teks bercerita abi syu'aib da kaum madyan

Upload: nabila-farhana

Post on 10-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Teks bercerita nabi syuaib dan kaumnya

TRANSCRIPT

(PENDAHULUAN)Syair : Inilah kisah di Kota Madyan Penduduknya hidup penuh kemewahan Nabi Syuib Allah utuskan Membawa penduduk kembali beriman

Yang dimuliakan..Tuan Pengerusi yang petah berbicaraPanel hakim yang arif lagi bijaksanaPenjaga masa yang sentiasa siap siagaSeterusnyaHadirin dan hadirat yang dirahmati Allah semua.

Pantun :

Nabi Syuaib dengan kaumnyaItulah dia tajuk ceriaBuat tatapan sahabat semua Ambillah pedoman hayati bersama

(ISI PERTAMA)Kawan-kawan.....masih ingat lagi atau tidak Nabi Syuaib alaihissalam Rasul yang ke berapa?Ya Kawan-kawan.... bijak (2x)Nabi Syuaib (a.s) adalah Rasul yang ke tiga belas daripada dua puluh lima Rasul. Baginda merupakan putera Shoefar, salah seorang putera keturunan Nabi Ibrahim alaihissalam. Ibunya pula adalah puteri Nabi Luth alaihissalam. Bagindatinggal diKota Madyan, Yordania. Baginda (a.s) diutuskan oleh Allah (s.w.t) untuk berdakwah kepada kaumnya yang dikenali sebagai kaum Madyan. Firman Allah (s.w.t) di dalam ayat al-Quran, surah Huud, ayat 84:

Maksudnya:Dan kepada penduduk Madyan (Kami utus) saudara mereka, SyuaibBegini ceritanya kawan-kawan...

Kaum Madyan telah lama meninggalkan ajaran nabi-nabi terdahulu. Setiap hari, mereka menyembah berhala dan berdoa supaya diberi kekayaan dan kesenangan.

Oh Tuhanku, berikanlah aku kekayaan dan kesenangan (3x)

Nabi Syuaib (a.s) menyeru kepada kaumnya:

Hai kaumku, sembahlah Allah, sesungguhnya tidak ada tuhan lain selain Dia

Melihat kepada situasi hari ini juga, masih ada masyarakat Islam yang mempercayai kepada perkara khurafat dan tahyul. Contohnya seperti menggunakan perantaraan jin di dalam perubatan tradisional.

Pengajarannya, sebagai umat Islam wajib kepada kita hanya menyembah Allah (s.w.t) dan beriman kepada-Nya(ISI KEDUA)

Rakan-rakan sekelian......Kehidupan kaum Madyan penuh dengan kemungkaran. Mereka bermuamalah buruk dengan manusia, menipu dalam melakukan jual beli dan mengurangi takaran dan timbangan. Kekayaan yang mereka perolehi adalah hasil daripada penipuan dalam perniagaan.Hahaha....dapat banyak untung hari ini. Senang saja aku menipu mereka. Dengan keuntungan yang aku dapat semakin hari aku menjadi semakin kaya...Hahahaha. Mendengarkan itu, lantas Nabi Syuaib (a.s) menyeru kaumnya sepertimana yang dirakamkan di dalam surah Hud ayat 85: Maksudnya:Wahai kaumku, penuhilah takaran dan timbangan dengan adil

Ha....Kawan-kawan.....Dunia hari ini, Amalan penipuan dalam perniagaan menjadi satu kebiasaan demi mencapai keuntungan yang berlipat ganda. Contohnya seperti amalan skim cepat kaya. Ini mengakibatkan golongan kaya menjadi semakin kaya. Manakala golongan yang miskin pula semakin lemah dan menderita.

Sebagai pengajarannya kawan-kawan...Seorang muslim tidak seharusnya membudayakan amalan menipu di dalam apa jua perbuatan kerana amalan menipu merupakan amalan yang amat dilaknat oleh Allah (s.w.t).

(ISI KETIGA)Kawan-kawan...Berbalik kepada cerita tadi, Nabi Syuaib terus berdakwah kepada kaumnya....Pantun : Nabi Syuaib tidakputus asaNamun kaumnya tidak menerimaBaginda diejek dan dihina pulaDiancam bunuh oleh kaumnyaKita bunuh saja si keparat itu...ya...kita bunuh saja...baru dia tahu siapa kita.....hahahaTapi kawan-kawan...Ancaman bunuh itu tidak sedikit pun menggugat kesabaran Nabi syuaib, malah baginda semakin giat berdakwah kepada kaumnya. Sabda rasulullah (s.a.w) di dalam sepotong hadis riwayat Ahmad yang bermaksud:Orang yang bahagia ialah orang yang dijauhkan dari fitnah-fitnah dan orang yang apabila terkena ujian dan cubaan, dia bersabar(H.R Ahmad)Nasyid :Sabar pasti diberi ganjaranBerpandulah sunnah RasulNyaKawan-kawan...Realiti hari ini, rancangan islamik dan para daie itu sendiri banyak mendapat cercaan dan penghinaan daripada masyarakat. Contoh yang paling jelas ialah Ustaz Kazim Elias yang difitnah cuba mengejar jawatan melalui dakwah yang dilakukannya.

Pengajarannya di sini, sebagai orang yang beriman, kita hendaklah sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan terutamanya ketika menyebarkan dakwah. (ISI KEEMPAT)Kawan-kawan....Apa agaknya yang jadi pada kaum Madyan selepas itu ye???Ya kawan-kawan...Nabi Syuaib kemudiannya mendapati hati kaumnya sudah tertutup rapat dan tiada harapan lagi untuk menerima agama Allah. Lalu, Baginda berdoa agar kaumnya dibinasakan oleh Allah. Firman Allah (swt) di dalam surah al-Aaraf ayat 91: Maksudnya:Kemudian mereka ditimpa gempa bumi, maka jadilah mereka mayat-mayat yang bergelimpangan di dalam runtuhan rumah mereka.Pengajarannya di sini, benarlah hukum tuhan itu tetap ada. Bala yang menimpa kaum Madyan jelas menunjukkan bahawa sesungguhnya kebaikan pasti akan dibalas dengan kebaikan manakala kejahatan pula pastinya akan dibalas dengan kejahatan juga.

(ISI KELIMA)Kawan-kawan nak tau tak?Sebelum kaum Madyan diturunkan azab, Nabi Syuaib dan pengikutnya telah berpindah ke kota lain. Penduduk di kota itu juga turut mendustakan Allah (swt) seperti penduduk Madyan.Mereka juga menolak dakwah nabi Syuaib. Ha ! Agak-agak apa terjadi selepas itu ya?Nasyid: Panas terik kering dahaga,Awan hitam ada di udara,Sangkanya hujan datang menjelma,Rupanya azab menimpa mereka

Ia sebagaimana firman Allah (swt) dalam surah As-Syuara ayat 189 : Maksudnya:Kemudian merekamendustakannya (Syuaib), lalu mereka ditimpa azab pada hari yang gelap.Lihat negara kita hari ini, kemarau berpanjangan, asap jerebu di mana-mana, krisis air semakin kritikal. Semua itu peringatan Allah kepada kita supaya kita sentiasa mengingatiNya dan tidak terus leka dengan godaan dunia.

(PENUTUP)Kawan-kawan....Sebagai pengakhiran kisah ini, riwayat hidup Nabi Syuaib tamat di Mekah. Kewafatannya meninggalkan banyak jasa kepada kita. Nasyid:Kisahnya Syuaib kisah yang terpuji,Kisah yang dapat menghidup hati,Amal baiknya diangkat tinggi,Agar menjadi contoh insani.

Sekian wassalamualaikum warhamatullahiwabaraktuh.