teks deklamasi dan nyanyian puisi

Upload: areri-hola

Post on 13-Oct-2015

164 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Contoh yay

TRANSCRIPT

Assalamualaikum W.B.T. Perhatian kepada warga dewan, anda diminta bertenang dan bersedia kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mengumumkan,ketibaan:

1. Datin siti hanifah bt Madarsa, timabalan Pengarah Institut Pedidikan Guru kampus Perempuan Melayu

Diiringi dif-dif jemputan

Malam yang damai penuh tenang Hari yang berbahagia penuh bermakna Kami bawakan kepada anda Majlis Deklamasi dan Nyanyian Puisi Institut Pendidikan Guru KAmpus PErempuan Melayu

AssalamualaikumW.B.T

Bertemu tuan hilanglah lara, Melihat dirimu tersenyum menawan ; Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang kami ucapkan.

Bismilahirahmanirahim1) Yang Berbahgia, Datin siti hanifah bt Madarsa, timbalan Pengarah IPGK PM 2) Yang Dihormati En Azman Bin Aziz, Ketua Jabatan Jabatan Kokurikulum IPGK PM 3) Yang dihormati, Tn Hj Omar bin Abdul pensyarah kanan ipgk pm4) Yang Dihormati, En Zaini bin Abd Aziz, penyelaras malam Deklamasi dan nyanyian puisi5) Yang dihormati, Saudari Cik Nur Thahirah binti yusni, pengerusi malam deklamasi dan nyayian puisi6) Yang dihormati, para pensyarahguru-guru pelatih sterusnya siding hadirin sekalian

Terbang tinggi si raja udangSinggah di kali nyanyian bersahutMelihat sawah nan kuning terbentangTurun ke mari tuan diundangKami di sini datang menyambutMenjalin ukhuwah agar bertaut.

Pada malam yang permai ini marilah kita memanjatkan syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat serta keizinanNya kita diberi kekuatan berhimpun bagi memeriahkan majlis Deklamasi Dan nyanyian Puisi anjuran Pismp BM< MT dan Pai jan 2011.

Pihak majlis mengucapkan terima kasih atas kesudian Yang Berbahagia DAtin Siti Hanifa bt Madarsa kerana dapat meluangkan masa untuk hadir ke majlis ini. Begitu juga kepada dif-dif jemputan dan para hadirin yang sudi hadir bagi menjayakan dan memeriahkan majis pada malam ini.Terima kasih.

Senyum puteri wajahnya indahBerbaju kurung sulam suasa,Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Sidang hadirin sekalian,Marilah kita sama-sama menadah tangan bermunajat, memohon berkat ,agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Saudari Nur naimah bt Zakaria untukmemimpin baacaan doa.DIPERSILAKAN---------------------Amin-amin ya rabbal alaminRibuan terima kasih diucapkan kepadaSaudari Nur Naimah atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tidak ada yang berbicara

Sidang hadirin sekalian, Sebagai tirai pembuka bicara, majlis menjemput Saudari Nur Tahirah binti Yusni, pengerusi Deklamasi dan nyanyian Puisi untuk memberikan ucapan. Majlis dengan hormatnya mempersilakan. ------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi

Ucapan perasmianSidang hadirin,Keakraban masyarakat Melayu dengan warisan puisi sering dikaitkan dengan bangsa dan pemikiran Melayu tradisi. Salah satu fungsi utama warisan puisi ialah sebagai sebagai nasihat dan pengajaran kepada generasi muda. Di mana nasihat dan pengajaran itu wujud dalam pelbagai bentuk puisi seperti pantun, syair, seloka, peribahasa berirama, nazam, talibun dan teromba. Namun, warisan puisi ini semakin dilupa oleh generasi muda. Justeru, majlis pada malam ini betujuan untuk menghangatkan kembali seni warisan bangsa ini disamping memupuk rasa cinta dalam diri dan menghargai puisi melayu.

Lebat daun bunga tanjung Berbau harum bunga cempakaAdat dijaga pusaka dijunjung Baru terpelihara adat pesaka

Kalau tuan pikat kenari, Jangan patahkan batang jerami; Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami

Bagi mencapai maksud tersebut,majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang BErbahagia Datin Siti Hanifah Binti Madarsa , timabalan Pengarah IPG KPMuntuk merasmikan Majlis Deklamasi Nyanyian Lagu Puisi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Datin Siti Hanifa bt MAdarsa atas ucapan perasmian sebentar tadi

Jemputan 1Bertiup bayu menyeri kekwa,Bunga berkembang tampak gemilang;Puisi Melayu terpahat di jiwa,Menjadi lambang bangsa terbilang

Sidang hadiri sekalian,Sebagai tirai persembahan kita pada mala mini, maklis mempersilakan Datin Siti Hanifa binti Madarsa untuk mendeklamasikan sebuah sajak. Majlis dengan berbesar hatinya mempersilakan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas atas kesudian datin mendeklamasikan sajak yang bertajuk ______________________ sebentar tadi.

Jemputan 2Seterusnya, majlis menjemput En Zaini Bt abd Aziz. Beliau akan mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk InsyaAllah. Majlis mempersilakan.

-------Terima kasih diucapkan kepada En Zaini Atas persembahan nyanyian sebentar tadi.

Kumpulan MathSidang hadirin,

Persembahan pada malamini diteruskan lagi dengan menjemput pak pander dan rakan-rakannya. MArila sama-sama kita hayati Seloka Pak pander.-----------------------Terima kasih diucapkan kepada Pak Pandir dan rakan-rakankanya atas persembahan yang menghiburkan tadi. Begitula puisi Melayu, dalam bersenda ada nasihatnya. Jangan pula kita menjadi seperti pak pandir, berangan saja kerja tak jalan.

Ilmu itu gemala saktiSinarnya cerah cahaya sejati Asal puncanya lamun didapatiSukar bercerai sehingga mati

Sajak BMKita teruskan lagi persembahan pada malam ini dengan mempersilakan pendeklamator seterusnya. Untuk makluman para hadirin, pendeklamator ini merupakan Johan Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Melaka tahun 2010. Tanpa melengahkan masa lagi dijemput Saudari Zulaika Aira bnti Abdul Wahab dengan sajaknya Salam Benua. Dipersilakan.

-----------------Sayu, sadis dan menusuk jiwa. Itulah yang dapat digambarkan mengenai kisah disebalik sajak yang disampikan sebentar tadi. Terima kasih diucapkan kepada Saudari Zulaika AIra atas dekllamasi sajak sebentar tadi.

Kumpulan PAIPara hadiri sekalian,Persembahan seterusnya akan disamapaikan oleh Kumpuln yang mengelarkan diri mereka Jintan Manis. Merekan akan menyamapaikan kombinasi lagu puisi Jasa Bonda dan masihkah kau ingat. Marilah sama-sama kita hayati persembahan ini. Dipersilakan.

---------Terima kasih diucapkan kepada Kumpulan Jintan Manis atas persembahan yang menghiburkan sebentar tadi. Sememangnya semuanya manis-manis semanis namanya.

Jemputan 3Keasyikan kita pada malam ini diteruskan lagi dengan mempersilakan seorang lagi pendeklamator. Beliau merupakan seorang insan yang sangat mencintai seni puisi. Tanpa melengahkan masa lagi, majlis mempersilakan En Ramly bin Abu dengan sajaknya Mahkota Kegadisan

------------------Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En Ramly b Abu atas persembahan sebentar tadi.

Begitu mendalam makna yang ingin disampaikan. Wahai si gadis, biarpun rupamu tak cantik, asalkan pekerti mu baik.

Tarik dayung berderap-derap Hendak melawan sampan kotakDia ibarat si bunga dedap Sungguh pun merah berbau tidak

Jadilah bunga yang dijulang tinggi cantik dipandang, sukar dipegang.

Jemputan 4Sidang hadirin sekalian,Majlis kita diteruskan lagi dengan menghayati persembahan gurindam menjaga maruah di Facebook dan sdeklamasi sajak Balada Pasrah 1 dan 2. Dengan itu majlis mempersilakan seorang insane yang tidak asing lagi dengan warga IPG KPM. Dipersilakan Munsyi Mohammad Bin Musip.

-------------- Terima kasih diucapkan kepada Munsyi Muhammad bin Musip Atas tiga persembahan yang cukup bertenaga. Disebalik alunan indah madah dilafaz, tersirat seribu makna yang begitu mendalam.

Kumpulan Math(Lagu Puisi)Sidang hadirin sekalian,Kita redakan kehangatan sebentar tadi dengan menyaksikan persembahan lagu puisi. Dipersilakan kumpulan Selendang Putih dengan Lagu permaidani.

----------Terima kasih Selendang Putih atas persembahan senbentar lagi. Permaidani merupakan lagu puisi yang pernah dipopularkan oleh penyanyi Aris Ariwatan. Lagu ini merupakan kata-kata puitis kecintaan seorang hamba terhadap pencipta-Nya

Sajak BMSeterusnya majlis mempersilakan pendeklamator seterusnya. Pendeklamator ini merupakan Naib Johan Sayembara Deklamasi Sajak Peringkat Negeri Melaka 2010. TAnpa melengahkan masa, dieprsilakan Saudari Nurul Hidayah Binti Mohd Sawal dengan sajaknya yang bertajuk Prahara Nakbah Palesti. Dipersilakan---------Terima kasih diucapkan kepada Nurul Hidayah atas deklamasi sajak sebentar tadi.

Untuk pengetahuan hadirin Prahara merupakan perkataan yang berasal daripada Bahasa JAwa yang bermaksud angin ribut dan badai taufan. Manakala Nakbah pula merupakan hari peringatan yang dikenali sebagai Nakba Day yang bermaksud Hari bencana. Hari ini diperingatai oleh rakyat PAlesti pada setiap 15 Mei di mana hari tersebut merupakan hari Tentera Israel mula memasuki Palestin dan mengusir rakyat PAlestin dari tanah air mereka sendiri serta melakukan kekejaman terhadap mereka. Sidang dewan,Marilah kita bertafakur sebentar menyedekahkan Al-Fatiha buat saudara kita yang telah Syahid di Bumi Palestin dan buat mereka yang masih meneruskan perjuangan mempertahankan Tanah air mereka. Al-Fatihah.-----Amin. Semoga ketabahan dan kesabaran sentiasa bersama mereka.

Sajak MathWarga dewan sekalian,Persembahan pada mala mini diteruskan lagi dengan mempersilakan Saudari HAzirah Binti Mohd Abdul Wahid. Beliau akan mendeklamasikan sajak yang bertajuk Pahlawan Kemerdekaan.

--------Terima kasih diucapkan kepada Saudari HAzirah atas deklamasi sajak sebentar tadi.

Sajak PaiSeterusnya dipersilakan pendeklamator seterusnya yang akan mendeklamasikan sajak yang bertajuk Petualang Bahasa.Dipersilakan Saudari Murul Farahin Bt Mat sharif.

---------------Terima kasih diucapkan atas deklamasi sajak sebentar tadi.Sajak Petualang bahasa tadi merupakan karya Mohd Kasim Mahmud.

Sidang hadirin,Seandainya bangsa MElayu itu sendiri yang merosakkan bahasanya, siapakan lagi yang akan mengagungkannya. Adakan kita mahu bahasa Melayu terus terpinggir di bumi sendiri bagaikan melukut ditepi gantang.

Jangan biarkan tunjang bahasa kesamaran pancar,Kita mengarifi pelita ZabaKita nyalakan sumbu yang dahulu terang cahayanya,Dan ampuhkan takhtanya,Kita benarkan amanat Hang TuahTakkan Melayu hilang di duniaTermasuk bahasanya.

Kata-kata tadi merupakan bait-bait sajak Zikir Bahasa karya Siti Hadijah Sunok.

Major ZianalKita rancakkan malam deklamasi dan nyian puisi ini dengan menyaksikan persembahan sterusnya. Dengan itu majlis mempersilakan MAjor Zainal_______________________Dengan lagunya_______________________________Marilah sama-sama kita saksikan.

-------------------Terima kasih diucapkan kepada Major Zinal_____________Kerana menghibukan seisi dewan pada malam ini

K.ShaiSidang hadirin,Kira redakan seketika kehangatana pada malam ini dengan persembahan seterusnya.

Sorok di peti bunga kasturi kainlah songket habis berbau pujuklah hati bawa menyanyi menyanyi riang lagu melayu

Dengan itu majlis menjemput saudari Syaidatul Nadira binti TAhir dengan lagunyaobor dan kedamaian. Dipersilakan.

----------------------Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas persembahan sebentar tadi. Diharapkan anda semua terhibur. Buat pengatahuan hadiri saudari Syaidatul Nadira. merupakan Johan Bintang Klasik Nasional 2010. Taniah diucapkan kepada beliau.

Sajak PAI Sidang hadirin,Persembahan pada mala mini diteruskan lagi dengan deklamasi sajak yang akan disampaika oleh Saudari Nurul Syazwani Bt Nor Azmal. Beliau akan mendeklamasikan sajak yang bertajuk Azimat Bangsa. Majlis mempersilakan.

-----Terima kasih atas deklamasi sajak sebentar tadi.

Kumpulan BmTibalah kita kepada persembahan terakhir. Tanpa melengah masa lagi, dipersilakan Kumpulan Merpati Desa yang akan menyampaikan sebuah lagu puisi. Marilah sama-sama kita hayati lagu Berita Kepada kawan. Dipersilakan.----------Demikian persembahan lagu puisi oleh kumuplan Merpati Desa.Sidang hadirin,Sahabat sejati bukan bersama ketika suka,Tetapi turut menyelami kisah duka sahabatnya.Hidup ini bukan selalunya indah,Kandang suka, kadang duka.

Indah sungguh bunga di t amanDisusun orang buat jambanganIngin kuselam hatimu temanBegitu sukarnya mencari jawapan

Penyampaian cenderamataSiding hadiri sekalain,Kita teruskan majlis pada mala mini dengan upacara penyamapaian cenderamata kepada para jemputan yang membuat persembahan. Dengan itu majlis mempersilakan_________________________________ diiringi Saudari Nur Tahirah binti Yusni naik kepentas untuk menyampaikan cenderamata. MAjlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Dijemput:

----------Seterusnya majlis menjemput Saudari Nur Tahirah binti Yusni untuk menyampaikan cenderamata kepada__________________________ atas kesudian hadir dan merasmikan majlai deklamasi dan nyanyian lagu puisi pada malam ini.

Tanam lenggun tumbuh kelapa Terbit bunga pucuk mati Budi tuan saya tak lupa Sudah terpaku di dalam hati Lipat kain lipat baju Lipat kertas dalam puan Dari air menjadi batu Sedikit tak lupa budi tuan

Menamatkan majlisSidang hadiri sekalin,

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara.

Kuning emas masaknya padi Mawar merah dalam jambangan Terima kasih daun keladi Budi tuan jadi kenangan Tuai padi antara nampak Esok jangan layu-layuan Intai kami antara nampak Esok jangan rindu-rinduan

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis Deklamasi dan nyanyian lagu puisi ini Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis ini. Putih cahaya si kunang-kunang Terbang hinggap di dahan kayu Di antara sirih dengan pinang Di jari sepuluh sembah berlalu Kalau Silap dengan lupa,Kalau kami tersalah adab,Kalau kami tersalah cakap,Yang patut kami tak dipatutkan,Kami mohon ampun dan maaf.

Sesungguhnya yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri, dan yang baik itu datang dari-Nya Yang EsaSekian sahaja majlis kita pada hari ini. Saya sudahi dengan ucapan terima kasih dan kalam suci wabillahi taufik walhidayah. Assalamualikum w.t.b

Dijemput_________________________ dan dif-dif kehormat untuk menikmati sedikit juadah yang disediakan.

Mengumumkan _____________________________ serta dif-dif kehormat meninggalkan persada majlis.