sky-dweller · emas kuning 18 karat komitmen untuk mencapai kecemerlangan dengan mengendalikan...

12
Sky-Dweller Oyster, 42 mm, emas kuning

Upload: others

Post on 06-Dec-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Sky-Dweller

Oyster, 42 mm, emas kuning

Page 2: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Oyster Perpetual Sky-Dweller dalam emaskuning 18 karat dengandail putih terang danrantai Oyster.

Jam tangan khas yang dicirikan oleh paparan zon waktu

kedua pada cakera di luar pusat pada dail. Selain itu,

sistem inovatif bagi menetapkan fungsi yang

menggunakan Cincin bezel Command boleh putarnya ini

adalah unik untuk Rolex.

Page 3: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Dail putih terangSatu ciri menonjol

Segitiga merah terbalik yang tetap pada titik dail ke masa

rujukan yang dipilih – masa di rumah atau di tempat kerja

biasa – di atas cakera 24-jam di luar pusat. Sekilas

pandang, paparan 24 jam ini jelas membezakan jam waktu

siang dari jam waktu malam di zon waktu yang lain.

Page 4: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Bezel berjelajurTanda pengenalan Rolex

Bezel berjelajur Rolex adalah satu tanda perbezaan. Pada

mulanya, Oyster jelajur bezel mempunyai tujuan tertentu.

Ia membantu bezel untuk mudah diskrukan pada penutup

untuk memastikan jam tangan itu kalis air. Ianya kemudian

dikenali sebagai jelajur penutup belakang yang juga

diskrukan pada penutup untuk tujuan kalis air dengan

menggunakan alat - alat spesifik Rolex. Dari masa ke

masa, jelajur itu menjadi elemen estetika, satu ciri asli

yang menjadi tanda pengenalan bagi Rolex. Kini, bezel

berjelajur adalah satu tanda perbezaan, lazimnya dalam

keemasan.

Page 5: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Emas kuning 18 karatKomitmen untuk mencapaikecemerlangan

Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri,

Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

menghasilkan aloi emas 18 karat yang berkualiti tinggi.

Mengikut bahagian yang terdapat pada perak, tembaga,

platinum atau paladium tambahan, beberapa jenis emas

18 karat boleh dihasilkan: kuning, merah jambu atau putih.

Mereka diperbuat hanya daripada logam yang paling tulen

dan diperiksa dengan teliti di makmal dalaman dengan

menggunakan kelengkapan yang paling canggih.

Perhatian kepada kualiti yang sama juga akan diberikan

sebelum emas dibentuk dan direka. Komitmen

kecemerlangan Rolex bermula daripada sumbernya.

Page 6: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Rantai OysterAlkimia bentuk dan fungsi

Sky-Dweller yang dipasang pada penyambungan yang

kukuh pada rantai Oyster dalam Oystersteel, ada dalam

versi penutup Rolesor putih, ataupun versi Rolesor kuning,

rantai Oyster menggabungkan Oystersteel dan 18 ct emas

kuning. Rantai Oyster ini mendapat faedah daripada satu

pelekapan terlindung yang terletak di bawah bezel untuk

memastikan ianya tidak berkelium dan selanjar diantara

rantai dan penutup. Ia dilengkapi dengan Oysterclasp

berlipat dan juga mempunyai system sambungan Easylink

yang telah dipatenkan oleh Rolex bagi membolehkan

pemakai dengan mudahnya meningkatkan kepanjangan

rantai sehingga kira-kira 5 mm, untuk keselesaan

tambahan dalam apa jua keadaan.

Page 7: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Zon dwimasaPaparan serentak

Kedua-dua zon waktu ini dipaparkan serentak. Waktu

tempatan ditunjukkan oleh jarum jam, minit dan saat pusat

konvensional. Ia boleh ditetapkan dengan cepat dan

mudah dengan cara mekanisme yang membolehkan jarum

jam dilaraskan secara bebas melalui kenaikan satu jam

kedepan dan ke belakang. Tiada minit dan saat atau masa

rujukan dalam zon waktu kedua yang terjejas. Oleh kerana

jam tangan tidak dihentikan, maka, ketepatan adalah

terpelihara. Waktu rujukan di tempat kediaman atau

tempat bekerja yang biasa bagi pengembara dibaca pada

cakera luar pusat berputar. Segitiga merah terbalik yang

tetap menunjukkan kepada masa rujukan yang dipilih

pemakai. Paparan 24-jam cakera membolehkan

pengembara membezakan waktu jam siang dari malam

dengan jelas di zon masa yang jauh (contohnya 10 malam

dengan 10 pagi). Perubahan tarikh dipautkan kepada

masa tempatan dan berlaku dalam beberapa milisaat di

tengah malam. Oleh itu, tarikh yang dipaparkan dalam

apertur adalah tarikh semasa dalam zon waktu tempatan

si pemakai.

Page 8: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Kanta SiklopsKanta pembesar

Kanta siklops adalah salah satu ciri Rolex yang paling unik

dan salah satu yang paling dikenali. Dinamakan selepas

wujudnya mitos Yunani gergasi yang bermata satu, Kanta

siklops membesarkan paparan lambang tarikh jam tangan

sebanyak dua setengah kali ganda untuk memudahkan

bacaan. Di sebalik siklops, seperti setiap ciri jam tangan

Rolex, terdapat sejarah penemuan, penyelidikan dan

pembangunan, serta pencarian tanpa henti untuk

kesempurnaan.

Page 9: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Mekanisme 9001Prestasi yang hebat

Sky-Dweller dilengkapi dengan Kaliber 9001 iaitu sebuah

mekanisme mekanikal automatik yang dibangun dan

dihasilkan sepenuhnya oleh Rolex. Diperkenalkan pada

tahun 2012, ia adalah salah satu Kaliber paling kompleks

pernah dihasilkan oleh pembuat jam Rolex. Walau

bagaimanapun, ia direka bentuk untuk memastikan

kemudahan penggunaan: roda pemilih pada tepi luar 9001

memastikan interaksi mekanisme dan bezel jam tangan

bagi menetapkan fungsi Sky-Dweller. Sepertimana

kesemua mekanisme Rolex Perpetual, 9001 merupakan

sebuah Kronometer Switzerland yang diperakui iaitu suatu

pelantikan yang diperuntukkan untuk jam tangan

berketepatan tinggi yang telah berjaya melepasi ujian-ujian

Pengujian kronometer Switzerland (COSC). Senibinanya

yang sama dengan semua mekanisme jam tangan Oyster

menjadikannya boleh dipercayai.

Page 10: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

SpesifikasiRujukan 326938

PENUTUP MODELOyster, 42 mm, emas kuning

SENI BINA OYSTERPenutup tengah Monoblok, penutup

belakang diskrukan ke bawah dan belitan

putaran jam

GARIS PUSAT42 mm

BAHANemas kuning 18 karat

BEZELBerjelajur, dwiarah boleh gilir Cincin

Command Rolex

BELITAN PUTARAN JAMDiskrukan ke bawah, sistem kalis air

Twinlock berganda

KRISTALNilam tahan calar, kanta siklops sepanjang

tarikh

KALIS AIRKalis air sehingga 100 meter / 330 kaki

MEKANISMEPerpetual, mekanikal, automatik, dua zon

masa, kalendar tahunan

KALIBER9001, Buatan Rolex

KETEPATAN-2/+2 saat/hari, selepas dibuka

FUNGSIJarum jam, minit dan saat. Paparan 24 jam

buka dan tutup pada pusat aksesori. Zon

masa kedua Kalendar tahunan serta-merta

pada jam 3 dan penetapan cepat pada

tarikh. Paparan bulan melalui 12 apertur di

lilitan bulatan dail. Pemberhentian saat

untuk tetapan masa yang tepat

PENGAYUNPegas rambut paramagnet Parachrom biru.

Penyerap kejutan Paraflex berprestasi

tinggi

BELITANDwiarah automatik melalui rotor Perpetual

RIZAB KUASALebih kurang 72 jam

Page 11: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

RANTAIOyster, penghubung keping tiga rata

BAHAN RANTAIemas kuning 18 karat

KANCINGOysterclasp lipat dengan 5 mm sambungan

pautan yang selesa

DAILPutih terang

BUTIRANPaparan Chromalight yang tinggi dan

sangat mudah dibaca dengan luminesens

biru tahan lama

PENSIJILANSuperlatif kronometer (COSC + Pensijilan

Rolex selepas dibuka)

Page 12: Sky-Dweller · Emas kuning 18 karat Komitmen untuk mencapai kecemerlangan Dengan mengendalikan faundri eksklusif milik sendiri, Rolex mempunyai keupayaan yang tiada tandingan untuk

Terokai dan temui lebihlanjut di Rolex.com

Semua hak milik intelektual seperti tanda perniagaan,

nama dagang, reka bentuk dan hak cipta terpelihara

adalah eksklusif hak milik Rolex. Tiada apa-apa yang

terkandung dalam laman web ini boleh diterbitkan tanpa

kebenaran bertulis. Rolex berhak pada setiap masa untuk

mengubah suai model yang dipaparkan di laman web.