teknik penceritaan

7
Teknik penceritaan DIALOG. Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu malam. MONOLOG LUARAN Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh- kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan. MONOLOG DALAMAN Teknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama ibu Farhana. PEMERIAN

Upload: ahmad-zulhafiz

Post on 10-Nov-2015

115 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

teknik penceritaan

TRANSCRIPT

Teknik penceritaan DIALOG.Dialog bermaksud pertuturan atau percakapan sekurang-kurangnya antara dua watak ataupun lebih. Pengarang menggunakan teknik ini untuk menggerakkan atau mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog, pengarang dapat memaparkan atau menggambarkan pendapat atau pemikiran berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel tersebut. Sebagai contohnya, Fuad berdialog dengan Borhan tentang rancangannya untuk membawa anak Borhan dan Masnah yang demam panas ke klinik pada suatu malam.

MONOLOGLUARANTeknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian. Dengan perkataan lain, teknik monolog bermaksud sesuatu watak itu akan bercakap seorang diri. Kadangkala, monolog itu juga mungkin berupa doa, rungutan, keluh-kesah ataupun ratapan. Sebagai contohnya, Fuad berdoa dengan memohon kepada Allah agar hatinya menjadi tabah untuk menghadapi dugaan.

MONOLOG DALAMANTeknik ini merujuk kepada percakapan, lintasan, atau rintihan dalam hati atau fikiran sesuatu watak dan tidak diketahui oleh watak-watak yang lain, contohnya pengarang menggunakan teknik ini semasa Fuad berkata dalam hatinya tentang nama ibu Farhana.

PEMERIANTeknik pemerian digunakan oleh pengarang untuk menerangkan peristiwa dalam plot secara langsung. Hal ini bermaksud, pengarang menerangkan atau menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung. Dengan perkataan lain, pengarang seolah-olah menjadi tukang cerita dan menggambarkan sesuatu perkara atau peristiwa secara langsung, contohnya pengarang menggambarkan keadaan di bandar Kuala Terengganu pada suatu pagi.

IMBAS KEMBALITeknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan oleh pengarang untuk menceritakan sesuatu peristiwa yang sudah berlaku sebelum peristiwa itu. Pengarang menggambarkannya melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan sesuatu watak terhadap sesatu peristiwa yang telah berlaku sebelumnya. Sebagai contohnya, Swee Lan teringat akan kepulangan Fuad pada suatu senja lebih setahun yang lalu.

IMBAS MUKATeknik ini merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi. Bayangan tersebut mungkin berpunca daripada sesuatu aksi watak atau aksi watak-watak lain atau perkara-perkara lain. Sebagai contohnya, pengarang menggambarkan kemungkinan Cikgu Abas akan meluahkan perasaan marahnya kepada guru yang enggan melaksanakan tugas dalam mesyuarat guru esok harinya.

SASPENSTeknik ini merujuk kepada peristiwa yang menggambarkan perasaan tertanya-tanya dan ingin tahu para pembaca untuk mengikuti cerita. Pembaca ingin tahu perkara yang akan berlaku seterusnya. Sebagai contohnya, peristiwa Fuad mendapati akaun banknya mengandungi wang lebih daripada dua ratus ribu ringgit telah menimbulkan perasaan ingin tahu para pembaca tentang wang yang begitu banyak yang terdapat di dalam akaun bank Fuad. Pembaca ingin tahu dari mana sumber wang tersebut diperolehnya.

KEJUTANTeknik ini merujuk kepada keadaan atau peristiwa yang berlaku tanpa disangka-sangka oleh pembaca. Dengan kata lain, pembaca tidak dapat menjangkakan peristiwa itu akan berlaku dan peristiwa tersebut berlaku secara mengejut. Pengarang menggambarkan teknik ini melalui peristiwa Fuad yang terkejut apabila mendapati bahawa emak Farhana bernama Mariana binti Osman. Peristiwa tersebut mengejutkan para pembaca kerana pembaca tidak menyangka bahawa nama Mariana sama dengan nama ibu Fuad. Hal ini bermakna, mereka berdua ialah adik-beradik kandung.

Sastera panji (Raden Puspa Kencana)Pemerian 1)Di negeri Cempaka Jajar ada diperbuat oleh baginda Sang Nata sebuah taman yang indah. Di tengah kota batu itu ada sebuah kolam. Di sisi kolam itu dibina beberapa buah istana dan dalam istana istana inilah Baginda Sang Nata menaruh segala puteri ratu ratu yang takluk ke bawah perintah baginda. Puteri puteri tawanan ini disuruh oleh Permaisuri bertenun kain. (ms 23)2)Baginda Sang Nata mempunyai seorang putera bernama Raden Inu Kertapati. Puteranda ini terkenal juga sebagai Raden Inu, Inu Bangsawan dan Raden Menteri. Ia tidak mempunyai adik beradik, baik lelaki mahupun perempuan. (ms 25)3)Wa bihi nastain billahi Taala. Ini pada menyatakan suatu hikayat cetera raja raja di dalam Tanah Jawa yang dahulu kala. Ada sebuah negeri di Jenggala. Negeri itu bernama Cempaka Jajar. Ratunya bernama Seri Inu tetapi ia digelari dengan Sang Nata sahaja. (hlm.23)

Saspens 1)Pada suatu malam, Ken Tambohan bermimpi bulan jatuh ke pangkuannya dan tubuh badannya terang benderang kerana disinari oleh cahaya bulan itu. Tetapi di pinggangnya berbelit seekor naga. (ms 23 24)

Dialog Perbualan antara Ken tadahan, Ken Penglipur dan Ken Tambohan.1)Tuanku, ada seekor burung serindit terbang masuk ke dalam istana kita. Cubalah tangkap perlahan lahan burung itu. Ada pun burung itu seperti menyerahkan diri kepada tuanku. Baiklah, kakang kedua. (ms 26)2) Pada suatu hari bertanya Sang Nata kepada isterinya, Wahai adinda, ke manakah perginya anakanda kia Raden Menteri? Sudah lama ia tiada menghadap kakang. Wahai kakang, tiadalah adinda ketahui! Adinda pun sudah lama tidak melihatnya. Jikalau begitu, adinda titahkan Wira Wani datang ke mari. Kakang hendak bertanya kepadanya.

Monolog dalaman1) Baiklah, tuanku. Wira Wani pun berjalanlah mencari burung serindit itu. Sambil berjalan itu ia berkata di dalam hatinya. Kemanakah gerangan perginya burung tadi? Jika ia terbang masuk ke kubah itu, bagaimanakah tipu dayaku supaya aku dibenarkan masuk ke situ? (ms 28)2) :Terkejut ia melihat Raden Menteri. Ia berfikir, Siapakah gerangan orang muda ini? Barangkali ia inilah putera Sang Nata. Elok Benar rupanya. (ms 30)

Monolog 1) Aduh angsana emas juita! Tuanlah idaman dalam cita kakanda. Wajahmu manis. Buah hati kakanda. Mendengar kata Raden Inu itu, Wira Wani pun tahulah bahawa Raden Inu telah terpikat kepada Ken Tambohan. (ms 28 - 29) 2)Sambil menangis itu ia bersabda, Siapakah yang menganiaya adinda ini? Sampai hati orang yang berbuat demikian kepada tuan. Adapun pada fikiran kakang tidaklah tuan sampai jadi demikian. Wahai, Kakang! ketika itu ia terlihat akan luka di dada Ken Tambohan. (hlm.43)

Imbas kembali 1) Di sepanjang jalan, tiadalah berhenti henti Ken Tambohan menangis kerana terkenangkan perbuatan Permaisuri kepadanya itu. (ms 38)

Kejutan 1) Telah genap tiga kali Betara Kala melakukan perbuatan itu, maka Raden Menteri dan Ken Tambohan pun membuka mata serta menggerakkan tubuh. Seketika kemudian bangunlah mereka sihat seperti sediakala. (ms 48)

Sastera epik (Hang Tuah Diutus ke Siam)Dialog1) Berapa lamanya maka sampailah antara Hujung Sawang.Maka kata Laksamana, Hai mualim, apa nama negeri ini?Maka kata mualim itu, Inilah negeri patani namanya. (m/s 50) 2) Maka Phra Cau pun bertitah, Hai Oya Bagelang, mana dia pendekar Jepun yang bernama Cin cu itu?Maka sembah Oya Bagelang, Ada, tuanku, pendekar itu, dari Kemboja datang, terlalu masyhur. Jika sepuluh dua puluh, bukan lawannya.(m/s 52)Imbas kembali1) Maka kata Maharaja Setia, Apa bicara orang kaya, kerana jepun itu hendak membalas kematian temannya yang dibunuh itu rupanya? (m/s 56)2) Maka sebermula Jepun yang lepas dua orang itu lalu mudik ke hulu Siam, lalu ke Kemboja. Setelah sampai maka ia memberitahu segala tempat di Kemboja itu, segala hal ehwalnya diberinya tahu. Maka segala Jepun yang di Kemboja itu pun terlalu amarah lalu berlengkap akan mengadang Laksamana itu.Pemerian Setelah segenap bulannya, maka Raden Emas Ayu pun berputeralah seorang perempuan, terlalu elok paras; maka dipelihara akan sepertinya. Berapa lamanya maka Tun Teja pun berputera pula seorang laki-laki, terlalu elok rupanya, hampir-hampir ayahanda baginda. Maka oleh baginda dinamai anakanda baginda ketiga itu. Adapun perempuan dinamai Puteri Gunung Ledang, lelaki yang tengah dinamai Sultan Mahmud, yang bongsu dinamai Sultan Muhammad. (m/s 58)