teks ceramah alam sekitar

5
eramah...pencemaran alam sekitar...selamat membaca!!! Ceramah Sempena Hari Alam Sekitar Untuk Murid-Murid Tahap II Sekolah Rendah TEKS CERAMAH ‘PENCEMARAN’ Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin Embong, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk ‘Pencemaran’. Persekitaran kita, yang lebih dikenali sebagai alam sekitar, merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada manusia. Malangnya sejak kebelakangan ini, suatu perubahan cuaca yang mendadak dan membimbangkan telah berlaku. Bencana alam seperti tsunami, bahang panas, kemarau panjang serta banjir yang tidak terkawal sering didengar. Ini telah memberikan alamat bahawa bumi kita telah rosak dan kualiti alam sekitar kita semakin tercemar. Namun begitu, kita sangat memerlukan suatu persekitaran yang sihat untuk meneruskan kehidupan seharian kita di muka bumi ini. Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan menjaga alam sekitar supaya selamat. Anak-anak yang saya sayangi sekalian, Apa makna pencemaran? Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran. Ia terjadi daripada aktiviti manusia sendiri seperti industri dan proses pertanian. Banyak aktiviti manusia untuk pembangunan telah menyebabkan pencemaran alam seperti memotong atau menorah bukit, menggondolkan hutan, perindustrian, pertanian dan perlombongan. Anak-anak sekalian, Ada lima jenis pencemaran alam iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran kimia, pencemaran bunyi dan pencemaran radiasi. Pencemaran ini disebabkan oleh faktor manusia. Kita menggunakan oksigen yang terdapat di udara sekeliling untuk berbafas dan hidup. Namun begitu, udara kita telah tercemar akibat aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti industri perkilangan, kepulan asap tebal daripada kenderaan bermotor, insinirator, dan penggunaan racun kimia dalam bidang pertanian. Pelbagai unsur-unsur serta partikal toksid telah dilepaskan ke udara dan ini telah mengancam persekitaran dan kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang. Pembakaran sampah secara

Upload: nurabella

Post on 25-Sep-2015

109 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

eramah...pencemaran alam sekitar...selamat membaca!!!

Ceramah Sempena Hari Alam Sekitar Untuk Murid-Murid Tahap II Sekolah Rendah

TEKS CERAMAH PENCEMARAN

Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pusat Kuala Ibai, Tuan Haji Ramli Bin Embong, guru-guru dan murid-murid yang saya kasihi sekalian.Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pada pagi yang mulia ini, saya akan menyampaikan sebuah ceramah yang bertajuk Pencemaran.Persekitaran kita, yang lebih dikenali sebagai alam sekitar, merupakan anugerah Tuhan yang amat berharga kepada manusia.Malangnya sejak kebelakangan ini, suatu perubahan cuaca yang mendadak dan membimbangkan telah berlaku.Bencana alam seperti tsunami, bahang panas, kemarau panjang serta banjir yang tidak terkawal sering didengar.Ini telah memberikan alamat bahawa bumi kita telah rosak dan kualiti alam sekitar kita semakin tercemar.Namun begitu, kita sangat memerlukan suatu persekitaran yang sihat untuk meneruskan kehidupan seharian kita di muka bumi ini.Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memelihara dan menjaga alam sekitar supaya selamat.

Anak-anak yang saya sayangi sekalian,

Apa makna pencemaran?Pencemaran adalah kesan yang memudaratkan persekitaran.Ia terjadi daripada aktiviti manusia sendiri seperti industri dan proses pertanian.Banyak aktiviti manusia untuk pembangunan telah menyebabkan pencemaran alam seperti memotong atau menorah bukit, menggondolkan hutan, perindustrian, pertanian dan perlombongan.

Anak-anak sekalian,

Adalima jenis pencemaran alam iaitu pencemaran udara, pencemaran air, pencemaran kimia, pencemaran bunyi dan pencemaran radiasi.Pencemaran ini disebabkan oleh faktor manusia.Kita menggunakan oksigen yang terdapat di udara sekeliling untuk berbafas dan hidup.Namun begitu, udara kita telah tercemar akibat aktiviti-aktiviti manusia yang tidak terkawal seperti industri perkilangan, kepulan asap tebal daripada kenderaan bermotor, insinirator, dan penggunaan racun kimia dalam bidang pertanian.Pelbagai unsur-unsur serta partikal toksid telah dilepaskan ke udara dan ini telah mengancam persekitaran dan kehidupan manusia, tumbuh-tumbuhan dan binatang.Pembakaran sampah secara terbuka atau di tempat pelupusan sampah juga telah menyebabkan pencemaran udara.Manakala hutan telah dibakar secara besar-besaran untuk tujuan kegiatan ekonomi dan pertanian.Ini menyebabkan terjadinya jerebu yang boleh mengancam tahap kesihatan pernafasan manusia.Keadaan ini disebut pencemaran udara.

Antara kesan pencemaran udara ialah gangguan kesihatan.Gangguan ini berlaku kerana kita terdedah kepada pelbagai sumber pencemaran di udara seperti karbon monoksida, plumbum, nikotina, tar tembakau, sinaran radioaktif, hujan asid dan lapisan ozon menjadi nipis.

Karbon monoksida terhasil daripada pembakaran jentera kenderaan bermotor seperti kereta, motosikal, lori dan bas.Karbon monoksida akan mengurangkan bekalan oksigen kepada sel-sel darah dan boleh menyebabkan kesesakan nafas dan membawa maut.

Manakala pelepasan plumbum ke udara yang dihasilkan oleh ekzos kenderaan bermotor dan pembakaran plumbum daripada kilang akan menyebabkan kecacatan mental dan fizikal.Pendedahan kepada nikotina pula menyebabkan barah mulut, kekuningan gigi dan mengeraskan arteri.Manakala tar tembakau merosakkan sel peparu dan menyebabkan bronchitis dan barah paru-paru.Sinaran radioaktif pula boleh menyebabkan penyakit barah tulang, kemandulan dan kecacatan bayi dalam kandungan.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Pencemaran air pula terjadi apabila sumber air kita dicemari oleh pelbagai bahan yang merbahaya seperti sisa toksid, virus, bakteria, parasit dan pathogen.Bahan-bahan ini yang masuk ke dalam sumber air kita seperti longkang, sungai, kolam dan laut menyebabkan air menjadi kotor dan sangat merbahaya kepada pengguna.Ia boleh mengakibatkan seseorang itu dijangkiti pelbagai penyakit bawaan air seperti taun dan kegatalan kulit.

Anak-anak sekalian,

Pelbagai sisa buangan kimia dan sisa toksid dari kilang yang dibuang ke dalam sumber air tadi akan menjejaskan kualiti air bersih dan mengancam kesihatan manusia.Ia juga akan meracuni ikan dan hidupan air yang hidup di situ.Manusia yang memakan ikan-ikan itu pula akan dijangkiti pelbagai penyakit yang merbahaya.

Sementara itu, apabila kandungan oksigen dalam air semakin pupus dan berkurangan, bakteria-bakteria anaerobik (yang tidak menggunakan oksigen) akan mendominasi kehidupan di dalam air dan menghasilkan toksid-toksid dan gas yang berbau busuk (metana) di dalam air.

Anak-anak sekalian,

Dunia dan persekitaran kita juga telah dicemari oleh satu lagi jenis pencemaran yang dikenali sebagai pencemaran bunyi.Pencemaran ini boleh didefinisikan sebagai bunyi bising yang keterlaluan atau yang menganggukan.

Punca-punca berlakunya pencemaran bunyi adalah seperti pembangunan dalam kawasan industri di mana bunyi yang bising akan dikeluarkan melalui pemprosesan material, jentera berat dan kenderaan lainnya.Bunyi ini akan menjejaskan ketenteraman orang ramai dan memberi kesan gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.Di kawasan penempatan pula, punca berlakunya pencemaran bunyi ialah proses pembinaan yang menanam cerucuk besi di dalam tanah semasa membina bangunan tinggi.Selain itu, kenderaan yang mengeluarkan bunyi bising seperti kapal terbang, motosikal, lori dan kereta juga menyumbangkan kepada pencemaran bunyi.

Anak-anak sekalian,

Pencemaran bunyi dalam kehidupan moden ini sememangnya banyak membawa kesan yang negatif ke atas kesihatan manusia.Begitu juga kepada persekitaran dan haiwan di mana ekosistem telah diganggu.Manakala kesan fisiologi kepada manusia melibatkan kehilangan pendengaran (pekak).Berlaku juga masalah psikologi yang menganggu komunikasi antara manusia, menganggu tidur seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan pemusatan perhatian susah dilakukan.

Bagi pekerja kilang dan penduduk di sekitar lapangan terbang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran di mana ia biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh mereka.

Oleh itu, masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun dipandang ringan.

Anak-anak sekalian,

Satu lagi pencemaran yang berlaku ialah pencemaran tanah.Tanah adalah habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Hidup kita juga adalah bergantung kepada tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Ia disebabkan oleh bahan buangan samada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.

Antara punca pencemaran tanah ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang sepeti minyak, sisa toksid dan sisa-sisa kilang.Pembangunan yang tidak dirancang seperti pembalakan yang berleluasa, pembukaan tanah baru, penebangan hutan akan memberi kesan buruk contohnya berlaku hakisan tanah, perubahan iklim dan banjir.

Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah.Tempat yang berlonggokan sampah itu akan menjadi tempat berkumpulnya lalat dan tikus.Ini semua akan menjejaskan kesihatan manusia.

Anak-anak yang dikasihi sekalian,

Pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran ini.Tanggungjawab utama kita ialah menyahut seruan kerajaan dengan mengamalkan Program Kitar Semula.Kita harus menjadi rakyat yang prihatin terhadap alam sekitar.Kumpulkan dan asingkanlah bahan-bahan buangan ataupun terpakai di rumah.Bungkuslah barang yang dapat dipergunakan atau dikitar semula seperti botol plastik, surat khabar lama, kaca dan tin alumunium secara berasingan.Kemudian, hantarlah barang-barang ini ke pusat kitar semula yang berhampiran.Jadikanlah aktiviti ini sebagai aktiviti bulanan keluarga.Saya pasti, keceriaan alam sekitar dan keharmonian hidup kita terjamin.Begitu jugalah dengan kempen Cintailah Sungai Kita.

Seterusnya, kita hendaklah mengelakkan pembakaran sampah secara terbuka.Mahukah kita hidup di bumi yang diselubungi jerebu? Jadi, marilah kita menjadi penghuni bumi yang lebih bertanggungjawab.Usahlah bakar daun kering, sampah ataupun tayar buruk sewenang-wenangnya.Buanglah sampah sarap ke dalam tong sampah secara sistematik.Pekerja Majlis Perbandaran akan memungut dan menghantar ke tapak pelupusan sampah.Dengan ini, kebersihan alam sekitar dan kesihatan kita nescaya terpelihara.

Satu langkah mudah yang dapat kita lakukan ialah penjimatan elektrik.Penggunaan elektrik secara membazir bukan sahaja meningkatkan kos kehidupan bahkan mencemari alam sekitar.Dengan mengurangkan penggunaan elektrik, kita dapat mengurangkan pembakaran bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik di stesen jana kuasa.Jadi amalkan langkah jimat cermat samada di rumah atau di sekolah.

Seterusnya pihak kerajaan perlulah membina kilang-kilang jauh dari kawasan perumahan.Langkah tegas perlu diambil dalam mengawal aktiviti pembinaan, perlombongan dan pembalakan.Kerajaan juga perlu menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal pembebasan gas-gas beracun samada dari kilang-kilang mahupun kenderaan.

Kerajaan juga perlu mewujudkan pembangunan pengangkutan jalan raya yang mesra alam contohnya membina komuter, Sistem Aliran Transit Ringan (LRT) dan Monorel yang tidak mengeluarkan bunyi bising dan asap.

Sebagai akhirulkalam ceramah saya pada pagi ini, saya ingin memperingatkan semua warga dewan bahawa penjagaan alam sekitar merupakan tanggungjawab kita bersama.Pastikan alam kita bersih.Namun begitu, selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah akan wujud.Marilah sama-sama kita berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar dan cantik dengan mula menghargai dan memelihara alam sekitar.Sebelum saya mengakhiri ceramah ini, renungilah serangkap sajak daripada saya yang berbunyi: