td10003 latihan 2 jenry saiparudin

5

Click here to load reader

Upload: jenry-saiparudin

Post on 05-Dec-2014

1.148 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669

TUGASAN 2 TD10003: PERANAN GURU PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN DALAM

MENANGANI PENYAKIT BERJANGKIT DAN TIDAK BERJANGKIT.

Pengenalan

Kesihatan mempunyai pelbagai cabang, kualiti dinamik menunjukkan kesihatan optimum

dan berkemampuan untuk berfungsi setiap masa. Kesihatan adalah sesuatu yang wujud dari

psikologi, rohani, fizikal, sosial, vokasional dan sumber persekitaran yang membenarkan kehidupan

yang memuaskan dan produktif. Murid-murid sekolah adalah sasaran utama dalam penyebaran

pelbagai penyakit. Ini kerana keadaan persekitaran sekolah yang terbuka. Guru memainkan peranan

penting dalam menangani atau mengesan secara langsung memberikan pendedahan dan informasi

berkaitan penyakit kepada murid melalui pembelajaran dan pengajaran.

Peranan guru

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan memainkan peranan penting dalam membantu

mencegah penyakit. Sepertimana yang perlaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (

Pendidikan Jasmani TAHUN 1 ) memfokuskan kepada skop PEERS.

PEERS memberi kesedaran dan membantu murid membentuk pandangan yang positif tentang

kesihatan reproduktif dan sosial, menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya mereka

mengambil berat tentang kesihatan seksual, dan membantu mereka memperoleh kemahiran

membuat keputusan yang bertanggungjawab pada masa kini serta masa depan.

Peka kepada keperluan terhadap PEERS yang dilaksanakan melalui mata pelajaran Pendidikan

Kesihatan, maka kurikulum Pendidikan Kesihatan sentiasa disemak dan ditambah baik dari semasa

ke semasa. Bermula tahun 2011, Pendidikan Kesihatan akan diajar secara berasingan sebagai satu

mata pelajaran dan tidak bercantum dengan mana-mana mata pelajaran lain.

Sebelum ini Pendidikan Kesihatan digabung dengan Pendidikan Jasmani dan diajar sebagai mata

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Pendidikan Kesihatan diberi

peruntukan satu waktu (30 minit) setiap minggu bermula dengan Tahun 1 pada tahun 2011.

Aspek dalam penerapan kesihatan

Guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu menerapkan dan menitik-beratkan nilai-nilai yang

berkaitan dengan kebersihan kepada murid. Antara pengurusan dalam kesihatan yang dirasakan

penting adalah seprti berikut ;

1. Pengurusan Diri

2. Pengurusan pakaian

3. Pengurusan tahap kesihatan

4. Pengurusan pemakanan sihat

5. Pengurusan berat

6. Pengurusan tekanan

Page 2: Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh diamalkan

setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada pengurusan

diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh setiap individu.

Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan tubuh,

pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan yang sihat,

pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress.

Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan mulut.

Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulah membersihkan badan dengan mandi sekurang-kurangnya

dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan mengelakkan badan dari berbau dan

juga dari dijangkiti kudis.

Tidur yang cukup dan berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak

tidur adalah lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan

membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan juga

memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang. Kebersihan

rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang bersesuaian

dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan menggunakan air dalam

dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada dijangkiti kutu. Jika berlaku

masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi

juga penting iaitu dengan memberus gigi atau menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa

makanan setiap kali selepas makan atau sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan

sebanyak dua kali setahun.

Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak dipakai

perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar setiap hari.

Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk mengelakkan hama.

Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita mengetahui

tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh dijalankan untuk

mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan paras glukos darah,

saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks dan payudara, ujian kadar

lemak dan saringan minda sihat.

Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai jenis

makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan pemakanan sihat

ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan pada masa yang sama,

mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang

berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis

makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Ia boleh

dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia

boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan.

Makanan yang berlainan membekalkan kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat,

protein, lemak, vitamin, mineral dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah

cara yang terbaik untuk memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar,

berkembang, bergerak, bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan

Page 3: Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

yang tidak sihat yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di

negara ini. Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak

mengambil pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secara

berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar lemak dan

minyak serta garam.

Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan

mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadar

penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah tinggi. Ia

juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout, osteoarthritis,

kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga mempunyai harga diri yang

rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak menarik. Ada lima panduan diet bagi

pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin

penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak,

ikan, tenusu rendah lemak dan protein.

Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi tenaga

padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan makan dengan

keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi.

Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti

tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika sedikit

tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan yang dihadapi,

ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol jika mereka salah

dalam memilih kaedah untuk menangani stress.

Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi, rohani dan

jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan kesihatan, kecantikan,

kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.

Selain itu, guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan perlu merangka aktiviti-aktiviti menjurus kepada

kesedaran mengenai penyakit.

Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah terjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1

Sukan. Setiap murid dapat melibatkan diri dalam sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini

memberi peluang kepada murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui

pendekatan yang berasaskan learning through play. Ia juga merupakan tunjang kepada sukan di

sekolah dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk Kecemerlangan di

sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh mengembangkan bakat melalui

sukan untuk kecemerlangan setelah dikenalpasti melalui program pengenalpastian bakat Talent

detection dan talent identification and Development (TID). Kedua-duanya, iaitu cabang Sukan Untuk

Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyookong kea rah

pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka panjang.

Selain itu juga, ia adalah untuk melahirkan murid yang sihat dan aktif ke arah pembentukkan satu

masyarakat yang sihat,cegas dan berdaya saing tinggi. Pendekatan ini akan mencapai matlamat

Page 4: Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

strategic Kementerian Pelajaran Malaysia dalam melahirkan modal insan yang sihat dan cergas dan

bukan sahaja berkualiti dari segi nilai-hidup kompetetif, kreatif dan inovatif.

Penganjuran Aktiviti / Program Kesihatan

Penganjuran program-program seperti Anti-dadah, Tak Nak Merokok dan Jauhi alcohol perlu

dititikberatkan bagi memberikan pendedahan dan informasi kepada murid bagi menangani masalah

yang boleh mengakibatkan atau mendatangkan sebarang penyakit. Maklumat terus dari pihak NGO

amat memberikan kesan yang baik terhadap murid. Justeru, penglibatan semua lapisan pihak dalam

menjayakan program ini amat di alu-alukan, disamping kerjasama semua pihak demi kesihatan anak-

anak.

Selain itu, aktiviti kesihatan sekolah harus dijalankan secara berterusan dan menerapkan

program sebagai aktiviti wajib di sekolah. Aktiviti Rancangan Kesihatan Sekolah (RKS) iaitu;

perkhidmatan kesihatan, pendidikan kesihatan, hidup sihat di sekolah, kerjasama antara sekolah dan

masyarakat untuk kesihatan.

Perkhidmatan kesihatan bertujuan untuk mewujudkan kesedaran mengenai status kesihatan sendiri

dan menggalakkan amalan mendapatkan penilaian kesihatan di kalangan murid-murid. Selain itu, ia

dapat juga mengesan masalah kesihatan seawall yang mungkin serta membuat rujukan

mendapatkan rawatan bagi murid-murid yang berkenaan,secara langsung dapat mengawal penyakit-

penyakit berjangkit.

Hidup sihat di sekolah adalah tema yang baik dalam membentuk warga sekolah yang sihat dari segi

fizikal dan mental. Program ini dapat mengekalkan kesihatan yang optimum dan memajukan

keselamatan masyarakat sekolah. Disamping itu, ia dapat menyemai tabiat kesihatan yang baik,

sikap dan amalan yang bersesuaian dengan hidup sihat. Keadaan kesejahteraan dan keselamatan di

kalangan murid-murid dan masyarakat sekolah lain.

Kerjasama sekolah dengan masyarakat lain untuk mengintergrasikan aktiviti-aktiviti kesihatan

masyarakat bagi mempertingkatkan status dan taraf kesihatan murid-murid. Agensi-agensi sukarela

yang boleh membantu adalah seperti Persatuan Bulan Sabit Merah, St John Ambulan, Kelab Rotary,

PIBG, Jawatankuasa keselamatan dan kemajuan kampong dan agensi-agensi kerajaan dan bukan

kerajaan.

Penutup

Kempen Cara Hidup Sihat dan Keselamatan telah menghasilkan satu program 3K iaitu

Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan. Program ini merupakan satu platform bagi menyebar

informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah bersama agensi-agensi

terbabit kepada golongan sasaran iaitu murid dan komuniti setempat. Ia juga dapat dilihat sebagai

pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang

sememamngnya kurang prihatin dan mengambil-berat mengenai kesihatan. Melalui program ini

juga, murid-murid dan masyarakat setempat akan didedahkan mengenai kepentingan belajar di

dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria, amalan gaya hidup sihat dan perlu dipupuk sejak

di bangku sekolah lagi.

Page 5: Td10003 latihan 2 jenry saiparudin

RUJUKAN

1. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN 1; KSSR TAHUN 1

2. DOKUMEN STANDARD PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 3; KSSR TAHUN 3

3. Taklimat DASAR 1M 1S; Bahagian Sukan;KPM (2010)

4. Modul Aktiviti Fizikal 4 ; http://www.mysihat.gov.my/

5. To’ Pn Dr Hajah Safurah Jaafar; Family Health Development Division; UM (2012)