teks khutbah...khutbah jumaat teladani rasulullah hayati sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ...

10
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TEKS KHUTBAH Tajuk : TELADANI RASULULLAH HAYATI SUNNAH Tarikh Dibaca : 11 Rabiulawal 1441H/ 8 November 2019M Disediakan oleh : Cawangan Khutbah dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Upload: others

Post on 04-Jan-2020

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

TELADANI RASULULLAH HAYATI SUNNAH

Tarikh Dibaca :

11 Rabiulawal 1441H/

8 November 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Khutbah dan Latihan

Bahagian Pengurusan Masjid

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

Page 2: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

1

TELADANI RASULULLAH HAYATI SUNNAH

Sempena Maulidurrasul 1441H 8 November 2019M/ 11 Rabiulawal 1441H

ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه من شرور أ مد لل نفسنا ومن إن الحا مرشدا.سي ئات أ عمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي

ن شهد أ أ إ لا لا إله الل ه وحده هم لا لل ورسوله، ا دا عبده ن محم شهد أ يك له، وأ شر وسل م على ن د وعلى آله وصحبه ومن دعا بدعوته إلى يوم الد ين.صل بي نا محم

كم تفلح تقوى الل ه وطاعته لعل قوا الل ه، أوصيكم ونفسي ب ا بعد، فيا عباد الل ه، ات م ون.أ

ڃ ڃ ڃ چ چ

ۓ ڭ ڭ ڭ ڭ ۇ ۇ ۆ ھ ھ ھ ے ے ۓ

ۆ ۈ ۈ ٴۇۋ ۋ ۅ ۅ ۉ

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Pada hari yang mulia ini, khatib menyeru kepada seluruh kaum muslimin

supaya kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala

suruhan-Nya dan dalam masa yang sama meninggalkan segala larangan-

Nya. Mudah-mudahan kita semua dibangkitkan dalam kalangan orang-orang

yang bertaqwa di akhirat kelak.

Page 3: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

2

Bulan Rabiul Awwal sangat sinonim dengan masyarakat kita khususnya

dalam usaha memperingati sirah Rasulullah SAW. Justeru, tajuk khutbah

pada hari ini ialah, “Teladani Rasulullah Hayati Sunnah”.

Sidang Jemaah yang dirahmati Allah,

Kelahiran Nabi Muhammad SAW dan perutusan Baginda SAW sebagai

Rasulullah adalah bukti teragung betapa luasnya rahmat Allah SWT kepada

seluruh alam. Menerusi kerasulan Baginda SAW, Allah SWT telah

menyebarkan petunjuk dan hidayahNya kepada manusia. Malah, khusus

buat orang beriman, Allah SWT melipatgandakan rahmatNya dengan

perutusan baginda. Firman Allah SWT menerusi surah al-Hadid, ayat 28:

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada

Allah dan tetaplah beriman kepada RasulNya (Muhammad), supaya Allah

memberi kepada kamu dua bahagian dari rahmatNya, dan menjadikan bagi

kamu cahaya untuk kamu berjalan dengannya (pada hari kiamat kelak), serta

diampunkannya dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi

Maha Mengasihani.”

Demikianlah rahmah dalam perutusan Baginda SAW sebagai penutup para

nabi dan rasul. Apa jua yang datang dari sisi baginda sama ada dari sudut

pegangan akidah, amalan syariat dan pedoman akhlak adalah berasaskan

bimbingan wahyu ilahi yang wajib kita patuhi dan teladani.

Sidang jemaah yang dikasihi Allah,

Sesungguhnya nikmat teragung yang dianugerahkan Allah SWT kepada kita

adalah Iman dan Islam. Ia adalah hasil pengorbanan dan perjuangan

Baginda SAW bersama para sahabatnya sejak 1400 tahun yang lalu.

Page 4: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

3

Bermula daripada golongan minoriti yang ditindas sehingga akhirnya

berkembang membentuk kerajaan dan empayar yang menerajui tamadun

dunia untuk tempoh ratusan tahun. Malah kita pada hari ini cukup berbangga

menjadi umat Nabi Muhammad SAW.

Namun, apakah kita benar-benar menjadikan Nabi Muhammad SAW sebagai

idola dan contoh ikutan? Adakah ahli keluarga dan masyarakat kita

mengamalkan gaya hidup muslim seperti Nabi SAW dan para sahabat? Lebih

mendukacitakan, generasi masa kini hanya sekadar mengenali nama dan

mendakwa mencintai Baginda SAW, tetapi tidak pula mengamalkan sunnah

Baginda SAW dalam kehidupan. Sedangkan Allah SWT berfirman menerusi

surah Ali ‘Imran, ayat 31:

ڦ ڦ ڦ ڦ ڄ ڄ ڄ ڄ ڃ ڃ ڃڃ چ چ چ چ

Bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi

Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta

mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun

lagi Maha Mengasihani.”

Jika kita tidak merasa rindu dan kasih terhadap Baginda SAW di dalam jiwa,

bagaimana mungkin kita mampu mengamalkan dan memperjuangan sunnah

baginda dalam kehidupan seharian. Bagaimana pula mahu mendambakan

syafaat Baginda di akhirat kelak. Ingatlah kecintaan kepada Baginda SAW

bukan sekadar menzahirkan kemarahan apabila Baginda dihina atau

sunnahnya dipermainkan, tetapi kecintaan sebenar adalah dengan sentiasa

mengamalkan akhlak mulia dan sunnah yang telah ditunjukkan Rasulullah

SAW. Allah SWT berfirman menerusi surah al-Ahzab ayat 21 :

Page 5: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

4

وئ ۇئۇئ ۆئ ۆئ ۈئ ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی

ی جئ

Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu

contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan

(keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut

dan banyak mengingati Allah (dalam masa susah dan senang).”

Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,

Antara contoh yang kita boleh teladani dalam kehidupan Rasulullah SAW

ialah sifat rahmah dalam menyantuni ahli keluarga. Meskipun Baginda SAW

berada dalam kesibukan sebagai pemimpin umat Islam, Baginda SAW tetap

meletakkan keluarga sebagai keutamaan. Baginda sentiasa membantu

melaksanakan kerja-kerja rumahtangga dan sering berbincang bersama

isteri-isteri baginda sebelum membuat sesuatu keputusan. Baginda bersikap

lemah lembut serta sering bergurau senda, tidak mudah marah apatah lagi

memukul isteri dan Baginda juga merupakan seorang bapa yang penyayang

lebih-lebih lagi terhadap anak perempuan. Imam al-Tirmizi telah

meriwayatkan hadith daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW telah

bersabda:

هل نا خيركم لأ هله وأ يخيركم خيركم لأ Maksudnya: “Orang yang terbaik dalam kalangan kamu adalah orang yang

paling baik (perilakunya) terhadap keluarganya, dan aku adalah orang yang

terbaik dalam kalangan kamu terhadap keluargaku.”

Page 6: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

5

Begitulah sewajarnya, rahmah itu bermula daripada dalam diri dan

diterjemahkan kepada ahli keluarga sebelum disebarkan kepada

masyarakat.

Hadirin Muslimin yang dimuliakan,

Sebagai seorang rasul yang membawa rahmat, Rasulullah SAW benar-benar

telah mempamerkan rahmah dalam kehidupan Baginda. Dalam pergaulan

seharian, Baginda SAW tidak pernah mencerca, mengutuk, menghina, dan

melaknat golongan yang bukan Islam dalam dakwah Baginda. Imam Muslim

r.h. telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, beliau menceritakan:

ما بعثت رحمة. :قيل انا وإن ه، ادع على المشركين. قال: إن ي لم أبعث لع يا رسول الل Bermaksud: “Rasulullah SAW diminta : “Ya Rasulullah, doakan kebinasaan

ke atas kaum musyrikin.” Lantas Baginda SAW menjawab: “Sesungguhnya

aku diutus bukan sebagai pelaknat, tetapi sebagai pembawa rahmat.”

Demikianlah ketinggian budi pekerti Baginda SAW yang perlu kita contohi

dalam kehidupan seharian. Ungkapan rahmat kepada sekalian alam

merangkumi hidayah, kebaikan dan keadilan Islam ke seluruh alam. Setiap

makhluk akan merasai kesempurnaan rahmat ini tanpa ada sesuatu pun

yang tersisih daripada limpahan kasih tersebut.

Sedarlah betapa usaha-usaha menyatupadukan warganegara Malaysia yang

berbilang kaum dan agama bukanlah semata-mata tanggungjawab

pemerintah. Ia adalah tanggungjawab setiap warganegara lebih-lebih lagi kita

umat Islam yang menjadi pengikut Nabi yang membawa rahmat. Sewajarnya

kitalah warga yang menitikberatkan perdamaian dan perpaduan antara

anggota masyarakat untuk meninggikan syiar Islam. Sesungguhnya Islam

Page 7: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

6

adalah agama yang syumul dan agung yang sewajarnya sentiasa dipelihara

keindahannya oleh setiap umat Islam.

Sidang hadirin yang dikasihi sekalian,

Kesimpulan yang dapat diambil daripada khutbah hari ini ialah:

Pertama: Kita hendaklah bersyukur dengan anugerah Islam dan iman hasil

pengorbanan Nabi Muhammad SAW dalam menyebarkan ajaran Islam.

Kedua: Kita hendaklah berusaha bersunguh-sungguh meneladani sirah

Rasulullah SAW dan mengamalkan sunnah yang telah ditunjukkan Baginda.

Ketiga: Kita dituntut menyantuni seluruh manusia termasuk yang bukan

Islam dengan akhlak baik bagi mempamerkan kemuliaan Islam.

Marilah sama-sama kita hayati firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’,

ayat 105-107:

ڃ ڃ ڃ چ چ

چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ ڎ ڈ ڈ ژ

ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ

Bermaksud : “Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam kitab-kitab

yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz;

“Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.”

Sesungguhnya al-Quran ini mengandungi keterangan-keterangan yang

cukup bagi orang-orang yang (cita-citanya) mengerjakan ibadah (kepada

Page 8: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

7

Allah dengan berilmu). Dan tiadalah kami mengutuskan engkau (wahai

Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

اكم بما فيه من الآيات والذ كر الحكيم ، بارك الل ه لي ول كم بالقرآن العظيم، ونفعني وإي ستغفر الل ه الع قول قولي هذا وأ ميع العليم. أ ه هو الس ل من ي ومنكم تلاوته إن يم لي ظ وتقب

موات، حياء منهم والأ المسلمين والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأ ئر ول كم ولساحيم. ه هو الغفور الر فاستغفروه إن

KHUTBAH KEDUA

ين رب الحمد لل ه م د ،العال لام على سي دنا محم والس لاة مي ن والص بي الأ ن، وعلى آله الن ين ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين. اهر صحابه الط وأ

ن شهد أ أ ا إله إلا الل ه دا عبده ورسوله. ل شهد أن سي دنا محم يك له، وأ وحده لا شر

ا م قوا الل ه أ بعد، فيا عباد الل ه، ات مر عظيم حق تقاته مركم بأ مركم ، واعلموا أن الل ه أ أ

سليم على ن لاة والت يم بالص ال كر تعالى:بي ه ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وبارك على سي براهيم دنا إ ا باركت على س آسي د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى ين إن ك حميد مجيد.آإ م براهيم في العال دنا إ ل سي

Page 9: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

8

هم عن الخ اشدين و وارض الل ة لفاء الر جمعين، عن بقي حابة أ ابعين واابي و عن الت الص ابعين ا الت ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الد ين وارض عن كرم كرم الأ .ين معهم يا أ

هم اغفر للمسلمين موات.الل حياء منهم والأ والمسلمات والمؤمنين والمؤمنات الأ

لامة مل ك نا ك باوه دولي يڠ مها م ة والس ح وفيق والهداية والص ي د بدوام الت هم أ ليا والل الد ين ال مص سري ڤدوك بڬيندا يڠ دڤرتوان اڬوڠ ، السلطان ع ط بد الل ه رعاية

بن حمد شاه ال مستعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا سلطان حاج أ

ليا سري ڤدوك بڬيندا راج ڤرمايسوري اڬوڠ، ووكذلك ك باوه دولي يڠ مها مية بنت ال مرحوم ال متوك ل على (Tunku)تونكو مينة ميمونة إسكندر حاجه عزيزة أ

اج. الل ه سلطان إسكندر الح

اله ورعاياه من المؤمنين و المؤمنات ب هم احفظ علماءه ووزراءه وقضاته وعم الل حمتك راحمين . رحم الر يا أ

لدنا هم اجعل ب يا الل مان، ماليز من وأ ا، سخاء رخاء، دار عدل وإيمان، وأ آمنا مطمئن ئر بلاد ال مسلمين. وسا

عز الإسلام والمسلمين ، ود هم أ عداء الد ين وانصر من نصر الد ين، الل عداءك أ م ر أ عل كلمتك إلى يوم الد ين. واخذل من خذل المسلمين، وأ

يڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ٢يا اهلل، جاديكنله كامي اورڠ

مجليس اڬام إسالم واليه ڤرسكوتوان سرتا رحمتيله ڬولوڠن ماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة

Page 10: TEKS KHUTBAH...Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah 4 ﯾ ﯽ ﯼ ﯻ ﯺ ﯹ ﯸ ﯷ ﯶ ﯵ ﯴ ﯳ ﯲ ﯱﯰ ﯯ ﰀ ﯿ Bermaksud : “Demi sesungguhnya, adalah bagi

Khutbah Jumaat Teladani Rasulullah Hayati Sunnah

9

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWPيڠ منونايكن زكاة. جاديكنله اوسها

كميسكينن. بلڠڬوسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن اصناف دري

نيا حسنة وفي الآخرة نا في الد نا آت ب ار.ر حسنة وقنا عذاب الن

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎڈ ڈ ژ ژ ڑ

لوه من فضله يعطكم فاذكروا يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسأ الل ه العظيمكبر، والل ه يعلم ما تصنعون.ولذكر الل ه أ