tekno pendidikan tan pengenalan

14
HASIL PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan konsep Teknologi , pengajaran dan Pendidikan . 2. Membezakan Teknologi Pengajaran dan Teknologi Pendidikan. 3. Menyenaraikan fungsi dan peranan Teknologi Pengajaran. 1.1 PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran ialah satu proses yang mendorong penemuan pengetahuan serta kemahiran yang akan mengubah Bab Bab 1 1 Pengenalan Pengenalan Kepada Kepada Teknologi Teknologi Pendidikan Pendidikan

Upload: izlyzlya

Post on 25-Nov-2015

39 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

tekno

TRANSCRIPT

templete BBP10303

10BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

11BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN

Pengenalan Kepada Teknologi PendidikanBab 1

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Menerangkan konsep Teknologi, pengajaran dan Pendidikan.2. Membezakan Teknologi Pengajaran dan Teknologi Pendidikan.3. Menyenaraikan fungsi dan peranan Teknologi Pengajaran.

1.1 PENGENALANPengajaran dan pembelajaran ialah satu proses yang mendorong penemuan pengetahuan serta kemahiran yang akan mengubah sikap seseorang. Perkembangan teknologi telah menyebabkan reformasi ke atas corak dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesuatu perubahan yang menyeluruh perlu disedarkan dan diamalkan untuk memastikan hasil pembelajaran akan tetap dicapai, tetapi, dengan corak dan pendektan yang berbeza. Menerima dan menghayati perubahan memerlukan pemahaman yang betul untuk membentuk sikap yang positif terhadap kegunaan dan kebolehgunaan sesuatu integrasi atau perubahan yang dihadapinya.

1.2Definisi Teknologi Kamus umum menyatakan bahawa teknologi ialah aplikasi pengetahuan saintifik untuk sesuatu matlamat yang praktikal. Jelas sekali bahawa teknologi bukan semata-mata peralatan canggih seperti komputer, LCD, kamera video dan sebagainya. Teknologi dalam pendidikan mempunyai skop yang lebih luas.

Technology provides a tool for solving problems such as instructional problems (Cennamo KS2010). Aplikasi teknologi adalah bertujuan untuk membantu penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru mungkin menghadapi masalah dalam penyampaian yang berkesan kepada pelajarnya yang terdiri dari campuran gaya pembelajaran yang pelbagai. Oleh sebab itu, beliau perlu menerokai model dan prinsip penyampaian, ciri-ciri gaya pembelajaran, kaedah mereka bentuk bahan instruktional yang lebih fleksible serta interaktif. Beliau perlu juga merancang pengajarannya dengan integrasi pendekatan yang pelbagai seperti aktiviti permainan, perbincangan dan gabungan bahan-bahan pengajaran. Beliau perlu juga menilai dan menambahbaik persediaannya agar keperluan dan pencapaian objektif pembelajaran lebih ternyata.

Berdasarkan situasi yang tersebut atas, teknologi dalam pendidikan mempunyai sekurang-kurangnya perkara berikut: Pengetahuan yang teruji dan aplikasinya dalam pendidikan Proses-proses yang menuju kepada pencapaian objektif Idea-idea yang dijana Kaedah-kaedah atau pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran

Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan itu perlu berlandaskan satu sistem yang konsisten, praktikal dan bersesuaian dengan ciri-ciri masalah pendidikan.

Smaldino S.E. et al (2005) mencadangkan bahawa anggapan orang ramai terhadap teknologi dikaitkan dengan produk seperti komputer, pemain CD dan LCD boleh dirujuk sebagai teknologi instruktional (instructional technology) apabila ianya digunakan untuk tujuan pengajaran. Contoh-contoh teknologi sedemikian termasuk juga perkakasan pembelajaran jarak jauh dan internet.

Apabila teknologi merujuk kepada sesuatu proses untuk memantapkan pembelajaran, ianya boleh digelar sistem instruktional.

An instructional system consists of a set of interrelated components that work together, efficiently and reliably, within a particular framework to provide learning activities necessary to accomplish a learning goal. Smaldino(2005)

Contoh sistem instruktional adalah seperti cooperative learning, simulations, and programmed instruction.

1.3definisi pengajaran

Pengajaran ialah aktiviti atau proses yang menyebabkan pemindahan dan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu pihak kepada satu pihak yang lain melalui saluran komunikasi yang bersesuaian dalam situasi yang tertentu. Pengajaran meliputi peringkat perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Matlamat sesuatu sesi pengajaran adalah berharapan untuk mengujudkan perubahan tingkahlaku sesuatu pihak yang menerima pengajaran itu melalui perolehan pengetahuan dan kemahiran yang baru.

Mengikut Ramsden (93) dan Posser dan Lyons (97), Pengajaran ialah proses bekerja bersama pelajar dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.

Pengajaran ialah satu proses komunikasi di antara dua atau beberapa pihak yang berkaitan. Pengirim (guru) akan merancang, menyusun dan menstrukturkan maklumat yang ingin diajar untuk disalurkan melalui sesuatu media (pendekatan, peralatan) untuk disampaikan kepada penerima(pelajar). Pelajar akan menerima isyarat-isyarat dalam pelbagai bentuk (teks, grafik, suara), cuba memahami, menyusun semula dan menstrukturkan dalam bentuk yang senang difahami dan disimpan dalam ruang ingatannya. Sekiranya terdapat maklumat yang kurang difahami, penerima akan memberi maklum balas dan meminta sesuatu penjelasan diberi. Kitaran komunikasi ini akan berulang untuk memastikan objektif pengirim maklumat disempurnakan dengan pencapaian objektif yang dipamerkan oleh penerima melalui maklum balas, jawapan kepada persoalan penilaian serta perubahan tingkahlaku yang dapat dikesan.

PengirimPenerimamediaEnkodDekod

1.5DEFINISI TEKNOLOGI PENGAJARAN DAN TEKNOLOGI PENDIDIKANAECT(2001) memberikan definisi teknologi pengajaran sebagai teori dan amalan mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses dan sumber pembelajaran. Teknologi Pengajaran ialah satu disiplin yang mencari teknik dan cara untuk mengujudkan pembelajaran lebih efisen berlandaskan teori (konsep, konstruk, prinsip dan cadangan). Manakala amalan ialah proses aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Proses ialah satu siri operasi atau aktiviti untuk mencapai sesuatu objektif. Sumber pula, ialah punca sokongan untuk pembelajaran berlaku, ianya termasuk sistem sokongan, bahan instruktional dan persekitaran. Tujuan teknologi pengajaran adalah untuk memberikan kesan yang ketara kepada pembelajaran (Seels & Richey, 1994. Pp 1-9).

Teknologi Pengajaran bukan Teknologi Pendidikan. Teknologi Pendidikan ialah satu konsep yang luas. Ia bermula dari pembentukan dasar pendidikan, pembentukan kurikulum, penyediaan sumber manusia, prasarana pelaksanaan, sistem penilaian dan tidak ketinggalan juga teknologi pengajaran yang bersesuaian dengan kehendak semasa.

Teknologi Pengajaran pula, mendapat banyak kefahaman dan penjelasan. Elok juga pendidik memegang kepada suatu versi penjelasan dari punca yang diterima ramai seperti The Association for Education Communications and Technology (AECT)

1.5.1 SejarahAECT ialah suatu persatuan professional yang ahlinya terdiri dari pendidik-pendidikan dan orang perseorangan yang terlibat dengan penambahbaikan proses instruktional melalui integrasi teknologi. Oleh sebab sejarahnya yang lama serta skop kerjanya yang dipercayai ramai, AECT dirujuk sebagai badan professional yang akan menentukan definisi, standard serta perkara-perkara yang berkaitan dengan komunikasi pendidikan dan teknologi. Berikut merupakan visi misi AECT:

AECT Mission Statement:

Themission of the Association for Educational Communications and Technology is to provide international leadership by promoting scholarship and best practices in the creation, use, and management of technologies for effective teaching and learning in a wide range of settings

Goals: Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology. Serve and represent professionals in the field and support professional growth. Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field. Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international

1.5.2Definisi Teknologi Pengajaran mengikut AECT

Definisi yang dikemukakan oleh AECT (Januszewski & Molenda, 2008) dirujuk sebagai definisi yang telah dimurnikan besesuaian dengan abad yang ke 21. Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources.Definisi ini mengandungi empat komponen yang perlu diberi penerangan lanjut.Komponen Fokus 1: study and ethical practiceKenyataan ini telah dengan jelasnya memperluaskan konsepnya daripada skop peralatan sahaja. Teknologi Pengajaran bukan satu peralatan sahaja, ia meliputi juga teori yang teruji serta amalan yang beretika.

Komponen Fokus 2: facilitating learning and improving performanceMatlamat teknologi pengajaran adalah untuk mendorong pembelajaran dan menambahbaikkan prestasi. Teknologi memainkan peranan yang penting dalam pencapaian kedua-dua komponen ini. Pengajaran bukan setakat penyampaian dan peminddahan maklumat dari guru kepada murid, tetapi matlamat yang lebih mustahak ialah membantu pelajar membentuk motivasi untuk terus belajar dan membantu mereka memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa yang lain. Pembelajaran perlu dibuktikan dan dikenalpasti oleh prestasi. Prestasi yang lebih baik dari dahulu akan menentukan keberkesanan sesautu sesi pengajaran.Komponen Fokus 3: by creating, using and managingKomponen definisi ini menunjukkan bagaimana pengajaran dilaksanakan. Semasa zaman specialization, tugas memreka bentuk, mengguna dan mengurus merupakan tidak skop tugas yang memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi dan bisanya dikendalikan oleh tiga kumpulan individu yang berbeza. Tetapi dalam abad yang ke 21, perkembangan teknologi komputer menyebabkan aktiviti atau tugas yang memerlukan tahap kepakaran yang kompleks telah dipermudahkan demi penggunaan orang ramai yang tidak memerlukan kompetensi penggunaanyang tinggi. Seseorang guru boleh merakamkan bahan pengajaran dengan menggunakan telefon bimbit, kamera digital atau kamera video yang dilengkapi dengan ciri-ciri automatik. Bahan rakaman boleh dimuat naik ke dalam komputer dan disunting dengan menggunakan perisian yang mudah dan mesra pengguna seperti photoshop, movie maker, powerpoint. Kemudian, bahan-bahan tersebut boleh dipersembahkan melalui platform yang pelbagai dengan animasi atau transisi yang manarik. Kemudahan teknologi komputer seperti pengujudan folder, perisian media manager, cakera simpanan memudahkan pengurusan dan pencarian bahan.

Komponen Fokus 4: technologial processes and resourcesKomponen yang keempat menjelaskan bahawa teknologi pengajaran memberi fokus utama kepada pembelajaran dan prestasi dan penumpuan kedua ialah pada proses yang melibatkan teknologi dan bahan.

1.5.3Domain Teknologi PengajaranTeknologi pengajaran adalah teori dan amalan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran (Yusup Hashim 1998)

pengembanganPenggunaan

TeoriDanAmalan

PengurusanReka Bentuk

PenilaianDefinisi :Teori: ialah pengetahuan saintifik yang teruji. Ianya mengandungi konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru.Amalan: ialah proses aplikasi konsep, konstruk, prinsip dan saranan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang terancang.Reka Bentuk: mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, mesej/maklumat, strategi pengajaran dan penentuan ciri-ciri dan keperluan pembelajaran.Pengembangan: mengendungi teknologi cetak, teknologi pandan dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.Penggunaan: mengandungi penggunaan media, penyerapan inovasi, pelaksanaan dan institutionalisasi dan polisi dan peraturanPengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat.Penilaian; mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.** ringkasan di atas dipetik dari Yusuf Hashim (1998) Tekologi Pengajaran. Rujuk buku tersebut untuk penjelasan yang lebih mendalam setiap domain.

1.6TUGASAN

Anda diminta menjelaskan perbincangan berikut:

1) Teknologi Pengajaran berbeza daripada Teknologi Pendidikan.2) Huraikan domain Teknologi Pengajaran dan berikan contoh semasa yang bersesuaian.3) Jelaskan definisi Teknologi Pengajaran yang dihuraikan oleh AECT (Januszewski & Molenda, 2008) untuk abad ke 21.