kes wasiat1

Upload: kiey02

Post on 03-Apr-2018

319 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    1/166

    NEGERI TERENGGANUDI DALAM MAHKAMAH TINGGI SYARIAH

    KES NO : 41-003-1-99

    Dalam Perkara TuntutanWasiat

    DAN

    Dalam Perkara PerlembagaanPersekutuan, Jadual Kesembilan,SENARAI 2- SENARAI NEGERI,Dan Perkara 121 ( 1 A )

    DAN

    Dalam Perkara EnakmenPentadbiranHal EhwalAgama Islam( Terengganu ), 1986, Seksyen32,DAN Hukum Syara YangBerkaitanDengannya.

    ANTARA

    WAN PUZIAH BINTI WAN AWANG --- PLAINTIFKPT : 591206-11-5346KP : 5738341

    DAN

    1. WAN ABDULLAH BIN MUDAKPT : 210622-11-5175K/P : 3809524

    2. WAN ISMAIL BIN ENDUTKPT : 321022-11-5093KP : 2127264

    ( Di dakwa sebagai Pentadbir dan Wariskepada pesaka Gemulah Wan Hitambinti Haji Wan Long melalui MahkamahTinggi Malaya di Kuala TerengganuPetisyen No :31 7 1998 ) --- DEFENDAN

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    2/166

    2

    TUNTUTAN INI telah difailkan ke dalam Mahkamah Tinggi Syariah NegeriTerengganu pada 26hb; Mei 1999. Mahkamah telah menetapkan bahawatuntutan ini akan disebut pada hari Ahad, 26hb; September 1999 jam9.00 pagi.

    Pada 1hb ; Jun 1999, Plaintif telah memohon secara lisan untukmendapatkan perintah-perintah sementara di bawah peruntukan seksyen126 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986. PermohonanPlaintif itu secara ex-parte telah dipersetujui didengar pada 2hb; Jun 1999mulai jam 9.00 pagi di dalam Mahkamah Terbuka.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    2 JUN 1999bersamaan 17 Safar 1420

    Hari : Rabu

    Semasa mengemukakan sebab-sebab permohonannya Plaintif telahmenyebut ;

    Saya, Wan Puziah binti Haji Wan Awang ( No. K/P :

    5738341 ) yang beralamat di No. MPKT 1693, Lot 1076 P,

    Kg. Wakaf Beruas, 20050 Kuala Terengganu, Terengganu

    sesungguhnya berikrar dan mengatakan seperti berikut ;

    1. Saya ialah Plaintif di dalam tindakan ini dan melainkanjika dinyatakan sebaliknya, fakta-fakta yang

    dinyatakan di dalam ini adalah benar berdasarkan

    kepada pengetahuan dan kepercayaan saya sendiri.

    2. Defendan Pertama ialah anak saudara seibu sebapakepada Gemulah Wan Hitam binti Haji Wan Long, yang

    telah meninggal dunia pada 20 Januari, 1998 ( si

    mati ) dan juga merupakan waris yang hampir sekali

    kepada simati.

    3. Melalui Petisyen No : 31 7 1998 di MahkamahTinggi Malaya di Kuala Terengganu, Defendan Pertama

    telah dilantik sebagai Pentadbir kepada harta pesaka simati. Sesalinan Pemberian Surat Mentadbir Pesaka

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    3/166

    3

    yang bertarikh 11.11.1998 ada dikembarkan bersama-

    sama ini dan ditandakan sebagai ekshibit WP 1 .

    3. Defendan Pertama adalah yang bertanggungjawab

    mentadbirkan harta pesaka simati yang berbentuk

    mudahalih yang inter alia adalah seperti butiran

    berikut;

    2.1. Wang di Lembaga Urusan Dan Tabung HajiMalaysia

    ( Akaun No : 00305527 ) RM 664,684.47

    2.2. Amanah Saham Bumiputera( No. Ahli : A 254792469 ) RM 127,549.31

    2.3. Hongkong Bank Malaysia Berhad( No. Akaun : 332043900011 ) RM 1,598.95

    ( selepas dari ini akaun dari perenggan 2.1 akandirujuk sebagai Akaun Tabung Haji

    Tersebut ) yang kesemuanya berjumlah sebanyak

    RM 793,832.73 setakat pada hari kematian si mati.

    Si mati juga mempunyai harta takalih yang lain yang

    ditaksirkan bernilai lebihkurang RM 2,000,000/-

    4. Defendan Kedua adalah anak saudara seibu sebapa

    kepada si mati dan adalah juga waris kedua kepada si

    mati selain daripada Defendan Pertama.

    5. Menurut satu sijil faraid bertarikh 8 Mac, 1998 yang

    dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah

    Terengganu, kedua-dua Defendan Pertama dan

    Defendan Kedua adalah waris-waris yang berhak

    kepada harta pesaka si mati. Sesalinan sijil faraidh

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    4/166

    4

    tersebut ada dikembarkan dan ditandakan sebagai

    ekshibit WP 2 .

    6. Saya adalah anak angkat kepada si mati dan walaupun

    dibintikan dengan Haji Wan Awang ( bin Abdullah )

    iaitu suami kepada si mati, saya tidak mempunyai

    ikatan kekeluargaan atau waris samaada dengan si

    mati atau dengan suami si mati.

    7. Pada atau sekitar 9.1.1975, si mati melalui satu

    Borang Penamaan berhubung dengan Akaun Tabung

    Haji tersebut telah menamakan dan mewasiatkan bagi

    dan untuk faedah saya 1/2 bahagian daripada

    kesemua wang simpanan yang tersimpan di dalam

    Akaun Tabung Haji tersebut. Sesalinan Borang

    Penamaan tersebut ada dikembarkan dan ditandakan

    dengan ekshibit WP 3 .

    8. Pada masa material, jumlah 1/2 bahagian daripadawang simpanan yang tersimpan di dalam Akaun

    Tabung Haji tersebut adalah kurang daripada 1/3

    bahagian daripada keseluruhan harta pesaka si mati.

    9. Saya seterusnya memohon untuk mengatakan bahawa

    pada masa hayatnya si mati tidak pernah pada bila-

    bila masa yang material, mengubah, meminda atau

    membatal wasiat tersebut.

    10. Saya telah dinasihati oleh peguam syarie saya dan

    seterusnya mengatakan bahawa wasiat di dalam

    bentuk Borang Penamaan itu adalah sah di sisi hukum

    syara dengan menepati kehendak rukun dan syarat

    sah wasiat mengikut Mazhab Syafii dan oleh itu adalah

    boleh dikuatkuasakan disisi syariah.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    5/166

    5

    11. Sebagai alternatifnya, saya pohon untuk mangatakan

    bahawa wasiat berkenaan adalah satu al-wasiyyah al-

    wajibah iaitu satu wasiat yang diperuntukkan kepada

    kerabat yang bukan ahli waris dan dengan yang

    demikian tidak tertakluk kepada hukum faraidh.

    12. Dengan yang demikian saya memohon perintah seperti

    nama menurut Notis Permohonan ini.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    2 JUN 1999

    PENDAPAT MAHKAMAH

    Kepentingan Plaintif di dalam kes ini boleh dipertikai lagi. SekiranyaPermohonan ini tidak diterima boleh jadi wang yang dituntut akan habissebelum keputusan muktamad. Kemuslahatan Plaintif dan Defendan 1dan Defendan 2 diteliti dan tidak didapati jika Permohonan ini diluluskan

    ianya lebih baik kepada kedua-dua pihak. Jika diluluskan jugapermohonan ini ianya tidak bercanggah dengan peruntukan Seksyen 126Enakmen 12/1986. Saya bersetuju Permohonan Perintah SementaraSecara ex-parte diluluskan.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    2 JUN 1999

    PERINTAH ( EX-PARTE )

    ATAS PERMOHONAN Plaintif dan setelah membaca NotisPermohonan ( Ex-Parte ) dan Afidavit Sokongan Wan Puziah binti HajiWan Awang yang diikrarkan pada 25 haribulan Mei, 1999 dan SETELAHMENDENGAR Dato Wan Ahmad Farid bin Wan Salleh peguam syari'eyang mewakili Plaintif.

    ADALAH DIPERINTAHKAN bahawa Defendan Pertama danDefendan Kedua adalah dihalang dan ditegah dan suatu injunksi adalahdengan ini dikeluarkan menghalang Defendan Pertama dan DefendanKedua daripada mengeluarkan wang simpanan Akaun Lembaga Urusan

    Dan Tabung Haji No. 00305527 sehingga selesainya pertikaian ini.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    6/166

    6

    ADALAH SETERUSNYA DIPERINTAHKAN bahawa Defendan-Defendan adalah berkelapangan untuk membuat permohonan dalammasa 14 hari selepas diserahkan dengan perintah bermeterai ini untukmengetepikan perintah injunksi ex parte ini.

    ADALAH AKHIRNYA DIPERINTAHKAN bahawa kos permohonanini adalah dijadikan kos dalam kausa.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    2 JUN 1999

    Kes ini kemudian ditetapkan tarikh sebutannya pada hari Ahad 26September 1999 jam 9.00 pagi.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )2 JUN 1999

    Pada 6hb Julai 1999 Mahkamah ada menerima Notis Permohonandaripada Defendan-Defendan untuk mengenepikan Perintah Ex parte, danMahkamah menetapkan juga ianya akan didengar bersekali pada 26/9/99.Permohonan Defendan-Defendan ini dikemukakan dengan Afidavit yangdiikrarkan pada 13 Jun 1999 dan Afidavit Tambahan yang diikrarkan pada1 Julai 1999.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )2 JUN 1999

    Pada 7/9/1999, Mahkamah ada menerima Permohonan Komital ke atasDefendan 1 oleh Plaintif. Mahkamah mengarahkan ianya didengar padahari sebutan 26/9/1999.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    7 SEPTEMBER 1999

    Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah NegeriTerengganu di Kuala Terengganu paada hari Ahad 16 Jamadil Akhir 1420bersamaan 26hb September 1999 mulai jam 9.00 pagi dibuka untuksebutan.

    Hadir

    Ismail bin Yahya - Hakim

    Wan Puziah binti Wan Awang - Plaintif

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    7/166

    7

    ( diwakili oleh Yang Berbahagia Dato Wan Ahmad Farid dan En. Saifuddinbin Othman daripada Tetuan Adnan & Wee )Wan Abdullah bin Muda - Defendan 1Wan Ismail bin Endut - Defendan 2(diwakili oleh Puan Nadiah bt. Man daripada Tetuan Balendran Chong &

    Bodi)Sebahagian orang ramai danKakitangan Mahkamah.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    26 SEPTEMBER 1999

    Setelah dibuka untuk sebutan, Mahkamah dapati ada tiga isu di dalam kesini pada peringkat ini iaitu ;

    i) adanya tuntutan wasiat Plaintif ke atas Defendan-Defendandan adanya perintah ex-parte ;

    ii) permohonan membatalkan perintah ex-parte yang Plaintifperolehi daripada Mahkamah ini oleh Defendan-Defendan;

    iii) permohonan komital oleh Plaintif kerana Defendan 1 telahtidak mengindahkan perintah ex-parte oleh Mahkamah Tinggi

    Syariah Terengganu ;

    dan dalam Affidavit Defendan-Defendan dalam para 8 telahmempertikaikan bidangkuasa Mahkamah di dalam kes ini, timbul isu

    keempat iaitu adakah Mahkamah ini berbidangkuasa mendengar danmemutuskan perkara wasiat.

    Sebagai jalan penyelesaian mengenai isu-isu di atas Mahkamahmengarahkan Defendan-Defendan menghujjahkan bahawa MahkamahTinggi Syariah Terenggganu tidak ada bidangkuasa mendengar,membicara dan memutuskan kes-kes wasiat.

    Perbicaraan ditetapkan pada 19,20 dan 21 Disember 1999. Pada19/12/1999 dimulai jam 9.00 pagi.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )26 SEPTEMBER 1999

    Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, diKuala Terengganu pada hari Ahad 11 Ramadhan 1420 bersamaan 19Disember 1999 mulai jam 9.50 pagi.

    Hadir

    Ismail bin Yahya - Hakim

    Plaintif( diwakili oleh En. Saifuddin )

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    8/166

    8

    Defendan-Defendan( diwakili En. Wan Ahmad Fauzi b. Hashim @ W. Husain daripada TetuanW.A.Fauzi & Co., )Peguam Pemerhati daripada Lembaga Urusan Tabung Haji( Mejar (B) Mohd Ramli b. Othman )

    Sebahagian orang ramai danKakitangan Mahkamah

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999

    Kes dimulakan dengan ikrar wakalah Defendan-Defendan kepada En. WanAhmad Fauzi b. Hashim @ W. Husain. Kemudian Peguam SyariDefendan-Defendan menjelaskan bahawa Defendan-Defendan bukan

    bermaksud menafikan bidangkuasa Mahkamah Tinggi SyariahTerengganu terhadap tuntutan wasiat, tetapi mempertikaikanbidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu membuat injunksiterhadap perintah mentadbir pesaka yang Defendan-Defendan perolehidaripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Terenggganu. Oleh itu PeguamSyari Defendan-Defendan berhajat menghujjahkan isu ini.

    Mahkamah menjelaskan bahawa tatakala Mahkamah Tinggi SyariahTerengganu berbidangkuasa dalam tuntutan wasiat dan bidangkuasa ituadalah bidangkuasa semulajadi (inherent jurisdiction), Mahkamah TinggiSyariah Terengganu berbidangkuasa pula membuat perintah-perintah

    sementara menurut peruntukan seksyen 126 Enakmen Terengganu12/1986. Oleh itu isu yang hendak dipertikaikan oleh Peguam SyariDefendan-Defendan itu tidak timbul.

    Peguam Syari Defendan-Defendan bersetuju dengan penjelasanMahkamah dan bersedia untuk dibicarakan tetapi sebelum itu memohonsupaya perintah sementara menegah pihak-pihak daripada mengeluarkanwang dalam simpanan Tabung Haji arwah, (akaun No : 00305527) terhadkepada 1/2 bahagian sahaja iaitu atas fakta yang menjdi isu dan bukankesemua bahagian.

    Mahkamah meminta pandangan Peguam Syari Plaintif. Peguam SyariPlaintif memohon kes ditangguh sebentar untuk Peguam SyariPlaintif berbincang dengan Plaintif. Mahkamah menangguh pendengarankes selama 10 minit.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999jam 10.25 pagi

    Setelah Mahkamah dibuka semula, Peguam Syari Plaintif memaklumkanPlaintif bersetuju dengan permohonan yang telah dibuat oleh Defendan-

    Defendan melalui Peguamnya.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    9/166

    9

    Mahkamah mengarahkan Peguam Syari Defendan-Defendanmenyediakan draf perintah permohonannya itu.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999

    Kes dimulakan dengan Plaintif memberi keterangan dengan berikrar untukbercakap benar dalam bahasa Malaysia.

    Wan Puziah binti Wan Awang,KPT : 591206-11-5346, K/P : 5738341Alamat : Lot 1076 P, Kg. Wakaf Beruas

    20050 Kuala Terenggganu

    Plaintif ialah anak angkat kepada orang Melayu dan asalnya daripadaketurunan cina. Plaintif dapat tahu yang dirinya anak angkat semasa

    Plaintif berada di sekolah Menengah iaitu awal tahun 1970an. Wan Hitambt. Wan Long adalah ibu angkat Plaintif. Plaintif tinggal dengan WanHitam (arwah) mulai seingat-ingat Plaintif dirinya memang telah dudukdengan arwah sehinggga 1997. Plaintif berkahwin dalam tahun 1983.Sejak berkahwin hinggga 1997, Plaintif tinggal bersama arwah. Plaintifada menunaikan haji bersama-sama arwah dan semasa itu arwah adaberitahu Plaintif bahawa arwah ingin memberi sejumlah daripada wangsimpanannya kepada Plaintif. Wang itu arwah simpan di Tabung Haji.Pergi ke Mekah dalam tahun 1974 atau 1975. Selepas itu tidak ada apa-apa tindakan dibuat. Urusan itu dibuat sebelum pergi ke Mekah. Urusanitu ialah mengisi Borang Penamaan diisi sebelum pergi ke Mekah. Plaintif

    hadir sama mengisi borang itu di Pejabat Tabung Haji Cawangan KualaTerengganu. Borang itu kemudiannya diserah kepada Pihak LembagaUrusan dan Tabung Haji.

    Penamaan lain selain 1975 itu Plaintif tidak tahu ada atau tidak dibuatoleh arwah. Arwah tidak cerita apa-apa kepada Plaintif.

    Semenjak kecil lagi arwah sangat sayangi Plaintif. Akhir-akhir sebelumarwah meninggal, arwah ada sedikit selisih faham dengan Plaintif. Arwahmeninggal Januari 1998. Antara 4-5 tahun sebelum arwah meninggal.Sepanjang tempoh Plaintif tidak berbaik dengan arwah, tidak ada arwahmembatalkan penamaan kepada Plaintif.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999Soal Balas

    Plaintif berpindah daripada rumah arwah kerana, rumah Plaintif sendiritelah siap. Dan tidak betul kerana semata-mata hubungan Plaintif denganarwah tidak baik. Memang hubungan Plaintif dengan arwah semasa itutidak baik. Arwah tidak pernah menyuruh Plaintif keluar daripada rumaharwah. Semasa Plaintif mempunyai orang gaji, orang gaji Plaintiflah yangmembantu arwah. Orang gaji dibayar oleh Plaintif. Masalah Plaintif

    dengan arwah adalah rumit. Sebagai orang tua, arwah seorang cerewet.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    10/166

    10

    Arwah tidak suka masakan pedas dan manis. Arwah suka masak sendiri.Makan secara berasingan jua.

    Ada berlaku peristiwa Plaintif dan anak-anak dan suami telah hampirmaghrib. Arwah berada di dalam kereta. Bila waktu balik Plaintif dapati

    arwah tiada dan setelah puas mencari tidak berjumpa, Plaintif anggaparwah telah balik. Plaintif dapat tahu, arwah ada telefon cucu saudaraarwah bernama Wan Mohd Fauzi Wan Abdullah dan arwah balik lepasmaghrib. Semasa nak pergi ke Mekah, Plaintif dan arwah sudah buatborang penamaan. Arwah ada membuat wasiat untuk kepentinganbeberapa tanah kepada Plaintif tetapi surat wasiat itu telah hilang. Wasiatitu bersama wasiat ayah angkat Plaintif ; wasiat dibuat dalam tahun1970an tarikhnya tidak pasti. Borang penaman itu dibuat di LembagaUrusan Tabung Haji Kuala Terengganu dan borang itu diserah pada hariyang sama. Plaintif yakin.

    Arwah tidak tahu menulis rumi, jawi Plaintif tidak pasti. Arwah tidakboleh baca rumi. Plaintif mengaku memang dia tidak tahu arwah adabuat penamaan lain selepas tahun 1975. Defendan 2 ada beritahu kepadaPlaintif bahawa arwah ada buat penamaan lain, selepas arwah meninggaldunia.

    Plaintif tidak tahu siapa yang menguruskan proses pengambilan anakangkatnya. Semasa kecil arwah tidak benar Plaintif bercampur denganwaris arwah kerana takut Plaintif mengetahui bahawa Plaintif anak angkatkepada arwah. Plaintif agak rapat dengan Defendan 2 dan keluargaDefendan 2.

    Plaintif tahu dia anak angkat melalui kawan-kawan sekolah. Setelah tahuyang dirinya anak angkat Plaintif bergaul dengan waris-waris angkatseperti biasa. Defendan 1 kurang berhubung dengan arwah dan suami,Defendan 2 selalu datang ke rumah arwah.

    Plaintif dengan keluarga Defendan 1 kalau bertemu, ada bertegur sapa.

    Ayah angkat Plaintif meninggal dunia dalam tahun 1984. HubunganPlaintif baik dengan ayah angkat dan ibu angkat (arwah); sehinggalahsebelum 4-5 tahun sebelum arwah meninggal dunia.

    Selain borang penamaan 1975, selepas ayah angkat mati,(1984), arwahada kata, rumah ni nak bagi ke Plaintif, semuanya secara lisan, secarabertulis tiada. 4-5 tahun sebelum arwah meninggal Plaintif tidak pastihasrat arwah tetapi ada arwah suruh Defendan 1 cari rumah di PadangHiliran untuk diberi kepada anak sulung Plaintif.

    Di dalam borang penamaan, tandatangan Penyimpan, Plaintif tidak pasti;mungkin ayah angkat yang buat. Plaintif yakin tarikh 9/1/1975 tarikhdibuat, tarikh dicap Plaintif tidak pasti kerana ianya diuruskan olehLembaga Urusan Tabung Haji.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    11/166

    11

    Peguam Syari Defendan menyoal adakah Plaintif yang mengarahkanPeguam Syari Plaintif membuat injunksi keseluruhan simpanan di TabungHaji. Soalan ini dibantah oleh Peguam Syari Plaintif. Bantahan diterimaoleh Mahkamah.

    Dalam tempoh 1984-1993, Plaintif mempunyai hubungan yang baikdengan arwah pernah Pplaintif bawa arwah melawat Singapura. 1997kali terakhir melawat Singapura. Selepas itu ada juga ke tempat-tempatyang dekat-dekat seperti di Kota Bharu. Arwah suka berjalan.

    Sebelum 1984 dan selepas 1984 hubungan Plaintif dengan arwahmungkin ada perbedaan. Sebelum 1984 lebih sayang daripada selepas1984.

    Selepas 1984, semasa akhir-akhir arwah nak meninggal, Plaintif adamenegur dan nasihat arwah dan akibatnya arwah ada terasa hati. Plaintif

    tidak herdik arwah dan tidak tengking arwah.

    Plaintif tidak pernah switch-off lampu semasa arwah makan.

    Plaintif mengaku ada mengisi Permohonan Mengeluarkan SimpananPendeposit Meninggal Dunia (Pesaka). Tandatangan dan cap ibu jari kiridibuat oleh Plaintif. Borang Kew. P3 ditanda DD 1 . Permohonan inidibuat secara rela hati. Plaintif ada baca borang itu dan faham.

    Plaintif tahu kuasa mentadbir Mahkamah dikeluar kepada Defendan 1diketahui oleh Plaintif selepas 5-6 bulan arwah meninggal. Surat Kuasa

    itu diketahui melalui Peguam Plaintif Encik Zulkifli daripada Tetuan Zulkifli& Co.,. Plaintif tidak kenal peguam Defendan 1 untuk mendapatkanSurat Kuasa Mentadbir Pesaka.

    Plaintif dapat tahu ada Sijil Faraid dikeluarkan kepada Defendan 1 jugamelalui Peguam. Sekarang Plaintif dengan Defendan 2 masih baik.Plaintif ada ziarahi Defendan 2 selepas arwah meninggal. Plaintif ziarahidengan Defendan 2 dan isteri Defendan 2. Plaintif ziarahi kali terakhirDefendan 2 semasa kenduri anak Defendan 2 bernama Che Mee.

    Setelah Defendan 2 beritahu kepada Plaintif bahawa arwah ada buatpenamaan lain, Plaintif tidak ada perubahan sikap terhadap Defendan 2.

    Plaintif ada pergi ke Kuala Lumpur untuk keluarkan Wang SimpananArwah daripada Tabung Haji tanpa pengetahuan waris-waris. Waris-waris tidak pernah beri izin kepada Plaintif keluarkan wang arwahdaripada Lembaga Urusan Tabung Haji. Plaintif tahu untuk keluarkanwang daripada simpanan arwah itu perlukan izin daripada ahli waris .(Jawapan Plaintif agak tersekat-sekat dan mengambil masa).

    Lain-lain tidak ada.t.t. xxx

    ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    12/166

    12

    Soal Semula

    Plaintif tahu nak keluar wang arwah daripada Lembaga Urusan TabungHaji perlu ada izin semasa nak keluarkan wang. Plaintif tahu sikitsebanyak aturan keluar wang dari Lembaga Urusan Tabung Haji.

    Yang menanda cop ialah Pegawai Lembaga Urusan Tabung Haji, biladitanda cop, Plaintif tidak tahu.

    Plaintif diberitahu oleh Defendan 2 adanya penamaan kira-kira sebulanlebih selepas arwah meninggal dengan kata tukar dah . Defendan 2tidak beritahu bahawa penamaan kedua itu telah didaftar.

    Di dalam rumah arwah sebelum Plaintif berpindah ke rumah sendiri,didiami oleh 6 orang kesemuanya. Orang gaji silih berganti.

    Lain-lain tiada. t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999

    Kes disambung kepada 20/12/1999 mulai jam 9.30 pagi denganketerangan saksi-saksi Plaintif; kerana pada hari ini Plaintif belummembawa saksi-saksinya. Kes ditangguh.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    19 DISEMBER 1999

    Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terenggganu, diKuala Terengganu pada hari Isnin, 12 Ramadhan 1420 bersamaan 20hb.Disember 1999 mulai jam 9.30 pagi dibuka untuk sambung bicara.

    Hadir

    Ismail bin Yahya - HakimPlaintif( diwakili oleh En. Saifuddin )Defendan-Defendan( diwakili oleh En. Wan Ahmad Fauzi )Peguam Pemerhati bagi pihak Tabung Haji( Mejar (B) Mohd Ramli bin Othman )Sebahagian orang ramai danKakitangan Mahkamah

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999

    Peguam Syari Plaintif memaklumkan setakat ini tiada sulh dicapai.

    Kes dimulakan hari ini Saksi Plaintif 1 dipanggil untuk memberi

    kesaksiannya. Saksi Plaintif 1 berikrar untuk menjadi saksi dengan lafazasyhadu.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    13/166

    13

    Abdullah bin SallehKPT : 351011-11-5167KP : 3802814272 Kg. Kubang Parit

    20050 Kuala Terengganu.

    Saksi Plaintif 1 bekerja menanam padi. Saksi Plaintif 1 dapat cam Plaintif.Saksi Plaintif 1 dapat cam Defendan-Defendan. Saksi Plaintif 1 tiadahubungan waris dengan Plaintif maupun Defendan-Defendan. SaksiPlaintif 1 kenal dengan arwah Wan Hitam bt. Wan Long. Saksi Plaintif 1dari kecil lagi mengusahakan tanah Wan Nawang suami arwah buat padidan hantar padi ke rumah arwah. Saksi Plaintif 1 hantar padi ke rumaharwah telah 20 tahun, hantar sokmo dan biasa sangat dengan arwah.Arwah dan Wan Nawang tiada anak sendiri. Plaintif adalah anak angkatarwah. Saksi Plaintif 1 tahu Plaintif adalah anak angkat kepada arwah

    dengan tanya Wan Nawang dan Wan Nawang beritahu dok sohbisinglah, saya beli . Arwah ada 2 orang anak angkat. Kedua-dua oranganak angkat itu berbangsa cina. Satu orang lagi mari dari Singapura.Anak itu diberi nama Saba .

    Oleh kerana kedua-dua budak itu terlalu rapat dengan Wan Nawang,Saksi Plaintif 1 ada tanya mengenai kebajikan budak-budak itu dan WanNawang kata ada tukang jaga. Mereka berbaik-baik.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999Soal Balas

    Dua tahun lepas doh, Wan Hitam kata mereka ketiga berbaik-baik.Semasa Wan Hitam mula-mula ambil Plaintif, Saksi Plaintif 1 belum kenallagi Plaintif.

    Saksi Plaintif 1 banyak berurusan dengan Wan Nawang daripada WanHitam.

    Ketiga-tiga berbaik dalam masa hayat Wan Nawang dan hayat WanHitam.

    Saksi Plaintif 1 tidak bersetuju bahawa sebelum arwah meninggalhubungan Plaintif dengan arwah tidak baik.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999Tiada soalan semula.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    14/166

    14

    Saksi Plaintif 2 dipanggil untuk memberi kesaksian. Saksi Plaintif 2berikrar untuk menjadi saksi di dalam kes ini dengan lafaz asyhadu.

    Haji Abd. Wahab bin MamatKPT : 600728-11-5177, KP : 5979854

    Lot 2038 Kg. Kubang JelaManir, Kuala Terengganu

    Pekerjaan sebagai Peg. Eksekutif Kewangan Lembaga Urusan TabungHaji. Akaun No 305527 ada dalam maklumat Saksi Plaintif 2. Namapendeposit ialah Wan Hitam binti Haji Wan Long K/P 3178371.Pendeposit ada membuat penamaan. Borang Penamaan itu diterima olehLembaga Urusan Tabung Haji pada 13 Januari 1975. Tarikh 9/1/1975biasanya tarikh diisi. 14 Januari 1975 yang ada tercatat Saksi Plaintif 2tidak tahu.

    Mengikut amalan Lembaga Urusan Tabung Haji, setelah borang penamaanditerima jika tidak ada kesilapan, borang itu akan diserah balikkepadapendeposit. Kemudian borang itu akan dihantar ke ibu pejabat ,Kuala Lumpur.

    Ada 2 penama dalam borang penamaan.

    1) Wan Awang bin Haji Abdullah,No. 68, Kampung Losong Haji Long, Kuala Terenggganu, K/P3178370bahagian : 1/2 bahagian

    2) Wan Puziah binti Haji AwangNo. 68, Kg. Losong Haji Long, Kuala Terenggganu, K/P5738341Bahagian : 1/2 bahagian

    Di dalam borang itu disebut ;

    Tuan Pengarah Besar,Ahwal maka dengan ini saya nyata dan arahkan bahawa, apakala sayameninggal dunia, wang simpanan saya yang tersimpan dalam TABUNGHAJI pada hari itu hendaklah dibahagi-bahagikan di antara mereka yangtelah saya namakan di sebelah Borang ini mengikut bahagian-bahagianyang telah saya tentukan di tepi nama masing-masing. Jikalau sekiranyamana-mana di antara mereka itu meninggal dunia terdahulu dari saya,maka bahagiannya janganlah dibahagikan di antara mereka-mereka yangmasih hidup mengikut hak bahagian masing-masing, satu dengan lain,atau mengikut bahagian-bahagian yang akan saya nyatakan. Ada-lahPenamaan ini memansukhkan Penamaan-Penamaan yang telah saya buatdahulu.

    Saksi Plaintif 2 menyebut apa yang terkandung di dalam borang

    berkenaan seperti di atas di dalam Mahkamah.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    15/166

    15

    Seterusnya Saksi Plaintif 2 memaklumkan mengenai akaun arwah inimengikut rekod, tidak ada sebarang borang penamaan lain dibuat dantidak ada sebarang borang penamaan lain didaftar oleh Lembaga UrusanTabung Haji. Mengikut rekod, tidak ada cubaan-cubaan untuk mendaftar

    Borang Penamaan lain.t.t. xxx

    ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )20 DISEMBER 1999

    Soal Balas

    Saksi Plaintif 2 berkhidmat di Lembaga Urusan Tabung Haji sejak 17 Mac1980. Saksi Plaintif 2 pegang jawatan sekarang mulai 1 Oktober 1984.Tugas Saksi Plaintif 2 sekarang ialah menguruskan akaun pendeposituntuk negeri Terenggganu dan membantu aktiviti pemasaran LembagaUrusan Tabung Haji untuk negeri Terengganu.

    Saksi Plaintif 2 pasti sejak 1975 hingga sekarang ada kemungkinanberlaku Borang Penamaan yang diserahkan tidak didaftarkan.

    Jika borang penamaan tidak sempurna ianya akan diserah kembali padaketika itu juga. Lembaga Urusan Tabung Haji minta dibetulkan padaketika itu juga dan diserah balik kepada Lembaga Urusan Tabung Hajipada hari yang sama.

    Cawangan Lembaga Urusan Tabung Haji di Malaysia lebih kurang 135cawangan sekarang. Sekarang pendeposit berjumlah lebih kurang 4.5

    juta.

    1988 jumlah pendeposit Saksi Plaintif 2 tidak boleh buat anggaran.

    Sejak Saksi Plaintif 2 berkhidmat di Lembaga Urusan Tabung Haji, SaksiPlaintif 2 tidak dapat membuat anggaran berapa banyak pertukaranpenamaan. Di Terengganu dalam satu-satu tahun lebih 10 penukarandalam setahun. Statistik perubahan Penamaan di Kuala Terenggganutidak ada. Lembaga Urusan Tabung Haji Kuala Terengganu ada menerimasungutan bahawa perubahan penamaan tidak dibuat oleh LembagaUrusan Tabung Haji dan surat dikembalikan. Jumlahnya tidak dapatdipastikan.

    Saksi Plaintif 2 kerap kali berkempen di kampung-kampung untuk orangramai menyimpan di Lembaga Urusan Tabung Haji. Penerangan kepadaorang ramai mengenai penamaan ialah;

    1) Setiap pendeposit hendaklah memasukkan Penamaan untukmemudahkan pengeluaran jika berlaku kematian.

    2) Penamaan hendaklah kepada waris-waris terdekat.3) Penama itu adalah penjaga amanah, walaupun bukan waris-

    waris terdekat.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    16/166

    16

    Tabung Haji menekankan bahawa orang yang dinamakan itu penjagaamanah sahaja dan bila pendeposit meninggal, penjaga amanah ituhendaklah mengeluarkan wang dan dibahagikan kepada ahli warismengikut hukum syara. Dasar Tabung Haji adalah seperti yang disebutitu. Saksi Plaintif 2 sedar penamaan ini ialah pengamanahan, dan ada

    fatwanya.

    Tabung Haji menggalakkan pendeposit membuat penamaan. Tujuannyauntuk memudahkan wang dikeluarkan apabila pendeposit meninggaldunia.

    Prosedur apabila pendeposit datang buka akaun, selepas mendaftar,borang penamaan diberi kepada pendeposit. Kelonggaran diberi samadanak terus serah atau membawa balik ke rumah dan boleh terus hantar keKuala Lumpur melalui sampul surat yang distampkan; dan boleh serahbalik ke kaunter. Pejabat Cawangan akan hantar ke Kuala Lumpur

    melalui sampul surat yang sama (bukan berdaftar). Prosedur ini ialahprosedur 1980an.

    Apabila penamaan kemudian diserahkan, ianya boleh diserahkan dimana-mana kaunter. Tiada ada pegawai khas untuk menerima borangpenamaan. Semakan tetap dibuat terhadap borang itu. Bila borang ituditerima, ianya tidak diberi aku terima. Ianya juga tidak dimasuk dalambuku rekod daftar malah buku rekod daftar pun tidak ada. Tiap-tiappendeposit tidak ada fail peribadi, dalam tahun 1988. Kebiasaannyasetelah borang penamaan diterima, ianya dipos ke Kuala Lumpur menurutkekerapan ke Pejabat Pos.

    Sebagai contoh, walaupun satu borang dan kebetulan ke Pejabat Pos,maka satu borang itu pun dipos juga. Borang Penamaan itu diletakkan didalam trill biasa sahaja ditempat kerani menerima itu tidak ada trill khasdan kemungkinan diletak di atas meja bergantung kepada sensitivitikerani yang menerimanya.

    Di Cawangan Kuala Terengganu sejak 1988 hingga sekarang banyakberlaku perubahan tugas pegawai dan pertukaran pegawai. PejabatCawangan tidak ada buat salinan photostat borang penamaan yang manayang asal di hantar ke Kuala Lumpur. Borang Penamaan dihantar teruske Kuala Lumpur tanpa covering letter. Penghantaran ini tidakdirekodkan. Kemudian Borang Penamaan tidak diposkan dan walaupuntelah dimasuk dalam sampul surat ianya kemungkinan tidak diposkan.

    Tabung Haji ada mengeluarkan borang penamaan seperti yangditunjukkan di dalam Mahkamah pada hari ini. Jika ada borangpenamaan kemudian, borang penamaan kemudian mansukh dengansendirinya jika yang kemudian itu didaftarkan. Ini peraturan Tabung Hajibukan pendapat Saksi Plaintif 2.

    Peraturan sekarang; jika penamaan dibuat dan pendeposit meninggal,orang yang dinamakan itu diwajibkan menggunakan satu borang

    pengeluaran wang simati. Syarat borang pengeluaran itu disebutbahawa pengeluar wang itu ada penjagaan amanah dan ia akan

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    17/166

    17

    membahagi-bahagikan wang itu mengikut Hukum Syara. Borang itumenghendaki keizinan daripada waris.

    Mengenai borang permohonan seperti yang dikemukakan dalam IkatanDokumen Defendan-Defendan Saksi Plaintif 2 mengaku ianya adalah

    tandatangannya. Saksi Plaintif 2 tidak dapat mengecam Pemohon.Pemohon mesti datang sendiri untuk mengeluarkan wang.

    Penerima Penamaan dengan Pemegang Amanah sekarang inimenggunakan borang yang sama untuk mengeluarkan simpananpendeposit yang sama. Fungsi Penerima Penamaan dengan Pemegang Amanah adalah sama.

    Lain-lain tiada.t.t. xxx

    ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999Soal Semula

    Borang untuk keluarkan wang pendeposit ada perbezaan dari masa kesemasa. Borang yang dikemukakan di Mahkamah ini berbeza darisemasa ke semasa contohnya yang borang yang dikemukakan ini dipindadalam tahun 1994. Yang sebelum 1994 dengan 1994 berbeza. Akibatberbezanya borang pengeluaran mungkin fungsi Penerima Penamaan danPemegang Amanah juga berbeza.

    Fatwa Majlis Kebangsaan Saksi Plaintif 2 kurang pasti ianya fatwa negeri.

    Saksi Plaintif 2 setuju akibat daripada fatwa itu maka berlakulah borang-borang pendeposit dan pengeluaran.

    Mengikut P 1 Saksi Plaintif 2 mengakui ianya bertujuan memberikepada orang-orang yang dinamakan. Borang Penamaan baru yang tidakdidaftarkan tidak membatalkan pendaftaran yang terdahulu.

    Borang penamaan boleh bawa balik dan dengan itu boleh jadi pendeposittelah berubah niat, boleh jadi hilang dan tak berhasrat nak buat baru dandengan itu tidak hantar ke ibu pejabat.

    Saksi Plaintif 2 berkempen sejak 1980. Pada masa itu Saksi Plaintif 2tidak pasti ada atau tidak perubahan-perubahan dalam peraturanpendeposit dan penamaan. Pindaan-pindaan ada dibuat dari semasa kesemasa tetapi diluar makluman Saksi Plaintif 2. Cop pada borangpenamaan P1 itu tidak dipastikan oleh Saksi Plaintif 2.

    Saksi Plaintif 2 tidak pernah dengarlah bahawa penama yang dimansukhmengeluarkan wang daripada akaun pendeposit sebelum tahun 1975.

    Saksi Plaintif 2 mengesahkan bahawa jika tidak ada borang penamaanbaru didaftarkan maka borang penamaan sedia ada tidak dibatalkan.

    Lain-lain tiada.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    18/166

    18

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999

    Peguam Syari Plaintif memohon kes ditangguh ke suatu tarikh lain kerana

    Saksi Plaintif 3 iaitu Pegawai Penilai terhadap hartanah arwah yangdianggarkan sebanyak 60 bidang belum menyiapkan laporan penilai.Sekiranya pada masa tarikh baru belum lagi dapat dibuat laporan nilaiankedua-dua pihak bersetuju nilaian hartanah arwah sebanyak RM 2 juta.

    Sebelum menangguhkan Mahkamah masih memberi peluang kepadakedua-dua pihak supaya ber sulh .

    Kes dipersetujui ditangguh kepada hari Rabu dan Khamis 23 Februari2000 jam 9.00 pagi dan 24 Februari 2000.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )20 DISEMBER 1999

    Sementara itu setelah kes ditangguh di dalam Kamar, atas persetujuankedua-dua belah pihak, Mahkamah mengeluarkan perintah-perintahsementara seperti berikut ;

    PERINTAH SECARA PERSETUJUAN BERSAMA ( SULH )

    DI DALAM guaman ini ada bahagian-bahagian yang telah dipersetujui

    bersama oleh kedua-dua belah pihak dalam kehadiran Plaintif bersamaPeguam Syarienya, Encik Saifuddin bin Othman dan Defendan-Defendanbersama Peguam Syarienya, Encik Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ WanHusain, dan dihadiri sama oleh Pengurus Besar ( Penasihat Undang-Undang ) Lembaga Tabung Haji, Mejar ( B ) Mohd Ramli bin Othman,dengan persetujuan bersama kedua-dua belah pihak itu, MAKA PADAHARI INI YANG ARIF HAKIM TELAH MEMBUAT PERINTAH-PERINTAH SEPERTI BERIKUT :-

    SAYA PERINTAH Lembaga Tabung Haji hendaklah membayar satuperdua ( 1/2 ) bahagian dari wang simpanan Wan Hitam binti Haji WanLong Akaun Nombor 00305527 yang terkumpul dan dikira pada tarikhpembayaran dibuat kepada Wan Abdullah bin Muda KPT : 210622-11-5175 iaitu Defendan Pertama di dalam kes ini sebagai Pentadbir HartaPusaka Wan Hitam binti Haji Wan Long, dalam tempoh empat belashari dari Perintah ini diserahkan kepada Lembaga Tabung Haji.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    20 DISEMBER 1999

    Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah NegeriTerengganu di Kuala Terengganu pada hari Rabu 17 Zulkaedah 1420,

    bersamaan 23 Februari 2000, mulai jam 9.15 pagi.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    19/166

    19

    Hadir

    Ismail bin Yahya - HakimPlaintif( diwakili oleh En. Saifuddin bin Othman )

    Defendan-Defendan( diwakili oleh En. Wan Fauzi )Kakitangan Mahkamah, danSebahagian orang ramai.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000

    Kes dimulakan dengan Peguan SyarI Plaintif memaklumkan bahawaPlaintif tidak akan memanggil saksi daripada Pejabat Penilai keranakedua-dua pihak bersetuju bahawa harta simati semasa matinya simati

    kesemuanya bernilai RM 2 juta lebih.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000

    Plaintif tutup kesnya.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000

    Defendan 1 memberi keterangan.

    Haji Wan Abdullah bin MudaKPT : 210622-11-5175No.7, Kg. Losong Haji Long,21000 Kuala Terengganu.

    Pekerjaan : sekarang telah berhenti daripada berniaga.Defendan 1 adalah anak saudara kepada simati ( Wan Hitam ) danberhubung baik. Defendan 1 juga baik dengan suami simati.

    Suami simati meninggal dunia tahun 1984. Sijil Mati Wan Awang ditandasebagai Ekshibit D 2 simati meninggal dunia pada 28/1/1998. SalinanSijil Mati simati ditanda sebagai D 2 .

    Jarak rumah Defendan 1 dari rumah simati kira-kira 3 rantai. Defendan 1menetap di Kampung Losong Haji Long sejak 30 tahun dahulu. Simatimenetap di Losong Haji Long sejak dulu lagi. Defendan 1 ziarahi simatipada sebulan sekali; disebelah pagi. Sebab sebelah pagi Plaintif tidakada di rumah. Petang simati tak benar Defendan 1 ziarahi dirinya.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    20/166

    20

    Simati ada beritahu bahawa simati selalu menyusahkan hati Plaintif.Plaintif cakap mencok dengan simati. Simati ada beritahu Plaintif adatengking simati. Simati beritahu Plaintif sangat derhaka kepada simati.

    Peguam Syari Plaintif bantah soalan-soalan tetapi Mahkamahmembenarkannya.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000

    Setahun sebelum simati mati, simati ada beritahu yang simati nak keluardari rumahnya kerana simati takut tinggal dirumahnya. Defendan 1 suruhberitahu Defendan 2. Defendan 1 dan Defendan 2 ada berbincang dengansimati di Masjid Terapung dan Defendan 2 beritahu simati tak patut simati

    keluar, patutnya Plaintif keluar dan Defendan 2 cadang cari rumah sewauntuk Plaintif dan simati setuju.

    Simati tidak puashati keatas Plaintif sejak tahun 1980an lagi. Plaintifkeluar daripada rumah simati sejak 1997. Plaintif ada gaji orang untuk

    jaga anak Plaintif bukan untuk jaga simati.

    Simati sendiri masak untuk dirinya kerana ada dapur suku. Simati sendiriyang basuh bajunya, ada mesin basuh sendiri. Telefon pun suku-suku.

    Sangat renggang hubungan simati dengan Plaintif setahun sebelum

    Plaintif keluar daripada rumah simati kerana simati takut nak dudukbersama dengan Plaintif kerana sifat-sifat Plaintif tadi.

    Simati bersikap sedemikian ke atas Plaintif atas perubahan simati sendiribukannya hasutan orang. Simati pernah mengikuti pengajian agamadengan Hj. Wan Long Halim ayah simati. Pada pengamatan simatimempunyai pengetahuan agama yang baik. Simati seorang yang bijak;simati mempunyai daya ingatan yang baik sehingga saat kematian; simatitidak nyanyok. Simati tidak percaya kata orang. Simatimembuat keputusan mengikut kemahuannya sendiri. Simati tidak bolehmembaca dan menulis dalam tulisan rumi. Simati selalu baca quran.Simati boleh baca jawi sekadar je. Simati boleh tulis jawi sekadar-kadar

    je. Simati mengesahkan sesuatu dengan cap jari. Simati tidak pandaitandatangan.

    Simati ada beritahu Plaintif bahawa hanya Defendan 1 dan Defendan 2sahaja yang layak terima pesaka simati. Defendan 1 ada memohon SijilFaraid daripada Mahkamah Syariah. Salinan Sijil Faraid ditanda sebagai

    D 4 . Defendan 1 sedarlah bahawa Defendan 1 dan Defendan 2 sahajayang berhak mempesakai harta simati.

    Simati sedar bahawa jika simati tidak membuat wasiat, Plaintif tidakdapat apa-apa daripada harta pesaka simati.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    21/166

    21

    Simati tidak beritahu Defendan 1 bahawa simati ada wasiat hartanyakepada Plaintif. Simati ada beritahu Defendan 1 bahawa dia tidak mahuberi hartanya kepada Plaintif sehingga simati mati. Kalau simati mati punsimati tidak benar hartanya jatuh ke tangan Plaintif.

    Simati ada beritahu Defendan 1 bahawa simati telah batal penamaanPlaintif dalam akaun simati di Tabung Haji. Simati beritahu dia batalnama Plaintif di Tabung Haji kerana takut Plaintif tidak amanah. Simatiberitahu dia lantik Defendan 2 penerima namaan baru.

    Selain daripada wang di Tabung Haji, simati tidak ada mewasiatkankepada Plaintif. Simati beritahu haknya hanya jatuh warisnya sahaja.Hartanya simati tidak mau beri kepada Plaintif.

    Hubungan tidak baik antara simati dengan Plaintif kekal sehingga simati

    mati. Simati suka Plaintif keluar daripada rumahnya dan lepas itu simatidan Plaintif tidak ngi-maghi.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000Soal Balas

    Simati tidak pernah beritahu yang dia ada wasiat kepada Plaintif diTabung Haji. Simati ada beritahu kepada Defendan 1 yang simati batalpenamaan Plaintif di Tabung Haji. Boleh jadi simati beritahu itu nak

    sembunyi.

    Kalau orang pergi ke rumah simati, Defendan 1 tidak nampak. Simatidan Plaintif tak ngi mari, simati yang beritahu.

    Defendan 1 sekolah setakat darjah sekolah 5 kemudian ke SekolahMenengah Sultan Zainal Abidin.

    Defendan 1 memohon Sijil Faraid dengan mengisi borang di MahkamahSyariah.

    Simati membuat satu-satu keputusan dengan kehendak dia sendiri. Padapengamatan Defendan 1, simati seorang yang berterus terang.

    Suami simati dikenali oleh Defendan 1, mati tahun 1984.

    Defendan 1 tidak tahu yangmana dulu suami simati mati ke ataupenamaan Plaintif oleh simati di Tabung Haji. Semasa suami simati masihhidup simati buat bersama suaminya.

    Defendan 1 tidak tengok sendiri pembatalan penamaan nama Plaintif olehsimati.

    t.t. xxx

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    22/166

    22

    ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )23 FEBRUARI 2000

    Soal Semula

    Semasa simati beritahu kepada Defendan 1 yang dia batal penamaan

    Plaintif, simati beritahu secara sungguh-sungguh.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000Defendan 1 dibebaskan.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000

    Defendan 2 memberi keterangan dengan berikrar untuk bercakap benar.

    Wan Ismail bin EndutKPT : 321022-11-5093, K/P : 2127264725 A Kg. Nesan Empat,20000 Kuala TerengganuPekerjaan: Pesara.

    Simati adalah emak saudara kepada Defendan 2. Defendan 2 berhubungbaik dengan simati dan suami simati. Dalam seminggu ada 2-3 kali.;Defendan 2 ziarahi simati dan Plaintif.

    Defendan 2 ada berbincang dengan simati secara khusus mengenailayanan Plaintif terhadap simati dalam tahun 1996. Dalam perjumpaanitu hadir sama ialah simati, Defendan 1 dan Defendan 2. Isunya yangpertama, simati nak keluar daripada rumah, tidak nak tinggal bersamaPlaintif. Defendan 2 beritahu simati tak elok simati keluar, elok Plaintifyang keluar, Defendan 2 sanggup cari rumah untuk Plaintif. Simati setujudengan cadangan Defendan 2. Dalam tahun 1997 Plaintif keluar darirumah simati.

    Hubungan simati dengan Plaintif setahu Defendan 2 adalah renggang.Simati ada beritahu sebab renggang kerana masalah percakapan Plaintifterhadap simati.

    Plaintif dengan Defendan 2 berhubung baik. Begitu juga hubungankeluarga Defendan 2 dengan Plaintif.

    Simati ada mengaji agama daripada ayahnya Hj. Wan Long. Padapengamatan Defendan 2, simati seorang yang baik, beragama, bijak,daya ingatan yang baik dan tidak nyanyok sampai akhir hayat. Simatitidak mudah dipengaruhi oleh hasutan orang. Simati seorang yangmembuat keputusan menurut kehendaknya sendiri.

    Simati tidak boleh baca rumi, tidak boleh tulis rumi. Pengesahan dibuatoleh simati melalui cap jari sahaja.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    23/166

    23

    Simati tidak beritahu Defendan 2 bahawa simati ada mewasiatkan wangTabung Haji kepada Plaintif. Simati ada beritahu secara serious danacapkali nak batal nama Plaintif dan tukar nama Defendan 2.

    Simati ada ajak Defendan 2 nak batal penama Plaintif dan tukar dengannama Defendan 2 di Pejabat Tabung Haji Kuala Terengganu. 1988Defendan 2 dan simati pergi ke Pejabat Tabung Haji atas permintaansimati.

    Defendan 2 dan simati pergi ke kaunter dan simati sendiri minta borangpertukaran nama nominee dan oleh kerana kerani itu ada kenal simati.Borang itu ditulis oleh Defendan 2 dan lepas itu Defendan 2 beritahukepada simati. Defendan 2 pegang jari simati untuk cap jari. Keranikata tak terang cap jari. Defendan 2 minta borang lain dan Defendan 2tulis balik dalam borang baru dan Defendan 2 beritahu simati dan kerani

    Lembaga Urusan Tabung Haji sendiri yang buat cap jari. Yang tak betuldiminta oleh Defendan 2 untuk simpanannya.

    Borang asal yang diserah balik kepada Defendan 2 dikenalpasti danditanda sebagai D 5 .

    Defendan 2 melihat simati menurunkan cap jarinya.

    Kandungan borang kedua adalah sama dengan D 5 . Tabung Haji telahterima dan diberitahu bahawa ianya telah sempurna.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )23 FEBRUARI 2000

    Saya mengarahkan Defendan 2 keluar dari kandang memberi keterangankerana saya dapati Peguam Syari Defendan-Defendan sampai di sini tidakmenghormati Mahkamah dengan cara menyoal Defendan 2 dalambentuk

    soalan memimpin kepada Defendan 2, sedangkan sebelum ini semasasoal utama Defendan 1 dan Defendan 2 telah tiga kali saya memberiamaran secara lisan kepada Peguam Syari Defendan-Defendan mengenaisoalan memimpin. Oleh itu saya terpaksalah menangguhkan kes inikepada esok. Kes ditangguh kepada 24/2/2000 jam 9.00 pagi.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000jam 10.40 pagi

    Kira-kira jam 10.50 pagi Peguam Syari Defendan-Defendan memohonberjumpa saya di dalam Kamar saya untuk memohon maaf. Saya terimapermohonannya dan mengingatkan supaya dimasa akan datang jangan

    mengulangi lagi tingkah laku seperti ini.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    24/166

    24

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    23 FEBRUARI 2000

    Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Negeri

    Terengganu di Kuala Terengganu pada hari Khamis 18 Zulkaedah 1420bersamaan 24 Februari 2000 mulai jam 9.00 pagi dibuka untuk sambungbicara.

    HadirIsmail bin Yahya - HakimPlaintif( diwakili oleh En. Saifuddin )Defendan 1 dan Defendan 2( diwakili oleh En. Wan Fauzi )Sebahagian orang ramai dan

    Kakitangan Mahkamah t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 2000

    Menyambung keterangannya Defendan 2 memberitahu bahawa dia adacatatan mengenai penamaan baru dan pembatalan penamaan Plaintif.Catatan dalam bukunya. Catatan : Abang Hitam ( Hj. Wan Hitam bt. Hj.Wan Long ) telah beri penama simpanannya kepada Defendan 2. Catatanitu dibuat 2 hari selepas dibuat pembatalan. Buku itu ditanda sebagai D5 .

    Selepas balik daripada Tabung Haji, simati kata, aku puashati doh namaWan Puziah tiada dalam Tabung Haji .

    Simati pernah sebut bahawa Defendan 1 dan Defendan 2 yang sepatutnyamenerima pesaka simati. Antara simati dan Plaintif mempunyai hubunganyang tak baik.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 2000Soal Balas

    Catatan dalam buku D 5 selepas 2 hari dari tarikh penyerahan borangdi Tabung Haji. Tidak ada sebarang maklum balas daripada Tabung Haji.

    Setakat rekod Tabung Haji Defendan 2 bersetuju bahawa nama Plaintifsahaja sebagai penamaan. Defendan 2 setuju namanya tidak didaftaroleh Tabung Haji.

    Borang Penamaan hanya dibuat dua kali sahaja. Yang pertama taksempurna dan borang itu disimpan oleh Defendan 2.

    Defendan 2 tahu sepanjang masa bahawa harta simati dipesakai olehDefendan 1 dan Defendan 2.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    25/166

    25

    Simati ada anak angkat lain bernama Wan Sabariah tinggal di dapurrumah simati iaitu rumah simati.

    Defendan 2 belum ada persetujuan dengan Defendan 1 tentangpembahagian pesaka simati.

    Defendan 2 belum bercadang nak beri apa-apa kepada Wan Sabariah.

    Selain wang di Tabung Haji, simati ada harta lain.

    1) barang kemas (emas) Defendan 2 tak faham nilaian dan takbanyak. Semuanya telah dibuat pembahagian. Selepas

    mati tidak ada yang hilang.

    2) tanah kira-kira 50 lot di merata tempat.3) rumah

    Simati dan Plaintif tidak bercakap itulah yang menunjukkan renggangnyahubungan. Herdik, maki hamun Plaintif ke atas simati Defendan 2 tidaktahu, simati tidak pernah beritahu. Defendan 2 rapat dengan simati.Defendan 2 tidak setuju simati pilih orang untuk menceritakan halnyadengan Plaintif. Defendan 2 tidak tahu Defendan 1 berapa kali Defendan1 pergi ke rumah simaai; sebenarnya.

    Defendan 2 tak setuju bahawa simati lebih rapat dengan Defendan 1daripada Defendan 2.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 2000

    Kepada soalan Mahkamah, Defendan 2 menjelaskan bahawa Defendan 2cadangkan supaya Wan Puziah menduduki rumah Defendan 2 di Lot 1765Taman Koperasi, Kuala Ibai Kuala Terengganu yangmana telahdikosongkan oleh penyewa selama 4 bulan. Tetapi Wan Puziah mahukeluar daripada rumah simati sehingga rumahnya siap, iaitu di Wakaf

    Beruas, Kuala Terengganu.t.t. xxx

    ( DATO ISMAIL BIN YAHYA )24 FEBRUARI 2000

    Soal Semula

    Simati tidak cerita hal-hal tingkah laku Plaintif kepada Defendan 2 keranaDefendan 2 terlalu baik dengan Plaintif. Pada pendapat Defendan 2 jikasimati beritahu Defendan 2, Defendan 2 akan beritahu Plaintif.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    26/166

    26

    24 FEBRUARI 2000

    Saksi Defendan 1 dipanggil untuk memberi kesaksian. Saksi Defendan 1berikrar untuk bercakap benar menjadi saksi dengan lafaz asyhadu.

    WAN NIK BIN ABD RAHMANKPT : 391227-11-5189, KP : 1473135556 Belakang Sek. Panji AlamKg. NibongKuala TerengganuPekerjaan : berniaga

    Simati dengan Saksi Defendan 1 sebagai waris saja hubungan tak tahu.Simati mempunyai hubungan baik semasa Hj. Wan Nawang masih hidup.Setelah Hj. Wan Nawang mati, simati kecil hati di atas tingkah lakuPlaintif ke atas arwah Hj. Wan Nawang. Setahu Saksi Defendan 1, simati

    sendiri yang uruskan makan minum simati.

    Saksi Defendan 1 solat Jumaat di Masjid Losong Masjid. Saksi Defendan 1adalah cucu saudara kepada Defendan 1 dan Defendan 2.

    Simati pernah suruh Saksi Defendan 1 baca surat dalam tulisan rumi yangditujukan kepada simati. Simati kata dia tarik balik hartanya daripadaWan Puziah dan beri kepada penerima pesakanya. Hartanya tak nak berikepada siapa pun kecuali orang yang berhak menerima sahaja. SaksiDefendan 1 dengar sendiri di rumah simati di Losong.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 2000Soal Balas

    Saksi Defendan 1 asal orang Losong Masjid. Kira-kira 22 tahun yang lalutelah berpindah ke Kg. Nibong iaitu tahun 1980an.

    Wan Puziah tengking kepada Hj. Wan Nawang. Hj. Wan Nawang ambilWan Puziah sebagai anak angkat. Simati yang beritahu yang simatiterasa hati ke atas Wan Puziah kerana perbuatan Wan Puziah ke atas Hj.Wan Nawang. Bila simati berahi kepada seseorang simati akan ceritabelaka. Simati pilih orang untuk cerita halnya. Simati tidak beritahumengenai hartanya kepada Saksi Defendan 1.

    Setahu Saksi Defendan 1, simati ada beri harta kepada Wan Puziahsebelum simati marahkan Wan Puziah.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 2000

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    27/166

    27

    Soal Semula

    Simati beritahu bahawa dia ada beri harta kepada Wan Puziah sebelumHj. Wan Nawang meninggal dunia.

    Menjawab Soalan Mahkamah

    Saksi Defendan 1 tidak pernah dengar simati marah kepada Wan Puziahsemasa Wan Nawang masih hidup. Simati marah Wan Puziah di atastingkah laku Wan Puziah ke atas Wan Nawang.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 2000

    Saksi Defendan 2 berikrar untuk bercakap benar menjadi saksi denganlafaz asyhadu.

    Wan Kamal Bin NikKPT : 330504-11-5007, KP : 0464099No. 3 Losong Haji Long21000 Kuala Terengganu

    Pesara

    Saksi Defendan 2 dengan simati adalah sepupu sebelah bapa.

    Mahkamah mengarahkan Peguam Syari Defendan-Defendan membuatsoalan untuk mendapat fakta daripada Saksi Defendan 2 bukannya untuk

    dapat pendapat Saksi Defendan 2.

    Beberapa kali dibetulkan oleh Mahkamah, Peguam Syari Defendan-Defendan masih kabur bentuk soalannya. Mahkamah tolong menyebutcara-cara menyoal Saksi Defendan 2.

    Peguam Syari Plaintif mencadang kes ini ditangguh buat seketika bagimembolehkan Peguam Syari Defendan-Defendan berbincang denganSaksi Defendan 2.

    Mahkamah tangguh kes selama 10 minit.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 200010.20 pagi

    Sebelum disambung balik jam 10.30 pagi Mahkamah dimaklumkanbahawa kedua-dua pihak bersetuju supaya kes ini ditangguh ke tarikhlain. Mahkamah tangguhkan kes ini untuk sambung bicara kepada hari

    Khamis 22hb. Jun 2000 mulai jam 9.00 pagi.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    28/166

    28

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    24 FEBRUARI 200010.40 pagi

    Di dalam Mahkamah Terbuka, Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, diKuala Terengganu pada hari Isnin 13 Syawal 1421 bersamaan 8 Januari2001 mulai jam 9.30 pagi untuk sambung bicara.

    Hadir :-

    Ismail bin Yahya - HakimWan Puziah binti Wan Awang - Plaintif( diwakili oleh En. Saifuddin bin Othman )

    Wan Abdullah bin Muda - DefendanWan Ismail bin Endut - Defendan( diwakili oleh En. Wan Ahmad Fauzi bin Hashim @ Wan Husain )Sebahagian orang ramai danKakitangan Mahkamah

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

    Kes dimulakan dengan keterangan utama Saksi Defendan 2. PeguamSyari Defendan memaklumkan bahawa tiada sambungan keteranganutama dan menyerahkannya untuk soal balas.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

    Ayah Wan Hitam dengan ayah Saksi Defendan 2 adalah adik beradik.

    Wan Hitam tidak ada anak kandung. Wan Hitam ada anak angkat

    seramai 2 orang yangmana kedua-duanya perempuan iaitu

    1) bernama Wan Puziah

    2) bernama Wan Sabariah

    Kedua-dua anak angkat ada tinggal bersama Wan Hitam. Sebelumkematian Wan Hitam ada anak angkat Wan Hitam iaitu Wan Puziahberpindah keluar rumah Wan Hitam. Wan Puziah berpindah ke rumahnyasendiri.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    29/166

    29

    Wan Sabariah tinggal dalam satu kawasan rumah dengan Wan Hitam

    tetapi dapur berasingan. Wan Puziah semasa duduk bersama dengan Si

    mati Saksi Defendan 2 tidak tahu samada dapur Wan Puziah berasingan

    dengan dapur Wan hitam. Sekarang Wan Sabariah tinggal di kawasan

    rumah Wan Hitam tetapi masih dapur berasingan Wan Sabariah pernah

    tinggal bersama Wan Hitamn semasa sebelum kahwin.

    Rumah Wan Hitam itu telah dibahagi mengikut hukum pesaka daripada

    masa itu iaitu sebahagian dipindah dan bahagian lagi kekal ditempat asal.

    Soal Semula

    Wan Puziah berpindah daripada rumah Si mati kerana dia tidak sesuai lagiduduk dengan Wan Hitam. Wan Htam pernah mengadu kepada SaksiDefendan 2 bahawa harapannya kepada Wan Puziah tidak berhasil.Sebagai orang tua Wan Hitam berharap. Perkara itu dibantah olehPeguam Syari Plaintif.

    Wan Hitam ada beritahu kepada Saksi Defendan 2 bahawa dia tidak bolehminta apa-apa bantuan lagi daripada Wan Puziah.

    Wan Hitam pernah mengadu kepada Saksi Defendan 2 bahawa Wan Hitampernah dikatakan oleh Waan Puziah dengan kata-kata yang tidak sesuai.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

    Peguam Syari Plaintif membuat permohonan untuk membuat soal balas

    semula di atas kenyataan terakhir Defendan 2 dengan alasan fakta itu

    baru ditimbulkan.

    Mahkamah tidak membenarkannya dengan alasan ianya bukanlah fakta

    persoalan dan tidak juga merupakan fakta perkaitan.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    30/166

    30

    Peguam Syari Defendan-Defendan memaklumkan bahawa Defendan-Defendan menutup kes.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

    Mahkamah mengarahkan wakil Defendan-Defendan membuat gulungan

    kes dan penghujahan. Peguam Syari Plaintif memohon supaya gulungan

    kes dan penghujahan dibuat secara bertulis dan Plaintif belum bersedia

    dengan penghujjhan pada hari ini.

    Setelah menimbangkan kepada kedudukan kes dan Peguam Syari

    Defendan-Defendan sanggup membuat hujah bertulis cuma pohon

    ditangguh kes selama 2 jam jika Mahkamah menetapkan kes ini

    disambung semula untuk penghujahan pada hari ini mulai jam 2.00

    petang.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

    jam 9.55 pagi

    Kes disambung semula pada jam 2.10 petang.

    t.t. xxx( DATO ISMAIL BIN YAHYA )

    8 JANUARI 2001

    Peguam Syari Defendan-Defendan menghujahkan seperti berikut ;

    Perbicaraan kita ini ialah berhubung dengan Saman dan Penyata Tuntutan

    yang telah difailkan oleh Plaintif bertarikh 2hb. Jun 1999.

    Tuntutan Plaintif ialah ;

    1. satu perisytiharan bahawa borang penamaan berhubung akaun diTabung Haaji adalah sah dan sempurna di sisi hukum syara,

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    31/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    32/166

    32

    BAHAGIAN A

    UNDANG-UNDANG

    Dengan izin Yang Arif Dato,

    Defendan-defendan menjemput Mahkamah Yang Mulia untuk merujuk

    kepada undang-undang berkaitan penamaan yang sedia ada bagi

    memutuskan samada Plaintif mempunyai kuasa tindakan yang sah di sisi

    Undang-undang. Jika sekiranya status penamaan telah diputuskan

    secara jeelas oleh undang-undang dan Mahkamah Tinggi Syariah yang

    mulia berpuas-hati bahawa tuntutan Plaintif aadalah tidak disokong atau

    menyalahi dengan peruntukan sedia ada, maka pada tahap ini, Mahkamah

    Tinggi Syariah yang mulia boleh menggunakan budibicara untuk

    membatalkan Saman dan Tuntutan Plaintif di sini.

    Yang Arif Dato,

    a. Undang-undang Wasiyyah / Pesaka Muslim

    Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa perkara

    yang menyentuh agama Islam adalah dalam bidangkuasa negeri di

    mana Dewan Undangan Negeri adalah diberi kuasa untuk

    menggubal undang-undang Islam dalam rruang lingkup Senarai II,

    Jadual Kesembilan.

    Perkara 74 Fasal 2 dan 3 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ;

    (2) Dengan tidak menyentuh apa-apa kuasa yang diberi

    kepada Badan Perundangan Negeri untuk membuat undang-

    undang oleh mana-mana Perkara lain, Badan Perundangan

    Negeri boleh membuat undang-undang mengenai mana-

    mana perkara yang disebutkan dalam Senarai Negeri ( iaitu

    Senarai Kedua yang dinyatakan dalam Jadual Kesembilan )

    atau Senarai Bersama.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    33/166

    33

    (3) Kuasa untuk membuat undang-undang yang diberi

    oleh Perkara ini hendaklah dijalankan tertakluk kepada apa-

    apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Perlembagaan

    ini ke atas sesuatu perkara tertentu.

    Perkara 76 Faasal 2 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan ;

    (2) Tiada sesuatu undang-undang boleh dibuat menurut

    perenggan (a) Fasal (1) mengenai apa-apa perkara

    berhubung dengan hukum Syarak atau adat istiadat orang

    Melayu atau mengenai apa-apa perkara berhubung dengan

    undang-undang atau aadat istiadat bumiputra di Negeri-

    negeri Borneo dan tiada sesuatu Rang Undang-undang bagi

    maksud dijadikan suatu undang-undang di bawah perenggan

    itu boleh dikemukakan dalam mana-mana Maajlis Parlimen

    sehingga Kerajaan Negeri yang berkenaan itu telah diminta

    fikirannya.

    Di dalam Fasal 3 memperuntukkan ;

    (3) Tertakluk kepada Fasal (4), sesuatu undang-undang

    yang dibuat menurut per enggan (b) atau perenggan (c)

    Fasal 91) tidak boleh berkuatkuasa di mana-mana Negeri

    sehingga undang-undang itu telah diterima dengan suatu

    undang-undang yang dibuat oleh Baadan Perundangan

    Negeri itu dan selepas itu undang-undang itu hendaklah

    disifatkan sebagai suatu undang-undang Negeri dan bukan

    suatu undang-undang persekutuan, dan oleh yang demikian

    undang-undang itu boleh dipinda atau dimansuhkan oleh

    suatu undang-undang yang dibuat oleh Badan Perundangan

    Negeri itu.

    Perkara 77 menyebut ;

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    34/166

    34

    77. Kuasa baki perundangan.

    Badan Perundangan Negeri adalah berkuasa membuat

    undang-undang mengenai apa-apa yang tidak disebutkan

    dalam mana-mana senarai yang dinyatakan dalam Jaadual

    Kesembilan, iaitu bukan perkara yang Parlimen berkuasa

    membuat undang-undang mengenainya.

    Dan Jadual Kesembilan Senarai I dan II.

    Justeru itu, undang-undang berhubung harta wasiat, tak berwasiat,

    pemberian dan pembahagian harta dan amanah bukan khairat,

    perlantikan pemegang-pemegang amanah dan amanah hendaklah dibuat

    melalui kuasa Dewan Undang Negeri.

    Parlimen hanya berkuasa mengadakan undang-undang untuk mentadbir

    pesaka, wasiat dan amanah orang Islam sahaja. Ini diperuntukkan oleh

    Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan hal yang sama bolehlah dirujuk

    kepada Akta Pemegang Amanah dan aturan 80 Kaedah-kaedahMahkamah Tinggi 1980.

    Seksyen 24 (f) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan ;

    bidang kuasa untuk memberi probet bagi wasiat testamen

    dan surat kuasa mentadbir bagi harta pusaka si mati yang

    meninggalkan harta di dalam bidang kuasa wilayah

    Mahkamah itu dan untuk menukar atau membatalkan

    pemberian tersebut.

    Oleh demikian, persoalan penamaan yang menjadi akar umbi dakwaan

    Plaintif di sini hendaklah dirujuk kepada pihak otoriti agama seperti

    Jawatankuasa Fatwa Terengganu atau undang-undang yang dibuat oleh

    Dewan Undangan Negeri. Jika sekiarnya, satu fatwa yang dikeluarkan

    oleh Jaawatankuasa Fatwa Kebangsaan diterima oleh Mufti Terengganu

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    35/166

    35

    atau Jawatankuasa Fatwa Negeri maka fatwa tersebut adalah sah melalui

    peruntukan di bawah Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam.

    Subseksyen 25 Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam

    ( Terengganu ) 1986 memperuntukkan ;

    (1) Mana-mana orang boleh, dengan surat yang

    dialamatkan kepada Pesuruhjaya, meminta Majlis supaya

    mengeluarkan fatwa atau kaedah pengertian di atas apa-apa

    perkara mengenai Hukum Syara atau adat Melayu.

    (2) Apabila diterima permintaan sedemikian maka

    hendaklah Pesuruhjaya, jika perkara itu mengenai Hukum

    Syara, menghantarkan permintaan itu kepada Pengerusi

    Jawatankuasa Fatwa atau, jika perkara itu mengenai adat

    Melayu, kepada Majlis.

    (3) Jawatankuasa Fatwa atau Majlis, mengikut mana yang

    berkenaan, hendaklah menimbang tiap-tiap permintaan yangdemikian itu dan hendaklah menyediakan draf fatwa atau

    kaedah pengertian yang diminta itu, melainkan jika

    ditimbangkan bahawa perkara itu dangkal atau, atas sebab

    lain yang munasabah, tidak payah dijawab.

    (4) Walau apa pun peruntukan subseksyen (3), jika Mufti,

    dalam hal sesuatu perkara Hukum Syara, dengan

    persetujuan Pesuruhjaya memikirkan perkara yang

    dihadapkan itu adalah perkara kecil, maka bolehlah Mufti

    memberi jawapan di atas perkara itu bagi pihak

    Jawatankuasa Fatwa.

    (9) Pesuruhjaya pada bila-bila masa boleh menyiarkan

    sesuatu fatwa atau kaedah pengertian yang disampaikan

    kepadanya oleh Jaawatankuasa Fatwa atau Majlis atas apa-

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    36/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    37/166

    37

    dilakukan di bawah Akta itu atau lain-lain undang-undang

    bertulis di bawah mana perundangan kecil dibuat.

    Seksyen 25 Akta yang sama memperuntukkan ;

    Perundangan Kecil disifatkan sebagai dibuat di

    bawah segala kuasa yang membolehkannya.

    Perundangan Kecil hendaklah disifatkan dibuat di

    bawah

    segala kuasa yang membolehkannya sama ada dalam Akta

    atau

    undang-undang bertulis lain itu dibuat atau dibuat di bawah

    Akta ini dan sama ada ia dibuat dalam menjalankan apa-apa

    kuasa khas atau kuasa-kuasa khas atau tidak.

    Akta Tabung Haji diluluskan oleh Parlimen bagi mengganti dan

    memansukhkan MalayanMuslim Pilgrims Savings Corporation Act 1962

    dan Muslim Pilgrims Ordinance 1951. Ia adalah satu akta Parlimen dan

    jatuh di bawah kuasa Persekutuan.

    Sub-seksyen 95 (i) dan (ii) Akta Lembaga Urusan Dan Tabung Haji

    memperuntukkan ;

    Upon the coming into force of this Act ( hereinafter referred as the

    appointed day )

    (i) the Malayan Muslim Pilgrims Saavings Corporation Act

    1962 ( in this Part referred to as the said Act ) shall

    cease to have effect and such cesser shall be deemed

    to be a repeal of that said Act for the purpose of the

    Interpretation Act 1967 ;

    (ii) the Malayan Muslim Pilgrims Savings Corporation ( in

    this Part referred to as the Corporation ) being a

    body corporate established under the said Act shalllikewise cease to exist.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    38/166

    38

    Segala akta atau peraturan yang dibuat dibawah undang-undang

    terdahulu setakat mana tidak bercanggah atau sehingga dibatal atau

    diganti dengan mana-mana peraturan atau perlantikan yang dibuat di

    bawah Akta Tabung Haji masih boleh dipakai.

    Seksyen 94 Akta Lembaga Urusan Dan Tabung Haji memperuntukkan ;

    All rules and appointments issued or made and any written

    authority issued under the written law repealed by this Act

    shall remain in force, so far as they are not inconsistent with

    the provisions of this Act, until revoked or replaced by

    regulations or appointments made or written authority issued

    under this Act.

    Istilah Penamaan di bawah Peraturan Tabung Haji telah dipinda pada

    tahun 1993 dengan diganti dengan istilah pengamanahan melalui pindaan

    ke atas Fasal 6 dan Fasal 7 Peraturan Tabung Haji. Pindaan ini akan

    dihujahkan secara khusus selepas daripaada ini.

    Sila rujuk ;

    Peraturan Tabung Haji ( Deposit & Pengeluaran ) Pindaan

    1993 Penamaan ( jika mengikut istilah lama yang digunakan ) adalah satu

    perlantikan untuk memudahkan pengeluaran wang simpanan di Tabung

    Haji apabila berlaku kematian pendeposit. Akta Tabung Haji adalah satu

    statut di bawah kuasa Parlimen di mana ia tiada bidang kuasa untuk

    memggubal undaang-undang yang menyentuh wasiat orang-orang Islam

    kerana ia jatuh dalam bidangkuasa negeri.

    Sila rujuk ;

    Seksyen 93 (1) (e) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji

    Seksyen 17 A, Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ;

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    39/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    40/166

    40

    pendeposit itu sendiri baagi tujuan pengeluaran wang simpanan apabila

    pendeposit itu meninggal dunia.

    Fasal 5 Peraturan-Peraturan tersebut memperuntukkan ;

    Pengarah Besar hendaklah memberi bersama akaun-terima

    yang diberi kepada seseorang pendeposit ( berhubung

    dengan deposit pertama yang dibuat ) suatu borang seperti

    Borang 2 dalam Jadual kepada Peraturan-peraturan ini; dan

    pendeposit teersebut handaklah memenuhi borang itu

    dengan sewajarnya mengenai butir-butir yang dikehendaki

    diberi di dalamnya dan hendaklah menghantar borang yang

    dipenuhi sedemikian kepada Pengarah besar.

    Fasal 7 (1) Peraturan-Peraturan berkenaan memperuntukkan ;

    (1) Apabila mati seseorang pendeposit, amaun yang ada

    dalam kreditnya hendaklah dibayar kepada salah seorang

    daripada orang-orang yang berikut, mengikut mana yangberkenaan, iaitu -

    (a) jika pendeposit telah membuat penamaan danpenamaan itu tidak dibatalkan di bawah

    Peraturan-peraturan ini, kepada orang atau

    orang-orang yang dinamakan mengikut syarat-

    syarat penamaan itu; atau

    (b) sesiapa jua yang berhak mewarisi amaun itu dibawah Hukum Syarak.

    Tiada peruntukan dalam Peraturan Tabung Haji yang menetapkan syarat-

    syarat tertentu kepada penamaan yang diberi kepada waris atau bukan

    waris malah status pewaris atau bukan tidak menjadi halangan dalam

    penamaan.

    Seksyen 62 Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ;

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    41/166

    41

    Mana-mana undang-undang bertulis yang menentukan

    bentuk borang hendaklah disifatkan sebagai suatu instrumen

    atau lain-lain dokumen yang diertikan dalam bentuk itu tidak

    akan menjadi tidak sah disebabkan oleh penyelewengan itu

    tidak ada kesan substantif dan tidak bertujuan untuk

    mngelirukan.

    Dalam hal ini segala borang itu hendaklah mencapai undang-undang

    Tabung Haji itu sendiri.

    Oleh demikian, Penamaan hendaaklah disifatkan semata-maata sebagai

    salah satu prosedur dalam urusan deposit dan pengeluaran wang

    simpanan di Tabung Haji dan ia tidak boleh ditakwilkan selainnya. Ini

    kerana iaa lahir dari peraturan yang khusus di bawah Akta Parlimen

    melalui seksyen 93 (1) (e) Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji.

    Seksyen 23 (1) Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ;

    Mana-mana perundangan kecil yang berlawanan dengansesuatu Akta ( termasuk Akta di bawah mana perundangan

    kecil dibuat ) hendaklah terbatal setakat yang brlawanan itu.

    Jika sekiranya penamaan itu menyentuh tentang wasiat orang-orang

    Islam maka ianya setakat untuk memberi kuasa pentadbiran atau sebagai

    pemegang amanah pesaka pendeposit di mana penerima penamaan boleh

    menerima wang dalam akaun Si mati ( pendeposit ) untuk dikembalikan

    kepada pewaris pesaka yang sah di sisi Syara.

    Hanya Dewan Undangan Negeri yang berkuasa untuk membuat peraturan

    berhubung pemberian ( al-Hibbah ) dan pewarisan sesuatu wasiaat ( al-

    Wasoya ).

    c. Pindaan Tahun 1993 ke atas Peraturan Lembaga TabungHaji( Deposit & Pengeluaran )

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    42/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    43/166

    43

    untuk membatalkan pengamanahan yang

    dahulu .

    Seksyen 20 Akta Tafsiran 1948 & 1967 memperuntukkan ;

    Walau apa pun ketiadaan apa-apa peruntukan nyata dalam

    mana-mana Akta atau undang-undang bertulis lain, jika Akta

    atau undang-undang bertulis lain yang memberi kuasa

    kepada sesiapa untuk membuat perundangan subsidiari,

    perundangan subsidiari itu boleh dibuat supaya berjalan

    kuatkuasa kebelakangan pada suatu tarikh yang tidak lebih

    awal dari mula berkuatkuasanya Akta atau lain-lain undang-

    undang bertulis di bawah mana ianya dibuat atau, jika

    peruntukan-peruntukan undang-undang itu berjalan

    kuatkuasa pada tarikh yang berlainan, pada mula

    berkuatkuasanya peruntukan undang-undang di bawah mana

    ianya dibuat.

    Dengan syarat bahawa tiada sesiapa pun bolehdipertanggungkan dapat dipertanggungkan terhadap apa-apa

    penalti mengenai apa-apa perbuatan yang dilakukan sebelum

    tarikh bilamana perundangan kecil itu disiarkan.

    Pindaan tersebut jika dilihat hanya bertujuan untuk menjelas atau

    menzahirkan maksud sebenar penamaan di sisi Peraturan Tabung Haji.

    Penerima penamaan jika dirujuk kepada fungsinya mengikut hukum

    Syara sebagaimana diputuskan oleh Fatwa Kebangsaan ialah al-ishoo

    yang mana penerima penamaan itu ialah wasi dan bukannya musha

    lahu.

    Jika sekiranya maksud penamaan dan pengamanahan itu berbeza, sudah

    pasti akan dimasukkan fasal yang berasingan di antara penamaan dan

    pengamanahan bagi menunjukkan kesan hukum yang berbeza di antara

    sebelum dan selepas pindaan tersebut. Ianya diibaratkan satu bendayang sama tetapi mempunyai panggilan berbeza.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    44/166

    44

    Sebagai satu perbandingan yang hampir, Peraturan Kumpulan Wang

    Simpanan Pekerja 1991 ( Selepas ini dirujuk sebagai Peraturan KWSP )

    mempunyai peruntukan berbeza berkenaan pembayaran wang simpanan

    apabila berlaku kematian di antara orang Islam dan bukan Islam. Ini

    kerana akta Parlimen tidak boleh membuat undang-undang berhubung

    wasiat orang-orang Islam tetapi sebaliknya bagi bukan Islam kerana akta

    Parlimen terpakai ke atas wasiat orang bukan Islam, sebagai contohnya

    ialah Wills Act.

    Seksyen 71 Akta KWSP memperuntukkan ;

    The Minister may, on the recommendation of the Board,

    make regulations

    (a) to provide for the manner of payment and collectionof contributions and any matters incidental thereto ;

    (b) to provide for the nomination by a member of theFund of the persons to whom anya amount standing

    to his credit in the Fund at the time of this death isto be paid at his death, for the manner in which such

    nomination may be revoked and for the

    circumstances in which it is to be treated as having

    ceased to be operative and for payment of such

    amount to the nominee so nominated;

    (c) to provide for the payment of the sum standing tothe credit of a member of the Fund on this death

    where there is no nomination by the member of the

    person to whom such sun is to be paid on this death;

    Klausa 16 (1) dan (2) Peraturan KWSP memperuntukkan ;

    (1) Subject to subregulation (2), where a member of the

    Fund dies having made a nomination, the Board shall subjectto the Rules made under the Act, pay the credit of the

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    45/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    46/166

    46

    nominee, subject to the execution of an

    undertaking by such person that such sum

    will be applied solely for the maintenance

    aand benfit of such nominee.

    (2) Where a Muslim member of the Fund dies having made

    a nomination in accordance with these Regulations, the

    person or persons nominatedshall receive the credit of such

    deceased member as an executor and not solely as a

    beneficiary and shall distribute the credit in accordance with

    the Islamic law.

    Dengan berkuatkuasanya Peraturan Pindaan pada tahun 1993, istilah

    penamaan tidak lagi digunakan. Mengikut kaedah undang-undang jika

    berlaku sebarang pindaan, maka pembacaan sesuatu peraturan hendaklah

    diambil dari peraturan yang menasakhkan. Jika sekiranya ia sekadar

    pertukaran istilah yang tidak mengubah hukum dan bentuknya, maka

    tidak wujud sebarang kontradiksi berhubung dengan hukumnya samada

    sebelum atau selepas pindaan itu dibuat.

    Sila rujuk seksyen 34 Akta Tafsiran 1948 & 1967 yang memperuntukkan ;

    Jika suatu undang-undang bertulis meminda suatu

    undang-undang bertulis yang lain, undang-undang yang

    meminda itu hendaklah dibaca dan diertikan sebagai satu

    undang-undang dengan undang-undang yang dipinda itu.

    Pndaan dalam Peraturan Tabung Haji 1993 juga ada melibatkan

    perubahan format borang yang dibuat di bawah Fasal 5 tanpa berlaku

    sebarang pindaan ke atas fasal tersebut. Ia jelas menunjukkan bahawa

    status penamaan adalah sama dengan pengamanahan, borang

    pengeluaran pesaka pendeposit adalah seragam tanpa dibezakan di

    antara penerima penamaan dengan pemegang amanah.

    Sila rujuk ;Borang Pengeluaran Pesaka KEW. P3 ( Pindaan 3/94 )

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    47/166

    47

    Defendan-defendan percaya bahawa pindaan itu dibuat setelah

    mengambil kira maslahah umum dan Fatwa Kebangsaan ke atas hukum

    penamaan yang telah dikeluarkan. Ini kerana keumuman istilah yang

    diguna dalam Fasal 6 dan 7 sebelum pindaan atau kelonggaran prosedur

    pengeluaran yang ada sebelum tahun 1993 masih memprejudiskan hak

    waris ke atas pesaka pendeposit walaupun fatwa telah dikeluarkan.

    Ini kerana adanya tindakan sesetengah penerima penamaan yang tidak

    mengembalikan wang pesaka pendeposit kepada wsria bahkan

    mengambilnya terus sebagai hak dakwaan kononnya ia adalah satu wasiat

    yang memberi hakmilik kepadanya sebagai al-musha lahu.

    Bagi menguatkuasakan maksud dan kehendak peraturan pindaan dan

    memelihara hak waris ke atas pesaka pendeposit, seorang pemegang

    amanah yang ingin mengeluarkan pesaka tersebut dsyaratkan mendapat

    persetujuan waris yang mewarisi pesaka, bahkan pemegang amanah itu

    sendiri hendaklah terdiri daripada waris yang mewarisi pesaka.

    Sila rujuk ;

    Surat Akuan Waris Pesaka P4 ( Pindaan 2/94 )

    Borang 2 ( borang Akad pindaan 1993 )

    Sebarang pengeluaran selepas dan pada 1993 hendaklah tertakluk kepada

    Peraturan Pindaan danmematuhi kehendak borang-borang pengeluaran di

    bawah Faasal 5 Peraturan Tabung Haji yang sedang berkuatkuasa.

    Tanpa persetujuan waris-waris lain, seorang pemegang amanah tetap

    tidak boleh mengeluarkan wang pesaka Si mati. Jika sekiranya

    pemegang amanah itu bukan salah seorang waris, maka perlantikan

    terdahulu itu aadalah terbatal dengan berkuatkuasanya Peraturan

    Pindaan.

    Sila rujuk seksyen 94 Akta Tabung Haji yang memperuntukkan ;

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    48/166

    48

    All rules and appointments issued or mase and any written

    authority issued under the written law repealed by this Act

    shall remain in force, so far as they are not inconsistent with

    the provisions of this Act, untill revoked or replaced by

    regulations or appointements made or writeen authority

    issued under this Act.

    Amatlah jelas bahawa penamaan atau pengamanahan adalah lahir dari

    formula prosedur pengeluaran wang pesaka Si mati atau pendeposit di

    Tabung Haji dan lain-lain institusi seumpamanya. Peraturan Pindaan

    hendaklah dijadikan rujukan yang mengatasi kerana iamemansukhkan

    mana-mana peruntukan yang bertentangan atau/dan secara alternatifnya

    menjelaskan lagi kehendak Peraturan Tabung Haji itu.

    Borang akad, pengakuan waris dan borang pengeluaran pesaka yang

    terkini perlulah dirujuk kerana is adalah instrumen peraturan itu sendiri

    yang lahir bersama-sama dengan Peraturan Pindaan danhendaklah dibaca

    bersama-sama dengan Peraturan Tabung Haji.

    Rujukan kepada Borang Penamaan 1975 semata-mata tanpa disandarkan

    kepada Undang-undang dan otoriti-otoriti yang berkaitan adalah

    bercanggah dengan kehendak Akta Taafsiran apatah lagi jika ianya

    diasingkan terus daripada Peraturan Tabung Haji yang melahirkannya.

    Penamaan hendaklah tertakluk kepada kesemua otoriti undang-undang

    yang berkaitan dan sedang berkuatkuasa, tidak semata-mata pada

    susunan baris perkataan di dalamnya.

    d. Penamaan daripada segi Fatwa Kebangsaan

    Isu mengenai penamaan telah mendapat perhatian para ulama di

    peringkat nasional seawal tahun 1969 lagi. Pada Persidangan Ulama

    Malaysia yang berlangsung dari 4hb. hingga 7hb. Mac 1969, satu

    ketetapan telah dibuat mengenai status penamaan di sisi hukum Islam.

    Ia diikuti dengan Persidangan Jawatankuasa Fatwa pada 2hb. Oktober1970 dan 5hb. Julai 1973. Persidangan-persidangan Jawatankuasa Fatwa

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    49/166

    49

    ini telah mengesahkan ketetapan Persidangan Ulama Malaysia bahawa

    orang yang menerimaa penamaan adalah wasi atau pelaksana wasiat si

    mati semata-mata untuk membahagikan wang yang diterima secara

    hukum faraid.

    Sila rujuk ;

    Surat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bertarikh

    24hb. Safar 1420 H bersamaan 9hb. Jun 1999,

    Oleh kerana isu penamaan melibatkan maslahah orang ramai, maka pada

    9hb. Oktober 1973, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

    telah memasyhurkan fatwa yang sama setelah ianya diperkenankan oleh

    Majlis Raja-Raaja Melayu pada 20hb. September 1973. Ia merupakan

    fatwa pertama diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja Melayu untuk amalan

    umat Islam.

    Sila rujuk ;

    The Malayan Law Journal, February 1974,

    Defendan-defendan telah membuat rujukan dan disahkan bahawa negeri

    Terengganu ialah salah satu peserta dalam Jawatankuasa Fatwa

    Kebangsaan dan dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada 20hb.

    September 1973, negeri Terengganu telah diwakili oleh DYTM Tengku

    Mahmud ibni Tuanku Ismail Nasiruddin Syah ( al-marhum Sultan

    Terengganu Darul Iman yang ketika itu masih sebagai Yang Di-pertuan

    Muda ).

    Pemasyuran fatwa ini adalah mempunyai kesan di sisi undang-undang

    kerana ia dibuat oleh Majlis Raja-Raja Melayu dan terpakai ke atas seluruh

    orang Islam di Malaysia berdasarkan Artikel 38 (6) (d).

    Sila rujuk Perkara 38 (6) (d) Perlembagaan Persekutuan yang

    memperuntukkan ;

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    50/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    51/166

    51

    Sila rujuk ;

    Seksyen 25 (1), (2), (6), (7) dan (9) Enakmen Pentadbiran

    Hal Ehwal Agama Islam.

    f. Enakmen Penerima Namaan Islam ( Terengganu ) 1992

    Enakmen ini telah diwartakan pada 27hb. Ogos 1992 melalui Warta

    Terengganu Jld. 45.

    Enakmen ini jelas memperuntukkan tatacara dan hak daripada wang yang

    timbul selepas kematian seorang penama Islam. Ia meliputi sebarang

    penamaan yang dibuat bawah mana-mana undang-undang.

    Sila rujuk Seksyen 2, Enakmen Penerima Namaan Islam ( Terengganu )

    1992 yang memperuntukkan ;

    Apabila seorang Islam telah menamakan seorang untuk

    menerima wang-wang yang kena dibayar atas kematian

    orang itu menurut sebarang undang-undang, penama ituhendaklah menerima dan memegang wang-wang tang

    diterima oleh yna mengikut penamaan itu untuk faedah harta

    pesaka orang yang membuat penamaan itu dan hendaklah

    dibayarkan wang itu kepada wasi atau pentadbir pesaka

    orang itu, mana-mana yang berkenaan, dan wasi dan

    pentadbir itu hendaklah membahagikan wang-wang itu

    menurut Hukum Syara.

    Seorang penerima namaan hanyalah seorang pemegang amanah, ini

    selras dengan keputusan Fatwa Kebangsaan dan menguatkan maksud

    pindaan ke atas Peraturan Tabung Haji.

    Enakmen ini terpakai ke atas seluruh umat Islam Terengganu dan ianya

    mengatasi mana-mana undang-undang bertulis lain kerana ianya dibuat

    bawah kuasa Dewan Undangan Negeri dalam perkara yang menyentuhurusan ugama Islam.

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    52/166

    52

    Setiap pengeluaran atau pelupusan wang yang timbul daripada mana-

    mana penamaan teermasuklah di Tabung Haji adalah tertakluk dengan

    Enakmen ini di mana wang tersebut adalah menjadi hak waris pesaka.

    Enakmen ini menegah sebarang tuntutan atau dakwaan seorang penerima

    namaan untuk mengambil hak atas wang yang ditinggalkan oleh seorang

    penama jika ia bukan seorang waris pesaaka.

    Sila rujuk seksyen 4 (1), (2) Enakmen Namaan Islam 1992 yang

    memperuntukkan ;

    4. (1) Enakmen ini hendaklah terpakai bagi orang-

    orang Islam walaupun terdapat apa-apa peruntukan yang

    berlawanan di dalam undang-undang bertulis yang lain.

    (2) Jika ada apa-apa percanggahan antaraperuntukan-peruntukan undang-undang bertulis

    yang lain dengan mana-mana peruntukan

    Enakmen ini, peruntukan Enakmen ini adalahmuktamad dan hendaklah diterimapakai.

    Defendan-defendan percaya bahawa Enakmen ini dibuat atas syor Majlis

    Faatwa Kebangsaan. Jawatankuasa Fatwa Terengganu juga pada 3hb.

    September 2000 memperakui ketetapan Majlis Fatwa Kebangsaan dan

    ianya adalah selaras dengan maksud Enakmen Penerima

    Namaan Islam

    ( Terengganu ) 1992.

    Pewartaan Enakmen ini pada 27hb. Ogos 1992 melalui Waarta

    Terengganu Jld. 45 sudah menjadikannya satu undang-undang yang

    berkuatkuasa dan mengikat ke atas semua orang Islam di Terengganu.

    Dengan pewartaan Enakmen ini, pewartaan keputusan

    Jawatankuasa Fatwa Terengganu bertarikh 3 haribulanSeptember 2000 menjadi suatu yang akademik. Ia dengan

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    53/166

    53

    sendirinya mengesahkan satu otoriti undang-undang yang

    telah mengikat dan masih berkuatkuasa dan tidak perlu

    diwartakan lagi di bawah seksyen 26 (3) Enakmen

    Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam.

    Yang Arif Dato,

    Defendan-defendan memohon izin Mahkamah Tinggi Syariah yang mulia

    ini untuk merujuk kepada kitab-kitab feqah karangan para Fuqaha as-

    Syafeiyyah dan ulama mazhab di kalangan ahlil sunnah wal jamaaah

    berhubung dengan al-Wasiyyah.

    Rujukan ini bertujuan untuk menjelaskan rasional peruntukan undang-

    undang yang sedia ada. Ianya akan membantu kita menentukan samada

    tuntutan Plaintif di sini untuk mengambil hakmilik ke atas 1/2 bahagian

    wang simpanan Si mati di Tabung Haji sah di sisi hukum Syara.

    Dalam penghujahan di sini, Defendan-defendan akan mengkhususkan

    bab-bab yang berkaitan aagar fokus dapat dibuat ke atas isu-isu yangberbangkit dalam perbicaraan pada hari ini.

    Wasiat

    Al-wasiyyah atau al-ishoo daripada segi bahasa mempunyai

    makna yang sama, iaitu ;

    - aku telah mewasiatkan sesuatu perkara yang akuwasiat akannya jika aku telah menyambungkannya [

    kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 41 ]

    atau

    - aku menyambung perkara kerana orang yangberwasiat itu menyambung apa yang menjadi miliknya

    semasa hidupnya disambung dengan apa yang ada

    sesudah matinya [ kitab kifayatul akhyar m/s. 66 ]

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    54/166

    54

    Menurut kitab al-fiqhul minhajjiu, para fuqaaha telah membezakan di

    antara al-wasiyyah dan aai-ishoo. Al-Wasiyyah dari segi syara ialah

    penyerahan hak milik bagi sesiapa selepas mati dan dinamakan, ini

    pemberian dengan wasiat kerana al-mushi telah menyambung dengan

    pemberiannya kebaikan selepas matinya dengan kebaikan dunianya

    [ kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 41 ]

    Al-Ishoo dari segi Syara pula ialah bahawa seseorang itu memberi

    pertanggungjawaban atau amanah sebelum kematiannya kepada

    seseorang yang dipercayai untuk menyelia anak-anaknya, menunaikan

    wasiatnya, menyelesaikan hutang-piutangnya, mengembalikan al-wadiah

    dan seumpamanya [ kitab al-fiqhul minhajjiu m/s. 59 ]

    Imam Rafei berkata bahawa wasiat itu disunatkan dalam mengenbalikan

    penganiayaan, membayar hutang, melaksanakan wasiat dan berbagai

    persoalan anak-anak kecil [ kitab kifayatul akhyar m/s. 74 ]

    Dalam kitab mughnil muhtaj, wasiat diertikan dengan al-ishoo dan al-

    wasoya. Wasiat dengan makna al-ishoo ialah untuk menyempurnakanal-wisoyah.

    Al-Wisoyah itu ialah pertanggungjawaban atau amanah kepada sesiapa

    yang akan menyempurnakannya ke atas seseorang selepas kematiannya,

    maka ia mengumumkan makna al-wasiyyah kerana al-wasoya itu

    mengkhususkan makna ak-wasiyyah dengan penyerahan hak milik

    kepada sesiapa selepas kematian.

    Kitab al-fiqhul minhajjiu [ m/s. 47 ] membahagikan rukun al-wasoya

    kepada empat iaitu,

    a. al-mushib. al-musha lahuc. al-musha bihid. as-sighah

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    55/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    56/166

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    57/166

    57

    Pada fuqaha sepakat meenyatakan bahawa hukum wasiat itu boleh

    berubah mengikut keadaan, ia boleh menjadi wajib, sunat dan haram [

    kitab al-fiqhi alal mazahib al-arbaa'ah m/s. 326 ].

    Menurut kitab-kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu [ m/s. 12 ] dan mughnil

    muhtaj [ m/s. 39 ], yang paling afdal ialah membuat wasiat kepada

    saudara-mara dekat atau qarabah yang tidak mewarisi harta.

    Dr. Wahbah al-Zuhaili membahagi hukum wasiat kepada 4 iaitu, wajib,

    mustahabbah ( yang digalakkan ), mubahah ( yang harus ) dan haram

    manakala Imam Syafei membahagikan hukum wasiat itu kepada 5 jenis.

    Imam Syafei menyatakan bahawa al-wasiyyah al-wajibah itu ialah wasiat

    yang berhubung dengan wadiah dan hutang-piutang yang tidak diketahui

    maka diwajibkan ke atas seseorang itu untuk mewasiatkan atasnya

    walaupun semasa ia tidak sakit supaya hak manusia tidak hilang jika ia

    meninggal dunia secara tiba-tiba [ kitab alp-fiqhi alal mazahib al-arbaaah

    m/s. 327 ].

    Pendapat Imam Syafei ini disokong oleh al-Haanabilah dan al-Malikiahdalam kitab yang sama [ m/s. 328 ].

    Dr. Wahbah al-Zuhaili menjelaskan bahawa hukum wasiat itu adalah wajib

    bagi mengembalikan wadiah dan hutang yang tidak diketahui pemilik atau

    tiada penuntutnya dan juga atas kewajipan-kewajipan berhubung dengan

    tanggungjawab seperti bayar zakat, karafah haji, fidyah puasa dan

    seumpamanya [ kitab al-fiqhul Islamiyyu adillatuhu m/s. 12 ].

    Dalam hal ini, Imam Syafei berkata, disunatkan al-ishoo untuk

    menunaikan hak-hak dari urusan hutang-piutang, mengembalikan wadiah

    dan melunaskan pinjaman dan seumpamanya serta melaksanakan wasoya

    jika ada dan penjagaan atas urusan kanak-kanak kecil dan seumpamanya

    seteerusnya adalah wajib wasiat atas urusan anak-anak adam seperti

    wadiah dan rampasan jika tidak diketahui pemiliknya [ kitab al-fiqhul

    Islamiyyu adillatuhu m/s. 12 ].

  • 7/28/2019 Kes Wasiat1

    58/166

    58

    Syeikh Muhammad Syarbini menegaskan bahawa kewajipan itu atas hak-

    hak Allah SWT seperti zakat dan haji atau hak anak-anak adam seperti al-

    wadiah dan rampasan jika sekiranya tidaak diketahui tetapi jika sekiranya

    diketahui maka tidak