teknik main peranan - pendidikan kesihatan (muka 6)
TRANSCRIPT
-
8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 6)
1/6
Rancangan pengajaran harian
Mata Pelajaran: Pendidikan Kesihatan
Tunjang : Kesihatan Diri Dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri
Tarikh : 30 Julai 2009
Masa : 8.00 pagi - 8.30 pagi
Tahap : Satu
Tahun : Satu Merah
Bilangan murid : 24 orang
Objektif : Pada akhir proses pembelajaran, murid dapat :
Kognitif : Mengenali dan menyatakan cara-cara penjagaan kesihatan.
Afektif : Murid dapat menerapkan nilai penjagaan kesihatan dan kebersihan
dalam diri mereka.
Pengetahuan sedia ada : Murid selalu menggosok gigi dan mandi untuk kebersihan diri.
Penerapan nilai : Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.
KBKK : Murid merancang pengurusan kesihatan dan kebersihan diri seharian.
Penggabungjalinan : Tunjang 1 - Perasaan - Emosi.
Kesepaduan : Pendidikan Seni - Melukis poster.
Alatan : LCD, komputer riba, model berus gigi, model syampu, model sabun mandi,
kertas lukisan, pensel dan pensel warna.
-
8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 6)
2/6
-
8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 6)
3/6
-
8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 6)
4/6
Langkah /
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti P&P Organisasi Catatan BSPP
/ nilai
Langkah 2
(10 minit)
1. Melukis
poster
mengenai
penjagaan
kebersihan
diri.
1. Memberikan
sehelai kertas
lukisan
kepada setiap
orang pelajar
untuk melukis
poster
berkenaan
penjagaan
kebersihan
diri.
Kertas lukisan,
pensel dan
pensel warna.
Aktiviti
melukis.
Penutup
(5 minit)
1. Membuat
sesi refleksi
bersama
murid-murid.
1. Guru
mendengar
refleksi
daripada
murid-murid
mengenai
cara
penjagaan
kesihatan dan
kebersihan diri
dan memberi
komen.
-
8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 6)
5/6
Refleksi
Berdasarkan pemerhatian yang telah saya lakukan daripada contoh-contoh yang
telah diperolehi, teknik main peranan adalah sangat sesuai digunakan bagi
meningkatkan lagi penguasaan bahasa murid terutamanya dalam kemahiran
mendengar dan bertutur. Hal ini adalah kerana main peranan banyak merangsang
penggunaan kemahiran mendengar dan bertutur murid-murid. Main peranan perlulah
dijalankan sebagai sebahagian daripada pengajaran dan pembelajaran bahasa. Oleh
sebab itu, kemahiran-kemahiran bahasa yang terdapat dalam sukatan pelajaran
bolehlah disesuaikan dengan teknik ini bagi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Teknik main peranan juga boleh membantu murid untuk meningkatkan lagi
kemahiran membaca dan menulis. Hal ini ternyata apabila murid dikehendaki membuat
rujukan atau mencatatkan maklumat awal sebagai persediaan sebelum memulakan
sesuatu aktiviti main peranan.
Selain itu, teknik main peranan dapat meningkatkan kemahiran intrapersonal dan
interpersonal seseorang individu. Kemahiran intrapersonal ialah kemahiran seseorang
untuk membuat refleksi kendiri terhadap sesuatu situasi yang berlaku. Selepas
berakhirnya aktiviti, seseorang pemain dapat membuat refleksi terhadap watak yang
telah dilakonkan olehnya serta membandingkan sifat watak tersebut dengan sifat yang
terdapat dalam dirinya. Kemahiran interpersonal ialah kemahiran berkomunikasi
dengan individu lain. Teknik main peranan sangat banyak melibatkan komunikasi
antara dua atau lebih orang individu. Oleh hal yang demikian, adalah sangat jelas
bahawa teknik main peranan mampu untuk meningkatkan keupayaan seseorang
berkomunikasi dengan individu di sekelilingnya.
-
8/14/2019 Teknik Main Peranan - Pendidikan Kesihatan (Muka 6)
6/6
Kesimpulannya yang dapat dibuat ialah teknik main peranan merupakan sejenis
teknik pengajaran dan pembelajaran yang boleh diubah suai mengikut sesuatu situasi
dan tahap kebolehan seseorang murid. Jika teknik ini dijalankan secara terancang oleh
guru, proses pengajaran dan pembelajaran pastinya akan dapat mencapai objektifnya
secara berkesan sehingga ke suatu tahap yang maksimum.