teks bercerita -

4
Tempat tinggal baginda Bukanlah istana Tetapi hanya Ruangan untuk isterinya tidur, duduk dan makan didalamnya Perabotnya juga, murah dan sederhana. Kawan-kawan , Ketika Islam telah memiliki pengaruh yang kuat dan disegani . Ketika raja-raja Romawi bergelimang harta, Rasulullah S.A.W masih tidur beralaskan tikar dirumahnya yang sederhana. Suatu hari Umar Al-Khatab R.A menemui Rasulullah S.A.W dikamar baginda yang ketika itu baginda tengah berbaring diatas sebidang tikar usang yang tepinya telah lapuk. Kawan-kawan nak tahu? Menitis air mata Umar apabila melihat badan Rasulullah mempunyai kesan tikar dibelikat baginda. Tetapi kawan-kawan cuba kita lihat keadaan rumah kita, penuh dengan peralatan yang mewah lagi selesa. Namun demikian kita masih lagi mengeluh. Surah Al-A’laa. Ayat 16-17 16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; 17. padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal. Ingat kawan-kawan kemewahan dunia tidak memberi apa-apa kebaikan untuk dibawa ke akhirat. SYAIR

Upload: siti-khadijah

Post on 14-Dec-2015

266 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Keserderhanaan Kehidupan Rasulullah s.a.w

TRANSCRIPT

Page 1: Teks Bercerita -

Tempat tinggal baginda

Bukanlah istana

Tetapi hanya

Ruangan untuk isterinya

tidur, duduk dan makan didalamnya

Perabotnya juga, murah dan sederhana.

Kawan-kawan ,

Ketika Islam telah memiliki pengaruh yang kuat dan disegani . Ketika raja-raja Romawi bergelimang harta, Rasulullah S.A.W masih tidur beralaskan tikar dirumahnya yang sederhana.

Suatu hari Umar Al-Khatab R.A menemui Rasulullah S.A.W dikamar baginda yang ketika itu baginda tengah berbaring diatas sebidang tikar usang yang tepinya telah lapuk. Kawan-kawan nak tahu?

Menitis air mata Umar apabila melihat badan Rasulullah mempunyai kesan tikar dibelikat baginda. Tetapi kawan-kawan cuba kita lihat keadaan rumah kita, penuh dengan peralatan yang mewah lagi selesa. Namun demikian kita masih lagi mengeluh.

Surah Al-A’laa. Ayat 16-17

16. (tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan Yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

17. padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

Ingat kawan-kawan kemewahan dunia tidak memberi apa-apa kebaikan untuk dibawa ke akhirat.

Rasullullah hidup sederhana

Baginda tidak mempunyai harta

SYAIR

Page 2: Teks Bercerita -

Yang ada hanya sebilah pedang,

seekor keldai dan sebidang tanah

Semuanya disedekahkan………

Dijalan Allah.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W tidak pernah menyimpan harta. Malah, baginda tidak menyimpan sesuatu pun untuk hari esok. Baginda adalah jenis manusia yang paling sederhana.

Rasulullah S.A.W hanya mempunyai sebuah baju besi yang telah digadaikan untuk ditukar dengan gandum bagi member makan kepada keluarganya.

SUBHANALLAH, inilah teladan sikap zuhud dari manusia termulia didunia dan diakhirat.

Surah al-hadiid ayat 7

, dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) Yang dijadikannya kamu menguasainya .

Ya Kawan-kawan,

Gunakanlah harta pada jalan kebaikkan.

Seperti mana yang kita tahu, masyarakat Malaysia bersifat pemurah dan prihatin.

Mereka telah menghulurkan bantuan melalui tabung amal palestin.

Suara azan merdu dan syahdu, solat nabi diawal waktu

Urusan dunia Nabi tinggalkan, Allah yang Satu jadi tumpuan,

Solatlah bagai solatmu yang terakhir, jangan amalkan solat saat akhir

Ikutlah quran ikutlah sunnah, itulah jalan menuju jannah.

NASYID

GURINDAM

Page 3: Teks Bercerita -

Kawan-kawan,

Betapa sayangnya Rasulullah S.A.W kepada ummatnya. Di dalam peristiwa israk dan mikraj, Rasulullah S.A.W telah berjumpa dengan Allah untuk memohon mengurangkan bilangan waktu solat dari 50 waktu menjadi lima waktu.

Selain itu juga, Rasulullah S.A.W adalah ahli ibadah, tetapi masih memiliki kesempatan untuk menikmati makanan, minuman, pakaian dan hiburan. Bahkan baginda tidur dan beristirehat, menikah dan bergurau senda dengan keluarga.

Itulah contoh teladan Rasulullah S.A.W yang tidak memutuskan diri dengan dunia malahan keseluruhan aktiviti hariannya adalah ibadah.

SURAH AL-AN’AM AYAT -72

72. dan (diperintahkan): hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan Yang kepadanya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).

Ya kawan-kawan,

Solatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Solat itu merupakan tiang agama.

Kes pasangan dipenjara di Sweden kerana memukul anak tidak solat telah membuka mata dunia betapa pentingnya solat bagi setiap umat Islam.