teknik bercerita

Upload: poovaneswarysinnasamy

Post on 03-Mar-2016

33 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

teknik bercerita

TRANSCRIPT

Slide 1

Pengaplikasian Teknik BerceritaDisediakan oleh Poovaneswary a/p SinnasamyTeknik BerceritaMerupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa .

Teknik bercerita mempunyai banyak tujuan yang telah digariskan oleh beberapa tokoh pendidikan. Ee Ah Meng (1993: 143) menggariskan 12 tujuan becerita dan Mook Soon Sang (1993: 107) menggariskan lapan tujuan. Dengan merumuskan secara singkat, antara tujuannya ialah: Memotivasikan murid-murid untuk melahirkan minat belajar dalam suasana yang menggembirakan.

Lebih kekal dan diingati lebih lama. Murid-murid belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam cerita.

Cerita yang bertema moral dapat membantu murid-murid menghayati nilai-nilai murni.

Dapat memperluaskan pengalaman murid jika cerita itu dapat dikaitkan dengan kehidupan seharian .

Dapat melibatkan murid-murid secara aktif.

Kemahiran Lisan

Bahasa mudah, kosa kata baharu

Suara jelas, lantang, bervariasi

Sebutan jelas, tepat, kelajuan sesuai

Nada dan intonasi sesuai dengan watak dan situasi

Kemahiran bukan lisan

Mimik muka sesuai dengan emosi

Hubungan mata untuk menarik perhatian dan mengekalkan tumpuan

Bahasa Badan gerak anggota untuk menjelaskan cerita dan tidak keterlaluan

Prinsip prinsip teknik berceritaMemilih cerita yang sesuai

Menghafal isi-isi penting

Sediakan alat bantu mengajar

Kesediaan pelajar

Murid boleh melihat dengan jelas wajah dan ekspresi guru

Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi

Pandangan terus ke muka murid secara bergilir-gilir

Pastikan suara jelas dan lantang

Ayat dan perkataan mudah difahami murid

Kad-kad perkataan dan gambar harus digunakan untuk membantu murid memahami isi cerita dengan lebih jelas

Mengemukakan soalan semasa sesi bercerita kepada murid

Disampaikan dengan gerak-geri secara semulajadi

Aktiviti susulan

PERALATAN BERCERITABuku besarGambar bersiriBonekaKostumPosterTopengAlat muzik/audio/vcd

KRITERIA PEMILIHAN CERITAMempunyai mesej, pengajaran & nilai-nilai murni.

Tema yang mudah, menarik & sesuai dengan minat kanak-kanak.

Plot yang mudah, kronologi & happy ending

Bahasa yang mudah, pengulangan kata , ayat mudah atau ayat yang pendekMelibatkan watak kanak-kanak.

Dapat meransangkan minda untuk idea kreatif (KBKK).

Mudah dihafaz dan disampaikan dalam jangka masa pendek.

Kosa kata baharu dapat ditambah atau dapat dikembangkan.

Aspek yang perlu difokus Kebolehan kanak-kanakMasa (tidak terlalu panjang)Ruang dan tempatSuasanaPersekitaran (tiada gangguan bising)Peralatan ceritaBentuk dan jenis ceritaKemampuan pencerita

Sesi BerceritaDimulakan dengan set induksi yang menarik.

Menggunakan suara, gaya dan alat bantu mengajar yang menarik perhatian dan membantu murid-murid memahami cerita.

Pastikan setiap murid menumpukan perhatian secara sepenuhnya.

Aktiviti Penutup Menyoal murid tentang isi cerita yang disampaikan.

Menyuruh murid-murid merumus isi cerita dengan menggunakan perkataan sendiri.

Berbincang dengan murid tentang tema dan nilai murni yang terkandung dalam isi cerita.

Menyuruh murid-murid menulis karangan berdasarkan isi cerita yang telah didengar.Contoh Pelaksanaan AktivitiGuru menayangkan video Arnab dan Kura kura tanpa suara .

Guru akan mula bercerita dengan menggunakan gambar bersiri Arnab dan Kura Kura.

Guru akan menilai pemahaman murid dengan mengajukan beberapa soalan bagi setiap gambar yang diceritakan .

4)Guru akan membincangkan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam cerita arnab dan Kura Kura.