tek ucapan pengacara majlis majlis transisi 2015

Upload: nazrie-hizazi

Post on 06-Oct-2015

79 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TEKS UCAPAN

TRANSCRIPT

BilAGENDATEKS

1.Ketibaan para jemputan dan ibu bapaMengumumkan ketibaan Yang Berusaha Tuan Guru Besar En Kamarol Zaman B Hj Mohd Zen.

2.Nyanyian Lagu Negeri __________ dan Lagu NegarakuSidang Hadirin yang dihormati,Marilah kita sama-sama berdiri dan seterusnyamenyayikan lagu negeri ___________ dan lagu Negaraku.Majlis mengucapkan terima kasih atas nyanyian itu tadi. Hadirin dipersilakan duduk.

3.Kata Alu-aluan Pengacara MajlisKompang Bergema Pusaka BangsaDipalu oleh Si Anak MudaHadir Tuan Puan meriah suasanaKami menyambut penuh gembira.

Bismilahhirahmanirahim...

Yang Berusaha Tn. Guru Besar Sk ST Edward Belimbing EN Kamarol Zaman B Mohd Zen

Barisan Guru Penolong Kanan

Barisan pendidik,

Seterusnya, Tuan-tuan, Puan-puan hadirin sekalianAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh... dan selamat pagi.

Alhamdulillah, bersyukur kita pada pagi ini, dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat kita berkumpul dalam Majlis Pelancaran Transisi Pelajar Tahun 1 dan pendaftaran pelajar bagi sesi persekolahan tahun 2015.

Pihak majlis serta seluruh warga SK ST Edward Belimbing, turut sama merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirin dan hadirat khususnya kepada para ibu bapa kerana sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan Majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

4.Bacaan DoaBagi memberkati majlis, marilah sama-sama kita mendah tangan dengan penuh ketakwaan untuk mengaminkan doa yang akan dibacakan oleh Ustaz Ridzuan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

.......................................

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz ___________________ atas pimpinan bacaan doa itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.Kecemerlangan dan kemenjadian anak-anak adalah aset yang amat bernilai dalam sesebuah keluarga. Lantaran itu, permuafakan antara ibu bapa dan guru adalah tunjang pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan sesebuah institusi pendidikan dalam usaha menjana modal insan yang berdaya saing dalam melayari bahtera kehidupan yang semakin mencabar ini.

Justeru, kerjasama dan komitmen yang dicurahkan oleh guru dan ibu bapa, amat penting dalam usaha melahirkan murid yang berketerampilan bukan sahaja dalam bidang akademik, kokurikulum, bahkkan sahsia diri yang cemerlang.

5.Ucapan Alu-aluan oleh Guru BesarSeterusnya, majlis menjemput En. Kamarol Zaman B Hj Mohd Zen, Guru Besar SK ST Edward Belimbing untuk menyampaikan ucapan beliau.Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. _________________ atas ucapan alu-aluan itu tadi.

6.

7.Majlis Penyampaian Cenderahati AJK PIBG sesi ________Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati dan tag nama kepada pelajar tahun 1 sesi _2015_. Untuk itu, majlis menjemput Yang Berusaha Tn. Guru Besar En kamarol Zaman B Haji Mohd Zen, dengan diiringi Pn. Nora Ak Jefri Bana untuk menyampaikan cenderahati tersebut.

Dipersilakan....

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha GB En Kamarol Zaman B Hj Mohd Zen atas penyampaian cenderahati itu tadi.

8.Majlis PenutupDengan berakhirnya penyampaian cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Majlis Perasmian Program Transisi Pelajar Tahun 1 bagi Sesi 2015.

Dari mana asalnya, usah diusulMolek budinya menambat hatiDua tiga bicara salah tersasulJangan dibawa ke dalam hati.

Saya mewakili SKSTEB, merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ibu bapa atas kesudian meluangkan masa pada pagi ini untuk majlis ini. Seterusnya ibu bapa dan murid-murid dipersilakan untuk beredar ke kelas masing-masing untuk sesi pendaftaran pelajar.

SekianWabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..