugerah Pelajar Sahsiah Terbaik Putera Tingkatan 5.

Anugerah Pelajar Sahsiah Terbaik Putera Tingkatan 5.

(Baca biodata)

(Selesai baca biodata)

Dengan hormatnya dijemput ___________________________________________________

Najwa : Seterusnya, Anugerah Pelajar Sahsiah Terbaik Puteri Tingkatan 5.

(Baca biodata)

(Selesai baca biodata)

Dipersilakan ________________________________________________________________

Fareez : Yang Dihormati Puan serta hadirin dan hadirat yang dimuliakan.

Kemuncak majlis pada hari ini ialah Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3 dan Tingkatan 5.

Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang:

Menunjukkan pencapaian yang cemerlang dalam akademik

Penglibatan yang memuaskan dalam kokurikulum

Mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 10

Page 12: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012 Bijak mewujudkan hubungan sosial yang erat dengan pelajar, guru dan kakitangan

Mempunyai keperibadian yang menarik, berketerampilan

Dan melalui proses undian yang dipersetujui oleh AJK pemilihan anugerah

Najwa : Untuk makluman, Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3 akan menerima:

-Sijil

-Trofi sumbangan Unit Penyelaras

-Wang tunai Ringgit Malaysia 200 dan jambangan bunga sumbangan MUAFAKAT

-Dan piala pusingan

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 3.

(Baca biodata)

Majlis dengan berbesar hati menjemput __________________________________________ untuk tampil ke pentas. Dipersilakan juga waris pelajar untuk sama-sama meraikan kejayaan ini.

Fareez : Seterusnya, Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 5.

Untuk makluman, Pelajar Terbaik Keseluruhan Tingkatan 5 akan menerima:

-Sijil-sijil daripada MRSM dan MUAFAKAT

-Trofi sumbangan Unit Penyelaras

-Wang tunai Ringgit Malaysia 200 dan jambangan bunga sumbangan MUAFAKAT

-Dan piala pusingan Ketua Polis Negara

(Baca biodata)

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 11

Page 13: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Majlis dengan berbesar hati menjemput __________________________________________ untuk tampil ke pentas. Dipersilakan juga waris pelajar untuk sama-sama meraikan kejayaan ini.

Najwa : Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Dihormati Puan.

Hadirin sekalian, sebagai tandamata atas kesudian Yang Berbahagia Puan Hajah Shaariah Binti Dahman dan Yang DihormatiSuperintendent Shuib Bin Nordin hadir ke majlis graduasi pada hari ini, pihak majlis sekali lagi menjemput Puan Hajah Ahadiah Binti Kandar, Pengetua MRSM PDRM untuk menyampaikan cenderahati kenangan.

Dipersilakan Puan.

Dan seterusnya, dipersilakan Tuan untuk tampil menerima cenderahati.

(Pemberian cenderamata)

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan, Yang Dihormati Dato dan Puan Pengetua.

Fareez : Hadirin sekalian, dengan penyampaian cenderahati itu tadi, berakhirlah sudah Majlis Graduasi 2012 MRSM PDRM pada kali ini. Kami seluruh warga MRSM PDRM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tetamu kehormat, dif-dif jemputan, guru-guru, staf-staf sokongan, anggota-anggota Unit Penyelaras, pihak pengurusan Polis Diaraja Malaysia, Syarikat Pro Siddiq Program Usahawan Muda MRSM PDRM, MUAFAKAT MRSM PDRM, Koperasi MRSM PDRM, ibu bapa dan semua yang terlibat bagi menjayakan dan memberi sumbangan dalam majlis yang bersejarah ini. Kepada ibu bapa yang akan pulang, kami doakan agar selamat kembali ke destinasi masing-masing.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya tersilap kata atau tersalah bicara sepanjang perjalanan majlis ini.

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 12

Page 14: TEKS MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012  MRSM PDRM

TEKS PENGACARAAN MAJLIS GRADUASI TINGKATAN 3 & 5 2012Najwa : Tuan-tuan dan puan-puan, sekarang adalah sesi fotografi tetamu kehormat bersama Ahli-ahli Senat. Dipersilakan jurugambar khas untuk tampil ke hadapan.

(Sesi fotografi)

Majlis mengucapkan terima kasih.

Fareez : Bagi mengakhiri majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu maktab. Hadirin diminta berdiri.

(Nyanyian lagu maktab. Selepas nyanyian, hadirin kekal berdiri.)

Najwa : Seterusnya adalah upacara perarakan keluar tetamu kehormat dengan didahului oleh pembawa keris istiadat, ahli-ahli senat, guru-guru dan para graduan.

(Jika ada yang duduk, minta berdiri sekali lagi)

(Setelah perarakan keluar selesai)

Fareez & Najwa : Sekian. Wabillahitaufik walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T.

Fareez : Tuan-tuan dan puan-puan, ibu bapa dipersilakan untuk mengambil makanan tengah hari di hadapan blok bengkel Kemahiran Hidup.

MRSM PDRM Kulim

Hakcipta Terpelihara @ 2012

FAREEZ YUSRAN & WAWA HONEY Page 13