teks cerita

3
Selamat pagi tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekelian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Burung Merak belajar terbang”. Seekor helang terbang tinggi ke sana ke mari di udara. Seekor burung Merak melihat Helang terbang. Ia ingin terbang tinggi juga. Oleh itu, Burung Merak meminta Helang mengajarnya terbang tinggi. Helang Bersetuju. Helang mahu menunjuk kepada Burung Merak cara-cara terbang. Ia membuka kepaknya lalu terbang tinggi di udara. Burung Merak membuka kepaknya juga. Ia cuba terbang beberapa kali. Setiap kali mencuba, ia tidak boleh terbang tinggi. Burung Merak berehat di atas dahan sebentar. Selepas itu ia cuba terbang lagi.

Upload: mohd-shadon

Post on 05-Jan-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Teks cerita utk pertandingan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Cerita

Selamat pagi tuan pengerusi majlis, barisan panel hakim yang arif dan bijaksana, guru-guru dan rakan-rakan sekelian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “Burung Merak belajar terbang”.

Seekor helang terbang tinggi ke sana ke mari di udara.

Seekor burung Merak melihat Helang terbang. Ia ingin

terbang tinggi juga.

Oleh itu, Burung Merak meminta Helang mengajarnya terbang tinggi. Helang Bersetuju.

Helang mahu menunjuk kepada Burung Merak cara-cara terbang. Ia membuka kepaknya lalu terbang tinggi di udara.

Burung Merak membuka kepaknya juga. Ia cuba terbang beberapa kali. Setiap kali mencuba, ia tidak boleh terbang tinggi.

Burung Merak berehat di atas dahan sebentar. Selepas itu ia cuba terbang lagi.

Kali ini Helang melihat bagaimana Burung Merak terbang. Akhir nya Helang tahu sebab Burung Merak tidak boleh terbang tinggi.

Helang berkata, “Apabila kamu terbang tinggi di udara, setiap bahagian badan mesti menguncup. Kepak kamu sahaja yang terbuka.

Page 2: Teks Cerita

Burung Merak berkata pula, “Saya sudah buka kepak saya.”

“Itu benar, “ kata Helang, “tetapi sebelum kamu terbang tinggi, cepat-cepat kamu kuncupkan ekor juga. Barulah kamu boleh terbang tinggi.

Burung Merak berkata, “Saya belajar terbang tinggi kerana saya mahu menunjuk-nunjuk ekor saya yang cantik di udara. Kalau tidak menunjukkan kecantikan ekor saya, apalah gunanya saya belajar terbang”.

Helang tidak bersetuju dengan kata-kata Burung Merak namun hanya berdiam diri sambil menggeleng-gelangkan kepalanya. Burung Merak yang angkuh terus terbang ke udara meninggalkan Helang.

Seperti yang dijangka Sang Helang , Burung Merak tidak berjaya terbang tinggi di udara sehingga ke hari ini. Si Merak terpaksa terbang rendah ekor yang dikembangkan mudah ditiup angin .

Rakan-rakan semua, pengajaran yang diperoleh daripada cerita ini ialah kita hendaklah mendengar nasihat terutamanya daripada orang yang lebih berpengalaman. Sekian, terima kasih.