teater pembaca

5
Teater pembaca Apa itu ? Teater membaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi. Aktiviti yang dapat menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Aktiviti yang mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mereka. Mengkombinasikan dengan nada, intonasi, gerak aksi terbatas atau ekspresi pelakon Sesuai untuk melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja sesuai dengan watak Guru hanya perlu menyedia prop mudah seperti tanda yang boleh memperkenalkan identiti watak seperti tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada kertas araupun bahan yang terbuang Bagaimana ? Semua pelajar adalah penonton Sekumpulan pelajar dipilih dan diberikan skrip serta masa diberikan untuk mereka membaca dan menghayati cerita. Kedudukan pelajar semasa menjalankan teater tersebut boleh dalam kedudukan satu barisan atau separuh bulatan.

Upload: madumanja

Post on 13-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

bm

TRANSCRIPT

Teater pembacaApa itu ? Teater membaca adalah satu aktiviti drama yang melibatkan sekumpulan pelajar membaca sebuah cerita dengan intonasi yang betul disertai dengan penghayatan yang tinggi. Aktiviti yang dapat menimbulkan suasana cerita yang menarik dan mudah difahami. Aktiviti yang mengutamakan penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka bagi membantu pelajar memahami, menghayati dan merasakan seolah-olah cerita itu sedang berlaku di hadapan mereka. Mengkombinasikan dengan nada, intonasi, gerak aksi terbatas atau ekspresi pelakon Sesuai untuk melatih ketrampilan berbahasa kerana melibatkan gaya pengucapan dan penyampaian yang bersahaja sesuai dengan watak Guru hanya perlu menyedia prop mudah seperti tanda yang boleh memperkenalkan identiti watak seperti tanda nama atau pakaian di kepala yang diperbuat daripada kertas araupun bahan yang terbuang

Bagaimana ? Semua pelajar adalah penonton Sekumpulan pelajar dipilih dan diberikan skrip serta masa diberikan untuk mereka membaca dan menghayati cerita. Kedudukan pelajar semasa menjalankan teater tersebut boleh dalam kedudukan satu barisan atau separuh bulatan. Pelakon boleh membaca cerita dalam keadaan duduk sepanjang persembahan atau duduk semula setelah selesai membaca. Pelakaon hanya menggunakan suara gerak badan terhad dan mimic muka . Mereka tidak boleh melakonkan cerita sepenuhnya.

Bahan bacaan Merupakan skrip ringkas dan pendek . Cerita pendek 1. Karya sendiri 2. Petikan3. Adaptasi4. Terjemahan Pencerita akan memulakan cerita dan menyambung apabila diperlukan sehingga cerita selesai. Bahan yang dihasilkan mempunyai banyak dialog. Dialog cerita asal dikekalkan.

Kriteria pemilihan bahan Bahan yang ringkas dan menarik Mempunyai isi pengajaran dan nilai murni Cerita yang bersesuaian dengan peruntukan masa Jumlah dialog yang seimbang antara setiap watak

Aktiviti pembelajaran Bacaan senyap Mencerita semula Membina dialog Analisis watak Tatabahasa Kosa kata Membuat cerita Kefahaman Analisis skrip

CONTOH CERITAARNAB YANG PEMALASCerita kanak-kanak tentang dua sahabat.Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab,TUPAI : Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.ARNAB : Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, . Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.TUPAI : Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,ARNAB : Ya, betul kata awak, . Pagi esok kita akan buat sarang, .

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. TUPAI : Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, ARNAB : Tapi bukan sekarang, Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. TUPAI :Alangkah baiknya jika kita ada sarang, Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Arnab :Kita tunggu esok sahajalah, .