teknik menyelamat

8
3.0 TEKNIK MENYELAMAT Teknik menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini. Dalam teknik menyelamat terdapat pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya. Contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau kecacatan berpanjangan dan sebagainya. 3.1 TEKNIK MENYELAMAT ORANG LAIN 1) Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab Mengenali kewujudan masalah Menginterperastasikan peeristiwa Berasa tanggungjawab 2) Penilaian Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum memasuki air. Keselamatan kendiri Kesedaran tentang kebolehan fizikal Bantuan yang diperolehi Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa Keadaan persekitaran Bilangan mangsa Pakaian yang perlu ditanggalkan. 14

Upload: idanurfirza

Post on 27-Jun-2015

2.131 views

Category:

Documents


37 download

TRANSCRIPT

Page 1: TEKNIK MENYELAMAT

3.0 TEKNIK MENYELAMAT

Teknik menyelamat boleh diringkaskan sebagai satu kaedah ataupun cara untuk

melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini. Dalam teknik

menyelamat terdapat pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan

untuk menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya.

Contohnya situasi yang boleh membawa kepada kematian, kecederaan atau

kecacatan berpanjangan dan sebagainya.

3.1 TEKNIK MENYELAMAT ORANG LAIN

1) Mengesan kecemasan dan menerima tanggungjawab

Mengenali kewujudan masalah

Menginterperastasikan peeristiwa

Berasa tanggungjawab

2) Penilaian

Penyelamat harus menilaikan aspek-aspek berikut sebelum memasuki air.

Keselamatan kendiri

Kesedaran tentang kebolehan fizikal

Bantuan yang diperolehi

Pemilihan alat bantuan untuk menunda mangsa

Keadaan persekitaran

Bilangan mangsa

Pakaian yang perlu ditanggalkan.

3) Tindakan

Keadaan air

Tingginya tempat memasuki air

Jenis alat bantuan yang dibawa

Jenis dasar air

Keadaan mangsa

Kepantasan yang diperlukan

14

Page 2: TEKNIK MENYELAMAT

4) Cara-cara memasuki air

Melangkah masuk

Lompat

Junam

Lompat “straddle”

5) Mendekati mangsa

Mempertahankan diri dan melepaskan diri dari genggaman mangsa

Pendekatan bercakap

Pendekatan menggunakan alat bantuan

Mendekati mangsa yang tidak sedar

Mengeluarkan mangsa dari dasar air – junam dari permukaan air dan mencari

mangsa dalam air

Menyokong mangsa

Memberi bantuan pernafasan

6) Menunda mangsa

Mengiringi mangsa dengan alat bantuan

Menunda tanpa sentuhan

Menunda dengan sentuhan

7) Mendaratkan mangsa

8) Rawatan kecemasan dan tindakan susulan

Bantu mula melalui E.A.R atau C.P.R atau kedua-dua sekali.

Pemulihan Pernafasan Jantung (CPR)

Anda perlu bertindak segera untuk menolong seseorang yang kelihatannya telah

terhenti pernafasannya atau nadinya tidak lagi berdenyut. Terdapat beberapa

langkah yang perlu diikuti;

1. Baringkan mangsa dalam keadaan menelentang.

2. Tentukan keadaan mangsa – Gerakkan tubuhnya perlahan-lahan dan

tanyakan keadaannya.

15

Page 3: TEKNIK MENYELAMAT

3. Dapatkan bantuan dengan menjerit untuk pertolongan dan hubungi ambulan.

4. Baringkan mangsa secara terlentang di atas permukaan yang rata dan keras

dan pada masa yang sama gerakkan kepala dan badannya serentak.

5. Buka mulutnya dengan mendongakkan kepala dan mengangkat dagu ke atas.

6. Dongakkan kepala untuk membuka laluan udara. Keluarkan benda-benda di

dalam mulut dan kerongkong jika ada. Baringkan mangsa secara terlentang.

Lakukan cara pemulihan pernafasan dari mulut-ke-mulut. Periksa sama ada

mangsa bernafas

3.1.1 TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL JIKA BERLAKU KECEMASAN

A. Kaedah Menyelamat Tanpa Masuk ke dalam Air

16

Rajah 1: Teknik menyelamat dengan menggunakan bahan keras

Page 4: TEKNIK MENYELAMAT

1. Badan penyelamat hendaklah direndahkan dengan serendah yang mungkin

apabila menarik mangsa yang dalam keadaan sukar untuk berenang.

2. Penyelamat hendaklah menarik keluar mangsa ke tempat yang selamat dengan

menggunakan bahan yang tegar atau keras (batang besi, gelung) atau dengan

menggunakan bahan yang tidak tegar atau keras (baju, tuala mandi) untuk

menarik mangsa keluar dari keadaan bahaya.

3. Kemudian mangsa akan cuba untuk mencapai dan memegang bahan yang

diberikan tadi dengan menggunakan sebelah atau kedua-dua belah tangan dan

kemudian penyelamat akan menarik mangsa ke tepi kolam.

4. Pastikan mangsa dalam keadaan terkawal. Jika terdapat yang menunjukkan

mangsa berisiko dalam bahaya tindakan sewajarnya hendaklah diambil seperti

memberi bantuan perubatan awal kepada mangsa dengan menenangkan

mangsa, memberi bantuan pernafasan (CPR) dan sebagainya supaya mangsa

berada dalam keadaan terkawal.

5. Jika tidak terdapat sebarang perubahan pada mangsa, langkah kecemasan perlu

diambil dengan membawa mangsa ke pusat perubatan untuk mendapat tindakan

dan rawatan yang selanjutnya.

6. Penyelamat boleh menyelamat mangsa samada menggunakan kamahiran asas

menyelamat bahagian belakang, tepi dan depan.

17

Page 5: TEKNIK MENYELAMAT

7. Semasa penyelamat ingin membaling atau mencampak bahan apungan untuk

dicapai oleh mangsa, pastikan kaki dijarakkan mengikut keselesaan dan

kestabilan badan apabila melakukan balingan bahan apungan tadi.

8. Kemudian mangsa ditarik sehingga ke tempat yang selamat atau ke tepi kolam.

9. Tindakan susulan seperti rawatan perubatan / rawatan kecemasan diambil jika

perlu bagi mengelak sebarang kemungkinan yang berlaku terhadap mangsa.

B. Kaedah Menyelamat Masuk ke dalam Air

1) Pastikan keadaan selamat. Penyelamat akan berenang menghampiri mangsa dan

membawa alat yang terapung.

2) Penyelamat akan mencapai mangsa dengan menarik mangsa perlahan-lahan

menghampirinya. Penyelamat akan meletakkan alat terapung ke badan mangsa

untuk memudahkan mengapung dan membawa mangsa.

3) Alat yang terapung yang diletakkan pada bahagian badan mangsa hendaklah

dipastikan supaya kemas dan tidak tercabut apabila proses menyelamat mangsa

dilakukan.

4) Penyelamat akan memegang pada alat yang telah diikatkan pada badan mangsa

tadi untuk memudahkan penyelamat membawa mangsa ke tepi.

5) Penyelamat akan membawa mangsa ke tepid an kemudian akan memeriksa

samada mangsa bernafas atau tidak.

6) Tindakan kecemasan dan perubatan akan diambil terhadap mangsa supaya

mangsa dalam keadaan selamat.

18

Rajah 2: Teknik menyelamat dengan membaling atau mencampakkanbahan apungan

Page 6: TEKNIK MENYELAMAT

3.2 TEKNIK MENYELAMAT DIRI SENDIRI

1) Mengapungkan Diri di Air

Mengetahui teknik mengapungkan diri di air merupakan teknik yang amat penting

bagi menyelamtkan diri sendiri apabila menghadapi situasi yang bahaya ketika di air.

Cara mengapungkan diri di air ialah dengan melakukan gerakan seperti gelombang

dengan kedua-dua belah tangan menekan ke bawah permukaan air.

2. Menanggalkan Pakaian

Menanggalkan pakaian juga merupakan teknik menyelamatkan diri sendiri semasa

berada di air. Latihan perlu dilakukan supaya kita dapat bertindak apabila berasa diri

19

Page 7: TEKNIK MENYELAMAT

dalam keadaan bahaya. Cara yang boleh dilakukan ialah dengan menanggalkan

pakaian untuk memberi sokongan.

20