teater

4
INSTITUT PENDIDKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG. KPLSPM PPISMP SEMESTER 1 / AMBILAN JUN 2011 KELAB TEATER 2011 REFLEKSI NAMA : SOH YI HAN KURSUS : 1 PPISMP SC/PI/PC NAMA PENSYARAH : EN. AZNAN HARUN

Upload: soh-yi-han

Post on 19-Nov-2015

15 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Teater

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDKAN GURUKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAINSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN MENGKUANG, 14000 BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.

KPLSPM PPISMP SEMESTER 1 / AMBILAN JUN 2011

KELAB TEATER 2011REFLEKSINAMA : SOH YI HANKURSUS : 1 PPISMP SC/PI/PCNAMA PENSYARAH : EN. AZNAN HARUN

Sepanjang penyertaan saya dalam kelab teater ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami iaitu Encik Aznan Harun. Beliau bagai seorang penyuluh lampu suluh yang mengiringi saya ke alam teater. Beliau banyak mengajar saya tentang teater. Saya telah dapat mengenali kelab ini melalui pengajarannya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua ahli kelab teater. Mereka telah menemani saya sepanjang hari saya dalam kelab ini. Kami telah bersama-sama menimba ilmu dan mengaplikasikannya dalam lakonan kami. Kami telah mewujudkan memori dengan tangan kami sendiri dan memori itu hanya dimiliki oleh kami.Pada hari pertama saya memasuki kelab teater, saya amat teruja. Saya menanti-nantikan aktiviti yang akan dilaksanakan. Ahli-ahli jawatankuasa telah dipilih pada hari pertama. Pada aktiviti yang seterusnya, kami telah diajar oleh pensyarah kami tentang maksud teater dan vokal. Menurut Cohen di dalam buku Theatre, teater bermaksud satu bentuk kerja artistik di mana para pelakon meniru watak ataupun perwatakan di dalam sebuah bentuk persembahan secara langsung (bukan difilemkan) berdasarkan kepada sebuah skrip. Maksud vokal pula dapat dijumpai dalamfonetik. Ia bermaksudsuaradi dalambahasalisan yang di ciri khaskan denganpita suarayang terbuka sehingga tidak ada tekanan udara yang terkumpul diatasglotis. Vokal kontras dengankonsonanyang dicirikhaskan dengan penutupan satu atau lebih titik artikulasi di sepanjang rongga suata. Sebuah vokal dipandang sebagai silabik, suara yang terbuka yang mirip dengan vokal namun tidak silabik disebutsemivokal. Saya telah mendapat banyak maklumat tentang vokal dan kami telah sama-sama membuat latihan vokal. Sepanjang penyertaan saya dalam kelab ini, bukan sahaja latihan vokal yang telah saya pelajari. Saya juga telah membelajari tentang cara membuat persembahan teater, dan cara menggunakan pentas dengan baik. Kami harus sentiasa pandai menggunakan pentas supaya persembahan itu lebih menyeronokkan dan menarik. Selain pengetahuan yang diajar oleh pensyarah, sepanjang penyertaan saya dalam kelab teater, saya juga telah banyak memperolehi pengalaman mempersembahkan teater. Saya telah belajar untuk memberanikan diri untuk bertutur dan membuat persembahan di depan orang ramai. Secara jujur, ia bukan sesuatu yang mudah. Namun, kelab teater telah banyak mengasah saya dan ini banyak membantu saya pada masa kelak.Akhir kata, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kelab teater.