teknik pembelajaran pelajar bagi mata pelajaran … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran...

33

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

4 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting
Page 2: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

i

TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN

PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI SEKOLAH-

SEKOLAH TEKNIK DI TERENGGANU

NIK NAIMAH BINTI ABDUL WAHAB

Laporan projek ini di kemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan ( Kejuruteraan Jentera )

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEBRUARY 2004

Page 3: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

ii

Page 4: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

iii

Page 5: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

iv

Dedikasi

Untuk ibu dan ayah yang sangat di kasihi…..

Engku Nik Engku Muda & Abdul Wahab Majid

Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…

Untuk Kak Long, Kak Ti, Kak Ina & Kak Ida yang banyak membantu

& adik-adik yang disayangi…

kerana begitu memahami

Pengorbanan kalian tidak mungkin di lupakan

Insya Allah…

Teristimewa buat insan yang tercinta,

Wan Saifuddin Hakim …

Terima kasih atas segala bantuan dan doronganmu

Untuk sahabat-sahabatku, Nadiatul Mila, Salihaton, Noorul, Rabbuaah, Erna dan

semua coursemate yang sentiasa memberikan semangat…

Kepada Kak Haryant dan Kak Zie,

budimu tidakl lekang dari ingatanku.

Terima kasih yang tidak terhingga…

Semoga jumpa kalian lagi.

Page 6: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.Pengajian Kejuruteraan Jentera.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Prof. Madya Tuan Haji Hazil B. Abdul Hamid yang banyak

memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu Pihak

Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, Jabatan Pendidikan

Terengganu, guru-guru serta para pelajar tingkatan 4 pengkhususan PKM di 3 buah

sekolah teknik di negeri Terengganu kerana telah memberikan kerjasama sepanjang saya

menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-

rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Nik Naimah Abdul Wahab

Febuari 2004

Page 7: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

vi

ABSTRAK

Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif yang berbentuk soal selidik.

Kajian yang dijalankan adalah untuk meninjau apakah teknik pembelajaran yang

digunakan oleh pelajar-pelajar yang mengambil pengkhususan Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal di 3 buah sekolah teknik di negeri Terengganu. Kajian ini di jalankan di 3

buah sekolah menengah teknik iaitu Sekolah Menengah Teknik Besut, Sekolah

Menengah Teknik Kuala Terengganu, dan Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu.

Populasi kajian adalah semua pelajar yang mengambil matapelajaran Pengajian

Kejuruteraan Mekanikal di ketiga-tiga sekolah tersebut. Sampel kajian adalah seramai

180 orang pelajar yang dipilih secara rawak. Data-data yang dikumpul menggunakan

soalselidik di analisis menggunakan perisian komputer SPSS For Window 11.0 serta di

laporkan mengikut frekuensi dan peratusan. Hasil kajian mendapati kesemua persoalan

teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan

pengajaran dan pembelajaran amat penting dalam meningkatkan prestasi pembelajaran

pelajar bagi matapelajaran pengajian kejuruteraan mekanikal.

Page 8: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

vii

ABSTRACT

The descriptive research done using the surveying techniques. Meanwhile, the

respondents are from the form four students in the state of Terengganu. These students

are those who take Mechanical engineering Study as their elective subjects. The purpose

of research done is to know their learning technique for this subject. The research was

done at 3 different school at Terengganu and they are SMT Besut, SMT Kuala

Terengganu and SMT Wakaf Tembusu.

Hundred and eighty sample was chosen randomly. All the data were gathered

using the questionnaires given. They were analyzed using SPSS For Widows 11.0 and

the reports are written in frequencies way and using percentage. The outcome were the

learning study, students interest, laboratory condition and teaching methods are very

much important for the Mechanical Engineering study.

Page 9: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA

SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL i PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

Page 10: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

ix

BAHAGIAN SATU

PENDAHULUAN

BAB I PENDAHULUAN MUKA SURAT

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 14

1.4 Objektif Kajian 15

1.5 Persoalan Kajian 15

1.6 Rasional Kajian 16

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 16

1.8 Definisi Istilah 17

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Konsep 20

2.2.1 Matapelajaran Teknikal 20

2.2.2 Teknik Pembelajaran 21

2.2.2 ( I ) Teknik Pengurusan Masa 25

2.2.2 ( Ii ) Teknik Membaca 26

2.2.2 ( Iii ) Teknik Mendengar 28

2.2.2 ( Iv ) Teknik Mencatat Nota 29

Page 11: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

x

2.2.2 ( V) Teknik Menghadapi

Peperiksaan 33

2.2.2 ( Vi ) Teknik Penyelesaian

Masalah 33

2.2.2 ( Vii ) Teknik Ingatan 34

2.2.2 ( Viii ) Teknik Perbincangan 35

2.2.3 Faktor Minat 37

2.2.4 Pengaruh Persekitaran Fizikal Kelas

@ Bengkel 37

2.2.5 Alat Bantuan Pengajaran 38

2.3 Kajian Terdahulu 38

2.4 Rumusan 40

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 41

3.2 Rekabentuk Kajian 41

3.3 Prosedur kajian 42

3.4 Tempat Kajian 42

3.5 Populasi dan Sample Kajian 43

3.6 Instrumen Kajian 44

3.7 Kajian Rintis 46

3.8 Analisis Kajian 47

3.9 Rumusan 48

Page 12: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 49

4.2 Laporan Kajian Rintis 50

4.3 Hasil Kajian 50

4.4 Analisis Bahagian A 51

4.5 Analisis Bahagian B 58

4.6 Penutup 82

BAHAGIAN KELIMA

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 83

5.2 Perbincangan 84

5.3 Bahagian A 85

5.4 Rumusan Bahagian A 86

5.5 Bahagian B 87

5.3.1 Persoalan Kajian Satu 87

5.3.2 Persoalan Kajian Dua 101

5.3.3 Persoalan Kajian Tiga 102

5.3.4 Persoalan Kajian Empat 104

Page 13: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xii

5.6 Rumusan Bahagian B 105

5.7 Cadangan 106

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 107

5.7 Penutup 107

BAHAGIAN ENAM

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

Senarai Dokumen Rujukan 108

BAHAGIAN TUJUH

LAMPIRAN

LAMPIRAN

Lampiran A

Lampiran B

Lampiran C

Lampiran D

Page 14: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK

MUKA SURAT

1.1 Analisis Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia

mengikut matapelajaran bagi sekolah kementerian

pendidikan malaysia 9

1.2 Statistik SPM bagi matapelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal di dua sekolah terlibat 11

3.1.

3.2

3.3

3.4

3.5

Taburan jumlah populasi responden dan pemilihan

sampel

Penggunaan skala likert

Taburan item mengikut persoalan kajian

Panduan Penggunaan Skala likert

Panduan pemeringkasan skala likert

43

45

46

47

47

4.1 Taburan responden mengikut jantina 51

4.2 Taburan responden mengikut tempat tinggal 52

4.3 Taburan responden mengikut keputusan ujian PKM 52

Page 15: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xiv

terbaru

4.4

Taburan Responden terhadap pengetahuan tentang teknik

pembelajaran

53

4.5 Taburan responden yang pernah manghadiri ceramah

teknik pembelajaran

53

4.6

Taburan teknik pembelajaran yang digunakan oleh

responden

54

4.7:

Taburan responden mengikut masa mengulangkaji setiap

hari.

55

4.8:

Taburan responden yang merasakan teknik pembelajaran

yang digunakan adalah berkesan

55

4.9

Taburan responden yang berpendapat bahawa teknik

pembelajaran memainkan peranan penting dalam

kecemerlangan pembelajaran

56

4.10:

Taburan responden yang memilih kursus PKM sebagai

pilihan

57

4.11:

Pemerikatan skala likert 58

4.12:

Taburan item kajian

59

4.13:

Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

pengurusan masa.

60

4.14:

Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

mencatat nota

62

Page 16: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xv

4.15 Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

mendengar

64

4.16:

Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

membaca

66

4.17:

Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

menghadapi peperiksaan

68

4.18: Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

penyelesaian masalah

70

4.19: Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

ingatan.

72

4.20: Taburan responden dari segi teknik pembelajaran

perbincangan.

74

4.21:

4.22:

4.23:

Taburan minat pelajar terhadap PKM

Taburan pengaruh aspek fizikal kelas @ bengkel

terhadap pelajar

Taburan ABM yang mempengaruhi keberkesanan P&P

76

78

80

Page 17: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xvi

SENARAI SINGKATAN / SIMBOL

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

TP - Tidak Pasti

S - Setuju

AS - Amat Setuju

KPM Kementerian Pendidikan Malaysia

PKM - Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

P&P - Pengajaran dan Pembelajaran

% - Peratus

f - Kekerapan

Page 18: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT

A Borang soal selidik

109

B Surat kebenaran menjalankan kajian

daripada EPRD dan Jabatan Pendidikan

Wilayah Persekutuan Dan Negeri Selangor.

121

C Surat kebenaran menjalankan kajian

daripada Fakulti Pendidikan

124

D Jadual penentuan saiz sample berdasarkan

Populasi Kreijcie Dan Morgan

126

Page 19: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Kemahiran belajar adalah merupakan antara kemahiran yang diperlukan oleh

para pelajar untuk mencapai kecemerlangan. Kemahiran belajar boleh ditakrifkan

sebagai keupayaan atau kecekapan yang perlu dikuasai oleh setiap pelajar untuk

membolehkannya mengumpul, memproses dan merumus maklumat secara kendiri dan

seterusnya menuju ke arah pembelajaran seumur hidup.

Cara belajar yang berkesan sebenarnya merupakan suatu kombinasi berbagai-

berbagai kaedah atau kemahiran bela jar ( Mohd Nashuha Jamidin dan rakan-rakan,

1995). Menurut Boon & Rgbir 1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan

strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu

serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif.

Page 20: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

2

Kita pernah membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di

dalam ingatan. Kita juga pernah merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah

laksanakan tersebut. Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita

adalah tidak sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam

belajar adalah kita mempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk

mendapat ingatan yang maksimum. (Amer Shakir Zainol, 2000 )

Banyak kepentingan dan faedah yang boleh diperolehi individu yang dapat

menguasai kemahiran belajar dengan baik. Antaranya adalah

1. Memudahkan seseorang pelajar mendapatkan ilmu secara sistematik dan

bermakna.

2. Memupuk minat dan amalan suka belajar dan sentiasa meningkatkan

pengetahuan dan daya intelek sepanjang hayat.

3. Mengaplikasikan kemahiran belajar yang dikuasai dalam pelbagai

situasi.

4. Memupuk disiplin kendiri pelajar.

5. Melatih individu membaca dengan cepat dan tepat.

6. Melatih individu mengumpul maklumat dengan cekap.

7. Melatih individu memproses maklumat dengan berkesan.

8. Meningkatkan daya ingatan seseorang.

9. Mencungkil dan mengasah bakat serta potensi seseorang.

10. Membantu individu memperoleh kemahiran membuat rujukan di

perpustakaan sekolah atau dari pelbagai sumber.

11. Melatih individu untuk menghadapi cabaran pembelajaran dan seterusnya

bermotivasi menghadap pembelajaran sepanjang hayat.

12. Melatih individu supaya dapat mengurus masa dengan baik

Page 21: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

3

Di samping itu juga, pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar

iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan ataupun belajar kerana

mengikut rakan-rakan sahaja. Dengan ini para pelajar akan sedar tentang

tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Kebanyakan pelajar, yang gagal di dalam

pelajaran mereka bukan kerana malas ataupun lemah. Mereka sebenarnya menghadapi

kesukaran ataupun tidak mengetahui cara-cara mengulang kaji pelajaran mereka.

Menurut Boon & Ragbir 1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan

strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu

serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif.

Menurut Crain 1985, maklumat yang diproses secara mendalam akan

meningkatkan keupayaan ingatan jangka panjang dan mudah dikeluarkan kembali jika

perlu. Menurut Tulving dan Tomson 1973, cara mengeluarkan maklumat dalam ingatan

jangka panjang ialah dengan penggunaan 'cues' panggilan seperti menjawab soalan-

soalan peperiksaan dari tahun-tahun lepas.

Dengan mengambil peranan yang aktif dalam pembelajaran dan dengan

menggunakan deria mereka untuk mengalami peristiwa baru, mereka dapat

menyelesaikan tugasan dan pemahaman yang lebih luas dan mendalam ( Halimah, 1996)

Teknik pembelajaran merujuk kepada kaedah yang digunakan oleh pelajar untuk

belajar. Ini termasuk teknik yang digunakan untuk meningkatkan ingatan bagi

memperolehi keputusan terbaik dalam peperiksaan. Sesetengah teknik pembelajaran

termasuk perubahan bentuk latihan. Sebagai contoh menggunakan soalan untuk

pembelajaran sama ada sebelum, semasa dan selepas latihan. Kaedah ini termasuk

meningkatkan aras soalan dalam pembelajaran dan dipanggil sebagai kaedah

"mathemagenic" (Ropthkopf, 1970).

Page 22: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

4

Kajian tentang ‘metacognition’ menyamai dengan kajian tentang teknik

pembelajaran kerana ia merupakan satu proses mental. Antara teknik pembelajaran

yang penting adalah double loop learning ( Argyris ), conversation theory (Pask), dan

lateral thinking (DeBono ). Weinstein (1991) membincangkan teknik pembelajaran

dalam konteks interaksi sosial dan kepentingan aspek Situated Learning Theory.

Terdapat beberapa kaedah yang dapat membantu pelajar-pelajar sebagai panduan

yang dipetik daripada Learning Skill Center The University of Texas at Austin iaitu :

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.

2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat

belajar.

3. Pilihlah masa untuk mengulang kaji sewaktu semangat belajar di tahap

maksimum.

4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Ahli keluarga

harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.

5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulang kaji pada hari yang sama.

6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar.

7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.

8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu bukanlah sekadar untuk lulus

peperiksaan.

Banyak maklumat baru hasil daripada penyelidikan dan pembangunan boleh

digunakan dalam usaha menangani cabaran dan perubahan yang pesat masa kini untuk

mencapai pemindahan pembelajaran yang sempurna. Sejajar dengan perubahan dan

inovasi yang meluas dalam bidang pendidikan, para pendidik harus menerima dan

mengaplikasikan pengetahuan baru ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi

melahirkan individu yang berketerampilan selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Falsafah Pendidikan Negara telah menjelaskan hasrat pendidikan di Malaysia dalam

mementingkan perkembangan potensi individu secara optimum dan menyeluruh.

Berdasarkan pegangan bahawa setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh

diperkembangkan, dan adalah menjadi tanggungjawab para pendidik untuk

memperkembangkan potensi ini. Walau bagaimanapun masalah yang timbul ialah setiap

Page 23: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

5

pelajar menunjukkan perbezaan individu yang amat nyata pengajaran dan pembelajaran

yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid mereka

Dalam sistem persekolahan di Malaysia, pelajar telah didedahkan dengan

Pendidikan Teknik Dan Vokasional sejak pendidikan menengah rendah lagi. Pada

peringkat menengah ini, pelajar akan mengikuti pelajaran Kemahiran Hidup dan pada

peringkat menengah atas pula pelajar di dedahkan kepada pelbagai pilihan bidang

Pendidikan Teknik Dan Vokasional sebagai mata pelajaran elektif. Antara mata

pelajaran elektif yang di tawarkan adalah Perdagangan, Ekonomi Asas, Prinsip Akaun,

Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga, Matematik Tambahan, Lukisan Kejuruteraan,

Teknologi Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian Kejuruteraan

Elektrik Dan Elektronik ( Abdul Rahman Md Aroff,1999)

Lantaran itu, kementerian pendidikan telah melaksanakan dan merancang untuk

menaiktarafkan Sekolah Menengah Vokasional ( SMV) kepada Sekolah Menengah

Teknik (SMT). Pada tahun 1995 berlaku penstrukturan 69 buah SMV kepada SMT. Ini

bermakna Sekolah Menengah Vokasional telah di tukar kepada Sekolah Menengah

Teknik dan pendidikan vokasional di jalankan oleh agensi kerajaan yang lain seperti

MARA, Jabatan Pertanian dan Kemahiran Belia Dan Sukan. Sementara itu pada tahun

1998 bilangan SMT berubah menjadi 74 buah dan menjelang tahun 2000 bilangan SMT

telah meningkat kepada 86 buah.

Dari perbincangan di atas di dapati bahawa Pendidikan Teknik Dan Vokasional

amat berperanan dalam melahirkan tenaga pekerja profesional dan separa profesional

yang amat diperlukan dalam bidang perindustrian. Matlamat Pendidikan Teknik Dan

Vokasional adalah untuk melahirkan pelajar yang aktif dan seimbang dari segi intelek,

rohani, jasmani dan emosi serta mempunyai sahsiah diri yang mulia. Dengan tercapainya

matlamat ini maka negara bakal memiliki aset yang paling berharga kepada

perkembangan pembangunan negara dari aspek politik, ekonomi dan sosial.

(Nurhafiza Hamzah, 2000)

Page 24: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

6

1.2 Latar Belakang Masalah

Pendidikan teknik adalah bertujuan untuk menyediakan pelajar yang cenderung

kepada bidang teknik di peringkat pendidikan menengah atas bagi membolehkan mereka

melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi dalam bidang teknik. Selain itu, bidang ini

juga membolehkan pelajar mendapatkan pekerjaan di sektor teknikal, perindustrian dan

perdagangan ( Shahril @ Marzuki, Habib bin Mat Som, 1999).

Objektif pendidikan teknik adalah seperti berikut :

a) Memberi pendidikan akademik yang seimbang.

b) Menyediakan pendidikan asas dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar

yang mempunyai kecenderungan terhadap bidang tersebut. Selain itu, ia juga

bertujuan memupuk dan mengekalkan minat tersebut dan seterusnya

membolehkan mereka melanjutkan pelajaran dalam bidang berkaitan di institusi

pengajian tinggi.

( Kementerian Pendidikan Malaysia 1986, 50 )

Kursus yang di tawarkan di sekolah teknik adalah Lukisan Teknik, Lukisan Jentera,

Kejuruteraan Jentera Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik Dan Elektrik , Binaan

Bangunan, Ilmu Ukur, Perdagangan Dan Pertanian selain mata pelajaran akademik

yang lain. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992, jadual 7).

Sebenarnya mata pelajaran vokasional dan teknik telah di masukkan dalam sistem

pendidikan di Tanah Melayu pada 1918 apabila Kerajaan Inggeris menyedari

kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir dalam bidang teknik dan vokasional.

Pada tahun 1918 juga telah di tubuhkan Jawatankuasa Lemon mengenai Pendidikan

Teknikal Dan Perindustrian Bagi Negeri-Negeri Selat.

Page 25: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

7

“ The committee set up to report on the best method of providing technical and

industrial education in the country, and the desirability of providing manual training for

children of school age, recommended the establishment of a technical school near Kuala

Lumpur to give lessons on subject such as mechanical, electrical and civil engineering,

surveying ; the establish ment of an agricultural school also near the Kuala Lumpur and

the opening of trade schools to children of all nationalities who could follow instruction

in Malay.”

( Woy Hoy Kee & Ee Tiang Hug : 1975:34)

Selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, pada tahun 1957, sebuah

jawatankuasa yang di ketuai Oleh Abdul Rahman Talib selaku Menteri Pendidikan telah

di tubuhkan untuk mengkaji Laporan Razak. Di antara syor-syor Laporan Rahman Talib

yang menjadi Akta Pendidikan 1961 adalah mengenai Sekolah Menengah Pertukangan

dan Sekolah Menengah Teknik hendaklah di wujudkan.

Berikutan itu, pada tahun 1968, kerajaan membina Sekolah Menengah Teknik

Dan Sekolah Menengah Vokasional. Selepas tahun 1979 iaitu pada tahun 1989,

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) turut menyenaraikan untuk

memperluaskan Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Mata pelajaran yang di tawarkan

di bawah rancangan KBSM terbahagi kepada dua iaitu kumpulan teras dan kumpulan

elektif. Bagi mata pelajaran teknikal, turut di senaraikan di bawah mata pelajaran elektif

kumpulan II iaitu Kumpulan Vokasional Dan Teknologi. Antara mata pelajaran yang di

tawarkan adalah Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Perdagangan, Sains Pertanian, Ekonomi

Rumah tangga, Matematik Tambahan, Pengajian Kejuruteraan Jentera, Pengajian

Kejuruteraan Awam, Pengajian Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik, Lukisan

Kejuruteraan Dan Teknologi Kejuruteraan. Setelah lama di perkenalkan sebagai mata

pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera, pada awal 2003, mata pelajaran ini telah

ditukar kepada mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal dengan perubahan

sukatan mata pelajaran yang baru.

Page 26: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

8

Pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran teknikal akan menempuh

peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Bagi memenuhi objektif kajian ini untuk mengkaji

teknik belajar mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Jentera yang di tawarkan di

sekolah-sekolah teknik, statistik prestasi pelajaran ini di ambil bagi melihat adanya

permasalahan dalam pencapaian prestasi. Ini berkaitan dengan pernyataan Siti Hawa

Munji (1987), bahawa keperluan teknik belajar adalah sangat penting. Ini kerana dengan

adanya teknik belajar yang berkesan, maka proses pembelajaran dapat dilakukan dengan

lebih licin dan sistematik. Kajian beliau juga mengatakan, bahawa pelajar tidak

mendapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa,

pencatatan nota, mengadakan perbincangan dan masalah menghadapi peperiksaan.

Menurut Abdul Rahim Selamat (1989) pula, sehingga kini, telah banyak kajian

dijalankan di negara barat mengenai kemahiran belajar. Kebanyakan daripada hasil

kajian tersebut mengatakan bahawa cara belajar yang bijak adalah berkaitan dengan

keadaan seperti bahan yang dipelajari, masa, pengetahuan sedia ada, tujuan belajar serta

piawaian yang hendak dicapai. Mereka yang mengamalkan cara belajar yang betul tidak

akan tergesa-gesa dan sentiasa mengawal prestasi pembelajaran sendiri.

Bagi menilai prestasi pelajar ini, analisis Sijil Pelajaran Malaysia 1999 bagi

Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (jadual 1.1) menunjukkan bahawa daripada

2174 orang calon yang mengambil Mata pelajaran Kejuruteraan Jentera, hanya 42 orang

calon sahaja yang mendapat keputusan yang terbaik.

Page 27: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

9

Jadual 1.1 Analisis keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia mengikut mata pelajaran

bagi Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 1999.

Peratus mengikut gred

Mata Pelajaran

Bil Calon Sangat

baik (

1&2 )

Kepujian

(3&4 )

Lulus

( 7 & *)

Peratus

Jumlah

Sains Pertanian 12665 0.3 41.0 33.9 75.2

Perdagangan 143905 4.4 16.4 49.7 70.5

Prinsip Akaun 66171 21.5 29.3 19.5 70.3

Ekonomi Asas 115365 6.8 17.8 39.8 64.4

Lukisan Kejuruteraan 17498 8.0 40.7 22.5 71.2

Pengajian Kejuruteraan

Jentera

2714 1.5 33 58.8 93.3

Pengajian Kejuruteraan Awam 3181 3.2 56.8 38.3 98.3

Pengajian Kejuruteraan

Elektrik & Elektronik

3692 7.1 63.9 25.6 96.6

Reka cipta 3287 12.2 77.7 9.8 99.7

Teknologi Kejuruteraan 3176 3.6 64.0 19.6 87.2

Daripada jadual di atas dapat di simpulkan bahawa, bagi mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Mekanikal adalah daripada seramai 2714 orang calon yang

mengambil peperiksaan sijil pelajaran Malaysia bagi tahun 1999 untuk mata pelajaran

ini. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 1.5 % calon iaitu 42 orang pelajar telah

mendapat keputusan yang sangat baik. Manakala, 33% iaitu seramai 896 calon mendapat

kepujian dan lebih daripada separuh jumlah calon yang mengambil peperiksaan ini

mendapat pangkat lulus sahaja iaitu seramai 1595 calon dengan jumlah 58.8%. Seramai

6.67% calon iaitu seramai 181 orang tidak lulus dalam peperiksaan tersebut.

Page 28: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

10

Bagi membuat perbandingan prestasi dengan lebih tepat lagi, sebanyak 2 statistik

telah dikumpulkan iaitu statistik bagi mata pelajaran ini sekolah yang akan di kaji.

Sekolah yang terlibat ialah Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu Kuala

Terengganu dan Sekolah Teknik Besut, Terengganu. Statistik Sijil Peperiksaan Malaysia

ini adalah bagi tahun 2001 dan 2002. Pencapaian prestasi bagi mata pelajaran ini di

Sekolah menengah teknik terlibat adalah seperti dalam jadual 1.2 di sebelah ;

Page 29: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

11

Jadual 1.2 Statistik SPM Bagi Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di dua sekolah Terlibat

GRED

A B C D E G

TAHUN

SEKOLAH

MATAPELAJARAN

BIL

CALON

1 2 3 4 5 6 7 8 9

2001

SMTWT

PKM

136

1

1

1

2

7

24

51

39

10

SMTB

106

1

2

3

10

14

19

41

13

3

2002

SMTWT

PKM

146

0

1

0

2

9

15

55

54

10

SMTB

116

0

4

5

6

9

18

30

32

12

Page 30: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

12

Daripada jadual 1.2 dapat di simpulkan secara umumnya bahawa ramai pelajar berada

pada tahap lulus sahaja iaitu gred 7 dan 8 sahaja..

Bagi mencapai keputusan yang cemerlang di dalam sesebuah peperiksaan, setiap

pelajar seharusnya memiliki kemahiran tertentu di dalam membuat ulang kaji mata

pelajaran. Kemahiran tersebut merangkumi teknik pengurusan masa, membaca,

perbincangan, mencatat nota, mengingati fakta dalam pelajaran dan teknik menghadapi

peperiksaan. ( Siti Hawa, 1992 : 3)

Salihan, 1991 menyatakan pelajar tidak boleh bergantung kepada nota pensyarah

semata-mata untuk mencapai kecemerlangan dalam sesuatu mata pelajaran. Ia merupakan

kemahiran yang sangat penting untuk di kuasai oleh pelajar.

“ Berpandukan satu kajian di Kanada di dapati bahawa faktor yang

menyebabkan pelajar berjaya terdiri daripada perkara-perkara berikut, membaca buku,

menyiapkan kerja rumah, kesihatan mental yang baik, mencatat nota dan membuat

persediaan bersungguh-sungguh apabila menghadapi peperiksaan” .

( K.M Bannet, 1988)

“Tingkah laku seseorang pelajar adalah pengajaran dan pembelajaran berbeza

mengikut pengalaman penggunaan pelbagai deria semasa belajar. Hasil kajian

mendapati bahawa 20% akan di perolehi oleh pelajar jika menggunakan deria

penglihatan sahaja, 30% jika hanya mendengar, 50% jika melihat dan mendengar dan

80% jika aktiviti mendengar, melihat dan membuatnya berlaku serentak”.

( Computer Technology Research, CTR 1993)

Hassan Mohd Ali, 1996 mempunyai pendapat yang tersendiri tentang perkara ini.

Menurut beliau, ramai pelajar gagal dalam peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai

teknik belajar yang rapi semasa belajar. Ini menunjukkan bahawa kejayaan seseorang

Page 31: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

13

pelajar itu bergantung kepada teknik belajar yang betul. Strategi dan teknik belajar yang

tepat akan menghasilkan kesan yang baik jika di bandingkan dengan teknik yang kurang

sesuai.

“Proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan strategi supaya pelajar dapat

mencapai matlamat dalam perubahan tingkah laku tertentu serta memperolehi

kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif”.

( Boon & Ragbir 1998)

Daripada pernyataan di atas jelas bahawa teknik pembelajaran penting dalam

mempengaruhi prestasi dan keputusan pelajar dalam peperiksaan. Berdasarkan

pernyataan dan statistik yang telah di utarakan juga, kajian ini akan mengkaji tentang

teknik pembelajaran pelajar dengan berlandaskan kepada pernyataan Siti Hawa Munji

(1987), bahawa keperluan teknik belajar adalah sangat penting. Ini kerana dengan

adanya teknik belajar yang berkesan, maka proses pembelajaran dapat dilakukan dengan

lebih licin dan sistematik. Kajian beliau juga mengatakan, bahawa pelajar tidak

mendapat bimbingan tentang teknik belajar yang berkesan seperti penggunaan masa,

pencatatan nota, mengadakan perbincangan dan masalah menghadapi peperiksaan.

1.3 Penyataan Masalah

Kita pernah membaca buku, tetapi apa yang dibaca tidak dapat disimpan di dalam

ingatan. Kita juga pernah merasa kecewa atas segala usaha yang kita telah laksanakan

tersebut. Jika ini berlaku kepada diri kita, sebenarnya teknik belajar kita adalah tidak

sistematik. Belajar cara untuk belajar adalah amat penting. Kaedah dalam belajar adalah

kita mempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan

yang maksimum. (Amer Shakir Zainol, 2000 )

Page 32: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

14

Menurut Boon & Ragbir 1998, proses pembelajaran melibatkan perlaksanaan

strategi supaya pelajar dapat mencapai matlamat dan perubahan tingkah laku tertentu

serta memperoleh kebiasaan, pengetahuan dan sikap positif.

Pernyataan Hassan Mohd Ali, 1996 menyebut bahawa ramai pelajar gagal dalam

peperiksaan kerana mereka tidak mempunyai teknik belajar yang rapi semasa belajar. Ini

menunjukkan bahawa kejayaan seseorang pelajar itu bergantung kepada teknik belajar

yang betul. Strategi dan teknik belajar yang tepat akan menghasilkan kesan yang baik

jika di bandingkan dengan teknik yang kurang sesuai.

Manakala Siti Hawa 1987:3 pula menyatakan bahawa kajian yang telah di buat oleh

Chiam 1983 terhadap sekolah luar bandar mendapati bahawa 60.9% daripada pelajar

menyedari bahawa kebiasaan belajar mereka tidak berkesan sebagai punca kegagalan.

Bagi Saniah et. Al 2000 :150 menyatakan bahawa kemahiran belajar yang digunakan

hendaklah fleksibel supaya dapat disesuaikan untuk menyelesaikan masalah atau

digunakan dalam situasi tertentu.

Penyataan-pernyataan ini menunjukkan kepentingan teknik belajar yang berkesan

untuk peningkatan prestasi pembelajaran. Oleh yang demikian kajian ini akan mengkaji

teknik pembelajaran bagi mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah

Menengah Teknik di Terengganu.

Page 33: TEKNIK PEMBELAJARAN PELAJAR BAGI MATA PELAJARAN … · teknik pembelajaran, minat , persekitaran fizikal bengkel dan kelas serta alat bantuan pengajaran dan pembelajaran amat penting

15

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

i. Mengenal pasti teknik pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal di kalangan pelajar.

ii. Mengenal pasti perlaksanaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal

dari aspek minat pelajar.

iii. Mengenal pasti aspek pengaruh persekitaran fizikal kelas dan bengkel kepada

pelajar untuk mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal.

iv. Mengenal pasti penggunaan bahan bantuan pengajaran dan bahan bantuan

pembelajaran mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal di kalangan guru

dan pelajar.

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini di harapkan dapat menjawab beberapa persoalan dalam memperolehi

maklumat mengenai teknik pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran Pengajian

Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik Negeri Terengganu.

Antara persoalan yang di kemukakan ialah :

i. Apakah teknik pembelajaran yang di amalkan oleh pelajar bagi mata pelajaran

Pengajian Kejuruteraan Jentera ?

ii. Adakah pelajar berminat terhadap mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan

Mekanikal?

iii. Apakah pengaruh persekitaran fizikal kelas @ bengkel mendorong pelajar untuk

mengambil mata pelajaran Pengajian Kejuruteraan Mekanikal?

iv. Adakah penggunaan bahan bantu pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi

keberkesanan pembelajaran pelajar dalam mata pelajaran pengajian kejuruteraan

mekanikal ?