teknik mencapai kecemerlangan diri.ppt

17
TEKNIK MENCAPAI KECEMERLANGAN DIRI OLEH: ENCIK ROSHAIMMI BIN MOHAMAD

Upload: zulnas-mpmk

Post on 18-Nov-2015

74 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

  • TEKNIK MENCAPAI KECEMERLANGAN DIRIOLEH:ENCIK ROSHAIMMI BIN MOHAMAD

  • UNSUR-UNSUR DALAM DIRITerdapat 4 unsur dalam diri manusia iaitu:

    1. JASAD2. EMOSI3. MINDA4. ROHANI

  • JASADKita mengenali diri kita secara lahiriah melalui jasad.Kita tahu jasad wujud apabila kita berasa sakit akibat terluka atau sebagainya.Cara hidup yang seimbang perlu bagi kita merangsang jasad mengamalkan cara hidup yang baik iaitu gabungan jasad, emosi dan rohani yang positif.Dorongan emosi negatif yang berlebihan membuatkan diri tertekan dan mewujudkan pelbagai penyakit seperti migrain.

  • PENYAKIT JASADMIGRAINJANTUNGDARAH TINGGIBARAH

    - Orang yang tidak memperolehi ketenangan diri dari segi rohani, mental dan emosi mempunyai jasad yang tidak sihat dan mudah terdedah kepada penyakit-penyakit di atas.

  • EMOSIEmosi merupakan aspek perasaan yang berhubung rapat dengan minda dan rohani.Emosi wujud daripada pemikiran yang mencetuskan perasaan dan kemudian membentuk perilakuEmosi mampu dirangsangkan dengan adanya sifat-sifat positif seperti sabar, tabah dan tinggi daya tahan

  • Kita akan berasa tertekan seandainya membiarkan emosi negatif seperti cepat merajuk, sering bersedih dan rendah diri menyelubungi diri.Perasaan tertekan yang keterlaluan boleh membawa kemudaratan kepada diri sendiri.Sentiasa berfikiran positif

  • MINDAMinda berkait rapat dengan dengan keseluruhan diri, emosi dan jasad.Integrasi antara rohani, minda, emosi dan jasad mencetuskan pemikiran yang mendorong kita melakukan perkara baik atau buruk.Pemikiran yang baik perlu bagi kita merangsang minda positif yang membentuk perlakuan positif.

  • ROHANIRohani adalah unsur yang paling penting dalam diri manusiaSepertimana jasad, roh juga memerlukan santapan. Santapan diperolehi dengan cara beribadat dan beramal soleh seperti bersedekah, amal jariah dan berdoa.Melalui iman dan amal, aspek kerohanian akan terangsang, sekaligus menyegarkan roh kita agar berupaya meniti jalan ke arah kejayaan di dunia dan akhirat

  • MENCAPAI KEJAYAAN DIRIKita perlu mengubah keadaan R.E.M.J untuk mencapai kejayaan dalam apa juga perkara yang dilakukan.Untuk melakukan perubahan ini, kita perlu memahami apakah yang dimaksudkan dengan kegagalan dan menggantikannya dengan kejayaan melalui Teknik 5 Langkah R.E.M.J.

  • KEGAGALAN = Rasa takut + Stress + Kerisauan + Pemikiran negatif + Jiwa negatifPerubahan R.E.M.J

    TEKNIK 5 LANGKAH R.E.M.J. Untuk Kejayaan Yang Menyeluruh

  • TEKNIK 5 LANGKAH R.E.M.JIngat Allah ( Sebut Bismillah dan ingat bahawa Allah boleh membantu kita berjaya pada bila-bila masa sahaja)Kenalpasti masalah yang menyebabkan kegagalan, tekanan atau ketegangan.Alihkan fokus dalaman R.E.M.J. anda dengan kaedah pernafasan tenang 4-1-5 (4-tarik nafas, 1-tahan nafas, 5-hembus nafas). Fokuskan pernafasan daripada jantung, apabila menghembus nafas, sebut secara perlahan Astargfirullah-hal-azim. Lakukan sehingga berasa tenang, 3-9 kali.

  • 4. Pejamkan mata dan niat, dengan limpah kurnia Allah, saya (sebarang perakuan/ungkapan positif untuk menghilangkan penyebab kegagalan atau tekanan). Contohnya :(a) Insya Allah, subjek ini mudah diingati,(b) Insya Allah, saya dapat menjawab dengan baik peperiksaan ini.(c) Insya Allah, saya sentiadsa tenang

  • 5. Bayangkan perasaan gembira dan keputusan positif seolah-olah anda sedang mengecapinya.Ulang 5 Langkah R.E.M.J ini setiap hari atau apabila anda berhadapan dengan keadaan yang memerlukan.Gunakan ungkapan positif yang sesuai mengikut keadaan dan kehendak anda. Kaedah ini perlu dilakukan secara berterusan setiap hari hingga ia menjadi sebati dan menjadi tabiat semulajadi. Ini akan mendorong kita menjadi insan yang berfikiran positif dan berjaya dalam hidup, INSYA ALLAH

  • KEJAYAANPendorong utama ke arah kejayaan dan kecemerlangan ialah diri anda sendiri.Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan melainkan anda mempunyai semangat dan dorongan yang kuatKeyakinan diri amat penting. Jangan menyimpan persepsi negatif terhadap diri sendiriGabungan dorongan + semangat + keyakinan diri, adalah formula yang terbaik untuk menghasilkan sesuatu yang boleh dibanggakan.

  • RESEPI KEJAYAANUtamakan kejayaan dan kurangkan keseronokanBelajar serta manfaatkan segala pengetahuan yang baruBersedialah untuk menghadapi setiap cabaran dan masalahTetapkan matlamat andaBuat keputusan dengan tepat

  • Lupakan segala perkara yang remehCari kelemahan diri sendiri dan berusaha untuk mengatasinyaUsaha dengan berterusan dan jangan mudah putus asaBelajarlah daripada setiap kegagalan, ingatlah kegagalan kali pertama adalah cabaran untuk mencapai kejayaanBerdoa dan bertawakal kepada Allah kerana Dialah penentu segala-galanya.

  • SEKIAN TERIMA KASIH