17728855 8244192 telefon bimbit menghakis nilai

Upload: ismail-yusop

Post on 03-Apr-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    1/61

    UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

    ZT1032 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

    TAJUK: TELEFON BIMBIT MENGHAKIS NILAI

    SEMESTER 1 SESI 2008/2009

    KUMPULAN 2 (DKG126H) PBJJ FPI (SYARIAH)PENSYARAH: USTAZ NASRUDDIN BIN YUNOS

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    2/61

    i

    PENGHARGAAN

    Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah (S.W.T), selawat dan salam buatjunjungan besar Baginda Nabi Muhammad ( S.A.W ), kaum keluarga Baginda seterusnyakepada mereka yang menyeru kepada jalan yang benar dan berpegang teguh denganSunnah Rasulullah sehingga ke hari perhitungan.

    Setinggi-tinggi penghargaan diberikan terutamanya kepada al-Fadhil Ustaz Nasruddinbin Yunos, selaku pensyarah Tamadun Islam dan Tamadun Asia yang banyak memberinasihat dan tunjuk ajar serta sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menyumbangkanpandangan, teguran, bimbingan sehingga kajian ini dapat disempurnakan.

    Sekalung terima kasih juga tidak dilupakan kepada sahabat handai dan rakanseperjuangan kami yang telah banyak memberikan sumbangan idea dan dorongan kepadakami bagi menyelesaikan tugasan ini. Dengan bantuan dan kerjasama daripada rakansekumpulan kami ini dapat memudahkan dan mempercepatkan penyelesaian tugasan yangtelah diberikan ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat.

    Ribuan terima kasih juga kepada pihak perpustakaan Perpustakaan Negara serta semua

    kakitangan perpustakaan yang turut membantu dalam mendapatkan maklumat kajian danrujukan bagi kajian ini.

    Akhir kata, jutaan kemaafan sekiranya terdapat sebarang kesilapan dalammenghuraikan setiap ulasan. Harapan kami agar penulisan ini sedikit sebanyak dapatmembantu memberi kefahaman yang jelas berkaitan isu telefon bimbit menghakisnilai, khususnya kepada pelajar-pelajar dan masyarakat amnya. Sesungguhnya segalayang baik itu adalah daripada Allah S.W.T dan segala yang kurang itu datangnyadaripada kelemahan diri kami sendiri. Semoga usaha yang sekecil ini diberikeberkatan oleh Allah S.W.T. InsyaAllah..

    Sekian, terima kasih.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    3/61

    ii

    KANDUNGAN

    Halaman

    PENGHARGAAN

    i

    KANDUNGAN

    ii

    BAB SATU: PENDAHULUAN

    1.1

    Latar Belakang Masalah

    1

    1.2

    Persoalan Kajian

    2

    1.3

    Objektif Kajian

    3

    1.4

    Hipotesis Kajian

    3

    1.5

    Skop Kajian

    5

    BAB DUA: KAJIAN LAPANGAN

    2.1

    Pengenalan

    6

    2.2

    Kaedah Kajian

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    4/61

    6

    2.3

    Objektif Kajian Soal Selidik

    6

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    5/61

    iii

    2.4

    Proses Perjalanan Soal Selidik 2.4.1 2.4.2 Penyediaan Borang Borang Soal Selidik2.4.2.1 Bahagian A 2.4.2.2 Bahagian B 2.4.3 2.4.4 Pengumpulan Data Soal SelidikPenyediaan Data Set

    6 7 7 7 8 8 9

    2.5

    Kesimpulan

    9

    BAB TIGA: SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA

    3.1 3.2

    Pengenalan Telefon SejarahPenciptaan Telefon 3.2.1 Pembangunan Awal

    10 10 11 12 13 14

    3.3 3.4 3.5

    Pengenalan Telefon Bimbit Kebaikan Telefon Bimbit Keburukan Telefon Bimbit\

    BAB 4: LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

    4.1 4.2

    Maklumat Kajian Keputusan Dan Laporan Borang Soal Selidik 4.2.1 4.2.2 Bahagian A(Latar Belakang Responden) Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian) 4.2.2.1 Sosial

    4.2.2.2 Ekonomi 4.2.2.3 Politik

    17 18 18 23 23 26 29 32

    4.3

    Kesimpulan

    BAB 5: RUMUSAN DAN PENUTUP

    5.1 5.2

    Rumusan Pendapar Responden

    33 35

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    6/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    7/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    8/61

    1 BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1

    Latar Belakang Masalah

    Telefon bimbit merupakan peranti eletronik, mudah alih, jarak dekat yang digunakansebagai alat perhubungan suara atau data melalui jaringan stesen pengkalan yangdikenali sebagai tapak sel. Ia turut memiliki fungsi tambahan seperti telefon,Telefon bimbit masa kini mampu membuat perkhidmatan GSM dan ciri tambahan, sepertikhidmat pesanan ringkas SMS bagi perutusan teks, surat-e, penukar paket bagicapaian Internet, permainan, bluetooth, infrared, kamera dengan perakam video danKhidmat Pesanan Multimedia (Multimedia Messaging Service MMS) bagi menghantardan menerima gambar dan LP[;video. Kebanyakan telefon mudah alih berhubung denganjaringan selular pada stesen pengkalan yang kemudiannya berhubung dengan jaringantelefon suis awam (public switched telephone network PSTN).1

    Seperti yang kita tahu bahawa pengguna telefon bimbit makin bertambah dari tahunke tahun. Pelbagai masalah telah berlaku akibat disalahgunakan. Baru-baru ini,

    sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu mendapat perhatian 'lebih', gara-garaaksi panas seorang pelajar perempuan dalam klip video yang tersebar ke serataMalaysia. Klip video yang berlatarbelakangkan sebuah kelas itu menjadi pilihanlokasi penggambaran 'krew remaja' yang sepatutnya menelaah buku. Rakaman videoyang dibuat menerusi telefon bimbit berkamera seperti itu sebenarnya bukan perkarabaru dan tidak hanya berlaku di sekolah. Sekali-sekala, dada akhbar turutmendedahkan kes seperti ini yang berlaku di bilik sewa, taman rekreasi dansebagainya. Suka atau tidak, ia seakan satu trend dalam era teknologi hari ini.2

    1 2

    http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbit Yeo Li Shian. 2008. JenayahTelefon Bimbit. Kosmo, 31 Oktober: 20.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    9/61

    2 Oleh yang demikian, Allah telah menjelaskan di dalam Al-Quran bahawa wajibmenjauhi segala perbuatan mungkar dan mendekatkan diri dengan perkara kebaikan.

    Firman Allah s.w.t. :

    Maksudnya : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) Yang masing-masingmenujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di manasahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada harikiamat untuk menerima balasan); Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiapsesuatu. Al-Baqarah (2): 148

    Para pengkaji memilih tajuk ini kerana masih terdapat ramai masyarakat masa kini,terutamanya remaja kurang kesedaran tentang bahaya telefon bimbit dalammempengaruhi sikap dan tindak tanduk mereka jika disalahgunakan. Ibu bapamerupakan pihak pertama yang bertanggungjawab dalam menangani masalah ini dariawal lagi. Tanpa perhatian yang sewajarnya, maka perkara yang sedemikian bolehberlaku terhadap anak-anak mereka.

    1.2

    Persoalan Kajian

    Dalam membuat kajian ini, para pengkaji akan menjelaskan beberapa persoalan kajianberdasarkan beberapa masalah yang timbul berkaitan dengan telefon bimbit.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    10/61

    3 1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4 Bagaimanakah sejarah kewujudan telefon di dunia? Apakahkebaikan dan keburukan menggunakan telefon bimbit? Apakah kesannya terhadapmasyarakat jika telefon bimbit disalahgunakan? Apakah pendapat yang dikemukakanoleh masyarakat pada masa kini berkaitan telefon bimbit menghakis nilai?

    1.3

    Objektif Kajian

    Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan yangdiinginkan, para pengkaji telah menggariskan beberapa objektif kajian. Berikutadalah:

    (a)

    Menyingkap kesan dunia tanpa batasan melalui kecanggihan dan kemajuan rangkaiantelefon bimbit.

    (b)

    Menganalisa

    peratus

    kesan

    positif

    dan

    negatif

    penggunaan

    telefon

    bimbit yang kini mampu menghakis nilai. (c) Mengupas keberkesanan penggunaantelefon bimbit dalam arus

    pembangunan negara kini. (d) Mewujudkan kesedaran dan melahirkan tindakan bagimengatasi

    pemasalahan yang timbul.

    1.4

    Hipotesis Kajian

    Hipotesis kajian bermaksud satu jangkaan awal terhadap sesuatu perkara yang belumpasti kebenarannya. Ia memainkan peranan penting bagi membantu pengkajimembuktikan jangkaan-jangkaan awal yang dibuat olehnya adalah benar. Oleh itu, didalam kajian ini, para pengkaji telah menyenaraikan beberapa hipotesis awal.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    11/61

    4 Melalui kesan terhadap nilai sosial masyarakat :

    1) Telefon bimbit memainkan peranan yang besar di dalam mempengaruhi kehidupanmasyarakat. 2) Peratusan yang sedikit terhadap penggunaan telefon bimbit untukberamal jariah berbanding untuk perkara yang tidak berfaedah. 3) Kebanyakan rakyatdi Malaysia berpendapat bahawa telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhanakhlak pada masa kini.

    Melalui kesan terhadap nilai ekonomi seseorang individu :

    1) Telefon bimbit dapat mempengaruhi ekonomi seseorang individu sehingga ianyaperlu diutamakan berbanding keperluan yang lain seperti hutang, sebagai simpanandan lain-lain. 2) Menggunakan telefon bimbit tidak dapat membantu dalam penjimatankos sara hidup, malah ianya akan menjadi bebanan kepada pengguna.

    Melalui kesan terhadap nilai politik negara :

    1) Penggunaan telefon bimbit juga membabitkan nilai politik sehingga bolehmenjatuhkan kredibiliti seorang ahli politik. 2) Telefon bimbit juga boleh memberikesan terhadap perjalanan sesebuah pilihanraya. 3) Rata-rata rakyat bersetujubahawa maklumat politik negara boleh disebarkan melalui telefon bimbit.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    12/61

    5 1.5 Skop Kajian

    Skop kajian dijalankan kepada beberapa skop tertentu supaya tidak bertentangandengan objektif asal penyelidikan ini. Fokus utama penyelidikan ini adalah untukmengkaji kesan penggunaan telefon bimbit terhadap akhlak dan sikap masyarakat.Para pengkaji juga membincangkan mengenai langkah-langkah bagi mengatasi masalahini.

    Bagi memudahkan kajian ini, pengkaji akan membuat soal selidik terhadap respondendan membuat rujukan dalam akhbar atau majalah. Seterusnya, dengan bantuan semuaahli kumpulan, para pengkaji akan mendapatkan maklumat yang lebih terperinciberkaitan telefon bimbit supaya memudahkan kajian ini dilakukan.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    13/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    14/61

    6 BAB 2

    KAJIAN LAPANGAN

    2.1

    Pengenalan

    Penerangan tentang penggunaan telefon bimbit boleh menghakis nilai. Dalam bab inipula menjelaskan kaedah yang digunapakai bagi mendapatkan hasil kajian. Bagimendapatkan hasil yang dikehendaki, kajian empirikal melalui soal selidikdijalankan.

    2.2

    Kaedah Kajian

    Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang penggunaan telefonbimbit adalah melalui borang soal selidik dan sesi temubual ringkas bersama denganpengguna-pengguna telefon bimbit.

    2.3

    Objektif Kajian Soal Selidik

    Secara khususnya, soal selidik adalah untuk memperolehi dan mengumpul maklumatdari pengalaman responden tentang penggunaan telefon bimbit sebagai mewakiliseluruh pengguna telefon bimbit di Malaysia.

    2.4

    Proses Perjalanan Soal Selidik

    Proses perjalanan soal selidik adalah melalui penyediaan borang-borang soal

    selidik, pengumpulan data soal selidik dan penyediaan graf. Ini dijelaskan sepertiberikut:

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    15/61

    7 2.4.1 Penyediaan Borang

    Borang disediakan daripada input kajian literatur. Kemudian, diinterpreastasisoalan dengan menekankan kesemua objektif kajian. Pecahan setiap soalan dilakukanagar kajian yang lebih terperinci dan menepati kehendak objektif. Hasil daripadaobjektif kemudiannya dituruti kajian literatur dan seterusnya soal selidikdisediakan untuk responden yang terpilih.

    2.4.2

    Borang Soal Selidik

    Soal selidik dilaksanakan untuk mendapatkan maklum balas daripada orang ramaiterutamanya pengguna telefon bimbit, dimana kesemua adalah dari sekitar kawasanLembah Klang. Borang soal selidik disediakan dengan pelbagai persoalan sepertijantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahap pendidikan, sektor pekerjaan,pendapatan bulanan para responden dalam penggunaan telefon bimbit. Soalan-soalanadalah berdasarkan pilihan jawapan mengikut turutan skala kepentingan menaik.Soalan-soalan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A adalah LatarBelakang Responden dan Bahagian B adalah Maklumat Terperinci Kajian.

    2.4.2.1 Bahagian A

    Latar Belakang Responden, iaitu bahagian ini menyatakan tentang latar belakangresponden dari aspek seperti jantina, umur, bangsa, taraf perkahwinan, tahappendidikan, sektor pekerjaan, pendapatan bulanan para responden dalam penggunaantelefon bimbit. Melalui latar belakang ini dapat dikaitkan hubungannya denganmaklumat terperinci kajian tentang pengguna-pengguna telefon bimbit dengan baik.Ini dapat membantu mengetahui dan memahami dengan jelas bentukbentuk penggunaantelefon bimbit yang sering digunakan oleh pengguna-pengguna telefon bimbit dankesannya dalam aspek kehidupan mereka merangkumi soaial, budaya dan ekonomi.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    16/61

    8 2.4.2.2 Bahagian B

    Maklumat Terperinci Kajian pula adalah kebanyakan soalan-soalan disediakanberserta jawapan yang harus ditanda oleh responden berdasarkan pilihan mereka.Soalan ini kebanyakannya menjurus kepada penggunaan telefon bimbit yang merangkumiaspek sosial, ekonomi dan politik yang mana boleh menjurus kepada terhakisnyanilai ataupun tidak. Penganalisaan penggunaan telefon bimbit yang efektif dapatdikenalpasti dan telah memenuhi pertimbangan dalam semua aspek yang terlibat.

    2.4.3

    Pengumpulan Data Soal Selidik

    Pengumpulan data dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu Bahagian A dan Bahagian B.Data diperolehi daripada kajian yang dilakukan terhadap orang ramai daripadaresponden pengguna telefon bimbit. Kawasan kajian adalah sekitar kawasan LembahKlang dan borang soal selidik telah diedar secara rawak terdiri daripada daerahHulu Langat, Bangi, Serdang, UKM, UPM dan Sepang. Daerah yang dikenalpastitersebut menepati ciri-ciri yang

    dikehendaki, iaitu corak penggunaan telefon bimbit yang berbeza dengan taraf

    hidup, tahap pendidikan, sektor pekerjaan dan pendapatan bulanan penggunapenggunatelefon bimbit.

    Hasil daripada penyediaan set borang soal selidik sebanyak 150 salinan yang telahdihantar kepada responden tersebut, dalam tempoh masa yang diberikan selama empatminggu, hanya terdapat 100 responden sahaja yang mengembalikan dan memberi jawapanmenepati kehendak soalan. Selebihnya responden menghantar borang tidak lengkap,tidak mengembalikan semula, berpindah tempat kerja dan lain-lain. Kebanyakanresponden adalah terdiri daripada pekerja sektor awam, terutamanya guru. Iniadalah kerana guru merupakan golongan atau pihak yang banyak terdedah dengancabaran yang

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    17/61

    9 berhadapan dengan remaja yang mana merupakan aset penting dalam sesebuahmasyarakat yang juga merupakan bakal pemimpin masa akan datang.

    2.4.4

    Penyediaan Data Set

    Penyediaan data set adalah dengan menggunakan perisian Microsoft Excel dan

    Microsoft Word . Ini bertujuan untuk menunjukkan keputusan daripada hasil kajianyang dibuat . Kaedah ini mudah digunakan serta cepat. Pengiraan dibuat secaraautomatik dengan memasukkan data yang hendak dianalisis. Keputusan data juga bolehdibuat dalam bentuk graf, carta pai dan lain-lain. Tambahan pula, data diperolehboleh dipelbagaikan cara persembahannya agar lebih menarik dan mudah difahami.Seterusnya, membolehkan para pengkaji menganalisis daripada graf dan lain-lainserta membentangkan dengan lebih berkesan.

    2.5

    Kesimpulan

    Data yang dikumpulkan dibuat analisa dengan menggunakan kaedah yang bersesuaian

    dengan objektif yang hendak dicapai. Analisa data terperinci dan perbincanganhasil analisa dibincangkan dalam bab Keputusan dan Laporan.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    18/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    19/61

    10 BAB 3

    SEJARAH KEMUNCULAN TELEFON DAN BAIK BURUKNYA

    3.1

    Pengenalan Telefon

    Telefon berasal daripada bahasa Yunani tele bermaksud Jauh. Manakala phone pulabermaksud suara. Ia adalah alat telekomunikasi yang digunakan bagi memancar danmenerima bunyi dari segi suara dan percakapan.3 Ia boleh dilakukan pada jarakdekat, jauh atau secara bebas tanpa wayar.

    Menurut Kamus Dewan, telefon ialah alat untuk bercakap dengan orang yang jauh (dgnmenggunakan tenaga elektrik dan kawat atau hubungan satelit). Ia juga bermaksudpercakapan (panggilan) yg menggunakan alat tersebut. 4Seperti yang kita ketahui,sebelum alat komunikasi dicipta, manusia pada zaman dahulu meggunakan cara kunountuk menyampaikan maklumat dan menyebarkan berita. Antara cara- cara yangdigunakan oleh mereka pada masa itu ialah seperti menulis di dinding- dinding gua,menyalakan unggun api, kepulan asap, memukul gendang dan mengikat secebis kertaspada kaki burung merpati.

    3.2

    Sejarah Penciptaan Telefon5

    Sejarah awal terciptanya sebuah telefon adalah sedikit mengelirukan apabila banyakpertikaian dan percanggahan pendapat oleh pihak pihak tertentu yang menuntut hakpaten masing masing. Wujudnya telefon moden sekarang ini adalah hasil sumbangandan usaha gigih banyak pihak, yang sepatutnya diberikan pengiktirafan yangselayaknya.

    3 4

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon. Kamus Dewan.http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_utama=telefon&sid=3e9cc dd6e72294f7176dfa77174d2af1. 5 http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    20/61

    11 3.2.1 Pembangunan Awal6

    Berikut adalah huraian secara ringkas sejarah penciptaan telefon:

    (a) 1849 - Antonio Meucci Mendemonstrasi suatu peranti yang kemudian dipanggiltelefon kepada orang ramai di Havana.

    (b) 1854 - Charles Bourseul Menerbitkan suatu penerangan mengenai make-break

    transmiter telefon dan penerima tetapi tidak membuat sebarang instrumen kerja.

    (c) 1854 - Meucci Mendemonstrasi telefon elekterik di New York.

    (d) 1860 - Johann Philipp Reis

    (e) 1860 - Meucci Dijangka ketika itu mendemonstrasi telefon tersebut di StatenIsland. (f) 1861 Reis Berjaya memindahkan suara secara elektrikal dengan jarakmelebihi 340 kaki. Untuk lebih lanjut, lihat telefon ciptaan Reis.

    (g) 1871 - Meeucci Memfailkan satu paten caveat.

    (h) 1872 - Elisha Gray Menubuhkan Western Electric Manufactering Company.

    6

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    21/61

    12 (i) July 1873 - Thomas Alva Edison Menemukan rintangan yang berbeza pada grainkarbon oleh kerana tekanannya tetapi terpaksa menangguhkan penyelidikannya.

    (j) 1874 - Gray Mendemonstrasi telefon transmiter cecairnya di Gereja HighlandPark Presbyterian.

    (k) 2 June 1875 - Alexander Graham Bell Orang pertama memindahkan suaranya melaluitelefon.

    (l) 1 July 1875 - Bell Pertama kali menggunakan telefon berkebolehan dwi-arah.Kedua-dua, transmiter atau penghantar dan penerima isyarat merupakan instrumenmembran yang serupa.

    (m) 14 February 1876 - Bell Memfailkan telefon tersebut sebagai paten pertamabeliau. i. Dua jam kemudian, Grayy memfailkan paten caveatnya.

    (n) 30 January 1877 - Bell Mempatenkan telefon dengan transmiter-penerimaelektrodinamik.

    3.4

    Pengenalan Telefon Bimbit7

    Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasukmasyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambangkemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telahberubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefonselular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefonbimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpa7

    8. Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. DewanSiswa Oktober:

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    22/61

    13 peranti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkanpelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kinisemakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa kesemasa.

    Kaji selidik yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM) pada awal tahun 2006 mendapati bahawa orang Melayu masih kekal sebagaipengguna telefon bimbit terbanyak. Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Industri

    SKMM, Bistamam Siru Abdul Rahman berkata, kajian itu juga mendapati 53.9% penggunaperkhidmatan itu adalah kaum Melayu, diikuti Cina 32.4%, manakala India sertaBumiputera Sabah dan sarawak masing-masing 6.5% dan 6.3%. Sebanyak 57.4% penggunatelefon bimbit ialah lelaki, manakala wanita 42.6% dengan 93.7% daripadanya adalahrakyat Malaysia, manakala 6.3% melibatkan rakyat asing. Hal ini menunjukkan betapabesarnya pasaran telekomunikasi di Malaysia, terutamanya penggunaan telefon bimbitprabayar.

    Walaupun pada mulanya kehadiran teknologi telefon bimbit atau lebih dikenalisebagai telefon selular dianggap sebagai barang mahal yang dapat dimiliki olehmereka yang mampu sahaja, tetapi kini, semua orang dapat memiliki telefon bimbitkerana harganya yang berpatutan.

    3.5

    Kebaikan Telefon Bimbit8

    (a)

    Penguatkuasa undang-undang telah menggunakan bukti telefon bimbit dalam beberapacara :

    i. Teknik triangulation : boleh digunakan bagi menunjukkan bahawa telefon bimbitseseorang berada di tempat tertentu pada masa yang tertentu.

    8

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    23/61

    14 ii. NIST telah menerbitkan garis panduan dan prosedur bagi pengekalan,penerimaan, pemeriksaan, analisa dan laporan

    berkenaan maklumat digital yang ada pada telefon bimbit yang boleh didapati diNIST Publication SP800-101.

    (b) Tindak balas semasa berlakunya bencana :

    i. Menu berinteraksi yang boleh dicapai melalui pelayar Web telefon memberitahusyarikat sekiranya pengguna selamat atau dalam keadaan merbahaya ii. Perkhidmatanpenyelamat mencadangkan pengembara agar

    membawa telefon bimbit dalam kes kecermasan sungguhpun berada dalam hutanterpencil di luar perkhidmatan selular, disebabkan isyarat telefon sel cubamenghubungi stesen pangkalan mampu dikesan oleh pesawat penyelamat yang dilengkapidengan perkakasan pengesan khas, yang terbang di atas

    3.6

    Keburukan Telefon Bimbit (a) Telefon bimbit biak Tumor Otak9

    i. penyakit ketumbuhan (tumor) itu yang dikenali sebagai akoustik neuroma, iaitubarah pada sebelah kepala, di mana telefon bimbit selalu diletakkan, meningkatempat kali ganda sekarang. ii. Akoustik neuroma adalah tumor yang tidak bersifatbarah, berlaku atas saraf yang mempunyai hubungan dengan otak dan bahagian dalamtelinga. iii. Simptom awal paling biasa ialah kehilangan pendengaran tapi apabilatumor itu semakin membesar, ia akan menolak ke arah tisu

    9

    2004. Telefon Bimbit Biak Tumor Otak. Berita Harian, 16 Oktober.http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumor-otak [29Mac 2006].

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    24/61

    15 otak dan boleh membawa maut sekiranya tidak diberi rawatan segera.

    (b) Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan dan ayat al-Quran10 i.Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci alQuran dijadikansebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam.ii. Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata bahawa perbuatan itu bersifat makruh apalagijika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premishiburan seperti disko. iii. Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria berkata

    bahawa memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada deringitu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.

    (c)

    Menjejaskan kualiti air mani11

    i. Satu lagi kajian terbaru, di mana kajian ini adalah dari Klinik Cleveland,Center for Reproductive Medicine, mengatakan bahawa meletakkan telefon bimbit yangdi dalam mod bercakap di dalam poket seluar boleh memberi kesan kepada terjejasnyakualiti air mani.

    ii. Sekumpulan pengkaji yang diketuai oleh Ashok Agarwal telah mengambil contohair mani dari 32 orang lelaki dan membawanya ke makmal. Setiap contoh itudiletakkan dalam tiub kon kecil dan dibahagikan kepada 2 kumpulan, iaitu kumpulanujian dan10

    Ulama Saudi larang nada dering telefon bimbit azan, ayat al-Quran.http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nada-dering-telefon-bimbit-azanayat-al-quran. [29 Ogos 2006]. 11 CNN.http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkan-kanser-otakpada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. [24 September 2008].

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    25/61

    16 kumpulan kawalan. Kumpulan kawalan tidak didedahkan kepada

    emisi telefon bimbit, tetapi diletakkan dalam keadaan dan suhu yang sama dengankumpulan ujian. Air mani kumpulan kawalan diletakkan 2.5 cm dari telefon bimbit850mhz yang berkeadaan mod bercakap selama 1 jam. Pengkaji-pengkaji itu mengatakanbahawa 850mhz adalah frekuensi yang biasa terdapat pada telefon bimbit. iii.Secara keseluruhan, pengkaji-pengkaji mendapati bahawa

    penambahan dalam tekanan oxidatif seperti penambahan nyata dalam radikal bebas danoksidan dan pengurangan pada antioksidan. Agarwal mengatakan bahawa itu bermaknapengurangan dalam kualiti air mani tersebut. Secara purata, 85% berlaku penambahanradikal bebas pada subjek kajian itu dan telah diketahui bahawa radikal bebasadalah dihubungkait dengan pelbagai penyakit pada manusia termasuklah kanser. iv.Dalam kajian sebelumnya , Agarwal dan pasukannya itu telah menemui bahawa lelakiyang menggunakan telefon bimbit lebih dari 4 jam sehari telah nyata menurunkualiti air maninya berbanding mereka yang menggunakan telefon bimbit kurang dari4 jam. Laporan tersebut berdasarkan dari data kajian terhadap 361 subjek. v.Kajian ini tidak semestinya membuatkan anda sudah tidak boleh meletakkan telefonbimbit anda di dalam poket lagi kerana menurut Agarwal, Kajian kami tidakmempunyai cukup bukti bagi anda berhenti meletakkan telefon bimbit di dalam poketanda. Ada banyak perkara lagi yang perlu dibuktikan sebelum kita dapat ke

    peringkat itu. katanya.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    26/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    27/61

    17 BAB 4

    LAPORAN DAN KEPUTUSAN KAJIAN

    4.1

    Maklumat Kajian

    Kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sejauh mana telefonbimbit menghakis nilai adalah melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada150 orang responden. Soalan-soalan ini telah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitubahagian A tentang latar belakang responden dan bahagian B tentang maklumatterperinci kajian. Di dalam 150 orang responden ini, hanya 100 borang soal selidikdikembalikan semula. Berikut merupakan pembahagian responden mengikut peringkatumur mereka:

    1- 25 orang responden yang berumur bawah 17 tahun. 2- 25 orang responden yangberumur sekitar 18 hingga 30 tahun. 3- 25 orang responden yang berumur sekitar 31hingga 54 tahun. 4- 25 orang responden yang berumur sekitar 55 tahun dan ke atas.

    Segala maklumat yang dikehendaki dari para responden telah dibina dalam bentuk

    soalan-soalan yang mencakupi beberapa aspek dalam bahagian B. Antaranya aspeksoaial, ekonomi dan politik. Soalan-soalan ini disediakan bertujuan untukmengetahui pandangan masyarakat umum terutama pengguna-pengguna telefon bimbittentang sejauh mana telefon bimbit boleh menghakis nilai. Berikut merupakansoalan-soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik yang telah diedarkankepada responden berserta dengan laporan yang diterima.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    28/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    29/61

    19 2Bangsa45 40 35 30 25 20 15 10 5 0

    40 30 30India Cina

    Jumlah

    Bangsa

    Rajah 4.2

    Jumlah Responden Mengikut Bangsa

    Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini terdiri dari 40% daripadagolongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India.

    3-

    Status Perkahwinan

    20

    20

    60

    Rajah 4.3

    Jumlah Responden Mengikut Status Perkahwinan

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    30/61

    20 Laporan: Para responden yang menyertai kajian ini,20 orang ialah dari kalanganberstatus bujang dan bilangan ini sama dengan responden yang berstatusbercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dari responden yang telah berkahwin.

    4-

    Umur45 40 35 30 Jumlah 25 20 15 10 5 0 Tahun 10

    31-54

    40 35< 17 18-30

    15> 55

    Rajah 4.4

    Jumlah Responden Mengikut Umur

    Laporan: Hasil penyertaan bagi para responden yang mengambil bahagian dalam borang

    soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yang berumur 17 tahun dan ke bawahialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18 hingga 30 tahun ialah sebanyak 40orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogari ini, manakala mereka yang berumur31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan mereka yang berumur 50 tahun ke atasialah sebanyak 15 orang.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    31/61

    21 5Tahap Pendidikan40 35 30 Jumlah 25 20 15 10 5 0 Tahap PendidikanDIPLOMA DAN STPM IJAZAH DAN KE ATAS

    35 25 20 20PMR DAN KE BAWAH SPM

    Rajah 4.5

    Jumlah Responden Mengikut Tahap Pendidikan

    Laporan: Soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepada empat ketogari iaitu PMRdan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas. Bagi tahap PMR dan kebawahialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma dan STPM ialah sebanyak 20 orang,manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20 orang.

    6-

    PekerjaanPekerjaan

    Pelajar, 20 Kerajaan, 3 5

    Surirumah, 10

    Swasta, 35

    Rajah 4.6

    Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pekerjaan

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    32/61

    22 Laporan: Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialahsebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.

    7-

    Pendapatan Bulanan>5001 3001-5000 1501-3000

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    33/61

    23 4.2.2 Bahagian B (Maklumat Terperinci Kajian)

    Bahagian B ini mengandungi 3 bahagian iaitu aspek Sosial, Ekonomi, dan Politik.

    4.3.2.1 Sosial (a) Sejauh manakah telefon bimbit mampu mempengaruhi anda sebagaipengguna ?

    Sedikit Pendapat

    10

    Sederhana

    10

    Banyak

    80

    0

    20

    40

    60 Peratus

    80

    100

    Rajah 4.8

    Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Pengaruh Terhadap Telefon Bimbit

    Laporan: Sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan denganpenggunaan telefon bimbit banyak

    mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pula berpendapat penggunaan telefon bimbittidak banyak mempengaruhi dan begitu juga yang berpendapat hanya sedikit sahajayang mempengaruhi.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    34/61

    24 (b) Pernahkah anda menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal?

    80 70 60 Peratus 50 40 30 20 10 0

    70

    30

    Ya Pendapat

    Tidak

    Rajah 4.9

    Jumlah Peratusan Pendapat Responden Yang Pernah Membuat Kegiatan Amal

    Laporan:

    Sebanyak

    70%

    dari

    kalangan

    responden

    pernah

    menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala 30% lagi tidak.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    35/61

    25 (c) Adakah penggunaan telefon bimbit menjadi salah satu punca keruntuhan akhlakremaja masa kini?90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

    80

    Peratus

    20 0 Ya Tidak Pendapat Kurang Pasti

    Rajah 4.10 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Punca Keruntuhan Akhlak

    Laporan: Sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbit menjadi salah satupunca keruntuhan akhlak remaja masa kini.Tiada respon yang diterima membangkangsoalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    36/61

    26 4.3.2.2 Ekonomi

    (a) Pernahkah

    anda

    mengutamakan

    perbelanjaan

    yang

    berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain?

    Tidak 40%

    Ya 60%

    Rajah 4.11 Jumlah Peratusan Responden Yang Mengutamakan Perbelanjaan TelefonBimbit

    Laporan:

    Sebanyak

    60%

    dari yang

    kalangan

    responden telefon

    pernah bimbit

    mengutamakan

    perbelanjaan

    berkaitan

    berbanding perbelanjaan lain. Manakala 40% yang lain mengatakan tidak.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    37/61

    27 (b) Jika ya, pilih sumber kewangan berikut66

    70 60 50 40 30 20 10 0

    Peratus

    17

    17

    Pinjaman pelajaran/biasisw a/pinjaman bank/zakat

    Wang poket dari ibubapa/tabung simpanan sendiri

    Sumber Kewangan

    Rajah 4.12 Jumlah Peratusan Responden Mengikut Pilihan Sumber Kewangan

    Laporan:

    Sebanyak

    60%

    dari yang

    kalangan

    responden telefon

    mengutamakan

    perbelanjaan

    berkaitan

    berbanding perbelanjaan lain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poketdaripada ibubapa/ tabung simpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakandari sumber pinjaman pelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% darikalangan responden telah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluanhidup/ melunaskan hutang.

    Gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/melunaska n hutang

    pernah bimbit

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    38/61

    28 (c) Adakah anda berpendapat bahawa dengan menggunakan telefon bimbit dapatmembantu dalam penjimatan kos sara hidup?

    Tidak Membantu Pendapat

    20

    Kurang pasti

    60

    Boleh membantu

    20

    0

    20

    40 Peratus

    60

    80

    Rajah 4.13 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Dalam Penjimatan Kos Sara Hidup

    Laporan: 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa dengan menggunakan telefonbimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60% lagi kurang pastimanakala 20% lagi mengatakan tidak.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    39/61

    29 4.3.2.3 Politik

    (a) Adakah anda bersetuju kita penggunaan telefon bimbit boleh menjatuhkankreadibiliti seseorang ahli politik?

    Tidak 40% Ya 60%

    Rajah 4.14 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tengtang Telefon Bimbit Menjatuhkan

    Ahli Politik

    Laporan: 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaan telefon bimbitboleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40% lagi mengatakantidak.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    40/61

    30 (b) Adakah penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanansebuah pilihan raya?100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0

    90

    Peratus

    10

    Ya Pendapat

    Tidak

    Rajah 4.15 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Telefon Bimbit MemberiKesan Terhadap Pilihanraya

    Laporan:

    90% dari responden menyokong bahawa dengan

    penggunaan telefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihanraya,manakala 10% mengatakan tidak

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    41/61

    31 (c) Jika ya, apakah kesannya?70 60 50 Peratus 40 30 20 10 0 Positif Pendapat Negatif

    Rajah 4.16 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Kesan Terhadap Pilihanraya

    Laporan: Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapat ianya memberi kesanpositif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    42/61

    32 (d) Adakah anda bersetuju jika maklumat politik negara disebarkan melaluitelefon bimbit?70 60 50 Peratus 40 30 20 10 0 Bersetuju Pendapat Tidak Bersetuju 40 60

    Rajah 4.17 Jumlah Peratusan Pendapat Responden Tentang Maklumat Politik DisebarkanMelalui Telefon Bimbit

    Laporan: Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara

    disebarkan melalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.

    4.4

    Kesimpulan

    Walaubagaimanapun, terdapat juga satu soalan yang mana telah disediakan untuk pararesponden tetapi bukan dalam bentuk pilihan jawapan.Soalan ini merupakan soalantentang pendapat para responden tentang sejauhmana telefon bimbit ini bolehmenghakis nilai.Rumusan daripada jawapan-jawapan yang diberi akan dijelaskan didalam bab Rumusan, Saranan dan Kesimpulan.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    43/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    44/61

    33 BAB LIMA

    RUMUSAN DAN PENUTUP

    4.1.

    Rumusan

    Teknologi telekomunikasi telah banyak mengubah gaya hidup manusia, termasukmasyarakat di negara kita. Jika satu ketika dulu telefon bimbit salah satu lambangkemewahan atau barangan eksklusif lagi berprestij, tetapi kini persepsi itu telahberubah. Telefon mudah alih atau juga dikenali sebagai telefon bimbit atau telefonselular sudah menjadi keperluan harian. Bayangkan jika anda tidak memiliki telefonbimbit sekarang. Bagi sesetengah orang, mereka terasa benar sukarnya hidup tanpaperanti ranggi itu. Pelbagai syarikat telekomunikasi berlumba-lumba menawarkanpelbagai perkhidmatan kepada pelanggan masing-masing. Perubahan gaya hidup kinisemakin terasa apabila teknologi telekomunikasi terus berkembang dari semasa kesemasa.

    Berdasarkan kepada kajian ini, para responden yang menyertai kajian ini terdiridari 50 orang lelaki dan 50 orang perempuan. Mereka terdiri dari 40% daripada

    golongan berbangsa melayu,30% berbangsa Cina, dan 30% berbangsa India. Merekaterdiri daripada 20 orang dari kalangan berstatus bujang dan bilangan ini samadengan responden yang berstatus bercerai.Manakala 60 orang lagi ialah dariresponden yang telah berkahwin. Hasil penyertaan bagi para responden yangmengambil bahagian dalam borang soal selidik adalah seperti berikut. Mereka yangberumur 17 tahun dan ke bawah ialah sebanyak 10 orang, mereka yang berumur 18hingga 30 tahun ialah sebanyak 40 orang dan merupakan yang tetinggi dalam katogariini, manakala mereka yang berumur 31 hingga 54 tahun sebanyak 35 orang dan merekayang berumur 50 tahun ke atas ialah sebanyak 15 orang.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    45/61

    34 Selain itu, dirumuskan bahawa soalan bagi tahap pendidikan terbahagi kepadaempat ketogari iaitu PMR dan kebawah, SPM, Diploma dan STPM, Ijazah dan ke atas.Bagi tahap PMR dan kebawah ialah sebanyak 25 orang, SPM sebanyak 35,Diploma danSTPM ialah sebanyak 20 orang, manakala Ijazah dan ke atas juga ialah sebanyak 20orang. Responden dari kalangan mereka yang bekerja di sektor kerajaan ialahsebanyak 35 orang, sektor swasta ialah sebanyak 35 orang, surirumah pula sebanyak10 orang,manakala pelajar dan yang tidak bekerja pula ialah sebanyak 20 orang.Pendapatan para responden telah dibahagikan kepada 4 tahap iaitu 1500 dan ke bawah

    iaitu sebanyak 50 orang, 1501 hingga 3000 sebanyak 25 orang,3001 hingga 5000sebanyak 15 orang,manakala 5001 ke atas sebanyak 10 orang.

    Dari segi sosial, sebanyak 80% daripada kalangan para responden mengatakan denganpenggunaan telefon bimbit banyak mempengaruhi diri mereka. Manakala 10% pulaberpendapat penggunaan telefon bimbit tidak banyak mempengaruhi dan begitu jugayang berpendapat hanya sedikit sahaja yang mempengaruhi. Sebanyak 70% darikalangan responden pernah menggunakan telefon bimbit untuk kegiatan amal manakala30% lagi tidak. Kemudian, sebanyak 80% responden menyokong bahawa telefon bimbitmenjadi salah satu punca keruntuhan akhlak remaja masa kini. Tiada respon yangditerima membangkang soalan ini manakala hanya 20% yang kurang pasti.

    Dari segi ekonomi, sebanyak 60% dari kalangan responden pernah mengutamakan

    perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaan lain. Manakala40% yang lain mengatakan tidak. Sebanyak 60% dari kalangan responden pernahmengutamakan perbelanjaan yang berkaitan telefon bimbit berbanding perbelanjaanlain. 17% daripadanya telah menggunakan sumber wang poket daripada ibubapa/ tabungsimpanan sendiri, sama juga bagi mereka yang menggunakan dari sumber pinjamanpelajaran/ biasiswa/ pinjaman bank/ zakat. Manakala 66% dari kalangan respondentelah memilih sumber gaji yang diperuntukkan untuk keperluan hidup/ melunaskanhutang. Kemudian, 20% dari kalangan responden berpendapat bahawa denganmenggunakan telefon bimbit dapat membantu dalam penjimatan kos sara hidup. 60%lagi kurang pasti manakala 20% lagi mengatakan tidak.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    46/61

    35 Dari segi politik pula, 60% dari responden bersetuju bahawa dengan penggunaantelefon bimbit boleh menjatuhkan kreadibiliti seorang ahli potitik manakala 40%lagi mengatakan tidak. 90% dari responden menyokong bahawa dengan penggunaantelefon bimbit boleh memberi kesan terhadap perjalanan sesebuah pilihanraya,manakala 10% mengatakan tidak. Dari 90% yang menyokong, hanya 35% berpendapatianya memberi kesan positif manakala 65% lagi mengatakan sebaliknya. Kemudian,Sebanyak 40% dari responden bersetuju jika maklumat politik negara disebarkanmelalui ahli politik manakala 60% lagi mengatakan tidak.

    Sebagai kesimpulan, berdasarkan pengamatan terhadap kajian yang telah dijalankan,masyarakat perlu diberi pendedahan dan kefahaman yang meluas mengenai fungsisebenar telefon bimbit dalam melahirkan masyarakat yang berakhlak dan bertamadun.Pihak kerajaan seharusnya mengambil langkah ini agar gejala-gejala yang tidaksihat tidak menular di negara kita yang tercinta. Sehubungan dengan itu, parapengkaji ingin berkongsi beberapa pandangan dan saranan-saranan berikut.

    4.2

    Pendapat Responden

    Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin menyatakan beberapa pendapat responden

    berkaitan telefon bimbit menghakis nilai sesebuah masyarakat.

    1.

    Dapat memberi kesan yang buruk terhadap remaja seperti penyebaran gambargambarlucah, mesej-mesej yang boleh mendatangkan pergaduhan atau perbalahan. Penggunaantelefon bimbit dengan tidak terkawal boleh

    menyebabkan pembaziran.

    2.

    Telefon bimbit boleh memberikan nilai positif dan negatif terhadap remajaremaja

    pada masa kini. Ia boleh menyebabkan gejala sosial remaja meningkat danmenimbulkan pelbagai kegiatan jenayah.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    47/61

    36 3. Telefon bimbit boleh menghakis nilai dengan meminta wang belanja daripadaibu bapa dan penipuan boleh berlaku. Ia juga boleh meruntuhkan akhlak seseorangjika bercerita perkara-perkara yang tidak baik. 4. Telefon bimbit juga bolehmerosakkan pemikiran remaja pada masa kini disebabkan terlalu banyak perkhidmatanhiburan disediakan dalam telefon bimbit sehingga boleh melalaikan. 5. Bolehmenjatuhkan maruah seseorang, terutamanya dalam situasi gosip dan fitnah. Jikamesej yang disebarkan berbentuk fitnah atau gosip, ia akan memalukan orang yangdifitnah, seterusnya menyebabkan berlakunya

    permusuhan dan dendam.

    4.3

    Saranan

    Dalam mengkaji isu ini, para pengkaji ingin memberikan beberapa saranan kepadasemua pihak, terutamanya remaja agar melengkapkan diri dengan akhlak yang muliaagar telefon bimbit tidak menghakis nilai mereka.

    1-

    Penggunaan telefon bimbit boleh menyebabkan kesan positif dan negatif, tetapipenggunaannya di kalangan kanak-kanak adalah tidak digalakkan kerana banyakperkara negatif akan berlaku jika tidak dikawal oleh ibu bapa.

    2-

    Ibu bapa harus memantau segala aktiviti anak mereka, terutamanya penggunaantelefon bimbit dan memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pendidikananakanak.agar gejala sosial tidak berlaku.

    3-

    Semua pihak terutamanya kerajaan harus menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk

    pengguna telefon bimbit yang dapat memberi faedah kepada mereka dan menyekatsebarang kegiatan-kegiatan negatif yang melibatkan telefon bimbit.

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    48/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    49/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    50/61

    38 RUJUKAN

    Internet

    http://teknologi-maklumat.com/wiki/Telefon_bimbithttp://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon.

    Kamus Dewan. http://www.karyanet.com.my/knetbeta/index.php?tpf=kamus_Dewan&kata_ut

    ama=telefon&sid=3e9ccdd6e72294f7176dfa77174d2af1.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_bimbit#Penguatkuasa_undang-undang.

    2004.

    Telefon

    Bimbit

    Biak

    Tumor

    Otak.

    Berita

    Harian,

    16

    Oktober.

    http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/03/29/telefon-bimbit-biak-tumorotak [29Mac 2006].

    Ulama

    Saudi

    larang

    nada

    dering

    telefon

    bimbit

    azan,

    ayat al-Quran.

    http://telefonbimbit.wordpress.com/2006/08/29/ulama-saudi-larang-nadadering-telefon-bimbit-azan-ayat-al-quran. [29 Ogos 2006].

    CNN. http://hikmatun.wordpress.com/2008/09/24/telefon-bimbit-boleh-menyebabkankanser-otak-pada-kanak2-dan-menurunkan-kualiti-sperma. 2008]. [24

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    51/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    52/61

    39 Majalah

    Haji Samat Buang. 2006. Telefon Bimbit Antara Keperluan Dan Gaya Hidup. DewanSiswa Oktober:

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    53/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    54/61

    40 LAMPIRAN A

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    55/61

    41

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    56/61

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    57/61

    43

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    58/61

    44

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    59/61

    45

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    60/61

    46

  • 7/28/2019 17728855 8244192 Telefon Bimbit Menghakis Nilai

    61/61