teks dinner

4
MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN ALU-ALUAN Sirih junjung penyeri majlis, Malam Sua Mesra kita raikan, selamat datang tamu ke majlis, majlis makan malam kita sajikan. Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Januam akhir tahun SK Selayang BAru 2 bagi tahun 2015 Yg beruasaha, En Azhar bin ahmad, Guru Besar Sk Selayang Baru 2, Pn Goh Hon Lee, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Thamaanthee a/p ghanasundaram, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En Mohd Nizam bin Mat Isa, Guru Penolong kanan Ko kurilum. Seterusnya yang dihormati rakan-rakan guru sekalina. Pihak majlis juga turut mengalu-alukan kedatangan yang dihormati En Abdul Aziz bin Abd Majid, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Selayang Baru 2 ke majlis ini Hadirin dan hadirat sekalian, Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberikan peluang untuk berkumpul bersama-samaa pada hari ini dalam satu majlis yang begitu indah ini bagi menghargai segala usaha dan penat lelah seluruh warga SK Selayang Baru 2 dalam menjalankan amanah yang telah diberikan sepanjang tahun ini.

Upload: syazwanie-suhaimi

Post on 31-Jan-2016

17 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks Dinner

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Dinner

MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN

AL

U-A

LU

AN

Sirih junjung penyeri majlis,Malam Sua Mesra kita raikan,selamat datang tamu ke majlis,majlis makan malam kita sajikan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera serta selamat datang ke Majlis Januam akhir tahun SK Selayang BAru 2 bagi tahun 2015

Yg beruasaha, En Azhar bin ahmad, Guru Besar Sk Selayang Baru 2,

Pn Goh Hon Lee, Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn Thamaanthee a/p ghanasundaram, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

En Mohd Nizam bin Mat Isa, Guru Penolong kanan Ko kurilum.

Seterusnya yang dihormati rakan-rakan guru sekalina.

Pihak majlis juga turut mengalu-alukan kedatangan yang dihormati En Abdul Aziz bin Abd Majid, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sk Selayang Baru 2 ke majlis ini

Hadirin dan hadirat sekalian,

Alhamdulillah, Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberikan peluang untuk berkumpul bersama-samaa pada hari ini dalam satu majlis yang begitu indah ini bagi menghargai segala usaha dan penat lelah seluruh warga SK Selayang Baru 2 dalam menjalankan amanah yang telah diberikan sepanjang tahun ini.

DO

A

Bagi memberkati lagi majlis ini, elok kiranya kita mulakan majlis ini dengan bacaan doa/ Oleh itu dipersilakan En Abdullah Fadhil bagi memimpin bacaan doa. Dipersilakan.(Bacaan doa)Terima kasih diucapkan atas bacaan doa sebentar tadi.

Page 2: Teks Dinner

UC

AP

AN

G

B

Hadirin sekalian,Bagi meneruskan majlis, pihak majlis berbesar hati mempersilakan Yg Berusaha, En Azhar bin Ahmad, Guru Besar SK Selaynag Baru 2 untuk memberikan sedikit ucapan. majlis dengan ini mempersilakan.

*Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas ucapan yang disampaikan.

WA

KIL

B

KG

SK

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan pula wakil Badan Kebajikan Guru dan Staf Untuk memberikan sedikit ucapan. Majlis dengan ini mempersilakan.

*terima kasih atas ucapan yang disampaikan.

JA

MU

S

EL

ER

A

Terbang rendah burung tempuaHinggap berdua di dahan araHidangan di meja sudah tersediaDijemput tuan menjamu selera

KIni tibalah masa kita untuk menjamu selera, dengan ini dijemput semua hadirin untuk menikmati juadah-juadah yang disediakan.

CA

BU

TA

N

BE

RT

UA

H 1

Hadirin sekalian, Sambil menikmati hidangan, kita akan adakan cabutan bertuah. Terdapat pelbagai hadiah yang disediakan . Jadi kita mulakan dengan beberapa cabutan bertuah untuk sesi 1.

CA

BU

TA

N

BE

RT

UA

H 2

Perut-perut semua sudah terisi,Bila lagi la hadiah tu nak diberi?

Ok itu bukan saya yang kata, itu cikgu _______ yang kata..saya sampaikan ja..Baiklah kita teruskan dengan cabutan bertuah. Untuk sesi cabutan yang kedua ini. Beberapa orang rakan guru yang namanya dipanggil merupakan orang yang paling bertuah untuk hari ini. Jadi kita tengok tuah siapakan hari ini.

Page 3: Teks Dinner

TA

MA

T B

EL

AJ

AR

Untuk makluman hadirin yang hadir, Beberapa oramg rakan kita telahpun menyambung pelajaran malah telah lulus dengan jayanya. Jadi pihak BKGSK ingin memberikan sedikit penghargaan kepada mereka-mereka yang telah menamatkan pengajian pada tahun ini. Dengan ini majlis menjemput _________________________ untuk menyampaikan sumbangan tersebut. 1.23 Untuk pengetahuan terdapat juga beberapa orang rakan kita yang lain yang tidak dapat turut sama ada dalam majlis ini. Jadi sumbangan ini akan diberikan secara personal kepada mereka nanti.

Hadirin sekalian, Jutaan penghargaan & ribuan terima ksih kepada rakan-rakan guru kerana berkesudian menghadirkan diri dalam Majlis ini.

Alhamdulillah, semoga segala usaha gigih dan penat lelah kita semua sepanjang tahun ini, tidak kiralah sama ada untuk menjayakan program2, pdp setiap hari, usaha buka register tutup register bagi guru2 kelas, kegigihan guru-guru LINUS, dan macam-macam lagi amanah yang tanggungjawab kita semua diredhai Allah dan diberikan keberkatan dalam setiap usaha yang dilakukan.

Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan kelemahan-kelemahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

Saya mewakili Jawatankuasa Pelaksana Majlis ini mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih dan Setinggi-tinggi Tahniah buat semua. Ternyata Cikgu-cikgu SKSBD ini semua hebat-hebat belaka. SEKIAN.. WABILAHHI TAUFIQ WAL HIDAYAH WASSALAMUALAIKUM W.R.T