pola penggunaan telefon bimbit di kalangan pelajar upm

80
1.PENGENALAN Bab ini akan mengupas mengenai latar belakang industri telefon bimbit, latar belakang mengenai masalah dalam industri telefon bimbit, penyataan masalah, objektif kajian yang dilakukan serta justifikasinya. 1.1 Latar Belakang Berasaskan sebuah universiti pertanian, dengan visi “Menjadi Universiti Bereputasi Antarabangsa”, Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang, Selangor Darul Ehsan terus mengorak langkah dengan menguasai pelbagai cabang ilmu termasuklah bidang pertanian tropika yang menjadi nadi kekuatan UPM yang amat terserlah sekali sehingga masa ini. Berkeleluasan 1108.102 hektar dengan mempunyai 16 buah fakulti dan 17 buah kolej, UPM dipopulasi lebih 2,115 orang pensyarah dan 28,075 pelajar. Diterajui oleh naib cancelor Prof. Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, bermula sebagai sebuah universiti yang kecil pada tahun 1971, Universiti Putra Malaysia (UPM) terus berkembang dan menjadi salah sebuah universiti terkemuka di rantau ini. 1

Upload: kirul-nizam-aziz

Post on 30-Jun-2015

4.508 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

1.PENGENALAN

Bab ini akan mengupas mengenai latar belakang industri telefon bimbit, latar belakang

mengenai masalah dalam industri telefon bimbit, penyataan masalah, objektif kajian yang

dilakukan serta justifikasinya.

1.1 Latar Belakang

Berasaskan sebuah universiti pertanian, dengan visi “Menjadi Universiti Bereputasi

Antarabangsa”, Universiti Putra Malaysia (UPM) kampus Serdang, Selangor Darul Ehsan terus

mengorak langkah dengan menguasai pelbagai cabang ilmu termasuklah bidang pertanian

tropika yang menjadi nadi kekuatan UPM yang amat terserlah sekali sehingga masa ini.

Berkeleluasan 1108.102 hektar dengan mempunyai 16 buah fakulti dan 17 buah kolej, UPM

dipopulasi lebih 2,115 orang pensyarah dan 28,075 pelajar. Diterajui oleh naib cancelor Prof.

Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, bermula sebagai sebuah universiti yang kecil pada tahun

1971, Universiti Putra Malaysia (UPM) terus berkembang dan menjadi salah sebuah universiti

terkemuka di rantau ini. Mempunyai 17 buah fakulti iaitu fakulti pertanian, perhutanan, ekonomi

dan pengurusan, kejuruteraan pengajian pendidikan, sains, sains dan teknologi makanan, ekologi

manusia, bahasa moden dan komunikasi, rekabentuk dan senibina, perubatan dan sains

kesihatan, sains komputer dan teknologi matlumat, bioteknologi dan sains biomolekul, pengajian

alam sekitar, dan sains pertanian dan makanan. (Universiti Putra Malaysia, 2009)

Mengorak langkah sebagai universiti yang berasaskan pertanian, kini UPM menumpukan

perhatian dalam pelbagai bidang merangkumi kejuruteraan, perubatan, sains tulen, ekonomi,

pengurusan, pendidikan, bahasa, komunikasi dan lain-lain lagi. Bidang-bidang ini telah menjadi

1

Page 2: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

satu daya sinergi dan pelengkap kepada bidang tumpuan UPM yakni AgroBio yang meliputi

pertanian dan sains yang berkaitan. Bidang pertanian tropika khususnya menjadi kekuatan UPM

yang amat terserlah sekali. (Nik Mustapha, 2008)

Hari ini UPM merupakan sebuah universiti yang menjadi kebanggaan ramai pelajar, sarjana

dan pelajar antarabangsa dengan pelbagai kaum daripada lebih 50 negara. Kini, keunggulan

UPM telah terbukti dan pencapaian dari segenap bidang tidak boleh disangkal lagi.Moto

inspirasi `Berilmu Berbakti` mencerminkan betapa tingginya komitmen UPM untuk terus

memberi sumbangan kepada penerokaan ilmu dan kemajuan manusia serta pembentukan

kekayaan dan pembangunan negara. (Nik Mustapha, 2008)

Penggunaan telefon bimbit dalam kalangan pelajar dan juga staf UPM sudah menjadi ala bias

tegal biasa. Tanpa kita sedari, telefon bimbit mebpunyai sejarahnya yang tersendiri. Pada

mulanya, Alexander Graham Bell berjaya mencipta telefon pada tahun 1876 sekali gus

membolehkan masyarakat seluruh dunia berhubungan antara satu dengan lain walaupun

berjauhan (Graham Bell, 1992). Walaupun, sejak kematiannya pada 1922, teknologi

telekomunikasi masih mengalami perubahan mendadak dan berkembang begitu pesat sekali,

inovasinya diperbaharui oleh generasi kemudian hingga membolehkan manusia di bumi

berhubungan dengan manusia lain sekalipun berada di bulan tanpa bantuan kabel.

Di Malaysia, sistem telekomunikasi tidak berwayar analog (ETACS) mula diperkenalkan

pada tahun 1989. Sejak diperkenalkan, Malaysia menjadi antara pengguna sistem mudah alih

berasaskan ETACS terbesar dunia yang mana ruang liputannya melebihi 90 peratus kawasan

2

Page 3: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

pendudukan(A. Khalid, 2005) . Telekom Malaysia (TM) memperkenalkan perkhidmatan telefon

bergerak Atur 450 pada Mei 1985, ( Fuad Ayob, 2004). Telefon bimbit sudah menjalani evolusi

yang begitu pantas dari segi teknologi dan rekabentuknya. Dua sistem digital yang pertama mula

beroperasi pada 1992, iaitu GSM (Global System for Mobile Communications) di Eropah dan

D-AMPS (Digital Advanced Mobile Phone Service) di Amerika Utara. Sebanyak 9.5 bilion

SMS dengan purata RM5 bilion dihantar pengguna telefon bimbit di Malaysia sepanjang

2004.3.4 bilion pula direkod sehingga suku pertama tahun 2005.Statistik terkini menunjukkan

lebih kurang 9.5 juta pengguna kad prabayar di Malaysia. Ini bermakna hampir RM 500 juta

dibelanjakan oleh rakyat Malaysia untuk membeli kad prepaid mereka. Manakala, untuk

penggunaan sms pula, kira-kira RM 2 juta dibelanjakan oleh rakyat Malaysia dalam sehari.

(Suzana, 2006)

1.2 Latar Belakang Masalah

Sejak dipasarkan secara komersial kira-kira 10 tahun yang lalu, telefon bimbit mengalami

perkembangan pesat dengan lebih 20 juta pengguna di Malaysia pada tahun 2007, berdasarkan

kajian yang dibuat Suruhanjaya Komunikasidan Multimedia (SKMM). Daripada jumlah itu,56.4

peratus pengguna telefon bimbit adalah lelaki, manakala 43.6 peratus adalah perempuan.

Jadual 1: Peratusan Pengunaan Telefon Bimbit Mengikut Jantina(%)TahunJantina

2005 2006 2007

Lelaki 57.4% 58.3% 56.4%

Perempuan 42.6% 41.7% 43.6%

Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009)

3

Page 4: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Oleh itu, wujudlah pelbagai bentuk teknologi dan spesifikasi telefon bimbit bermula dari

teknologi Sistem Global Komunikasi Mudah Alih (GSM), dilengkapi pula WAP / GPRS

sehinggalah ada yang boleh memuat turun muzik, dihubungkan ke Internet serta merakamkan

gambar secara pegun atau visual.

Golongan pengguna terbesar telefon bimbit adalah golongan dewasa ( 20 - 49 thn) iaitu

sebanyak 66.8% diikuti oleh golongan remaja dan senior masing-masing sebanyak 20.9 dan

12.3%

Jadual 2: Peratusan Penggunaan Telefon Bimbit Mengikut Peringkat Umur(%)TahunKategoriUmur

2005 2006 2007

Remaja ( >19 ) 13.1% 20.5% 20.9%

Dewasa ( 20 -49) 78.2% 66.8% 66.8%

WargaTua (50 +) 8.7% 12.6% 12.3%

Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009)

Perubahan persekitaran yang begitu dinamik dan sukar diramal sekarang, membolehkan

pembekal telefon bimbit, menawarkan pelbagai model dan juga keluaran telefon bimbit yang

memenuhi kriteria serta keinginan pengguna, khususnya pelajar-pelajar di IPTA. Persoalan

berkenaan kemahuan serta kehendak adalah tidak terbatas, sering timbul dalam memiliki sesuatu

aset yang lebih kepada peribadi. Permintaan yang tinggi terhadap telefon bimbit di pengaruhi

oleh faktor rekabentuk, fungsi serta jenama sesuatu telefon bimbit ( Waida Irani, Mohd. Fauzi,

2003)

4

Page 5: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Menurut kajian yang dilakukan oleh Gartner Inc. pada suku ketiga tahun 2006. Jenama

Nokia menerajui pasaran telefon bimbit dengan perkongsian pasaran sebanyak 35.1% iaitu

sebanyak 88.1 Juta diikuti oleh Motorola sebanyak 51.8 Juta (20.6%). Manakala Samsung dan

Sony Ericsson pula hanya berjaya menguasai pasaran masing dengan 12.2% (30.5 Juta) dan

7.7% (19.3 Juta).

Jadual 3: Peratusan Perkongsian Pasaran Dan Jumlah Jualan Telefon Bimbit Mengikut Jenama(%)

Jenama JumlahJualan (Juta) PerkongsianPasaran (%)

Nokia 88.1 35.1

Motorola 51.8 20.6

Samsung 30.5 12.2

Sony Ericsson 19.3 7.7

LG 6.0 6.0

BenQ 2.4 2.4

Lain-lain 40.1 16

Jumlah 251.2 100

Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009)

1.3 Penyataan Masalah

Daripada latar belakang masalah yang dikaji, antara faktor yang mendorong pelajar untuk

membeli telefon bimbit adalah disebabkan pengaruh jenama telefon bimbit itu sendiri. Antara

jenama yang berada di pasaran adalah Nokia, Sony Ericson, dan Samsung. Ini kerana dalam

pasaran sekarang terdapat banyak syarikat-syarikat jenama telefon bimbit ini berlumba-lumba

untuk memperkenalkan jenama mereka bagi menarik minat pembeli terutama pelajar UPM.

5

Page 6: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Faktor lain adalah pengaruh model telefon bimbit yang diperkenalkan. Model-model yang

telah berada di pasaran sekarang memiliki pelbagai bentuk peranan tersendiri yang dapat

memberikan ciri-ciri unik kepada pembeli. Dengan adanya pelbagai model yang diperkenalkan,

ini memudahkan pembeli dalam memilih telefon bimbit yang ingin dimiliki demi memuaskan

citarasa mereka.

Selain itu, teknologi juga menjadi faktor yang penting dalam pemilihan membeli telefon

bimbit dalam kalangan pelajar UPM. Di pasaran sekarang pelbagai teknologi telah

diketengahkan bagi menyaingi era globalisasi semasa. Antara teknologi yang diperkenalkan

adalah 3G, radio, kamera, dan dapat melayari internet. Teknologi seperti ini yang menjadi

kegilaan pelajar merupakan faktor penting yang mendorong ramai pelajar untuk membeli telefon

bimbit.

1.4 Objektif

Objektif Umum

Objektif umum kajian adalah untuk mengkaji pola pemilihan jenama telefon bimbit dalam

kalangan pelajar Universiti Putra Malaysia ( UPM ).

6

Page 7: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Objektif Khusus adalah:

I. Untuk meneliti profil sosial-ekonomi pelajar.

II. Untuk mengenalpasti faktor-faktor penentu yang lain yang mempengaruhi pelajar dalam

membuat keputusan untuk membeli telefon bimbit.

III. Untuk mengkaji hubungan di antara profil sosial-ekonomi pengguna dengan

kebarangkalian para pelajar dalam pembelian jenama telefon bimbit.

1.5 Justifikasi Kajian

Hasil daripada kajian tersebut amat berguna kepada firma, peniaga serta kerajaan untuk

memberi gambaran maklumat pola pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar terutamanya

pelajar UPM. Beberapa kebaikan dan faedah akan dapat dikenal pasti ke atas pola pembelian

telefon bimbit dalam kalangan pelajar UPM.

Pembelian telefon bimbit akan mempengaruhi kadar pertumbuhan KDNK Negara.

Peningkatan dalam pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar akan meningkatkan kadar

pertumbuhan KDNK Negara. Keadaan ini juga akan membantu kerajaan membentuk polisi baru.

Hasil kajian ini akan dapat membantu memberi maklumat pasaran kepada firma. Firma akan

dapat mengenal pasti lingkungan harga yang mendorong pelajar untuk membeli telefon bimbit.

Selain itu, firma juga dapat mengenal pasti jenama dan model yang menjadi permintaan pelajar.

7

Page 8: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Menerusi kajian ini juga, dapat membantu dalam bidang akademik. Kaedah-kaedah,

maklumat serta perolehan hasil kajian ini dapat menjadi panduan dalam meluaskan gedung ilmu.

8

Page 9: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

2.ULASAN KARYA

2.1. Pengenalan

Bab ini merupakan ulasan karya-karya yang telah dihasilkan oleh pengkaji-pengkaji

terdahulu dalam bidang yang berkaitan. Jurnal yang diulas terbahagi kepada dua iaitu gelagat

pembelian sesuatu produk dan mengenai industri telefon bimbit.

Masalah utama kajian ini menumpukan perhatian kepada faktor-faktor yang mempengaruhi

gaya membuat keputusan dalam pemilihan barangan dalam kalangan pengguna. Dalam aspek

psikologi, pengguna amat menitikberatkan kepuasan mereka dari segi pemilihan barangan.

Semasa proses membuat keputusan pembelian barangan dalam kalangan pengguna terdapat

banyak faktor yang akan mempengaruhinya. Proses pemilihan adalah salah satu tatacara dalam

melakukan aktiviti pembelian dengan membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain untuk

membuat keputusan. Pemilihan beretika bermakna keputusan sukarela yang diambil di antara

dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk (Shiffman dan Kanuk, 2000).

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi gaya

membuat keputusan dalam pembelian barangan dalam kalangan pengguna. Selain itu, kajian ini

juga bertujuan melihat perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan

pembelian barangan dalam kalangan pengguna berdasarkan jantina. Disamping melihat

9

Page 10: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

perbezaan faktor-faktor yang mempengaruhi gaya membuat keputusan pembelian barangan di

kalangan pengguna berdasarkan etnik.

Karya-karya yang diulas dalam jurnal ini ialah daripada Engel, Block & Roering, (1979)

yang menyatakan pengguna juga akan membuat keputusan dan pertimbangan sebelum memilih

mana-mana barangan atau perkhidmatan. Menurut Mahmad Faisaal (2001), pengguna membuat

perbelanjaan setiap hari dan membeli daripada penjual yang seterusnya menggunakan wang

tersebut untuk membeli barang lain. Mohd Ali Hassan (1984) pula, menyatakan bahawa

pengguna adalah sesiapa sahaja yang menggunakan barangan, perkhidmatan serta kurniaan alam

semulajadi untuk kepuasan dan kepentingan hidupnya. Pemilihan beretika bermakna keputusan

sukarela yang diambil di antara dua alternatif yang dilabelkan sebagai baik dan buruk (Shiffman

dan Kanuk, 2000).

Ahli-ahli psikologi pula telah mengatakan bahawa salah satu pembolehubah yang kuat dalam

menentukan kekuatan sesuatu kebiasaan ialah jumlah peneguhan yang diterima oleh seseorang

individu (Berkman dan Gilson, 1981). Sebahagian besar iklan barangan pengguna direkabentuk

untuk mengukuhkan nama sesuatu keluaran (Deci, Gilman dan Karn,1972). Burke (1973)

memahami jenama sebagai satu nama yang jelas yang mengidentifikasikan barangan pengeluar.

Model tingkahlaku pengguna oleh Engel, Blackwell dan Kollat (1978) sendiri meletakkan faktor

jenama ini khusus dalam peringkat penilaian keluaran jenama Menurut Glenn et al., (1989) lagi,

proses penggunaan adalah melibatkan tiga aktiviti atau keputusan iaitu menentukan kehendak

kumpulan atau individu, mencari dan membeli produk serta menggunakan produk untuk

mendapatkan faedah.

10

Page 11: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Menurut Durvasula dan Lysonski (1993), gaya pembuatan keputusan merujuk kepada

orientasi mental yang menjelaskan bagaimana seseorang pengguna atau individu membuat

pilihan dalam pembelian sesuatu barangan. Manakala menurut Sprole and Kendall pula dalam

(Fan dan Xiao, 1997), terdapat lapan dimensi model pembuatan keputusan pengguna iaitu terdiri

daripada komponen kesempurnaan, kesedaran jenama, kesedaran pada fesyen terkini, rekreasi,

kesedaran harga, gerak hati, keliru dengan pilihan yang banyak dan kesetiaan pada jenama.

Metodologi kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk

tinjauan. Pemilihan responden dibuat berdasarkan jenis sampel bukan kebarangkalian

(nonprobability samples) memandangkan populasi bagi subjek tidak dapat dianggarkan. Subjek

dipilih melalui dua teknik yang terdapat dalam jenis sampel bukan kebarangkalian iaitu teknik

persampelan bertujuan dan persampelan kuota. Kajian ini menggunakan soal selidik yang

terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A digunakan untuk

mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian. Bahagian B pula terdiri daripada

item-item yang mempengaruhi gaya pembuatan keputusan dalam pemilihan barangan oleh

responden kajian.

Terdapat lapan faktor pembolehubah utama yang dikaji iaitu faktor kekeliruan terhadap

pilihan yang banyak, tabiat setia kepada jenama, gerak hati, kesedaran kepada fesyen terkini,

kesempurnaan kualiti, kesedaran kepada harga, rekreasi, dan kesedaran kepada jenama.

11

Page 12: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Secara keseluruhannya, penemuan-penemuan di dalam kajian ini secara tidak langsung

menunjukkan perlunya semua pihak terutama peniaga memahami dan meneliti serta mengambil

perhatian terhadap faktor–faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan pembelian di

kalangan pengguna. Ini kerana, tanpa kita sedari ia mampu mempengaruhi perkembangan

ekonomi negara kita umumnya dan perbelanjaan individu khususnya.

Kekuatan dalam kajian ini, sampel yang terdiri daripada tiga lapisan etnik iaitu Melayu, Cina

dan India. Persampelan kuota ini adalah untuk menentukan bahawa kuota bagi pembolehubah

utama kajian diperolehi supaya perbandingan antara jantina dan etnik dapat dilihat. Daripada

setiap lapisan juga dibahagi sama rata kepada lelaki dan perempuan. Responden ini dipilih dalam

kalangan pengguna yang sedang membeli-belah dipasaraya Giant Plentong dan Tampoi serta

Carrefour, Johor Bahru. Selain itu, kajian sebenar dijalankan dalam tempoh masa tiga bulan.

Borang soal selidik diedarkan kepada responden secara perseorangan. Pengkaji terlebih dahulu

memperkenalkan diri dan menerangkan tujuan kajian. Subjek diingatkan terlebih dahulu supaya

menjawab secara jujur dan mengikut persepsi masing-masing. Masa menjawab tidak dihadkan

supaya responden tidak menjawab dengan tergesa-gesa. Langkah ini dapat menghasilkan

jawapan yang jujur dan ikhlas daripada responden kerana masa yang cukup telah diberikan.

Hasil dari kajian ini dapat membantu golongan peniaga untuk merangka sistem pemasaran

yang lebih berkesan berdasarkan faktor-faktor pembuatan keputusan dikalangan pengguna

mengikut keperluan mereka. Dapatan kajian ini, membuktikan betapa pentingnya para peniaga

mempunyai pengetahuan khusus terhadap proses membuat keputusan di kalangan pengguna

semasa mereka memilih sesuatu barangan keperluan. Ini bertujuan agar kos pengiklanan dapat

12

Page 13: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

dikurangkan dan seterusnya dapat meningkatkan keuntungan perniagaan. Di samping itu, para

peniaga juga perlulah memahami keperluan pengguna berdasarkan demografi mereka seperti

jantina, etnik, status perkahwinan, taraf bekerja dan taraf pendidikan. Misalnya, jantina

merupakan satu unsur yang boleh membezakan perasaan, kognitif dan tingkahlaku pengguna

(Engel et al., 1978). Teknik jualan yang tidak selari dengan kehendak pengguna boleh diperbaiki

dengan adanya rujukan terhadap kajian ini yang boleh memberi maklumat tentang faktor-faktor

yang mempengaruhi keputusan pengguna memilih sesuatu barangan.

Pengguna berinovatif sering dikaitkan dengan kecenderungan atau tarikan seseorang individu

terhadap suatu idea atau produk baru di pasaran di mana kecenderungannya didorong oleh

kehendak pengguna untuk memperolehi produk tersebut lebih awal berbanding pengguna lain.

Manakala proses pembelian melalui internet pula dianggap sebagai proses pembelian yang

melibatkan aktiviti mencari maklumat, membuat perbandingan dan seterusnya membuat

pembelian melalui internet.

Kajian ini telah dibuat bertujuan untuk melihat hubungan di antara tahap inovatif seseorang

pengguna dengan proses pembelian melalui internet dalam kalangan staf pengurusan dan

profesional institusi pengajian tinggi awam di negeri Perlis. Tahap inovatif pengguna diukur

dengan melihat 3 aspek dimensi yang terdiri daripada gelagat, budaya, dan sikap. Proses

pembelian melalui internet pula dikaji dengan melihat 3 aktiviti terdiri daripadan mencari

maklumat, membuat penilaian dan pembelian.

13

Page 14: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Antara karya-karya yang diulas dalam jurnal ini adalah Midgley dan Dowling (1978),

Goldsmith dan Hofacker (1991), Rogers (1971) melihat pengguna berinovatif sebagai situasi di

mana seseorang membeli satu produk yang baru lebih awal daripada individu lain. Menurut

Joseph dan Vyas (1994) pula melihat kepada peranan latarbelakang individu yang

mempengaruhi pemikiran individu, persepsi dan sikap individu itu sendiri.

Rogers (1983) menyatakan bahawa individu akan mendapatkan sesuatu barangan atau

produk berinovatif melalui komunikasi–komunikasi melalui media, penjual dan maklumat

formal yang lain samada daripada rakan-rakan ataupun sistem sosial yang lain dalam sesuatu

masa. Manakala Rogers (1983) dan Butler dan Peppard (1998), menyatakan proses pembelian

sesuatu barangan bermula daripada pengetahuan awal seseorang sehingga proses untuk

mengambil atau mengabaikan barangan tertentu. Tambahan Rogers (1983) lagi, melihat

pemilihan sesuatu produk yang baru akan melibatkan lima tahap iaitu pertama ialah pengetahuan

di mana seseorang individu mengetahui kewujudan di samping memahami fungsi-fungsi

pengetahuan yang dimiliki. Tahap kedua ialah pengaruh, iaitu pendekatan baik atau buruk

terhadap inovatif yang dibangunkan atau dihasilkan. Tahap ketiga ialah membuat keputusan

yang merupakan satu tahap yang diambil dan seterusnya akan menentukan penerimaan dan

penolakan sesuatu barangan. Tahap keempat melibatkan pelaksanaan yang merupakan peringkat

di mana produk inovatif diambil atau digunakan dan yang tahap terakhir ialah kepastian yang

merupakan peringkat yang menyokong tindakan yang telah diambil. Pengguna kebiasaannya

memerlukan banyak maklumat berkenaan sesuatu produk pada tahap ini (Bettman dan

Surjan,1987).

14

Page 15: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Untuk kegunaan masa depan, pengguna perlu mempunyai pengetahuan berkenaan sesuatu

produk daripada pengambilan maklumat yang relevan (Selnes and Troye, 1989). Pengetahuan

yang tinggi berkenaan sesuatu produk akan membolehkan pengguna memperolehi produk yang

baik dalam peringkat akhir proses pembelian. Menurut Butler dan Peppard (1998), proses untuk

mendapatkan maklumat berkenaan sesuatu produk timbul daripada kehendak terhadap sesuatu

produk.

Menurut Pew Internet & American Life Project Tracking Surveys (2004) pula, pada

kebiasaannya pengguna menggunakan internet untuk banyak tujuan seperti menghantar e-mel,

mencari maklumat, membuat penyelidikan sebelum membeli sesuatu barangan, membaca berita

dan sebagainya.

Vrechopoulos et al (2001) dan Chang et al (2005) didalam kajian mereka berkenaan dengan

pembelian melalui internet, mendapati golongan lelaki lebih ramai membuat pembelian produk-

produk baru melalui internet berbanding dengan golongan wanita. Chang et al (2005)

menyatakan dalam proses pengambilan sesuatu produk di internet, tidak terdapat hubungan yang

tetap antara hubungan latarbelakang jantina dan tahap inovatif seseorang pengguna di mana nilai

signifikannya sering berubah berdasarkan kajian dilakukan.

Metodologi bagi penyelidikan ini, adalah kaedah persampelan sistematik. Populasi

penyelidikan melibatkan 350 orang staf Pengurusan dan Profesional di Kolej Universiti

Kejuruteraan Utara Malaysia (KUKUM) berdasarkan keupayaan capaian internet tinggi yang

15

Page 16: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

terdapat di lokasi kerja. Daripada kaedah persampelan sistematik, sampel sebanyak 175

responden telah dipilih untuk kajian ini.

Terdapat tujuh faktor pembolehubah utama yang dikaji iaitu jantina, gelagat, sikap, budaya,

mencari maklumat, membuat perbandingan dan membuat pembelian.

Daripada kajian yang telah dilakukan ke atas pengguna berinovatif dan proses pembelian

melalui internet di kalangan responden, beberapa aspek dapat dilihat. Dari segi maksud

pengguna berinovatif, terdapat responden yang mempunyai ciri-ciri pengguna berinovatif di

dalam kehidupannya yang mana ciri-ciri tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya

faktor pendidikan. Ini jelas dinyatakan oleh Rogers (1983), di mana antara faktor-faktor yang

paling mempengaruhi pengambilan produk baru di pasaran ialah ilmu pengetahuan. Ini

menunjukan semakin tinggi tahap pelajaran ataupun pendidikan seseorang pengguna akan

meningkatkan tahap inovatifnya.

Kelemahan metodologi yang digunakan dari kaedah persampelan sistematik, maklumbalas

yang diterima oleh sampel responden telah berkurangan dari 175 responden kepada 106

responden. Berkemungkinan, responden tidak menjawab dengan jujur atau berlakunya ketidak

jujuran ke atas jawapan yang diberi. Kekuatan metodologi pula ialah menjimatkan kos dan data

yang diambil adalah sahih dan relevan.

Bagi penyelidikan yang akan datang, beberapa perkara perlu dilihat kembali iaitu dari segi

penggunaan teori-teori penyelidikan, penggunaan instrumen dan lokasi kajian. Teori adalah

16

Page 17: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

penting dalam memandu penyelidik untuk membuat kajian. Untuk penyelidikan ini, penyelidik

menggunakan teori yang telah terbukti dan lama diperkenalkan dan digunapakai secara meluas.

Bagi penyelidikan yang akan datang penyelidikan perlu menggunakan teori–teori pengguna

berinovatif yang terkini, untuk menyesuaikan teori tersebut dengan keadaan semasa. Sementara

untuk melihat keberkesanan penggunaan internet di dalam proses-proses pembelian, penyelidik

harus membangunkan instrumen kajian yang dapat memberi kesan yang lebih baik terhadap nilai

kebolehpercayaan. Diharap untuk penyelidikan yang akan datang, penyelidikan sedemikian perlu

juga melihat kepada aspek lokasi kajian. Ini adalah kerana lokasi akan memainkan peranan di

dalam menentukan tahap inovatif seseorang pengguna. Penyelidik mencadangkan agar

mengambil kira lokasi bandar dan luar bandar bagi tujuan perbandingan tahap inovatif pengguna.

Kajian ini mendapati bahawa harga rendah VCD/CD cetak rompak adalah penarik utama.

Tetapi, faktor harga ini didapati tidak signifikan di dalam pembelian kuantiti VCD/CD cetak

rompak. Tahap pendidikan didapati mempunyai kesan positif terhadap kuantiti VCD/CD cetak

rompak dibeli. Dapatan ini bererti masalah pembelian VCD/CD cetak rompak bukan masalah

kekurangan pengetahuan, tetapi adalah masalah kekurangan penghargaan hak cipta atau paten.

Objektif kajiann ini adalah untuk mengkaji pengaruh faktor harga dan pendidikan ke atas

gelagat pembelian VCD/CD cetak rompak di Kedah.

Antara karya-karya yang diulas dalam jurnal ini adalah daripada Gael dan Christopher

(1994), barang cetak rompak adalah berbeza dari barang peniruan dari segi niat menipu pembeli.

Hanya sedikit kajian dilakukan ke atas aspek permintaan, iaitu gelagat pembelian pengguna

17

Page 18: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

terhadap barang cetak rompak. Ini dikenali oleh Hirschman (1991) sebagai “the dark side of

consumer behavior”.

Di dalam literatur ekonomi terhadap gelagat tidak menurut undang-undang (non-compliance

behaviour), model pemaksimum utiliti telah dicadangkan oleh Becker (1968) Kajian oleh Tom et

al. (1998) pula mendapati harga yang rendah merupakan sebab utama barang cetak rompak dibeli

walaupun kualitinya lebih rendah daripada barang asli. Wee et al. (1995) juga mengakui bahawa

harga memang merupakan faktor penting dan meletakkannya sebagai kekangan kajian mereka

kerana faktor harga tidak diambil kira.

Bloch et al. (1993) juga mendapati bahawa pengguna akan memilih barang cetak rompak jika

terdapat kelebihan harga. Hussin et al. (2002) mendapati bahawa pembelian barang cetak rompak

mempunyai hubungan positif dengan gelagat pengguna yang tidak beretika Dengan model

regresi berbilang, Ang et al.(2001) pula mendapati bahawa tahap pendidikan bukan merupakan

pembolehubah yang signifikan dalam mempengaruhi sikap terhadap cetak rompak.

Model regresi berbilang digunakan oleh kajian lalu untuk mengenal pasti dan mengukur

kesan-kesan penentu yang mempengaruhi gelagat pembelian barang cetak rompak. model Tobit

digunakan kaedah temuramah digunakan untuk mengutip data.

Pembolehubah bersandar, iaitu kuantiti pembelian VCD dan CD cetak rompak adalah diukur

dalam nilai sebenar dibeli sebulan, dengan had atas diletakkan pada 5 keping atau lebih

18

Page 19: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

pembolehubah lain yang dikaji ialah jantina, umur, status perkahwinan, etnik, tahap pendidikan,

status kerja dan pendapatan.

Rumusan kajian. faktor harga dan bukan harga mempunyai pengaruh masing-masing di

dalam gelagat pembelian VCD/CD cetak rompak. Faktor harga didapati mempengaruhi

peringkat pembuatan keputusan membeli asli atau cetak rompak. Bagi peringkat kuantiti dibeli,

factor harga didapati tidak signifikan. Jelasnya, “Illegal gain” memainkan peranan dalam

pembelian VCD/CD cetak rompak. Tahap pendidikan didapati mempunyai hubungan positif

dengan kuantiti pembelian VCD/CD cetak rompak.

Kelemahan metodologi yang digunakan ialah rekabentuk persampelan yang berbentuk

convenience, iaitu data ini dikutip secara convenience ke atas 120 pengguna yang baru beli VCD

atau CD cetak rompak dari kedai di kompleks beli-belah dan gerai di pasar malam, Alor Setar,

Kedah. Kaedah temuramah digunakan untuk mengutip data. Ini akan menyebabkan jawapan

yang diberikan oleh responden tidak jujur dan tidak ikhlas daripada responden kerana

dipengaruhi oleh penemuramah.

Kajian di masa depan dicadangkan untuk menerokai lebih dalam lagi aspek kesan faktor

harga yang mempunyai dua peringkat serta kesan positif pendidikan yang diluar jangkaan. Kesan

penjumlahan tahap pendidikan juga didapati memberi kesan ke atas kesignifikan pembolehubah

tahap pendidikan. Pincangan penjumlahan didapati wujud dan kajian di masa depan seharusnya

memberi perhatian kepadanya. Akhirnya, kajian ini juga mendapati terdapatnya peranan

individul heterogeneity dalam pembelian VCD/CD cetak rompak. Mereka yang bujang, bekerja

19

Page 20: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

dengan sektor kerajaan atau bekerja sendiri, saiz keluarga yang lebih besar, tahap pendidikan

ijazah, pendapatan bulanan RM1001 ke atas, membeli lebih banyak VCD/CD cetak rompak

setiap bulan.

Pernyataan masalah kajian ini mengenalpasti bagaimanakah ciri psikografik wanita pada

masa kini mempengaruhi urusan pembelian makanan serta adakah ianya berkait dengan ciri

demografik. Pembolehubah psikografik merangkumi cara penggunaan masa serta

pengurusannya, cara membuat pilihan serta keutamaan terhadap barangan tersebut, dan

bagaimana persepsi golongan wanita terhadap barangan atau perkhidmatan. Kajian ini

mengenalpasti gaya hidup wanita masa kini yang dikelaskan sebagai wanita yang suka memasak,

wanita yang suka makan di luar, wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan, dan

wanita wang berorientasikan rumah dan tradisional.

Objektif kajian ini memfokuskan perkaitan antara faktor demografik dengan ciri-ciri

psikografik wanita termasuklah kumpulan etnik dengan wanita yang suka masak, tahap

pendidikan dengan wanita yang mementingkan kesihatan dan kecantikan serta perkaitan antara

taraf perkahwinan dengan wanita yang suka makan di luar.

Dalam kajian ini terdapat beberapa penemuan yang boleh diketengahkan, termasuklah

penemuan mengenai teori pembentukan peribadi oleh (George Kelly,1955) menerangkan bahawa

individu menggunakan wang dan masa bagi memilih, membeli dan menggunakan barangan

untuk mendapatkan faedah yang diingini. Selain itu, proses membuat keputusan pembelian

terdiri daripada lima peringkat, iaitu mengenal pasti masalah, mencari maklumat, penilaian dan

pemilihan, pemilihan saluran, dan membeli adalah hasil karya (Hawkins,1980). Di samping itu

20

Page 21: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

juga, di dalam proses pembelian, penentuan psikologi wanita meliputi sikap, minat dan pendapat,

turut diperolehi hasil penemuan (Schiffman & Kanuk, 1997). Penemuan yang seterusnya oleh

(Mitchell & Haggett, 1997) mengenai perkembangan segmen psikografik telah sampai di tahap

di mana para penyelidik telah menggunakan bintang-bintang astrologi sebagai asas bagi ujian ke

atas perokok, peminum arak, dan pengguna rekreasi.

Rekabentuk kajian ini menggunakan analisis faktorial, dan analisis ‘Varimax Rotated

Component Matrix’ untuk menentukan ciri-ciri psikografik yang relevan. Analisis Korelasi

Pearson pula digunakan untuk menentukan sama ada terdapat perhubungan di antara data

demografik responden dengan dapatan psikografik responden yang relevan sahaja. Soal selidik

ini mengandungi dua bahagian utama iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A mengenai

latar belakang responden (data sosio-demografik) . Bahagian B pula mengenai sikap, minat dan

pendapat. Soalan di bahagian B disediakan mengikut skala Likert yang mempunyai skor 4. Skor

1 bermaksud sangat tidak setuju, 2 ialah tidak setuju, 3 ialah setuju, dan 4 ialah sangat setuju.

Kajian ini telah dilaksanakan ke atas 120 orang wanita yang mengunjungi pusat membeli belah

untuk membeli barangan makanan. Sampel dipilih secara rawak dalam kalangan wanita yang

membeli makanan.

Perhubungan pembolehubah yang didapati dalam kajian ini terbahagi kepada dua

pembolehubah iaitu pembolehubah bebas dan juga pembolehubah bersandar. Pembolehubah

bebas (demografi) terdiri daripada kumpulan etnik, umur, agama, tahap pendidikan, taraf

perkahwinan, dan pendapatan. Bagi pembolehubah bersandar (psikografik) pula terdiri daripada

sikap wanita yang suka memasak meliputi tahap kecenderungan minat program masakan,

21

Page 22: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

menyukai bidang masakan, serta perasaan ingin mencuba sesuatu resipi baharu. Seterusnya sikap

wanita yang suka makan di luar pula yang menghargai serta menjimatkan masa dan juga terlalu

sibuk, sehingga tiada masa untuk masak dan sebagainya.

Antara kesimpulan yang dapat dihuraikan daripada hasil kajian ini adalah ciri-ciri

psikografik wanita yang menjalankan urusan pembelian makanan untuk isirumah, masih kekal

bertahan kepada ciri-ciri wanita Asia dan tradisional. Hal ini dapat dibayangkan dengan

keperluan untuk memasak di rumah, menjaga keluarga, serta tidak keluar sehingga terlalu lewat.

Oleh hal yang demikian, kedua-duanya terdapat unsur-unsur pembaharuan di dalam ciri-ciri

psikografik golongan wanita ini, iaitu mereka kini mahu makan di luar, di samping suka

memasak di rumah. Unsur pembaharuan ini pula dikaitkan dengan ciri demografik pekerjaan

(lebih baik), pendapatan (lebih tinggi) dan umur (muda). Bagi ciri demografik agama dan etnik

tidak membawa apa-apa kesan terhadap ciri psikografik wanita. Persamaan di dalam ciri

psikografik tidak boleh dibezakan melalui agama ataupun etnik mereka.

Beberapa aspek cadangan kajian adalah seperti bagi ahli pemasaran, pengetahuan mengenai

ciri-ciri psikografik wanita yang dinyatakan di atas adalah amat penting untuk tujuan

pensegmentasi pasaran sama ada mengikut segmentasi pelanggan, produk mahupun lokasi.

Faktor wanita kini terlalu sibuk untuk memasak dan mementingkan kesihatan serta

berorientasikan rumah dan tradisional boleh dimanfaatkan melalui penyediaan produk makanan

yang bermutu serta pantas disediakan.

22

Page 23: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Objektif kajian ini adalah memfokuskan kepada mengenal pasti punca disebalik

pengembangan populariti penggunaan sms dan sebab untuk menggunakan campuran strategi

pemasaran.

Terdapat beberapa penemuan. Eva Chun, Marketing Manager, Edge Matrix (an Australian

Mobile Content Provision enabler), dalam Mac 2001 pernah berkata, "It is very interactive, and

very simple to participate. It is growing, and there has been a lot of interest from marketers in

adding to their marketing mix, enhancing their branding and realizing the other benefits of

SMS."

Metodologi reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif manakala kaedah

yang dipilih ialah kaedah tinjauan. Kaedah tinjauan merupakan satu jenis reka bentuk bukan

eksperimen. Rangka kajian ini menggunakan syarikat perkhidmatan telekomunikasi, telefon

selular, khidmat pesanan ringkas (sms) sebagai pembolehubah bebas manakala perubahan

penggunaan pengiklanan, peningkatan khidmat serta kesan penggunaan sms, sebagai

pembolehubah bersandar. Kaedah yang digunakan ialah kaedah tinjauan dengan menggunakan

instrumen soal selidik.

Pembolehubah bersandar ialah syarikat perkhidmatan telekomunikasi, sms dan telefon

selular. Manakala, pembolehubah tak bersandar ialah perubahan penggunaan pengiklanan sms,

peningkatan sms dan kesan penggunaan.

23

Page 24: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Implikasi penyelidikan masa hadapan ialah dapatan kajian menunjukkan terdapat

peningkatan dalam penggunaan telefon bimbit dan penggunaan sms. Penggunaan pengiklanan

melalui sms semakin berkembang pesat seiring dengan perkembangan telefon selular itu sendiri.

Penggunaan pengiklanan oleh firma-firma dijangka akan mengalami pertumbuhan yang lebih

pesat. Penggunaan pengiklanan seperti syarikat Pepsi yang telah mempromosikan barangan

mereka dengan menggunakan sms telah menunjukkan kesan positif.

Potensi pengiklanan masa hadapan melalui sms dilihat amat positif dan berpotensi. Melalui

kajian yang dijalankan oleh syarikat yang berpangkalan di amerika syarikat,the mobile channel,

ke atas 1000 orang mengenai penerimaan pengiklanan sms. Kira-kira 94% penguna menyatakan

positif. Pengunaan pengiklanan melalui sms juga menarik minat golongan koporat yang

bertambah dan semakin popular. Kajian ini menunjukkan kesan penggunaan pengiklanan melalui

sms adalah positif dan mengalami perkembangan dalam sistem pengiklanan barangan dan

perkhidmatan dari firma kepada pengguna. Oleh itu, penggunaannya perlu diberi perhatian oleh

firma-firma untuk meningkatkan pasaran kepada pengguna.

Masalah kajian yang menjadi tema utama adalah apakah komponen utama budaya dalam

Nokia dan implikasi mereka terhadap organisasi. Apakah penyelidikan dan pembangunan

budaya di Nokia dan mengulas sumbangan satu budaya keterbukaan kepada inovasi? Bagaimana

budaya Nokia menyokong kesempurnaan kendiri dalam kakitangan dan faedah-faedah yang

terakru pada syarikat disebabkan oleh ini? Dan apakah kesukaran bagi satu budaya keterbukaan?

24

Page 25: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Terdapat objektif utama dan objektif-objektif khusus dalam kes-kes ini. Objektif utama

adalah faktor-faktor yang pernah menyumbang untuk penciptaan satu budaya unik ditumpukan

kepada inovasi dan kreativiti dalam syarikat. Objektif-objektif kecil adalah untuk

menggambarkan budaya organisasi itu di Nokia dan menerangkan bagaimana ia membantu

syarikat itu menjadi satu daripada yang paling inovatif dalam industri, untuk memfokuskan kes

kepada inovasi dan bagaimana, dengan sentiasa menaik taraf dan memperkenalkan ciri-ciri baru

Nokia menjadi peneraju pasaran dalam pasaran telefon bimbit, dan untuk membincangkan

faktor-faktor yang membantu Nokia menjadi peneraju terbesar dalam pasaran telefon bimbit:

budaya syarikat, falsafah sumber manusianya dan organisasinya dalam penyelidikan dan

pembangunan.

Terdapat beberapa karya daripada beberapa sumber. Jorma Ollila, Chairman dan CEO, Nokia

Corporation telah berkata, "Pendekatan kita adalah untuk mewujudkan klasik, rekaan-rekaan

abadi yang ergonomi gabungan dengan keindahan. Membentuk, warna-warna dan

mengkonturkan yang boleh menghantar keharmonian, baki dan keindahan." Yrjo Neuvo, ketua

R&D di Nokia telah berkata, "Bila seorang artis adalah benar-benar teruja dan boleh satu hari

arca dan malam, ketika dia ditenagakan olehnya, kerananya dalam tangannya dan dia

memilikinya. Ini menunjukkan bagaimana anda mendapat seni. Artis-artis kita tidak baru sahaja

menutup mata mereka dan menunggu sehingga inovasi itu datang. Kami adalah memperkenalkan

sepanjang masa." Dalam buku 'Revolusi Nokia,' Dan Steinback menjelajah pertumbuhan dan

evolusi Nokia daripada satu syarikat bahasa Finland yang kecil untuk satu konglomerat global.

25

Page 26: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Kaedah dalam kes ini adalah dengan sebuah anak syarikat Nokia (Mitchell, V. &

McGoldrick, (1996), memasuki premium akhir pasaran telefon bimbit dengan sebutir permata

bertatahkan, platinum sejenis alat yang mempunyai sebutir batu permata nilam skrin hablur dan

perawakan delima dan juga pekat terutamanya pada pasaran besar-besaran. Syarikat itu

menawarkan satu portfolio komprehensif produk-produk melindungi semua segmen pengguna.

Semua dasar bagi syarikat itu bertujuan untuk mencipta, sebagai contoh, satu budaya yang

mencari bagi mengesahkan dan mendapat faedah dari kepelbagaian. Sistem penyelidikan dan

pembangunan adalah juga satu membuka kepada sebarang idea.

Di sini, terdapat beberapa pembolehubah dalam kes-kes ini. Antaranya ialah pembolehubah

antara bahagian pasaran dan pesaing-pesaing dan juga pembolehubah antara alat-alat dan

pesaing-pesaing. Pembolehubah bebas adalah pesaing-pesaing di mana pembolehubah

tanggungan adalah bahagian pasaran dan alat-alat.

Ringkasan kepada kes ini adalah para penganalisis merasakan keterbukaan Nokia dan budaya

sokongan memberi pekerja-pekerja peluang bagi membangunkan kemahiran-kemahiran mereka

dan hasilnya, menyumbangkan lebih banyak untuk organisasi.

Terdapat beberapa kekuatan dalam kes ini. Wawasan Nokia adalah untuk mewujudkan dan

beroperasi dalam gelaran syarikat, "satu persekitaran menyeluruh." Satu persekitaran menyeluruh

merujuk kepada satu budaya yang menekankan individu dan perbezaan kebudayaan dan mencari

untuk manfaat daripada perbezaan ini. Nokia dengan berani mengemukakan bagi merampas

peluang-peluang baru dan produk dan berasa terseksa terhadap strategi-strategi penggerak

26

Page 27: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

pertama. Kepelbagaian adalah juga satu daripada penentu utama bagi kejayaan, kerana kreativiti

yang meningkatkannya, dan juga meningkatkan tarikan dan pengekalan sumber manusia.

Penyelidikan dan pembangunan yang ditubuhkan di Nokia adalah agak berbeza daripada

yang syarikat-syarikat lain. Implikasi kes ini adalah penyelidikan dan pembangunan Nokia

operasi terselerak merentasi dunia, dan telah diberikan kebebasan sepenuhnya untuk

mengendalikan dan membangunkan idea mereka sendiri, tambahan mereka secara rasmi

mengetuai projek-projek penyelidikan. Struktur adalah mendatar dan kebanyakan daripada

pekerja-pekerja itu akan melaporkan secara langsung untuk ketua penyelidikan dan

pembangunan.

Kajian kes ini membincangkan kelambatan syarikat telefon bimbit iaitu Nokia dalam

memperkenalkan telefon bimbit yang telah menjadi amat popular dan rintangannya kepada

pembuatan komponen-komponen. Ia juga berbincang usaha-usaha yang dilakukan untuk

memulihkan pasarannya kerana menyedari yang prestasinya semakin menurun.

Terdapat beberapa objektif yang menguatkan penyelidikan ini. Objektif kajian ini terbahagi

kepada dua skop iaitu objektif umum dan juga objektif kuhusus. Bagi mengkaji cabaran yang

bakal dihadapi pada masa hadapan merupakan objektif yang umum serta meyeluruh dalam

penyelidikan ini. Objektif khusus pula terdiri daripada empat isi yang harus diketengahkan, iaitu

memahami kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh sesbuah syarikat dalam industri telefon

bimbit, menghargai kepentingan inovasi dalam satu industri yang dinamik, menganalisa serta

membuat rumusan mengenai kesan perubahan keadaan pasaran kepada syarikat dan akhir sekali,

27

Page 28: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

menghargai kepentingan mengikuti perubahan keadaan pasaran yang bersesuaian dengan

syarikat.

Terdapat beberapa karya daripada beberapa sumber termasuklah karya yang di sunting oleh

Jorma Ollila, CEO syarikat telekomunikasi Nokia, dalam pertengahan tahun 2004 iaitu "We

want to be the company that brings this industry to the next phase. And if we have a little bit of a

bump in the road in 2004, that's immaterial." Selain itu, Jack Gold, Timbalan pengarah bagi

syarikat Meta Group, dalam karyanya, Connecticut-based technology consulting firm, pada

tahun 2005 yang berbunyi, "Nokia didn't have the coolness factor. They didn't really do flip

phones; they were a little late with cameras, and they didn't push them. Coolness in the consumer

space is a big deal, and they were stodgy."

Metodologi yang digunakan oleh syarikat Nokia bukan sahaja mengurangkan harga pada

gagang tertentu untuk meningkatkan bahagian pasaran, tetapi juga menyesuaikan portfolionya

untuk menyesuaikan produk untuk bertemu keperluan pasaran.Oleh itu dengan cara ini,ia telah

membunuh sesetengah model-model ketinggalan zaman dan dibawa ke hadapan pelancaran

beberapa orang lain, termasuk sejumlah telefon-telefon kulit kepah.

Pembolehubah yang digunakan dalam jurnal ini terbahagi kepada dua jenis iaitu

pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah

model-model telefon bimbit. Dalam tahun 2004, Nokia telah melancarkan lima model baharu, di

mana tiga daripadanya adalah clamshells. Antaranya adalah model 6260, yang mana merupakan

28

Page 29: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

model pertama Nokia dalam teknologi telefon bimbit berkamera yang kecil. Seterusnya adalah

syarikat perkhidmatan telekomunikasi dan pesaing-pesaing telefon bimbit.

Bagi pembolehubah tak bersandar pula, terdiri daripada peningkatan teknologi dalam model

telefon bimbit, kesan perubahan keadaan pasaran kepada syarikat dan cabaran industri telefon

bimbit secara global.

Implikasi penyelidikan pada masa hadapan mendapati bahawa kajian menunujukkan

walaupun segala usaha keras patut Nokia harus dipuji dalam mengecap semula kedudukan

pasaran pada masa kini, namun bagi segala pendapat dari para penganalisis pada asasnya telah

diadunkan.

Ketika syarikat pengkritik percaya bahawa Nokia telah kehilangan kelebihan bersaingannya

dalam pasaran telefon bimbit, penyokong-penyokongnya beranggapan bahawa kekuatan syarikat

yang sedia ada, dan kedudukan kewangan yang stabil akan membantu syarikat terebut. pada

2003-2004, syarikat mengalami kesukaran untuk pulih pada masa akan datang. Walau

bagaimanapun, kebanyakan daripada mereka bersetuju bahawa industri telefon bimbit itu telah

menjalani satu perubahan yang luas dalam industri.

Dalam awal tahun 2000, telefon bimbit dijangka muncul dengan pelbagai fungsi tambahan

untuk nampak bergaya dan menjadi mudah untuk dikendalikan. Pesaing-pesaing syarikat Nokia

telah memahami perkara ini dan sedang dalam proses pelancaran beberapa model mengikut gaya

tertentu dalam diri mereka sendiri.

29

Page 30: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

3. METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah bagi menganalisis pola pembelian telefon bimbit

dalam kalangan pelajar UPM. Bahagian ini akan menerangkan secara mendalam mengenai

metodologi yang telah dijalankan oleh penyelidik. Bahagian ini melibatkan semua aspek, dari

segi bagaimana cara data diperoleh sama ada sampel, populasi yang dipilih, penggunaan borang

selidik mahupun kaedah – kaedah analisis data. Metodologi atau kaedah yang cekap dan

sistematik dapat menghasilkan satu kajian yang tepat dan lengkap dengan objektif kajian yang

merangkumi semua aspek penyelidikkan. Keputusan atau hasil kajian yang diperolehi daripada

penyelidikan yang dijalankan amat bergantung kepada kesesuaian kaedah yang digunakan, serta

kesesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga ( 1998 ), metodologi merupakan satu kaedah atau cara

yang digunakan dalam proses menganalisis sesuatu data atau sampel bagi sesuatu kajian yang

hendak dijalankan. Kaedah tersebut merangkumi proses pengumpulan data dan pemprosesan

maklumat bagi membolehkan data yang diperolehi tersebut mudah difahami oleh setiap

penganalisis dan juga boleh digunakan untuk kajian tersebut. Oleh itu, metodologi merupakan

elemen yang amat penting dalam satu kajian kerana keputusan atau hasil kajian yang baik dan

berkesan bersesuaian dengan keperluan semasa.

30

Page 31: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan yang berbentuk tinjauan.

Kaedah tinjauan boleh dikendalikan secara besar-besaran dan merupakan satu bentuk pengutipan

data yang telah dirancang bagi tujuan meramal, membuat pemerihalan dan menganalisis

hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah dalam kajian (Kerlinger, 1973).

Memandangkan kajian ini berbentuk tinjauan maka pengumpulan data dilaksanakan dengan

menggunakan soal-selidik.

Seterusnya penyelidik telah mengaplikasikan teknik soal selidik untuk mendapatkan data.

Kemudian data yang terkumpul hasil daripada teknik soal selidik akan dianalisis dengan

sistematik bagi mendapatkan jawapan terhadap persoalan dan permasalahan kajian yang dikaji.

Oleh itu, kajian ini bercorak kuantitatif dan amat sesuai digunakan untuk menerangkan beberapa

fenomena yang sedang berlaku pada masa kini.( Mohd Majid Bin Ting, 1995)

3.3 Jenis dan Sumber Data

Teknik persampelan bertujuan diterapkan agar subjek kajian yang dipilih memiliki unsur-

unsur yang diperlukan oleh kajian dan mewakili apa yang dikehendaki dalam rekabentuk kajian

(Black & Champion, 1973) yang didasarkan kepada satu kriterium iaitu subjek-subjek yang

belajar di UPM dan mempunyai telefon bimbit.

31

Page 32: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Kajian ini menggunakan data primer yang dikumpul daripada soalselidik yang diedarkan

kepada pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), iaitu merupakan salah satu universiti yang

terbaik di Malaysia. Laporan menunjukkan pelajar UPM, iaitu bilangan pra siswazah sebanyak

16,315 orang dan bilangan pasca siswazah sebanyak 8,942, (UPM, 08 Oktober 2009)

mempunyai telefon bimbit. Oleh itu, pengguna telefon bimbit menyediakan kerangka

kesampelan untuk kajian ini.

Bagi mendapatkan maklumat serta informasi yang terperinci dan tepat, pengkaji telah

memperolehi maklumat daripada 2 data iaitu data prima dan data sekunder. Antara kaedah-

kaedah yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat-maklumat primer dan maklumat-

maklumat sekunder yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh pihak penyelidik :

3.3.1 Data Primer

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data antaranya (primary data

collection ) yang memperkenalkan nombor yang terpenting bagi menjalankan kajian ini.

Terdapat dua data primer yang telah diaplikasikan dalam kajian iaitu :

Pengumpulan data

Pengumpulan data telah dibuat melalui pengedaran beberapa borang soal selidik. Borang soal

selidik tersebut telah diedarkan kepada pelajar di sekitar UPM dan sebanyak 50 keping telah

diserahkan.

32

Page 33: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Skala Likert

Menurut Mohamad Abdullah ( 1996 ), dalam bukunya bertajuk Memahami Statistik Sebagai

Asas Pengurusan dan Perdagangan: Pendekatan Kalkulator Saintifik telah menyatakan bahawa

skala Likert mudah digunakan oleh responden. Ia merupakan kelebihan yang ada pada skala

likert. Petunjuk yang digunakan untuk menerangkan Skala Likert umumnya mudah difahami dan

berkesan kepada para responden.

3.4 Lokasi Kajian

Kajian ini telah dijalankan di sekitar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM, Serdang,

Selangor Darul Ehsan. Tujuan pengkaji memilih sekitar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana

lokasinya berdekatan dengan Perpustakaan Sultan Abdul Samad, kedai makan, kedai fotostat,

gerai surat khabar dan perhentian bas. Kebanyakkan pelajar yang menaiki kenderaan juga

meletakkan kenderaan mereka berhampiran fakulti ini.

3.5 Kaedah Persampelan

Kaedah persampelan yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan mengedarkan borang

soal selidik kepada responden ( pelajar ). Kajian ini menggunakan soal selidik yang terbahagi

kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A digunakan untuk

mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian. Ia merangkumi jantina, umur,

program, pembiyaan dan tempat tinggal. Bahagian B pula terdiri daripada item-item pola

33

Page 34: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

pembelian telefon bimbit. Bahagian C terdiri daripada 11 item soalan. Bahagian ini menanyakan

mengenai sikap responden terhadap telefon bimbit.

Selain daripada mengedar borang soal selidik, pengkaji telah menjalankan sesi temubual

bersama responden mengenai telefon dengan memberi pendapat dan cadangan responden.

Responden kajian yang telah dipilih ialah pelajar UPM yang mempunyai telefon bimbit. Pelajar

dipilih kerana mereka merupakan golongan yang amat peka dengan perubahan dunia telefon

bimbit. Selain itu, pengeluar telefon bimbit juga mengutamakan kehendak golongan

pelajar/remaja dalam setiap reka bentuk telefon bimbit terbaru mereka.

Langkah Dalam Pemilihan Sampel

Menentukan Populasitarget

Memilih Kerangka Mengendalikan bidang Persampelan kerja

Menentukan samada kaedah kebarangkalian Memilih unit sampelatau tidak kebarangkalian dipilih yang sebenar

Membuat prosedur untuk Menentukan saiz sampelmemilih unit persampelan

34

Page 35: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Jadual 4 :Jumlah pelajar Fakulti Ekonomi dan Pengurusan . Progran/ Tahun 1 2 3 Jumlah Bacelor Pengurusan 96 130 91 317

PerniagaanBacelor Ekonomi 93 92 87 272Bacelor Perakaunan 100 150 102 352 Jumlah 289 372 280 941 Sumber : Fakulti Ekonomi Pengurusan (2009)

‘Descriptve Research’ mengambil 6% daripada populasi iaitu 56 orang

6 . x 941 orang = 56 orang sampel 100

Sampel 56 responden diubah menjadi 50 untuk menjadikan keputusan lebih fleksibal.

3.6 Analisis Data

Kajian ini cuba untuk menyediakan jawapan kepada persoalan berikut:

1. Adakah fungsi telefon bimbit mempengaruhi pola pembelian telefon bimbit?

2. Apakah perhubungan antara ciri-ciri sosio-ekonomi responden dengan dapatan maklumat

yang diperoleh pengguna?

3. Adakah fesyen terkini dapat diterima oleh pengguna telefon bimbit?

Kajian ini menggunakan statistik deskreptif untuk menghuraikan pembolehubah-

pembolehubah dalam kajian ini. Data mentah yang diperoleh daripada soalselidik diproses dan

dianalisis menggunakan perisian SPSS. Analisis persamaan menggunakan statistik khi-kuasadua

digunakan untuk membuktikan hubungan sisitematik antara ciri-ciri sosio-ekonomi dengan

pembolehubah yang lain, iaitu maklumat, fungsi dan juga fesyen. Ujian tidak bersandar di antara

pembolehubah sosio-ekonomi dan ciri-ciri sikap terhadap maklumat, fungsi dan fesyen telah

35

Page 36: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

diambil daripada pernyataan yang dipilih. Pernyataan tersebut adalah berdasarkan persepsi

responden mengenai pola pembelian telefon bimbit dikalangan pelajar.

Formula Khi-Kuasa Dua :

Ujian Khi-kuasa dua (X2) membenarkan kita untuk menguji adakah analisis taburan

kekerapan bermakna. Oleh itu, data kategorikal dalam pembolehubah seperti usia, jantina, dan

tempat tinggal boleh dianalisis secara statistikal. Sebagai contoh, kita berhasrat untuk menguji

hipotesis null bahawa jumlah pengguna telefon bimbit terhadap purata harga telefon bimbit yang

dibeli. Kelogikan dalam ujian X2 membenarkan kita untuk membandingkan kekerapan

pemerhatian (oi) dengan kekerapan yang dijangka (ei) berdasarkan idea teori tentang kekerapan

populasi. Dalam maksud yang lain, ujian teknik ini sama ada data itu datang dari taburan

kebarangkalian. Ia menguji “goodness of fit” terhadap taburan pemerhatian bersama dengan

taburan yang dijangka.

Pengiraan statistik khi-kuasa dua membenarkan kita untuk menentukan jika perbezaan antara

taburan kekerapan pemerhatian dan taburan kekerapan yang dijangka boleh disertakan untuk

variasi persampelan. Langkah dalam proses ini adalah seperti berikut:

1. Tentukan hipotesis null dan tentukan kekerapan yang dijangka untuk setiap jawapan.

2. Tentukan aras keyakinan.

3. Kira nilai X2, menggunakan kekerapan yang diperhatikan daripada sampel dan kekerapan

yang dijangka.

36

Page 37: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

4. Pastikan keputusan statistikal dibuat dengan membandingkan pengiraan nilai X2 dengan

nilai kritikal X2.

Untuk mengira statistik khi-kuasa dua, gunakan formula berikut:

χ2=∑i=1

k (o i - ei )2

e1

Dimana, X2 = statistik khi-kuasa dua

oi = kekerapan yang diperhatikan bagi setiap sel i

ei = kekerapan yang dijangka bagi setiap sel i

Sumber: Choo Wei Chong,(2003)

Seperti kebanyakkan taburan kebarangkalian yang lain, taburan X2 bukan keluk

kebarangkalian tunggal tetapi gabungan beberapa keluk. Keluk ini, walaupun sama, tetapi

berbeza berdasarkan nilai darjah kebebasan (k-1). Oleh itu, kita mesti mengira nilai darjah

kebebasan tersebut. Darjah kebebasan ini merujuk kepada nilai yang diperhatikan yang boleh

dibezakan tanpa mengubah anggapan yang berkait dengan sistem nombor. Pengiraan darjah

kebebasan adalah seperti berikut:

d.f. = k – 1dimana,

k = nombor sel yang berkait dengan data kolum atau baris.

Sumber: Choo Wei Chong,(2003)

37

Page 38: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

3.7 Kandungan Soal Selidik

Kaedah persampelan yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan mengedarkan borang soal

selidik kepada responden ( pelajar ). Kajian ini menggunakan soal selidik yang terbahagi kepada

tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B dan bahagian C. Bahagian A digunakan untuk

mengumpulkan maklumat tentang demografi subjek kajian. Ia merangkumi jantina, umur,

program, pembiyaan dan tempat tinggal.

Bahagian B pula terdiri daripada item-item pola pembelian telefon bimbit. Soal selidik ini

telah diambil daripada soal selidik Consumer Style Inventory (CSI) yang dibina oleh Sproles dan

Kendall (1986). Bahagian ini berkaitan bilangan telefon bimbit yang dimiliki oleh responden,

kekerapan menukar telefon bimbit, purata harga telefon bimbit yang dibeli dan jenama telefon

bimbit. Skala yang digunakan ialah skala tetap, skala pilihan penentu

Bahagian C terdiri daripada 11 item soalan. Bahagian ini menanyakan mengenai sikap

responden terhadap telefon bimbit. Sikap yang dimaksudkan ialah telefon bimbit sebagai fungsi,

telefon bimbit sebagai fesyen, telefon bimbit sebagai maklumat. Soal selidiknya adalah

berbentuk skala pemarkatan Likert. Subjek dikehendaki menandakan pada setiap ruang yang

disediakan dengan angka-angka yang juga mewakili skala likert iaitu 5 = sangat setuju, 4 =

setuju, 3 = tiada pandangan, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju. Kajian rintis telah

38

Page 39: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

dijalankan untuk mengenalpasti kebolehpercayaan soal selidik. Kajian rintis telah mendapati

bahawa soal selidik yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan tinggi iaitu a = 0.95.

3.8 Penyataan Hipotesis

Hipotesis 1

Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan

telefon bimbit sebagai fesyen

Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan

telefon bimbit sebagai fesyen

Hipotesis 2

Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan

telefon bimbit sebagai fungsi

Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan

telefon bimbit sebagai fungsi

Hipotesis 3

Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan

telefon bimbit sebagai maklumat.

Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan penggunaan

telefon bimbit sebagai maklumat.

39

Page 40: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Hipotesis 4

Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan purata harga

telefon bimbit.

Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan purata harga

telefon bimbit.

Hipotesis 5

Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon

bimbit (pilihan 2)

Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon

bimbit (pilihan 2)

Hipotesis 6

Ho: Tiada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon

bimbit (pilihan 2)

Ha: Ada perhubungan diantara latar belakang sosio ekonomi responden dengan jenama telefon

bimbit (pilihan 2)

40

Page 41: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

3.9 Batasan Kajian

Batasan ataupun had (limit) kajian yang perlu dihadapi oleh penyelidik bagi menjalankan

kajian ini termasuklah dari segi kewangan, masa, dan juga bilangan sampel responden.

Kewangan

Pada era globalisasi ini, faktor kewangan merupakan salah satu masalah utama yang

perlu dihadapai oleh penyelidik. Pelbagai kos perbelanjaan seperti mencetak borang soal

selidik, laporan penuh kajian, serta mencetak data-data yang diperoleh daripada internet.

Selain daripada itu, kos pengangkutan juga penting bagi memudahkan proses

perhubungan seperti petrol dan tol yang merupakan bebanan kepada penyelidik untuk

menjalankan kajian ini.

Masa

Penyelidik mempunyai kekangan masa yang terhad untuk menjalankan kajian

terutamanya dalam aktiviti mengedar soal selidik kepada responden. Hal ini demikian

kerana, masa pengkaji padat dipenuhi dengan kuliah dan juga aktiviti kolej yang tidak

mungkin dapat dielakkan. Oleh itu, masa begitu subjektif untuk dikhususkan. Masa yang

sesuai diperuntukkan dalam menjalankan suatu kajian tertakluk kepada kebijaksanaan

sesorang untuk menguruskan jadual seharian mereka.

41

Page 42: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Bilangan sampel

Bilangan sampel yang digunakan tertakluk kepada kemampuan pengkaji untuk

menyediakan serta mengedarkan borang soal selidik tersebut. Bagi kajian ini, pengkaji

menumpukan soal selidik kepada 50 orang sahaja. Hal ini demikian kerana, responden

pengkaji terdiri daripada para pelajar UPM.

42

Page 43: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

4. DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 50 set soal selidik diedarkan kepada para pelajar sekitar Fakulti Ekonomi

Pengurusan.. Menurut Cohen dan Manion (1980), rekabentuk korelasi tidak memerlukan saiz

sampel yang besar.

Jadual 5 : Profil Sosio Ekonomi Responden(n=50)

Ciri-ciri Statistik Frekuansi % Jantina

Lelaki 18 36%Perempuan 32 64% Jumlah 50 100%

Usia19 2 4%20 4 8%21 12 24%22 14 28%23 16 32%24 2 4% Jumlah 50 100%

ProgramBP 27 54%BPP 16 32%BE 1 2%Lain-lain 6 12% Jumlah 50 100%

PembiayaanPersendirian 19 38%PTPTN 16 32%JPA 9 19%Lain-lain 6 12% Jumlah 50 100%

Tempat TinggalBandar 33 66%Luar Bandar 17 34%

43

Page 44: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Jumlah 50 100%

Profil sosio ekonomi responden ditunjukkan seperti jadual 5 .Seperti yang ditunjukkan,

kebanyakkan responden adalah perempuan iaitu sebanyak 64% manakala lelaki 36%. Majoriti

responden berusia 23 tahun (32%) diikiti oleh responden berusia 22 dan 21 tahun iaitu sebanyak

28% dan 24%. Lebih daripada separuh (54%) responden adalah jurusan perakaunan diikuti

jurusan pentadbiran perniagaan (32%) dan lain-lain (12%). Manakala responden jurusan

ekonomi pula sebanyak 2%. Kebanyakkan responden (38%) membiayai pengajiannya sendiri.

Responden yang yurannya dibiayai melalui pinjaman PTPTN pula sebanyak 32% diikuti oleh

pembiyaan melalui biasiswa JPA (19%) dan lain-lain sebanyak 12%. Lebih kurang 1/3 (66%)

daripada responden tinggal di kawasan Bandar, manakala selebihnya (17%) tinggal di kawasan

luar bandar.

Jadual 6 : Pola Pembelian Telefon Bimbit(n=50)

Ciri Statistik Frekuansi % Bilangan telefon bimbit dimiliki

Sebuah 30 60%2 Buah 20 40% Jumlah 50 100%

Kekerapan menukar telefon bimbit6 bulan sekali 2 4%Setahun sekali 2 4%3 Tahun sekali 4 8%Bila perlu 42 84% Jumlah 50 100%

Purata harga telefon bimbitKurang RM200 3 6%RM201 – RM500 21 42%RM501 – RM700 10 20%RM701 – RM1,000 8 16%RM1001 ke atas 8 16% Jumlah 50 100%

Jenama telefon bimbit pilihan Telefon bimbit 1

Nokia 29 58%Sony Ericson 19 38%

44

Page 45: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Motorola 0 0Samsung 0 0Lain-lain 2 4% Jumlah 50 100%

Telefon bimbit 2Nokia 12 60%Sony Ericson 5 25%Motorola 1 5%Samsung 1 5%

Lain-lain 1 5% Jumlah 20 100%

Jadual 6 menunjukkan pola pembelian telefon bimbit dalam kalangan pelajar Universiti Putra

Malaysia (UPM) yang terdiri daripada 50 orang responden telah diuji dalam penyelidikan ini.

Antara ciri-ciri pola pembelian yang telah dinyatakan adalah seperti bilangan telefon bimbit yang

dimiliki oleh responden. Sebanyak 60% bersamaan 30 daripada keseluruhan responden memiliki

hanya sebuah telefon bimbit sahaja manakala 40% bersamaan 20 responden memiliki dua buah

telefon bimbit. Kekerapan menukar telefon bimbit juga mempengaruhi dalam pola pembelian.

Sebanyak 4% bersamaan 2 responden menukar telefon bimbit mereka sekerap 6 bulan sekali.

Bagi kekerapan menukar telefon bimbit yang hanya setahun sekali, menunjukkan peratusan

sebanyak 4% bersamaan 2 responden. Sebanyak 8% bersamaan 4 responden menukar telefon

bimbit sekerap 3 tahun sekali manakala penukaran telefon bimbit apabila perlu sahaja

mempunyai peratusan tertinggi iaitu sebanyak 84% bersamaan 42 responden.

Ciri-ciri seterusnya adalah purata harga yang menjadi pilihan responden dalam pembelian

telefon bimbit. Lingkungan harga antara RM201-RM500 sebanyak 42% bersamaan 21

responden merupakan pilihan tertinggi responden manakala lingkungan harga kurang daripada

RM200 sebanyak 6% bersamaan 3 responden merupakan pilihan terendah responden dalam

pemilihan harga telefon bimbit. Pemilihan jenama telefon bimbit juga menjadi keutamaan dalam

pola pembelian barang tersebut. Reponden telah diberi pilihan empat jenama yang terkenal

45

Page 46: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

digunakan termasuklah jenama Nokia, Sony Erickson, Motorola, Samsung dan lain-lain. Jenama

Nokia mendapat peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 58% bersamaan 29 responden telah

memilih jenama tersebut. Bagi jenama Motorola dan Samsung, tidak menjadi pilihan reponden

dan mendapat peratusan 0% sahaja.

Sikap terhadap telefon bimbit

Jadual 7 : Telefon bimbit sebagai fesyen (%)Kenyataan Sangat Setuju Tiada Tidak Sangat

Setuju Pandangan Setuju TidakSetuju

1. Saya amat mementingkan fungsi dari reka bentuk

telefon bimbit 38 46 8 4 42. Jenama telefon bimbit mempengaruhi

dalam pemilihan pembelian telefon bimbit. 40 44 10 2 43. Saya membeli telefon bimbit kerana ingin

mengikuti trend yang terkini 4 30 26 26 144. Saya suka membeli telefon bimbit yang baru

diperkenalkan. 6 22 8 28 28

Jadual 7 menunjukkan sikap responden terhadap telefon bimbit sebagai fesyen. Sebanyak

46% responden bersetuju dengan pandangan bahawa mereka amat mementingkan fungsi

daripada rekabentuk telefon bimbit, manakala 38% responden sangat setuju dengan kenyataan

itu. 40% sangat setuju dengan persepsi bahawa jenama telefon bimbit mempengaruhi dalam

pemilihan pembelian telefon bimbit, manakala 46% setuju dan 10% tiada pandangan. 30%

responden bersetuju bahawa mereka membeli telefon bimbit kerana ingin mengikuti trend yang

terkini disamping hanya 26% reponden tiada pandangan dan tidak setuju dengan persepsi

tersebut. Sebanyak 28% responden tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan persepsi bahawa

46

Page 47: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

mereka suka membeli telefon bimbit yang baru diperkenalkan manakala 28% bersetuju dengan

persepsi tersebut.

Jadual 8 : Telefon bimbit sebagai fungsi (%)Kenyataan Sangat Setuju Tiada Tidak Sangat

Setuju Pandangan Setuju TidakSetuju

1. Telefon bimbit berkamera menjadi

pilihan utama saya. 30 60 2 4 42. Aplikasi hiburan menjadi keutamaan

saya dalam pemilihan telefon bimbit 24 48 18 3 43. Telefon bimbit yang tahan lasak menjadi pilihan

saya 56 32 8 0 44. Saya guna telefon bimbit untuk sms dan

membuat panggilan 68 26 2 4 0

Jadual 8 menunjukkan sikap responden terhadap telefon bimbit dari segi aspek kefungsian.

Kebanyakkan responden menggunakan telefon bimbit hanya untuk mengaplikasikan sms (sistem

pesanan ringkas) dan juga membuat panggilan. Kebanyakkan responden juga mengutamakan

telefon bimbit yang mempunyai daya tahan lasak yang tinggi. Aplikasi hiburan juga menjadi

keutamaan dalam pemilihan telefon bimbit. Telefon bimbit yang mempunyai teknologi

berkamera tidak kira sama ada beresolusi tinggi atau tidak juga menjadi pilihan responden pada

masa ini.

Jadual 9 : Telefon bimbit sebagai maklumat (%)Kenyataan Sangat Setuju Tiada Tidak Sangat

Setuju Pandangan Setuju TidakSetuju

1. Saya dapat mengetahui isu –isu semasa melalui

telefon bimbit 12 22 28 24 142. Saya suka melayari internet melalui aplikasi Wi-Fi

untuk mendapatkan maklumat terkini 16 24 24 24 123. Saya sering menerima maklumat palsu melalui

47

Page 48: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

telefon bimbit 12 20 28 24 16

Merujuk kepada jadual di atas, terdapat tiga kenyataan mengenai telefon bimbit sebagai

maklumat. Bagi kenyataan satu atau saya dapat mengetahui isu-isu semasa melalui telefon

bimbit, data menunjukkan sikap tiada pandangan adalah peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak

28%. Manakala, sikap sangat setuju terhadap kenyataan satu menunjukkan peratusan paling

sedikit iaitu 12%. Lain-lain pandangan ialah sikap tidak setuju dengan 24%, setuju dengan 22%

dan sangat tidak setuju dengan 14%.

Kenyataan kedua menyatakan saya suka melayari internet melalui aplikasi Wi-Fi untuk

mendapatkan maklumat terkini. Melalui jadual, data menyatakan terdapat tiga peratusan

pandangan sikap yang sama banyak iaitu setuju, tiada pandangan, dan tidak setuju. Masing-

masing memperolehi peratusan sebanyak 24%. Manakala, sikap sangat setuju sebanyak 16%

dan yang terendah ialah sangat tidak setuju dengan 12%.

Bagi kenyataan saya sering menerima maklumat palsu melalui telefon bimbit, sikap tiada

pandangan menunjukkan peratusan paling tinggi dengan 28%. Manakala, sikap sangat setuju

menunjukkan peratusan paling sedikit dengan hanya 12%. Lain-lain pandangan ialah sikap tidak

setuju dengan 24%, setuju dengan 20% dan sangat tidak setuju dengan 16%.

Jadual 10 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomidengan purata harga telefon bimbit

Pemboleh ubah Koeffisien Regresi df Signifikasi Keputusan Jantina 3.957 4 0.412 Terima Ho

Usia 23.537 24 0.488 Terima Ho

Program 6.540 12 0.886 Terima Ho

Pembiayaan 11.972 12 0.448 Terima Ho

Tempat Tinggal 3.018 4 0.555 Terima Ho

48

Page 49: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Ujian kebebasan dan hubungan di antara profil pengguna dan purata harga telefon bimbit

dengan menggunakan ujian khi-kuasa dia ditunjukkan dalam Jadual 10. Jadual tersebut

menunjukkan jantina, usia, program pengajian, jenis pembiayaan dan tempat tinggal tidak

berkaitan antara satu sama yang lain.

Jadual 11 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomidengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 1 )

Pemboleh ubah Koeffisien Regresi df Signifikasi Keputusan Jantina 1.308 2 0.520 Terima Ho

Usia 8.269 12 0.764 Terima Ho

Program 5.895 6 0.435 Terima Ho

Pembiayaan 6.628 6 0.357 Terima Ho

Tempat Tinggal 1.102 2 0.576 Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan jenama telefon bimbit ( Pilihan 1 )

ditunjukkan dalam Jadual 11. Jadual tersebut menunjukkan tiada perhubungan di antara profil

pengguna dengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 1).

Jadual 12 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomidengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 2 )

Pemboleh ubah Koeffisien Regresi df Signifikasi Keputusan Jantina 3.333 4 0.504 Terima Ho

Usia 46.444 24 0.004 Tolak Ho

Program 11.725 12 0.468 Terima Ho

Pembiayaan 22.019 12 0.037 Tolak Ho

Tempat Tinggal 3.030 4 0.553 Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan jenama telefon bimbit ( Pilihan 2 )

ditunjukkan dalam Jadual 12. Jadual tersebut menunjukkan usia dan pembiayaan mempunyai

perhubungan yang bermakna dengan jenama telefon bimbit ( Pilihan 2).

Jadual 13 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomidengan telefon bimbit sebagai fesyen

Pemboleh ubah Koeffisien Regresi df Signifikasi Keputusan

49

Page 50: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Jantina 13.976 11 0.234 Terima Ho

Usia 114.447 66 0.000 Tolak Ho

Program 33.646 33 0.436 Terima Ho

Pembiayaan 37.209 33 0.281 Terima Ho

Tempat Tinggal 10.289 11 0.505 Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan telefon bimbit sebagai fesyen ditunjukkan

dalam jadual 13. Jadual tersebut menunjukkan usia mempunyai perhubungan yang bermakna

dengan telefon bimbit sebagai fesyen. Manakala jantina, program, pembiayaan dan tempat

tinggal tidak mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai fesyen.

Jadual 13 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomidengan telefon bimbit sebagai fungsi

Pemboleh ubah Koeffisien Regresi df Signifikasi Keputusan Jantina 7.620 10 0.666 Terima Ho

Usia 120.044 60 0.000 Tolak Ho Program 22.259 30 0.844 Terima Ho

Pembiayaan 35.672 30 0.219 Terima Ho

Tempat Tinggal 11.103 10 0.350 Terima Ho

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan telefon bimbit sebagai fungsi ditunjukkan

dalam Jadual 13. Jadual tersebut menunjukkan usia mempunyai perhubungan yang bermakna

dengan telefon bimbit sebagai fungsi. Manakala jantina, program, pembiayaan dan tempat

tinggal tidak mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai fungsi.

Jadual 14 : Taburlasi silang antara pemboleh ubah sosial ekonomidengan telefon bimbit sebagai maklumat

Pemboleh ubah Koeffisien Regresi df Signifikasi Keputusan Jantina 15.712 10 0.108 Terima Ho

Usia 75.184 60 0.090 Terima Ho

Program 44.592 30 0.042 Tolak Ho

Pembiayaan 39.056 30 0.124 Terima Ho

Tempat Tinggal 10.302 10 0.414 Terima Ho

50

Page 51: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

Ujian kebebasan di antara profil pengguna dan telefon bimbit sebagai fungsi ditunjukkan

dalam jadual 14. Jadual tersebut menunjukkan program mempunyai perhubungan yang

bermakna dengan telefon bimbit sebagai maklumat. Manakala jantina, usia, pembiayaan dan

tempat tinggal tidak mempunyai perhubungan yang bermakna dengan telefon bimbit sebagai

maklumat.

51

Page 52: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

5. RUJUKAN

Rujukan

1 Fatimah MohdArshad (1999). E-commercialising Agricultural Marketing in Malaysia.

Paper presented at the PETA-JPSM-PKD seminar on "Repositioning of the Malaysian

Agriculture in the Next Millennium," 13-14 July, Serdang UPM.

http://www.econ.upm.edu.my/~peta/fatimah.html (accessed on 30 September 2001)

Website

2 Suruhanjayakomunikasidan multimedia (SKMM).

3 Sumber :http://www.skmm.gov.my (2009).

4 Nik Mustafa, 2008.Sumber: http://www.upm.edu.my\

5 http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/MKTG043.htm,http://

www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/SMS%20Advertising%20%20A

%20New%20Media%20Mix%20Tool.htm,4 Sept 2009

6 http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/SMS%20Advertising

%20%20A%20New%20Media%20Mix%20Tool%20-%20Marketing.htm, 23 Julai 2009

7 http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Marketing/SMS%20Advertising

%20%20A%20New%20Media%20Mix%20Tool%20-%20Marketing%20Case.htm 13

Ogos 2009

8 (Sumber: http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Business%20Strategy/

BSTR167.htm)

9 (Sumber:http://www.icmrindia.org/casestudies/catalogue/Simplified%20Case

%20Studies/SCBSTR167.htm). 24 Ogos 2009

52

Page 53: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

10 http://www.penerbit.utm.my/onlinejournal/41/E/JTDIS41E6.pdf , 16 September 2009

Buku

11 Ang, S. H., P. S. Cheng, A. C. Lim Elison & S. K. Tambyah. 2001. Spot the difference:

consumer responses towards counterfeits. Journal of Consumer Marketing 18(3): 219-

235.

12 Bettman, J., & Sujan, M. (1987). Effects of framing on evaluations of comparable and

noncomparable alternatives by expert and novice consumers. Journal of Consumer

Research, No. 14, 141–154.

13 Becker, Gary. 1968. Crime and punishment: an economic approach. Journal of Political

Economy 76: 169-217.

14 Bloch, P. H., R. F. Bush & L. Campbell. 1993. Consumer ‘accomplices’ in product

counterfeiting: a demand-side investigation. Journal of Consumer Marketing 10(4): 27-

36.

15 Burke, J. D. 1973. Advertising in the Marketplace. New York: McGraw Hill Butler, P

and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and Prospect,

European Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 – 610.

16 Butler, P and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and

Prospect, European Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 – 610.

17 Butler, P and Peppard. (1998).Consumers Purchasing on the internet: Processes and

Prospect, European Management Journal, Vol. 16, No.5, pp. 600 – 610.

18 Dalam buku 'Revolusi Nokia,' Dan Steinback menjelajah pertumbuhan dan evolusi Nokia

daripada satu syarikat bahasa Finland yang kecil untuk satu konglomerat global.

19 Durvasula, S., dan S. Lysonski. 1993. Cross-Cultural Generalizability Of A Scale For

Profiling Consumers Decision- Making Styles.Journal Of Consumer Affairs. 27(1): 55.

53

Page 54: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

20 Deci, E. L., B. V. H. Gilman, dan H. W. Karn. 1972. Reading in Industrial and

Organizational Psychology. New York: McGraw-Hill.

21 Engel, J. F., R. D. Blacwell, dan P. W. Miniard. 1986. Consumer Behavior. New York:

The Dryden press.

22 Eva Chun, Marketing Manager, Edge Matrix (an Australian Mobile Content Provision

enabler), dalam Mac 2001.

23 Fox, S. (2000).Trust and Privacy Online : Why Americans Want To Rewrite The Rules,

Pew Internet and American Life Project.

24 Goldsmith, RE. and Hofacker, C.H. (1991).Measuring Consumers Innovativness. Journal

of The Academy of marketing Scince, Vol 19, Number 3, p 209 – 221.

25 Geal, McDonald & Christopher Roberts. 1994. Product Piracy: the problem that will not

go away. Journal of Product & Brand Management 3(4): 55-65.

26 Hassan, M. A. 1984. Perlukah Kesedaran Kepenggunaan? Dewan Budaya, Ogos, hlm.

47.

27 Glenn, W. C., dan J. B. Blaize. 1989. Consumer Behavior: A Decision-making Approach.

South Western Publishing. Hirschman, E. C. 1991. Secular mortality and the dark side of

consumer behavior:or how semiotics saved my life. Advances in Consumer Research 18:

1-4.

28 Hussin B Abdullah, Normizan B Bakar & Abdul Razak Chik. 2002. Consumer behavior

towards pirated CD/VCD’s usage, unpublished paper. School of Economics, Universiti

Utara Malaysia.

29 Jack Gold, Timbalan pengarah bagi syarikat Meta Group, dalam karyanya, Connecticut-

based technology consulting firm, pada tahun 2005.

30 Kerlinger, F. N. 1973. Foundation of Behavioral Research (2nd ed.). New York: Holt,

Rinehart and Winston, Inc.

31 Midgley, D. and Dowling, R.G. (1978). Innovativeness : The Concept of Optimal

Stimulations, Psychological Report, Vol. 1, pp. 27-33

32 Rogers, E.T. (1983).Diffusion of Innovations (3rd ed.), New York: Free Press. NY.

33 Rogers, E.M. (1976).New Product Adoption and Diffusion, Journal of Consumers

Research, Vol.2.

34 Schiffman, danKanuk. 2000. Consumer Behaviour(7ed.) United States: Prentice Hall.

54

Page 55: Pola penggunaan Telefon Bimbit Di Kalangan Pelajar  UPM

35 Selnes, Fred, and Troye, S.V.: Buying Expertise, Information Search, and Problem

Solving. Journal of Economic Psychology 10 (1989): 411–428.

36 Sproles, G. B., dan L. K. Elizabeth. 1986. A Methodology for Profiling Consumers’

Decision Making Styles. The Journal of Consumer Affairs. 24 (summer): 134-147.

37 Tom, G., B. Garibaldi, Y. Zeng & J. Plcher. 1998. Consumer demand for counterfeit

goods. Psychology and Marketing 15(5): 405-421.

38 Vrechopoulos, A.P., Siomkos, G.J., and Doukidis, G.I. (2001).Internet Shopping Ado\

ption by Greek Consumers, European Journal of Innovation Management, Vol.4, No 3,

pp 142-152.

39 Wee, C. H., S. J. Tan & K. H. Cheok. 1995. Non-price determinants of intention to

purchase counterfeit goods: an exploratory study. International Marketing Review 12(6):

19-46.

55