perbandingan antara kaedah main peranan dan …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/yee chin...

11
Pendidikan Sains 66 Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 | Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 19 – 20 September 2012 PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN PENGGUNAAN KAD PERMAINAN BAGI MENINGKATKAN PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN EMPAT DALAM TAJUK SIRATAN MAKANAN 1 Yee Cheng Hong 2 Amir Hamzah Sharaai 1 Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 2 Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia : [email protected] Diterima untuk diterbitkan pada: 18 April 2012 ABSTRAK Kajian berbentuk eksperimen ini bertujuan untuk menguji keberkesanan antara kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan bagi meningkatkan pencapaian murid-murid tahun 4 dalam tajuk siratan makanan. Sampel kajian ini terdiri daripada 14 orang murid tahun 4 yang belajar di Sekolah Kebangsaan Sebarang Jaya pada tahun 2011. Instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data berbentuk kualitatif dan kuantitatif dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, dan temu bual. Selepas penyampaian tajuk siratan makanan dengan mengaplikasikan strategi berpusatkan guru, 14 orang murid yang mencapai markah paling rendah dalam ujian pra telah dipilih dan dibahagikan kepada kumpulan AM dan PM. Kumpulan AM diberikan intervensi kad permainan manakala Kumpulan PM diberikan intervensi main peranan. Data yang dikumpulkan telah dianalisis melalui statistik diskriptif dan statistik inferensi. Hasil analisis ujian-t menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara kedua- dua intervensi. Kesimpulannya, kedua-dua intervensi adalah berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid dan menarik minat responden. Kata kunci: reka bentuk eksperimen, main peranan, kad permainan, siratan makanan, keberkesanan, minat. PENGENALAN Tanggungjawab mendidik anak-anak murid ini merupakan satu usaha yang berterusan di mana guru- guru perlu sentiasa mencari alternatif atau cara penyampaian yang paling berkesan untuk mengajar murid-murid supaya sesuatu objektif proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dicapaikan dengan jaya. Untuk menjadi seorang bakal guru yang berkesan dalam pengendalian proses P&P, pedagogi pendidikan merupakan satu ilmu pengetahuan yang amat penting dan patut dikuasai sepenuhnya oleh setiap guru demi melahirkan anak-anak murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) di mana matlamat ini adalah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sejak para pendidik mahir dalam pedagogi pendidikan, maka mereka berkemampuan mengaplikasikan pelbagai strategi seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 66

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DANPENGGUNAAN KAD PERMAINAN BAGI MENINGKATKAN

PENCAPAIAN DAN MINAT MURID TAHUN EMPAT DALAM TAJUKSIRATAN MAKANAN

1Yee Cheng Hong2Amir Hamzah Sharaai

1Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang2Jabatan Pengurusan Alam Sekitar, Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia

: [email protected]

Diterima untuk diterbitkan pada: 18 April 2012

ABSTRAK

Kajian berbentuk eksperimen ini bertujuan untuk menguji keberkesananantara kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan bagimeningkatkan pencapaian murid-murid tahun 4 dalam tajuk siratanmakanan. Sampel kajian ini terdiri daripada 14 orang murid tahun 4 yangbelajar di Sekolah Kebangsaan Sebarang Jaya pada tahun 2011.Instrumen yang telah digunakan untuk mengumpul data berbentukkualitatif dan kuantitatif dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian pasca,soal selidik, dan temu bual. Selepas penyampaian tajuk siratan makanandengan mengaplikasikan strategi berpusatkan guru, 14 orang murid yangmencapai markah paling rendah dalam ujian pra telah dipilih dandibahagikan kepada kumpulan AM dan PM. Kumpulan AM diberikanintervensi kad permainan manakala Kumpulan PM diberikan intervensimain peranan. Data yang dikumpulkan telah dianalisis melalui statistikdiskriptif dan statistik inferensi. Hasil analisis ujian-t menunjukkanbahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan (p>0.05) antara kedua-dua intervensi. Kesimpulannya, kedua-dua intervensi adalah berkesandalam meningkatkan pencapaian murid dan menarik minat responden.

Kata kunci: reka bentuk eksperimen, main peranan, kad permainan,siratan makanan, keberkesanan, minat.

PENGENALAN

Tanggungjawab mendidik anak-anak murid ini merupakan satu usaha yang berterusan di mana guru-guru perlu sentiasa mencari alternatif atau cara penyampaian yang paling berkesan untuk mengajarmurid-murid supaya sesuatu objektif proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dicapaikandengan jaya. Untuk menjadi seorang bakal guru yang berkesan dalam pengendalian proses P&P,pedagogi pendidikan merupakan satu ilmu pengetahuan yang amat penting dan patut dikuasaisepenuhnya oleh setiap guru demi melahirkan anak-anak murid yang seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS) di mana matlamat ini adalah selaras dengan FalsafahPendidikan Kebangsaan.

Sejak para pendidik mahir dalam pedagogi pendidikan, maka mereka berkemampuanmengaplikasikan pelbagai strategi seperti strategi berpusatkan guru, strategi berpusatkan murid

Page 2: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 67

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

ataupun strategi berpusatkan bahan dengan lebih berkesan untuk mencapai sesuatu objektif P&P.Selain daripada strategi penyampaian, jenis teknik atau kaedah yang digunakan merupakan satu lagifaktor penting dalam usaha meningkatkan kualiti P&P. Kesesuaian teknik/kaedah yang digunakandapat membantu murid-murid dalam mempelajari sesuatu pelajaran dengan lebih efektif danbermakna. Untuk mencapai sesuatu objektif P&P dengan berjaya, guru-guru perlu bijak membuatpengintegrasian dan pengubahsuaian kaedah berdasarkan pelbagai faktor seperti keperluan tajuk,pencapaian murid, kebolehan murid serta gaya pembelajaran mereka bagi menjamin carapenyampaian itu dapat diaplikasikan dengan optimum.

Refleksi pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang lepas

Melalui temu bual yang dibuat dari guru sains, saya lebih memahami latar belakang, tingkah lakuserta gaya pembelajaran bagi murid-murid di dalam kelas yang diajar. Dalam proses P&P tersebut,saya telah mengaplikasikan strategi berpusatkan guru, iaitu kaedah tradisional (chalk and talk) dalampenyampaian pelajaran yang bertajuk rantai makanan dan siratan makanan. Guru bertindak sebagaipenceramah manakala murid-murid bertindak sebagai pendengar dalam sepanjang proses P&P.Setelah proses (P&P) telah disempurnakan, amalan meninjau telah dilaksanakan dengan memberilatihan dan ujian formatif kepada murid-murid bagi menguji tahap pemahaman dan penguasaanmereka dalam tajuk rantai makanan dan siratan makanan demi memastikan hasil pembelajarandicapaikan.

Malangnya, keputusan peninjauan itu amat mengecewakan dan saya mengetahui bahawa kebanyakanmurid tidak mampu menjawab soalan-soalan latihan yang telah diberikan. Disebabkan saya tidakmempunyai pengalaman yang mencukupi dalam mengajar, saya telah menghadapi kesusahan dalampemilihan strategi dan teknik pengajaran yang sesuai sebagai tindakan penyelesaian terhadap masalahpembelajaran murid-murid. Namun demikian, saya telah menggunakan kaedah tradisional sekali lagiuntuk mengajar tajuk tersebut serta menggunakan pelbagai gambar haiwan dan tumbuhan bagimeningkatkan pemahaman serta menarik minat murid-murid untuk belajar. Melalui hasil tinjauanyang telah dijalankan selepas pelaksanaan tindakan tersebut, saya telah merumuskan beberapamasalah dan halangan pembelajaran yang masih dialami oleh majoriti murid terhadap tajuk rantaimakanan dan siratan makanan seperti berikut:• Mengelaskan haiwan-haiwan kepada kumpulan herbivor, karnivor, omnivor, iaitu pembahagian

haiwan berdasarkan jenis makanan yang dimakan olehnya.• Membentuk rantai makanan berdasarkan haiwan dan tumbuhan yang diberikan.• Membentuk siratan makanan daripada beberapa rantai makanan.• Menceraikan siratan makanan kepada beberapa rantai makanan.

Berdasarkan pengalaman praktikum yang lepas, saya berpendapat bahawa murid-murid biasanya lebihaktif dan mengambil inisiatif terhadap aktiviti P&P yang dirancangkan berasaskan “hands-on” dimana murid dikehendaki melakukan sesuatu oleh mereka sendiri untuk tujuan pembelajaran. Setelahmasalah-masalah pembelajaran ini telah dikenalpasti, maka saya berazam untuk merekakan saturancangan pengajaran yang berasaskan aktiviti “hands-on”. Dengan itu, saya telah mengaplikasikanteknik main peranan sebagai langkah penyelesaian masalah P&P tersebut di mana murid-muriddikehendaki melakukan lakonan peranan haiwan dan tumbuhan bagi meningkatkan pemahaman danminat mereka dalam tajuk rantai makanan dan siratan makanan.Dalam aktiviti main peranan ini, sebahagian murid dikehendaki melakonkan peranan haiwan atautumbuhan dan murid-murid lain terus menjadi penonton. Dengan bimbingan guru, murid-muridmelakonkan sesuatu peranan dari segi pergerakan dan perlakukan. Melalui pemerhatian dalamsepanjang aktiviti main peranan dilaksanakan, didapati semua murid sentiasa memberi perhatian dantunjuk minat terhadap aktiviti lakonan ini. Bagi murid-murid yang telah mengambil bahagian dalamaktiviti lakonan, mereke telah menunjukkan keyakinan dan mampu menjawab soalan-soalan latihanyang diberikan oleh guru.

Page 3: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 68

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan melaksanakan kajian tindakan ini adalah untuk:a) Mengkaji keberkesanan intervensi main peranan dan intervensi kad permainan dalam

meningkatkan pencapaian murid-murid dalam tajuk siratan makanan.b) Mengkaji keberkesanan antara intervensi main peranan dan intervensi kad permainan bagi

meningkatkan pencapaian murid-murid dalam tajuk siratan makanan.c) Mengkaji minat murid-murid terhadap intervensi main peranan dan intervensi kad permainan.

PERSOALAN KAJIAN

Selepas intervensi main peranan dan intervensi kad permainan diaplikasikan ke atas proses pengajarandan pembelajaran (P&P) dalam tajuk siratan makanan:1) Adakah kedua-dua intervensi ini dapat meningkatkan pencapaian murid-murid?2) Intervensi manakah yang menunjukkan lebih berkesan dalam meningkatkan pencapaian prestasi

murid-murid?3) Sejauh manakah murid-murid berminat terhadap kedua-dua intervensi yang telah dilaksanakan?

HIPOTESIS KAJIAN

Hipotesis nol, Ho

Ho 1: Tiada perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi kumpulan AM dankumpulan PM.

Hipotesis alternatif, HA

HA 1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi Kumpulan AM danKumpulan PM.

Pembahagian kumpulan

Kajian tindakan ini merupakan satu kajian yang berbentuk eksperimen untuk mengkaji keberkesananantara intervensi main peranan (Rajah 2) dan intervensi kad permainan (Rajah 3) dalammeningkatkan pencapaian murid-murid terhadap tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Teknikpembahagian 14 responden tersebut ini adalah mirip kepada teknik padanan. Maka, 14 respondentelah dibahagikan kepada kepada 2 kumpulan, iaitu Kumpulan AM dan Kumpulan PM untukmenjalankan intervensi tertentu. Terdapat 3 orang murid lelaki (L), dan 4 orang murid perempuan (P)telah diaturkan dalam setiap kumpulan dan jumlah markah yang diperolehi oleh dua kumpulan dalamujian pra adalah sama, iaitu sebanyak 494 markah secara masing-masing. Tujuan pengaturan iniadalah untuk menjamin kesaksamaan kajian bagi menguji keberkesanan antara teknik main peranandan teknik kad permainan dalam meningkatkan pencapaian dan minat responden. Jadual 1 berikuttelah menunjukkan rumusan pembahagian kumpulan sasaran dalam kajian ini.

Page 4: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 69

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

Jadual 1: Pembahagian Kumpulan

PROSEDUR KAJIAN

Carta alir berikut (Rajah 1) menunjukkan sepanjang prosedur pelaksanaan kajian ini terhadapkumpulan sasaran yang telah dipilih.

Rajah 1: Prosedur Kajian

Page 5: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 70

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

Rajah 2: Gambar-gambar yang dilekatkan pada band rambut untuk sesi main peranan

Rajah 3: (a) Kad Merah dengan gambar-gambar haiwan dibelakangnya, dan(b) Kad Biru dengan gambar haiwan di belakangnya

ANALISIS DATA

Data yang diperolehi melalui sesuatu instrumen adalah bertujuan untuk menyokong atau menolaksesuatu andaian kajian. Terdapat 3 instrumen utama, iaitu ujian pra dan ujian pasca, soal selidik, dantemu bual telah digunakan dalam kajian ini untuk menjawab persoalan kajian tindakan ini. Bab inimenjelaskan sepanjang proses pentafsiran data yang diperolehi melalui 3 instrumen tersebut secaraterperinci.

Ujian pra dan ujian pasca

Ujian pra dan ujian pasca telah ditadbirkan kepada kumpulan sasaran adalah bertujuan untukmengkaji keberkesanan antara kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan dalammeningkatkan pencapaian murid-murid dalam tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Pencapaianmarkah responden dalam ujian pra dan ujian pasca telah dianalisis dengan kaedah statistik inferensi.Analisis dengan kaedah statistik inferensi telah dilakukan bagi menyokong dapatan yang telahdihasilkan melalui kaedah statistik diskriptif. Untuk menguji kebenaran hipotesis yang dinyatakandalam kajian eksperimen ini, perisian ‘Statistical Package for Social Science (SPSS) version 19’ telahdigunakan untuk membuat analisis ujian-t. Tujuan mengendalikan analisis ujian-t ini adalah untukmeningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data kajian dengan menunjukkan perbezaan yangsignifikan antara intervensi main peranan dan intervensi kad permainan dalam meningkatkanpencapaian murid dalam tajuk rantai makanan dan siratan makanan.

Page 6: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 71

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

Jadual 2: Keputusan Analisis Ujian-t terhadap Ujian Pra bagi kumpulan AM dan Kumpulan PM

Berdasarkan Levene's Test for Equality of Variances dalam Jadual 2, nilai F=0.868 dengan nilaikeberangkalian p ialah 0.370 di mana nilai ini adalah lebih daripada 0.05. Maka, hipotesis nol yangmenyatakan bahawa varians bagi responden Kumpulan AM adalah sama dengan varians bagiresponden Kumpulan PM pun telah diterima. Dengan kata lain, varians markah ujian pra adalah samadan homogen di antara kumpulan AM dan Kumpulan PM.

Di samping itu, bahagian „Independent Samples Test (t-test for equality of means) telah menunjukkannilai t=o.ooo dengan darjah kebebasan (df) = 12. Kebarangkalian untuk memperolehi perbezaan minmarkah ujian (0.000) ialah 1.000 (≥0.05). Maka hipotesis nol yang ketiga, (H0 3) telah diterima danhipotesis alternatif HA 3 perlu ditolak. Ini telah menjelaskan bahawa kedua–dua kumpulanmempunyai tahap pencapaian yang sama sebelum intervensi masing-masing dijalankan.

Jadual 3: Keputusan Analisis Ujian-t terhadap Ujian Pasca bagi kumpulan AM dan Kumpulan PM

Jadual 3 telah memaparkan Levene's Test for Equality of Variances nilai keberangkalian, p ialah0.633 (> 0.05) dengan nilai F=0.240. Maka, varians markah ujian pasca Kumpulan AM adalah samadengan varians markah ujian pasca Kumpulan PM. Manakala nilai kebarangkalian yang diperolehdaripada bahagian „Independent Samples Test (t-test for equality of means) telah melebihi nilai alfayang ditentukan (t = -0.288, df = 12, p= 0.779). Keputusan analisis ujian-t ini telah menunjukkanbahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian pasca bagi Kumpulan AMdan Kumpulan PM selepas intervensi dijalankan.

Page 7: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 72

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

Justeru, hipotesis nol (H0 1) telah diterima dan hipotesis alternatif (HA 1) perlu ditolak. Berdasarkankeputusan analisis kaedah statistik inferensi ini, kaedah kad permainan dan penggunaan main perananturut menunjukkan tahap keberkesanan yang sama dalam meningkatkan pencapaian responden dalampembelajaran tajuk rantai makanan dan siratan makanan.

KESIMPULAN

Berdasarkan analisis kaedah statistik inferensi, analisis ujian-t tidak bersandaran telah dijalankan bagimenentukan keberkesanan antara kedua-dua teknik dalam meningkatkan pencapaian murid. Olehdemikian, perbandingan purata min markah ujian pasca antara Kumpulan AM dan Kumpulan PMtelah dilakukan sekali lagi. Keputusan ujian-t telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaanyang signifikan antara kedua-dua purata min markah dalam ujian pasca sejak nilai kebarangkalian, padalah lebih besar daripada aras keertian yang telah ditetapkan (p > 0.05). Dengan itu, dapatan initelah membuktikan bahawa kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan adalah samaberkesan dalam meningkatkan pencapaian murid-murid.

Kesimpulannya, kaedah main peranan dan penggunaan kad permainan telah menunjukkankeberkesanan yang sama dalam meningkatkan pencapaian murid-murid terhadap tajuk siratanmakanan. Tambah pula, dapatan ini telah disokong oleh Hertal dan Mills (2002) yang menyatakanbahawa teknik seperti simulasi, permainan, dan main peranan merupakan teknik pembelajaran yangberkesan. Untuk mengesahkan dapatan kajian ini, dapatan kajian Chinnici, Joyce, dan Torres (2004)telah menunjukkan bahawa aktiviti main peranan merupakan kaedah yang efektif dalammemperkukuhkan pembelajaran demi meningkatkan pencapaian murid. Menurut Saidon (2005),teknik lakonan dapat meningkatkan pencapaian murid ke arah cemerlang dalam pelajaran. Dengan itu,dapatan kajian ini telah disahkan bahawa aktiviti main peranan berkesan dalam meningkatkanpencapaian murid terhadap tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Taylor dan Walford (1972),Davis (1993), dan McKeachie (1994, 1999) pun berpendapat bahawa memberikan peluang kepadamurid-murid untuk melaksanakan atau mengaplikasikan apa yang mereka pelajari adalah kuncikejayaan pembelajaran mereka. Dengan kata lain, teknik pengendalian proses P&P ini adalahberbentuk hands-on, di mana aktiviti main peranan merupakan salah satu contoh bagi aktiviti hands-on (Freeman, 2003). Murid-murid akan melibatkan diri secara aktif dan interatif dalam aktiviti mainperanan (Cherif dan Somervil, 1995; Joyce dan Weill, 2004). Selain itu, aktiviti main peranan dapatmendorong murid-murid supaya melibatkan diri secara fizikal dan kognitif untuk memahami sesuatukonsep yang sukar (Taylor, 1987). Akhirnya, pencapaian murid-murid telah ditingkatkan sejakmereka memahami konsep pembentukan rantai dan siratan makanan dengan jelas.

Berdasarkan kajian Balgopal (2010), dapatan kajiannya telah membuktikan keberkesanan aktivitimain peranan dalam menggambarkan satu konsep abstrak yang sukar dan memperkukuhkan konsepyang telah dipelajari dalam kalangan para pelajarnya. Di samping itu, Lawson (1993) jugaberpendapat bahawa main peranan dapat membantu kanak-kanak untuk menggambarkan sesuatukonsep yang sukar demi memperkukuhkan pembelajaran tersebut. Pembentukan rantai dan siratanmakanan merupakan satu konsep yang abstrak. Sejak murid-murid telah memahami konsep tersebutdengan jelas selepas menjalankan aktiviti main peranan, pencapaian murid terhadap pelajaran tersebutakan ditingkatkan secara langsung.

Pada masa yang sama, dapatan kajian juga menunjukkan bahawa penggunaan kad permainan adalahberkesan dalam meningkatkan pencapaian terhadap tajuk rantai makanan dan siratan makanan.Berdasarkan dapatan kajian Eng (2008), penggunaan kad permainan adalah efektif untuk membantupelajar dalam menguasai sesuatu kemahiran. Pembentukan rantai dan siratan makanan merupakansatu kemahiran penting dalam penguasaan tajuk rantai makanan dan siratan makanan. Berdasarkandapatan kajian, penggunaan kad permainan telah membantu murid-murid dalam menguasai kemahiran

Page 8: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 73

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

membentuk rantai dan siratan makanan demi meningkatkan pencapaian murid-murid dalampembelajaran tajuk rantai makanan dan siratan makanan.

Menurut Torkar, Pintaric, dan Koch (2010), permainan yang berasaskan pendidikan dapatmenyeronokkan kanak-kanak demi mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu, dapatan kajian ini telahdisokong dengan menunjukkan pencapaian murid-murid dalam ujian pasca telah ditingkatkan denganpencapaian objektif pembelajaran setelah teknik kad permainan diaplikasikan dalam proses P&P.Berdasarkan dapatan kajian Marina, P. (2008), permainan berkesan dalam mendalam ilmupengetahuan pelajar-pelajar. Setelah murid-murid telah memahami tajuk rantai makanan dan siratanmakanan, murid-murid adalah berkemampuan untuk mencapai suatu pencapaian yang cemerlangseperti dapatan yang telah ditunjukkan dalam kajian ini.

Page 9: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 74

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

RUJUKAN

Page 10: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 75

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012

Page 11: PERBANDINGAN ANTARA KAEDAH MAIN PERANAN DAN …ipgktb.edu.my/lestari/kertas_lestari2012/Yee Chin Hong.pdf · Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam,

Pendidikan Sains 76

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang19 – 20 September 2012