teks 2 hari kemerdekaan 2012

7
Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat SM Ken Hwa 2012 WANDA Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Pengetua Cemerlang SM Ken Hwa, Pn. Cheah Chu Tai, Penolong Kanan Pentadbiran, En. Alexius Tingadon, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Ouu Chu Suan, Penolong Kanan Ko – kurikulum, En. Januarius Joseph, Penolong Kanan Tingkatan 6, En. Sabran Mamit, Ketua Guru Disiplin, En. Mohd. Azmi, Ketua – ketua bidang dan guru – guru sekalian. Selamat datang ke sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Ken Hwa tahun 2012. Warga dewan dipersilakan mengambil tempat masing – masing. Mula bertemu senyum diukirkan, Mula bertutur salam didahulukan. Selamatp pagi dan salam 1 Malaysia. Bungan seroja di luar rumah Dipetik oleh si gadis rupawan Berbilang bangsa berbilang agama Hari kemerdekaan sama diraikan Selamat datang ke sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 55 Peringkat Sekolah Menenagh Ken Hwa 2012. LIM Sempena sambutan bulan kemerdekaan, aktiviti – aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu landasan untuk menerapkan nilai – nilai cintakan negara dalam kalangan pelajar. Kini tibalah penghujung sambutan bulan kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah Ken Hwa . Marilah kita sama – sama berdiri tegak dan menyanyikan lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku” dan lagu sekolah. Warga dewan dipersilakan duduk. WANDA LIM

Upload: wanda-john

Post on 11-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

teks ucapan hari kemerdekaan

TRANSCRIPT

Page 1: Teks 2 Hari Kemerdekaan 2012

Sambutan Hari KemerdekaanPeringkat SM Ken Hwa

2012

WANDA

Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha, Pengetua

Cemerlang SM Ken Hwa, Pn. Cheah Chu Tai, Penolong

Kanan Pentadbiran, En. Alexius Tingadon, Penolong

Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Ouu Chu Suan, Penolong

Kanan Ko – kurikulum, En. Januarius Joseph, Penolong

Kanan Tingkatan 6, En. Sabran Mamit, Ketua Guru

Disiplin, En. Mohd. Azmi, Ketua – ketua bidang dan guru

– guru sekalian. Selamat datang ke sambutan Hari

Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Ken Hwa

tahun 2012.

Warga dewan dipersilakan mengambil tempat masing –

masing.

Mula bertemu senyum diukirkan,

Mula bertutur salam didahulukan.

Selamatp pagi dan salam 1 Malaysia.

Bungan seroja di luar rumah

Dipetik oleh si gadis rupawan

Berbilang bangsa berbilang agama

Hari kemerdekaan sama diraikan

Selamat datang ke sambutan Hari Kemerdekaan yang ke

55 Peringkat Sekolah Menenagh Ken Hwa 2012.

LIM

Sempena sambutan bulan kemerdekaan, aktiviti –

aktiviti yang dijalankan merupakan salah satu landasan

untuk menerapkan nilai – nilai cintakan negara dalam

kalangan pelajar. Kini tibalah penghujung sambutan

bulan kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah Ken

Hwa .

Marilah kita sama – sama berdiri tegak dan

menyanyikan lagu “Negaraku”, “Sabah Tanah Airku”

dan lagu sekolah.

Warga dewan dipersilakan duduk.

WANDA

Hadirin sekalian, majlis kita pada pagi ini dimulakan

dengan ucapan alu – aluan daripada wakil pelajar, iaitu

saudara Joshua Alexander yang juga merangkap naib

pengerusi Sambutan Hari Kemerdekaan Sekolah

Menengah Ken Hwa 2012. Majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada saudara Joshua

Alexander.

LIM

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada Pengetua

Cemerlang SM Ken Hwa, Pn. Cheah Chu Tai dan

seterusnya merasmikan penutupan Sambutan Bulan

Kemerdekaan Peringkat Sekolah Menengah Ken Hwa

2012. Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan

Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.

Page 2: Teks 2 Hari Kemerdekaan 2012

WANDA

Warga dewan sekalian, dengan ucapan daripada pengetua

sebentar tadi, maka rasmilah Penutupan Sambutan

Kemerdekaan kita kali ke – 55 ini .

Seterusnya marilah kita sama – sama menghayati

pengertian kemerdekaan dalam bentuk slideshow

disediakan khas oleh Lembaga Pengawas untuk tontonan

kita semua.

Demikianlah sahaja persembahan montaj sebentar tadi.

LIM

Hadirin – hadirat sekalian, kata orang, tidak meriahlah

sesebuah majlis itu tanpa persembahan, oleh itu, majlis

kita pada pagi ini diserikan lagi dengan persembahan

tarian 1 Malaysia yang melambangkan perpaduan dalam

negara kita. Majlis mempersilakan.

Demikianlah persembahan tarian 1 Malaysia sebentar

tadi.

Seterusnya merupakan slot kuiz kemerdekaan. Bagi

slot ini, soalan akan dibacakan dan pelajar yang

mempunyai jawapan diminta tampil ke hadapan meja

pengacara majlis untuk menjawab. Palajar yang sudah

menjawab tidak dibebarkan tampil ke hadapan untuk ke

dua kalinya.

WANDA

Soalan yang pertama (Pn. Tey Siew Tee, ketua bidang)

……………………………………………………….......

…………………………………………………………..

Soalan yang kedua (Pn. Edna Lisa, ketua bidang)

…………………………………………………………….

…………………………………………………………….

Soalan yang ketiga (Pn. Suphia Anom, ketua bidang)

……………………………………………………………

……………………………………………………………

Nama, kelas (penjawab)

Ya tepat sekali! Sila naik ke atas pentas untuk menerima

hadiah.

Minta maaf. Jawapan anda kurang tepat.

Dijemput ~ untuk menyampaikan pemenang kepada

pemenang.

Terima kasih ~ kerana sudi menyempurnakan

penyampian hadiah.

LIM

Majlis dimeriahkan lagi dengan persembahan

mendeklamasikan sajak yang akan dideklamasikan oleh

saudari Marilyn Foo. Majlis dengan sukacitanya

mempersilakan.

Begitulah persembahan yang menarik daripada saudari

Marilyn sebentar tadi.

WANDA LIM

Page 3: Teks 2 Hari Kemerdekaan 2012

Majlis diteruskan lagi dengan penyampian hadiah bagi

pertandingan melukis poster dan komik kemerdekaan.

Oleh itu, majlis menjemput Penolong Kanan Pentadbiran,

Pn. Ouu Chu Suan untuk menyampaikan hadiah bagi para

pemenang.

Bagi pertandingan melukis poster,

- Penerima saguhati pertama, ___________. Saguhati

kedua ___________, saguhati ketiga ___________,

saguhati keempat ____________, saguhati kelima

___________. Tempat ketiga, Rachel Yong, naib

johan Vivien Tong, dan johan disandang oleh Yong

Yee Kyun.

Terima kasih diucapkan kepada Pn. Ouu Chu Suan

kerana sudi menyempurnakan penyampian hadiah.

Kita teruskan majlis kita dengan penyampian hadiah

bagi pertandingan mencipta komik. Oleh itu majlis

menjemput En. Alexius Tingadon untuk

menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Bagi pertandingan melukis komik,

- Johan disandang oleh Dayang Suhana dari kelas 1

Sopan

- Manakal Naib Johan disandang oleh Lim Der Ming

dari kelas 2 Setia

Terima kasih En. Alexius kerana sudi menyampaikan

hadiah kepada para pemenang.

WANDA

Acara penyampaian hadiah diteruskan lagi dengan

penyampaian hadiah bagi pertandingan melukis poster

anjuran Pusat Sumber Sekolah. Oleh yang demikian,

majlis menjemput Penolong Kanan Ko – kurikulum,

En. Januarius Joseph untuk menyampaikan hadiah

kepada pemenang.

Tempat ketiga ____________ dari kelas ____, Naib

Johan, _____________ dari kelas ____ dan Johan

disandang oleh ________ dari kelas ___.

Terima kasih En. Januarius keran sudi menyampaikan

hadiah kepada para pemenang.

LIM

Seterusnya, marilah kita sama – sama menyaksikan

persembahan nyanyian yang dipersembahkan oleh

saudara Melvin Chin. Majlis mempersilakan.

Demikianlah persembahan sebentar tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan puisi bahasa

Cina. Sama – sama kita saksikan

Begitulah persembahan sebentar tadi yang penuh

semangat.

Majlis diteruskan dengan slot kuiz kemerdekaan yang

kedua.

WANDA LIM

Page 4: Teks 2 Hari Kemerdekaan 2012

Soalan yang pertama (En. Charles, ketua bidang)

…………………………………………………………

………………………………………………………….

Soalan yang kedua (En. Sabran, PK T.6)

………………………………………………………….

…………………………………………………………

Soalan yang ketiga (En. Mohd Azmi, K. guru disiplin)

…………………………………………………………

…………………………………………………………

Nama, kelas (penjawab)

Kita teruskan majlis kita pada pagi ini dengan

penyampian hadiah bagi pertandingan melukis banner

dan dekorasi kelas patriotik. Oleh itu, majlis

menjemput Yang Berusaha, Pengetua Cemerlang SM

Ken Hwa, Pn. Cheah Chu Tai untuk menyampaikan

hadiah kepada para pemenang bagi kedua – dua

kategori ini.

Bagi pertandingan melukis banner:

- Tempat ketiga dimenangi oleh kelas 4E, Naib johan

disandang oleh kelas 5D dan johan disandang oleh

kelas 4B.

WANDA

Bagi pertandingan dekorasi kelas patriotik

- Tempat ketiga dimenangi oleh kelas 3F, naib johan

disandang oleh kelas 1A dan johan, disandang oleh

kelas 2A.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Terima

kasih diucapkan kepada Pn. Pengetua kerana sudi

menyempurnakan panyampian hadiah sebentar tadi.

LIM

Majlis kita diserikan lagi dengan persembahan sketsa.

Majlis mempersembahkan.

Begitulah persembahan sketsa yang menghiburkan

sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan koir.

Marilah kita sama – sama hayati.

Demikianlah paersembahan koir sebentar tadi.

WANDA

Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan laungan

“Merdeka” sebanyak 7 kali diketuai oleh Penolong

Kanan Pentadbiran, En. Alexius Tingadon diikuti

nyanyian lagu – lagu patriotic. Majlis mempersilakan.

Lambai – lambaikan bendera Jalur Gemilang anda

sambil menyanyi dengan penuh semangat.

LIM

Sedap sungguh buah kuini

Makan bersama buah berangan

Sambutan Hari Kemerdekaan berakhir di sini

Salah dan silap harap dimaafkan

WANDA

Page 5: Teks 2 Hari Kemerdekaan 2012

Dengan ini berakhirlah sudah sambutan Hari

Kemerdekaan peringkat Sekolah Menengah Ken Hwa

bagi sesi 2012. Kami bagi pihak penganjur menyusun

sepuluh jari sekiranya mempunyai kelemahan, salah

dan silap sepanjang majlis berlangsung. Kami juga

ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua

pihak yang telah bekerjasama dalam menjayakan

sambutan kemerdekaan sama ada secara langsung atau

tidak langsung. “Janji Ditepati”. Selamat menyambut

Hari Kemerdekaan.

PENGUMUMAN:

1. Dijemput para guru untuk menikmati jamuan yang

telah disediakan di ______________________.

2. Perhatian kepada para pelajar, sila keluar melalui

pintu kiri dan kanan anda. Pelajar dilarang keluar

melalui pintu utama dewan. Masa rehat pelajar

menengah rendah dan atas adalah dari

____________ hingga ____________ .