teknik menulis ayat berdasarkan gambar

6
Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar PENULISAN BAHAGIAN A TULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR Contoh Soalan Bahagian A : Dibei stimulus. Tulis lima ayat lengkap tentang gambar. Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar. Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar. ž Syarat-syarat perlu ada : 1. Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5. 2. Idea mesti menepati bahan grafik. 3. Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang sedang berlaku. 4. Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata bilangan - beberapa, dua orang. 5. Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja. 6. Ada huraian. 7. Mula membina ayat pada gambar di hadapan dahulu. 8. Bina satu aktiviti sahaja dalam satu ayat. Galakkan tulis ayat gramatis. 9. Bilangan perkataan sekurang-kurangnya 8 hingga 12

Upload: zaki

Post on 04-Jan-2016

335 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

B.Melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

PENULISAN BAHAGIAN A

TULIS LIMA AYAT BERDASARKAN GAMBAR

Contoh Soalan Bahagian A :

Dibei stimulus.Tulis lima ayat lengkap tentang gambar.Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti dalam gambar.Tulis lima ayat lengkap tentang situasi dalam gambar.

ž Syarat-syarat perlu ada :

1. Digalakkan menulis nombor 1, 2, 3, 4 dan 5.

2. Idea mesti menepati bahan grafik.

3. Ayat hendaklah menggambarkan perkara yang

sedang berlaku.

4. Ada watak/pelaku. Boleh guna nama orang, kata

bilangan - beberapa, dua orang.

5. Aktiviti-aktiviti gunakan kata kerja.

6. Ada huraian.

7. Mula membina ayat pada gambar di hadapan

dahulu.

8. Bina satu aktiviti sahaja dalam satu ayat. Galakkan

tulis ayat gramatis.

9. Bilangan perkataan sekurang-kurangnya 8 hingga 12

patah perkataan supaya mendapat pengskoran cemerlang.

Page 2: Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

10. Bilangan ayat diambil kira. ( 5 ayat sahaja).

Jika tulis lebih daripada lima ayat –

impression turun, markah akan dipotong.

11. Satu ayat satu titik. (Dalam satu nombor ada dua

titik maka dikira telah wujud dua ayat.)

12. Jangan tulis ayat yang berbentuk cerita. Jangan

gunakan penanda wacana.

CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 6 SJKC

Hari : Isnin

Masa : 10.35 pagi – 11.35 pagi

Tahun : 6A

Tema : Bergaya ke Sekolah

Tajuk : Semangat Yuk Sing

Objektif Pembelajaran :

Fokus Utama : 8.1 Aras 1 (i)

Fokus Sampingan: 5.1 Aras 1 (i)

Objektif Pembelajaran :

Pada akhir pelajaran murid dapat :

1. Menulis 5 ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar.

2. Membaca 5 ayat yang ditulis berdasarkan gambar.

Aktiviti-aktiviti pembelajaran :

Page 3: Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

1. Murid menyanyikan lagu "Bangun Tidur".

2. Guru bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti

sebelum ke sekolah.

3. Murid meneliti gambar yang dipaparkan.

4. Murid dibimbing mencari kata kerja yang sesuai

dengan gambar.

5. Murid dibimbing melengkapkan Lembaran

Bijak Mengurus Grafik berdasarkan kata kerja

dan kata tanya (Siapa?, Buat apa? Di mana?).

6. Murid dibimbing menulis 5 ayat berdasarkan

Lembaran Bijak Mengurus Grafik.

7. Murid membaca ayat yang ditulis.

Impak : (Ditulis selepas pengajaran dan pembelajaran)

Gambar di bawah menunjukkan Amin bersiap-siap ke

sekolah.

Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang

terdapat dalam gambar.

Page 4: Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

Langkah-langkah untuk menulis ayat :

1. Baca arahan dan soalan serta fahamkan.2. Lihat gambar dengan teliti.3. Gunakan beberapa soalan panduan seperti yang berikut : a) Siapa? = Amin b) Buat apa? = mandi c) Di mana? = di dalam bilik air d) Bagaimana? = menggunakan air dan sabun e) Mengapa? = supaya bersih

Page 5: Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar

4. Lengkapkan Lembaran Bijak Mengurus Grafik pada setiap maklumat yang diperolehi seperti berikut :

Siapa Buat apa? Kata Sendi /

Kata Hubung

Keterangan / Huraian peluasan prediket

Amin mandi di dalam bilik air

Dia memakai baju sambil tersenyum

Amin menyikat rambut dengan kemas

Amin bersarapan sebelum ke sekolah

Ibu melambai tangan kepada Amin

5. Salin semula ayat-ayat seperti di atas dan meletakkan tanda bacaan. 1. Amin mandi di dalam bilik air. 2. Dia memakai baju sambil tersenyum. 3. Amin menyikat rambut dengan kemas. 4. Amin bersarapan sebelum ke sekolah. 5. Ibu melambai tangan kepada Amin. (Kaedah ini dapat membantu murid untuk mendapat pengskoran lulus.)

6. Baca semula ayat-ayat yang ditulis dan semak semua ejaan dan tanda bacaan betul.

Kesalahan yang selalu dilakukan oleh murid :

1. Tidak tulis huruf besar pada permulaan ayat.2. Tidak meletakkan tanda noktah pada akhir ayat. 3. Menulis ayat melebihi lima ayat.4. Menulis dua ayat dalam satu nombor.5. Menulis ayat tidak berdasarkan maklumat yang tersurat dalam gambar.6. Ayat yang ditulis tidak menepati kehendak soalan.

Page 6: Teknik Menulis Ayat Berdasarkan Gambar