laporan latihan industri bab 2

Upload: fikrul-hakim

Post on 01-Jun-2018

332 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    1/65

    11

    BAB 2

    LAPORAN TUGASAN UMUM

    2.0  PENGENALAN TUGASAN UMUM

    2.1 

    PENGENALAN TUGASAN UMUMTugasan umum merupakan tugasan-tugasan harian yang biasa dilakukan oleh kakitangan-

    kakitangan syarikat atau organisasi terbabit. Tugasan-tugasan umum yang berikan ini

     bergantung kepada jabatan itu sendiri. Dalam melaksanakan tugasan-tugasan umum yang

    diberikan, sedikit sebanyak ilmu dan tunjuk ajar daripada individu-individu yang

     berpengalaman seperti kakitangan-kakitangan organisasi ini yang sangat banyak

    membantu kami untuk dijadikan panduan dalam menjalankan tugasan umum ini. Sebagai

    seorang pelajar yang menjalani latihan praktikal di dalam organisasi ini, kami perlu

    menimba sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berguna. Justeru,

     pengalaman yang diperoleh inilah yang banyak membantu dan secara tidak langsung

    akan membuka mata dan minda kami sepanjang berada di alam pekerjaan. Jika selama ini

    kami hanya belajar secara teori di dalam kelas, namun di sini kami akan mempraktikkan

    semua ilmu yang kami belajar di dalam kelas untuk digunakan di alam pekerjaan.

    2.1.1  JADUAL PROGRAM LATIHAN

    Program latihan industri ini perlu dijalani selama 2 bulan bersamaan 8 minggu

     bermula dari 2 Disember 2013 sehingga 24 Januari 2014. Berikut merupakan

     jadual waktu operasi bagi Majlis Daerah Tanjong Malim:

    WAKTU PEJABAT WAKTU REHAT CUTI

    2 Disember 2013

    hingga

    24 Januari 2014

    (8.00 pagi-5.00 petang) 

    Isnin-Khamis

    (1.00 petang-2.00 petang)

    Jumaat

    (12.15 petang-2.45 petang)

    Sabtu

    Dan

    Ahad 

    Jadual 2.0: Jadual Program Latihan

    PENGENALAN TUGASAN UMUM

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    2/65

    12

    2.1.2  TUGASAN-TUGASAN UMUM

    Berikut merupakan tugasan-tugasan umum yang telah dilakukan sepanjang

    menjalani program latihan industri di Bahagian Teknologi Maklumat Majlis

    Daerah Tanjong Malim.

    2.1.2.1 PEMASANGAN KOMPONEN KOMPUTER

    Pada awal kemasukkan kami bagi menjalani program latihan industri

    selama dua bulan di Bahagian Teknologi Maklumat, Majlis Daerah

    Tanjong Malim (MDTM), kami telah diajar untuk memasang komponen-

    komponen komputer bagi membina sebuah unit pemprosesan pusat bagi

    sesebuah komputer peribadi untuk kegunaan kakitangan MDTM. Hal ini

     bertujuan bagi memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar praktikal untuk menjalankan kerja-kerja penyelengaraan dan baik

     pulih serta menangani masalah-masalah yang sering dihadapi yang

    melibatkan perkakasan-perkasan komputer.

    Oleh sebab itu, sebagai pelajar praktikal baru kami perlu bersedia untuk

    menghadapi sebarang masalah yang dilaporkan kepada kami untuk

    diambil tindakkan. Berikut merupakan komponen-komponen yang

    terdapat pada sesbuah komputer yang perlu dipasang pada slot-slot

    tertentu bagi membolehkan komputer yang dibina dapat berfungsi dengan

     baik tanpa sebarang masalah.

    a)  Langkah 1: Menyediakan Motherboard

    Langkah pertama adalah dengan menyediakan sebuah motherboard.

     Motherboard   ataupun papan induk merupakan komponen asas yang

     paling penting yang perlu ada bagi membolehkan sesebuah komputer

    dibina dan berfungsi dengan gabungan beberapa komponen penting

    yang lain. Terdapat beberapa komponen pada papan induk ini sama

    ada slot ataupun port yang mana setiap satunya merupakan bahagian

    yang perlu dipasang dengan komponen-komponen komputer yang lain.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    3/65

    13

    Rajah 2.0: Papan Induk  

    b) 

    Langkah 2: Memasang ProsesorLangkah kedua adalah memasang processor  pada motherboard. Model

     processor  yang hendak dipasang perlulah sesuai dengan model papan

    induk yang dipilih. Hal ini kerana, terdapat beberapa model  processor

    yang berada dipasaran sekarang seperti Intel dan AMD yang mana

     papan induk hanya menyokong salah satu daripada model tersebut.

    Pemilihan  processor ataupun papan induk yang salah dan tidak

     bersesuaian akan mendatangkan masalah kelak. Berikut merupakan

    langkah-langkah yang biasa diikut dalam proses pemasangan

     processor pada papan induk: 

    1.  Buka soket pada papan induk.

    2.  Buka tuas pengunci pada soket papan induk.

    3.  Pegang  processor seperti dalam gambar tnpa menyentuh pin

     pada processor. 

    4.  Perhatikan kedudukkan  processor  sebelum memasangnya agar

     berada pada kedudukkan yang betul dengan soket yang

    terdapat pada papan induk.

    5.  Pastikan pin di belakang  processor   sesuai dengan lekukan

    soket papan induk.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    4/65

    14

    6.  Letakkan  processor   dengan berhati-hati tanpa diberikan

    tekanan keatasnya.

    Rajah 2.1: Memasang Processor

    c)  Langkah 3: Memasang Heatsink & Fan (HSF)

    Langkah ketiga adalah memasang HSF  keatas  processor . HSF ini

    adalah sangat penting bagi memastikan  processor   sentiasa berada

    dalam keadaan sejuk dengan suhu yang sesuai. Berikut merupakan

    langkah-langkah dalam memasang HSF pada papan induk:

    1. 

    HSF dipasang dengan cara memasukkan kaki HSF pada lubang

    yang terdapat pada papan induk.

    2.  Tekan keempat kunci kaki HSF. Caranya dengan menekan 2

     pengunci yang melintang secara serentak seperti dalam

    gambar.

    3.  Pasang fan power connector  pada papan induk.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    5/65

    15

    Rajah 2.2: Memasang Heatsink & Fan 

    Rajah 2.3: Memasang Fan Power Cable 

    d)  Langkah 4: Memasang Random Access Memory (RAM)

    Langkah seterusnya adalah memasang RAM pada papan induk. RAM

    yang hendak dipasang juga mestilah bersesuaian dengan spesifikasi

     papan induk yang mana menyokong sama ada jenis RAM DDR2

    ataupun DDR3. Berikut merupakan langkah-langkah bagi memasang

    RAM pada papan induk:

    1.  Buka kedua-dua pengunci slot memori pada papan induk.

    2.  Letakkan RAM pada slot memori dengan berhati-hati.

    3.  Tekan kedua-dua hujung RAM secara serentak hingga

    terdengar bunyi “klik”. 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    6/65

    16

    4.  Pastikan pengunci memori telah terkunci dengan kemas.

    Rajah 2.4: Memasang Random Access Memory (RAM)

    e)  Langkah 5: Menyediakan Casing

    Berikut merupakan langkah-langkah dalam menyediakan casing

    sebelum dipasang papan induk di dalamnya:

    1.  Pasangkan plat papan induk pada bahagian belakang casing.

    2.  Spacer dipasang pada lubang casing mengikut kesesuaian

     papan induk yang mana telah ditentukan mengikut model

     papan induk tersebut. 

    Rajah 2.5: Menyediakan Casing

    f)  Langkah 6: Memasang Papan Induk Pada Casing

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    7/65

    17

    Berikut merupakan langkah-langkah memasang papan induk ke dalam

    casing:

    1.  Masukkan papan induk ke dalam casing dengan berhati-hati.

    2.  Letakkan papan induk mengikut kedudukan yang betul

     berdasarkan spacer  yang telah dipasang.

    3.  Skrukan papan induk dengan kemas.

    Rajah 2.6: Memasang Papan Induk Pada Casing

    g) 

    Langkah 7: Memasang Hard Disk.Berikut merupakan langkah-langkah dalam memasang hard disk

     berjenis SATA:

    1.  Masukkan hard disk ke salah satu slot yang terdapat di dalam

    casing seperti yang ditunjukkan pada gambar.

    2.  Skrukan hard disk dengan kemas.

    3.  Pasangkan penyambung power kepada hard disk.

    4.  Pasangkan penyambung SATA kepada hard disk dan juga port

    SATA yang terdapat pada papan induk.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    8/65

    18

    Rajah 2.7: Memasang Hard Disk

    Rajah 2.8: Memasang Kabel SATA

    h)  Langkah 8: Memasang CD-ROM

    Berikut merupakan langkah-langkah dalam memasang CD-ROM:

    1.  Pasangkan jumper bagi menetukan status CD-ROM sama ada

    master/slave.

    2. 

    Pasang jumper di tengah yang mana akan mengubah status

    CD-ROM menjadi slave.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    9/65

    19

    Rajah 2.9: Memasang Jumper

    3.  Masukkan CD-ROM melalui bahagian hadapan casing.

    4.  Skrukan CD-ROM dengan kemas pada casing.

    Rajah 2.10: Memasang CD-ROM Pada Casing

    5.  Sambungkan kabel IDE pada CD-ROM dan juga port IDE

     pada papan induk.

    6.  Sambungkan kabel power yang terdapat pada  power supply 

     pada CD-ROM.

    7.  Pastikan kabel-kabel tersebut telah disambungkan dengan

    kemas.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    10/65

    110

    Rajah 2.11: Memasang Kabel IDE

    i)  Langkah 9: Memasang Kabel Power

    Seterusnya adalah untuk memasang kabel power papan induk. Papan

    induk mempunyai 2 jenis power port yang dikenali penyambung 24

     pin dan penyambung 4 pin. Berikut merupakan langkah-langkah dalam

    menyambung kabel power pada papan induk:

    1.  Pasangkan penyambung power supply 4 pin dan 24 pin pada

     papan induk.

    2. 

    Pastikan kedua-dua penyambung telah dipasang dengan kemas.

    Rajah 2.12: Memasang 24 pin Motherboard Power Connector

     j)  Langkah 10: Memasang Front Panel

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    11/65

    111

    1.  Pastikan pin bagi butang power, reset, lampu indikator hard disk,

     port USB, port audio telah dipasang dengan baik.

    2.  Untuk memasangannya boleh merujuk kepada buku manual papan

    induk yang disediakan. 

    Rajah 2.13: Memasang Front Panel

    2.1.2.2 PEMASANGAN PERISIAN SISTEM (RECOVERY)

    Sepanjang menjalani latihan indusri ini juga, kami banyak diberikan

    tugasan dalam memasang semula perisian sistem bagi sebuah komputer

    menggunakan System Recovery yang sedia ada terdapat pada komputer itu

    sendri yang mana hampir semua komputer yang terdapat di MDTM ini

    menggunakan sistem pengoperasian Windows 7 .

    Bagi melakukan pemasangan semula perisisan sistem bagi sesebuah

    komputer, penggunaan  system recovery  yang terdapat pada sesebuah

    komputer itu merupakan salah satu cara yang terbaik. Namun begitu,

     system recovery yang terdapat pada sesebuah komputer mungkin berbeza

    mengikut model komputer tersebut. Model komputer yang digunakan

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    12/65

    112

    dalam laporan ini ialah  HP ProBook 4510s. Terdapat bebereapa kaedah

    dalam menjalankan pemulihan sistem bagi pemasangan perisian sistem

    semula bagi Windows 7 .

    a) 

    Kaedah 1: Recovery Form Windows 7

    Sekiranya Windows 7   telah dijalankan dengan betul, berikut

    merupakan langkah-langkah boleh dilaksanakan bagi memulakan

     pemulihan sistem daripada start menu yang terdapat pada Windows 7. 

    1.  Shut down komputer.

    2.  Putuskan sambungan semua peranti yang bersambung dan

    kabel seperti Pemacu Media peribadi, pemacu USB, pencetak,

    dan faks. Keluarkan media daripada pemacu dalaman, dansegala perkakasan dalaman yang ditambah. Jangan putuskan

    sambungan monitor, papan kekunci, tetikus, atau kord kuasa.

    3.  Hidupkan komputer.

    4.  Click Start  ,  All Programs,  Recovery Manager , dan click

     Recovery Manager  semula.

    Jika diminta memasukkan kata laluan Administrator atau pengesahan,

    masukkan kata laluan atau menyediakan pengesahan. Jika tetingkap

    User Account Control meminta untuk membenarkan program ini bagi

    membuat perubahan kepada komputer, click Yes.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    13/65

    113

    Rajah 2.14: Recovery Manager 1

    5.  Merujuk rajah di atas, di bawah  I need help immediately, click

    System Recovery.

    6.   Recovery Manager akan bertanya sama ada untuk restore the

    computer to its original factory shipped condition.   Click Yes 

    dan kemudian click Next . 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    14/65

    114

    Rajah 2.15: Recovery Manager Confirmation Screen 

    7.  Komputer akan restart . Jika partition pemulihan pada pemacu

    cakera keras berfungsi dengan baik, tetingkap  Recovery

     Manager  akan muncul.

    Rajah 2.16: Recovery Manager after Restart 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    15/65

    115

    8.  Click System Recovery.

    9.  Apabila System Recovery  menggesa anda untuk membuat

    sandaran fail anda, pilih backup option.

    Jika anda telah membuat sandaran fail peribadi anda, pilih Recover

    without backing up your files, dan kemudian click Next. Teruskan ke

    langkah seterusnya.

    10. Click OK  pada tetingkap yang muncul.

    11. Selepas System Recovery  selesai, click Finish  untuk restart  

    komputer. Lengkapkan skrin persediaan dan tunggu sehingga

    selesai sistem melakukan persediaan untuk komputer.

    12. Apabila persediaan selesai,  shut down  komputer, sambung

    semula semua peranti dan kabel, dan kemudian hidupkan

    komputer semula.

    b)  Kaedah 2: Recovery From The Startup Screen (During System

    Boot)

    Jika Windows 7 tidak berfungsi dengan betul, laksanakan langkah-

    langkah berikut untuk menjalankan pemasangan perisian sistemsemula pada komputer.

    1.  Shut down komputer.

    2.  Putuskan sambungan semua peranti yang bersambung dan

    kabel seperti Pemacu Media peribadi, pemacu USB, pencetak,

    dan faks. Keluarkan media daripada pemacu dalaman, dan

    segala perkakasan dalaman yang ditambah. Jangan putuskan

    sambungan monitor, papan kekunci, tetikus, atau kord kuasa.

    3. 

    Hidupkan komputer dan tekan kekunci  F11  berulang kali,

    sehingga Recovery Manager  terbuka.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    16/65

    116

    Rajah 2.17: Recovery Manager 2 

    4.  Merujuk rajah di atas, di bawah I need help immediately, click

    System Recovery.

    5.  Apabila System Recovery menggesa anda untuk membuat

    sandaran fail anda, pilih backup option.

    Jika anda telah membuat sandaran fail peribadi anda, pilih Recover

    without backing up your files, dan kemudian click Next. Teruskan ke

    langkah seterusnya.

    6.  Click OK pada tetingkap yang muncul.

    7.  Selepas System Recovery selesai, click Finish untuk restart

    komputer. Lengkapkan skrin persediaan dan tunggu sehingga

    selesai sistem melakukan persediaan untuk komputer.

    8.  Apabila persediaan selesai, shut down komputer, sambung

    semula semua peranti dan kabel, dan kemudian hidupkan

    komputer semula.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    17/65

    117

    c)  Kaedah 3: Recovery From Recovery Discs

    Lakukan langkah-langkah berikut untuk untuk menjalankan

     pemasangan perisian sistem semula pada komputer menggunakan

     Recovery Discs  (sama ada CD atau DVD) yang biasanya disertakan

    sekali dengan sesebuah komputer.

    1.  Hidupkan komputer, dan masukkan  Recovery Discs  yang

     pertama ke dalam pemacu.

    2.  Tekan dan tahan butang kuasa selama beberapa saat untuk

    mematikan komputer.

    3.  Putuskan sambungan semua peranti yang bersambung dan

    kabel seperti Pemacu Media peribadi, pemacu USB, pencetak,

    dan faks. Keluarkan media daripada pemacu dalaman, dan

    segala perkakasan dalaman yang ditambah. Jangan putuskan

    sambungan monitor, papan kekunci, tetikus, atau kord kuasa.

    4.  Hidupkan komputer.

    5.  Tekan dengan segera kekunci  Escape  berulang kali, sehingga

    Startup Menu atau Select boot menu terbuka.

    6.  Pilihan yang perlu dibuat berbeza sedikit bergantung kepada

     jenis menu yang muncul pada skrin anda.

    Jika Menu Device Boot dipaparkan, gunakan kekunci anak panah atas

    atau ke bawah pada keyboard   untuk memilih pemacu CD/DVD, dan

    tekan Enter .

    Jika  Menu Device Boot dipaparkan, click F9  untuk membuka "Boot

     Menu"  atau "Pilihan Boot Device" . Gunakan kekunci anak panah atas

    atau ke bawah pada keyboard   untuk memilih pemacu CD/DVD, dan

    tekan Enter .

    7.  Tetingkap mungkin muncul dan meminta anda untuk memilih

    sama ada untuk menjalankan  Recovery Manager   daripada

    cakera keras atau cakera yang dimasukkan. Jika tetingkap ini

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    18/65

    118

    dipaparkan, pilih  Run program from disc, dan kemudian click

     Next .

    8.  Pilih pilihan berdasarkan kepada jenis  Recovery Disc  yang

    digunakan.

       Factory Reset - Reset the computer by erasing the entire drive and

    restoring to the factory setup

       Reset the computer by erasing the entire drive and restoring to the factory

     setup

    Rajah 2.18: Recovery Manager using HP-Sent Recovery Discs

    9.  Apabila System Recovery  menggesa anda untuk membuat

    sandaran fail anda, pilih backup option.

    Jika anda telah membuat sandaran fail peribadi anda, pilih  Recover

    without backing up your fil es, dan kemudian click Next . Teruskan ke

    langkah seterusnya.

    10. Click OK  pada tetingkap yang muncul.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    19/65

    119

    11. Jika skrin meminta untuk masukkancakera, masukkan cakera

    seterusnya. Dalam beberapa kes, anda mungkin perlu berulang

    kali untuk memasukkan cakera yang sama beberapa kali

    sebelum skrin membenarkan anda ke langkah seterusnya.

    12. Selepas System Recovery selesai, keluarkan cakera tersebut.

    13. Tetingkap“Restoration complete”  akan dipaparkan dan click

     Finish.

    2.1.2.3 PEMASANGAN PERISIAN SISTEM

    (CD INSTALLATION)

    Selain daripada menggunakan System Recovery Manager , terdapat

     beberapa buah komputer di MDTM yang perlu dipasang semula perisiansistem dengan menggunakan cakera padat sama ada sistem pengoperasian

    Windows XP   dan juga Windows 7 . Hal ini kerana, terdapat sesetengah

    komputer yang dibina tanpa mempunyai System Recovery Manager. 

     Namun begitu, terdapt juga komputer yang mana System Recovery

     Manager tidak dapat digunakan kerana berlakunya kerosakkan pada

    cakera keras.

    Berikut merupakan langkah-langkah dalam pemasangan semula perisian

    sistem pada sesebuah komputer menggunakan Windows 7 CD installation.

    Dalam pemasangan semula perisian sistem ini, beberapa langkah harus

    diberikan perhatian supaya pemasangan dapat berjalan dengan lancar

    tanpa sebarang masalah.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    20/65

    120

    Langkah 1:

    Rajah 2.19: Tetapan “Boot Sequence” 

    Hidupkan komputer dan masukkan CD installation  bagi Windows 7 .

    Pastikan boot sequence telah ditetapkan kepada CD. 

    Langkah 2:

    Rajah 2.20: Paparan Pilihan untuk “boot” Dari CD 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    21/65

    121

    Skrin hitam dengan mesej “Press any key to boot from CD or DVD...” 

    seperti di atas akan terpapar dan tekan mana-mana kekunci pada papan

    kekunci.

    Rajah 2.21: Windows Loading 1

    Rajah 2.22: Windows Loading 2

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    22/65

    122

    Tunggu sehingga proses ini selesai. Jika screen seperti ini tidak keluar di

    komputer, berkemungkinan disebabkan komputer tidak boot daripada

    Windows 7 CD installation tetapi boot daripada hard disk.

    Langkah 4:

    Rajah 2.23: Windows 7 Ultimate Setup Page 

    Setelah langkah 2 selesai, komputer akan menunjukkan paparan seperti di

    atas. Pada paparan ini akan diberikan pilihan bahasa, format masa dan

    wang, serta keyboard layout. Setelah memilih tetapan yang sesuai, Tekan

     Next  pada tetingkap Install Windows untuk proses seterusnya. 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    23/65

    123

    Langkah 5:

    Rajah 2.24: Windows 7 “Install now” 

    Pada paparan seperti di atas, beberapa pilihan seperti  Repair your

    computer , pilihan ini adalah untuk komputer yang sudah dipasang atau

    install Windows 7 tetapi tidak berfungsi dengan baik dan perlu dibaik

     pulih. Seterusnya tekan butang Install now.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    24/65

    124

    Langkah 6:

    Rajah 2.25: Windows 7 License Terms 

    Tandakan pada kotak I accept the license terms dan tekan Next .

    Langkah 7:

    Rajah 2.26: Windows 7 Installation Type

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    25/65

    125

    Pada paparan ini, terdapat dua pilihan sama ada Upgrade  dan Custom

    (advance). Tekan pada pilihan Custom (advanced).

    Langkah 8:

    Rajah 2.27: Windows 7 Drive Option 

    Sekiranya terdapat dua atau lebih  partition pada komputer, paparan yang

    ditunjukkan ini membolehkan  partition  yang ada dipilih untuk dipasang

    Windows 7  dan tekan Next. 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    26/65

    126

    Langkah 9:

    Rajah 2.28: Windows 7 Installing Process 1 

    Rajah 2.29: Windows 7 Installing Process 2 

    Paparan yang muncul ini menunjukkan Windows 7   telah mula dipasang

    dan tunggu sehingga proses ini selesai. Komputer akan restart   dengan

    sendirinya.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    27/65

    127

    Langkah 10:

    Rajah 2.30: Preparing Computer for First Use 

    Rajah 2.31: Windows 7 Username Setup 

    Tetingkap Set Up Windows  akan dipaparkan. Masukkan nama pada

    ruangan user name dan tekan Next .

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    28/65

    128

    Langkah 11:

    Rajah 2.32: Windows 7 Password Setup

    Masukkan kata laluan bagi komputer serta klu bagi kata laluan tersebut,

    dan tekan Next .

    Langkah 12:

    Rajah 2.33: Windows 7 Product Key Registration 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    29/65

    129

    Masukkan nombor produk yang disediakan bersama Windows 7 CD

    installation atau kebiasaannya terdapat pelekat pada komputer anda yang

    tertulis nombor produk.

    Langkah 13:

    Rajah 2.34: Windows 7 Update Option Setup

    Tetingkap Set Up Windows  akan terpapar seperti di atas. Pilih

    recommended setting   yang terletak di atas sekali antara ke tiga-tiga

     pilihan.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    30/65

    130

    Langkah 14:

    Rajah 2.35: Windows 7 Time & Date Settings 

    Pada bahagian Time zone, pilih “(UTC +08:00)  Kuala Lumpur,

    Singapore” dan tekan Next .

    Langkah 14:

    Rajah 2.36: Windows 7 Network Settings

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    31/65

    131

    Sekiranya komputer disambungkan kepada talian Internet, paparan berikut

    akan keluar. Tekan pada mana-mana pilihan anda.

    Langkah 14:

    Rajah 2.37: Windows 7 Desktop 

    Windows 7 telah siap dipasang dan sedia untuk digunakan serta dipasang

    dengan aplikasi-aplikasi seperti Antivirus, Microsoft Office dan lain-lain

    aplikasi yang diperlukan.

    2.1.2.4 WINDOWS BACKUP & RESTORE

    (HIREN SOFTWARE)

    Menggunakan Norton Ghost yang terdapat pada Hiren Software, sistem

    operasi Windows dapat di backup  dan restore  dengan mudah. Dalam

    situasi di mana komputer yang baru diformat dan dipasang dengan

     beberapa aplikasi penting, operasi Ghost boleh dilakukan terhadap

    Windows tersebut. Jika di masa hadapan Windows mengalami masalah

    sehingga tidak dapat berfungsi dengan baik, fail Ghost yang telah dibuat

     boleh di restore  dan Windows akan kembali seperti sediakala, lengkap

    dengan segala aplikasi yang telah dipasang. Berikut merupakan langkah-

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    32/65

    132

    langkah dalam melakukan backup dan restore Windows mengguna Norton

    Ghost.

    a)  Norton Ghost Windows Backup

    1. 

    Hidupkan komputer dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan

     boot sequence telah diubah kepada CD.

    2.  Skrin Norton Ghost akan dipaparkan.

    Rajah 2.38: Hiren’s BootCD 9.9 

    3. 

    Pilih Start bootCD.

    Rajah 2.39: Hiren Software Tools 

    4.  Pilih No. 2 Backup Tools. 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    33/65

    133

    Rajah 2.40: Hiren Software Backup Tools 

    5. 

    Pilih No. 2 Norton Ghost 11.5.

    Rajah 2.41: Hiren Software Norton Ghost 

    6.  Pilih No. 8 Ghost (Normal).

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    34/65

    134

    Rajah 2.42: Symantec Ghost 1 

    7. 

    Klik OK.

    Rajah 2.43: Create Ghost Image 

    8.  Pilih Local - Partition - To Image.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    35/65

    135

    Rajah 2.44: Select Local Source Drive 

    9. 

    Pilih hard disk yang mengandungi partition yang hendak di backup dan klik OK.

    Rajah 2.45: Select Source Partition 

    10. Pilih partition yang anda hendak backup.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    36/65

    136

    Rajah 2.46: Cerate File Name for Image

    11. 

    Pilih tempat di mana fail Ghost akan disimpan. Pilih folder

    tersebut serta berikan nama untuk fail Ghost, dan klik Save.

    Rajah 2.47: Compress Image 

    12. Pilih High Compress untuk mendapatkan saiz fail yang lebih kecil.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    37/65

    137

    Rajah 2.48: Partition Confirmation 

    13. 

    Klik Yes.

    Rajah 2.49: Progress Indicator for Creating Image 

    14. Tunggu sehingga selesai.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    38/65

    138

    Rajah 2.50: Image Creation Complete 

    15. 

    Klik Continue.

    Rajah 2.51: Quit Symantec Ghost 

    16. Klik Quit dan restart komputer, masuk Windows dan lihat fail

    yang telah dihasilkan.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    39/65

    139

    b)  Norton Ghost Windows Restore

    1.  Hidupkan komputer dan masukkan CD Norton Ghost. Pastikan

     boot sequence telah diubah kepada CD.

    2. 

    Ikut langkah yang sama seperti backup untuk masuk ke Norton

    Ghost.

    Rajah 2.52: Symantec Ghost 2 

    3.  Klik OK.

    Rajah 2.53: Restore from Image 

    4.  Pilih Local - Partition - From Image.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    40/65

    140

    Rajah 2.54: Select Ghost File 

    5. 

    Cari fail backup yang telah dibuat dengan fail extension .GHO

    Rajah 2.55: Select Source Partition from Image File 

    6.  Klik OK.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    41/65

    141

    Rajah 2.56: Select Local Destination Drive 

    7. 

    Klik OK.

    Rajah 2.57: Select Destination Partition from Drive 

    8.  Pilih partition yang dikehendaki untuk dipasang semula Windows

    menggunakan Norton Ghost iaitu drive C atau Primary.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    42/65

    142

    Rajah 2.58: Proceed with Partition Restore Confirmation 

    9. 

    Klik Yes untuk restore semula partition.

    Rajah 2.59: Restore Image Progress Indicator  

    10. Tunggu hingga selesai.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    43/65

    143

    Rajah 2.60: Restore Image Complete 

    Setelah selesai, klik  Reset Computer   dan komputer akan restart   semulauntuk masuk ke Windows. Pastikan boot sequence  telah ditukar semula

    kepada hard disk . 

    2.1.2.5 NETWORK COMMAND (COMMAND PROMPT)

    Semasa menjalani latihan industri di MDTM, kami juga banyak diberi

     pendedahan mengenai penggunaan Command Prompt (CMD).

    Penggunaan CMD semasa di MDTM sangat berguna khususnya untuk

    menyelesaikan masalah-masalah yang berkaitan dengan rangkaian

    komputer. Namun begitu, penggunaan CMD bukan hanya untuk

    menyelesaikan masalah berkaitan dengan rangkaian komputer tetapi,

    masalah-masalah seperti troubleshoot komputer, explore windows, trace

    file, membuang virus dan banyak lagi dapat diselesaikan menggunakan

    CMD.

    a)  Reset Computer IP Address

    IP address bagi sesebuah komputer itu boleh di reset semula sekiranya

     berlaku IP conflict atau kegagalan komputer untuk mengakses

    rangkaian komputer. Berikut merupakan langkah-langkahnya:

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    44/65

    144

    Rajah 2.61: Run Box 

    1.  Buka run box dan taip CMD.

    Rajah 2.62: Command Prompt (ipconfig/release) 

    2.  Taip ipconfig/release dan tekan Enter . 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    45/65

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    46/65

    146

    Rajah 2.64: Command Prompt (IP Address Reset) 

    4.  IP address computer teleh di reset  semula.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    47/65

    147

    b)  Network Command

    BIL COMMAND PENERANGAN

    1 ipconfig Displays the IP address and other TCP/IP

    configuration information for your

    workstation.

    2 hostname

     

    Displays the Microsoft networking computer

    name.

    3 lpq Displays the print queue status of an LPD

     printer.

    4  ping Verifies existence of remote host

    (connectivity).

    5 nbtstat  NetBIOS over TCP/IP; gives statistics and

    technical NetBIOS information for the

    TCP/IP layer.

    6 netstat Returns protocol statistics and current

    TCP/IP connections.

    7 ipxroute Displays and modifies IPX routing tables.

    8 route Manipulates TCP/IP routing information.

    9 tracert Displays route taken by an ICMP to a

    remote host.

    10  finger Displays information about the user; finger

    is turned off in IU's ADS Domain.

    11 arp Displays or modifies information in the ARP

    (Address Resolution Protocol) cache.

    12  getmac Lists the MAC (Media Access Control)

    Address on the computer network interfaces.

    Jadual 2.1: Network Command

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    48/65

    148

    2.1.2.6 MELENTUR DAN MENGUJI KABEL PASANGAN

    TERPIUH (CABLE CRIMPING AND TESTING)

    Kabel merupakan medium yang berfungsi sebagai laluan bagi maklumat

    yang bergerak dari satu peranti rangkaian ke peranti rangkaian yang lain.

    Beberapa jenis kabel boleh digunakan dalam rangkaian kawasan setempat.

    Semasa menjalani program latihan industri di Majlis Daerah Tanjong

    Malim, melentur dan menguji kabel pasangan terpiuh merupakan anatara

    tugasan yang kerap kali dilakukan. Berikut merupakan langkah-langkah

    dalam melentur dan menguji kabel pasangan terpiuh.

    a)  Skema Pemasangan Kabel

    Berikut merupakan skema pemasangan kabel pasangan terpiuh(Twisted Pair Cable).

    Rajah 2.65: Skema Pemasangan Kabel 

    b)  Kabel Lurus

    Berikut merupakan skema pemasangan kabel lurus (Straight-

    Through). 

    Rajah 2.66: Skema Pemasangan Kabel Lurus (Straight-Through) 1 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    49/65

    149

    Digunakan untuk sambungan antara komputer dengan peranti lain

    seperti hub, switch dan modem.

    Rajah 2.67: Skema Pemasangan Kabel Lurus (Straight-Through) 2 

    c)  Kabel Silang

    Berikut merupakan skema pemasangan kabel lurus (Crossover).

    Rajah 2.68: Skema Pemasangan Kabel Lurus (Crossover) 1 

    Digunakan untuk sambungan antara komputer dengan komputer.

    Rajah 2.69: Skema Pemasangan Kabel Lurus (Crossover) 2

    d)  Peralatan Yang Diperlukan

    Berikut merupakan peralatan yang diperlukan untuk melentur dan

    menguji kabel pasangan terpiuh.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    50/65

    150

    Rajah 2.70: Alat Melentur Dan Menguji Kabel Pasangan Terpiuh 

    e)  Langkah-Langkah Melentur Kabel

    Berikut merupakan langkah-langkah dalam melentur kabel pasangan

    terpiuh.

    Langkah 1:

    Tanggalkan kulit luar kabel kira-kira sepanjang 2.5cm.

    Rajah 2.71: Cara Menanggalkan Kulit Luar Kabel 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    51/65

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    52/65

    152

    Langkah 4:

    Masukkan sarung getah pada kedua-dua bahagian kabel. 

    Rajah 2.74: Sarung Getah Yang Telah Dimasukkan 

    Langkah 5:

    Masukkan wayar ke dalam penyambung RJ45 dengan betul dan

    kemas. 

    Rajah 2.75: Wayar Dimasukkan Ke Dalam Penyambung RJ45 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    53/65

    153

    Langkah 6:

    Kelim kabel menggunakan alat crimping. 

    Rajah 2.76: Kabel Telah Dikelim

    Langkah 7:Kabel diuji dengan penguji kabel. 

    Rajah 2.77: Kabel Diuji Menggunakan Penguji Kabel 

    f)  Pengujian - Kabel Lurus

    Lampu menyala seiringan kiri dan kanan bermula nombor 1 hingga

    nombor 8.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    54/65

    154

    Rajah 2.78: Pengujian Kabel Lurus 

    g)  Pengujian - Kabel Silang

    Lampu menyala mengikut wayar yang disilangkan mengikut skema

     pendawaian 568A.

    Rajah 2.79: Pengujian Kabel Silang 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    55/65

    155

    2.1.2.7 MAP NETWORK DRIVE

    Berikut merupakan langkah-langkah atau cara melakukan network

    mapping   bagi drive  yang hendak diakses dalam sesebuah rangkaian

    komputer.

    Langkah 1:

    Rajah 2.80: Windows Explorer  

    1.  Buka Windows Explorer   atau  My Computer   dan tekan  Map

     Network Drive seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    56/65

    156

    Langkah 2:

    Rajah 2.81: Map Network Drive Setup 

    2.  Pilih drive  yang ingin dipaparkan serta folder yang ingin

    diakses. Pastikan drive yang ingin diakses sudah dikongsi

    dalam rangkaian komputer dan tekan butang Finish.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    57/65

    157

    Langkah 3:

    Rajah 2.82: Network Drive Location 

    3.   Drive yang telah dipetakan boleh diakses dengan membuka My

    Computer  dibawah kategori Network Location.

    2.1.2.8 

    BACKUP DRIVER (DRIVER MAGICIAN)

    Semasa melakukan salah satu tugasan umum dalam memasang semula

    sistem operasi Windows, salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian

    ialah untuk memasang driver   bagi memastikan setiap komponen yang

    terdapat pada komputer itu. Selain daripada memuat turun driver tersebut,

    salah satu cara yang mudah adalah dengan melakukan sandaran fail

    (backup) bagi setiap driver tersebut. Untuk penguna Windows, driver  

    merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan seluruh komponenkomputer yang dipasang pada komputer anda boleh digunakan

    sepenuhnya seperti wireless, USB port, audio dan sebagainya.

    Jika ingin memuat turun setiap driver tersebut akan mengambil masa yang

    agak lama lebih-lebih lagi jika talian internet lambat. Terdapat beberapa

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    58/65

    158

     perisian yang boleh digunakan dimana perisian ini membolehkan untuk

    backup  semua driver   yang terpadat pada komputer. Antara perisisan

    tersebut ialah Driver Magician.

    Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan sandaran driver  

    (Driver Backup)  bagi sistem operasi Windows menggunakan perisian

     Driver Magician:

    Langkah 1:

    Rajah 2.83: Perisiani Driver Magician

    1.  Buka aplikasi Driver Magician yang telah dipasang pada Windows.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    59/65

    159

    Langkah 2:

    Rajah 2.84: Select All Driver 1 

    Rajah 2.85: Select All Driver 1 

    2.  Select All   atau tandakan pada check box  yang disediakan untuk

    memilih driver yang ingin dibackup.

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    60/65

    160

    Langkah 3:

    Rajah 2.86: Start Backup Driver  

    3.  Tekan Start Backup untuk mula melakukan sandaran driver .

    Langkah 4:

    Rajah 2.87: Pilih Folder untuk Backup Driver  

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    61/65

    161

    4.  Pilih  folder   untuk menyimpan driver   yang akan dibackup dan tekan

    OK .

    Langkah 5:

    Rajah 2.88: Driver Backup in Progress 

    5.   Driver  telah mula dibackup. Tunggu sehingga proses selesai.

    Langkah 6:

    Rajah 2.89: Driver Backup Finished 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    62/65

    162

    6.   Driver  telah selesai dibackup dan tekan OK .

    Langkah 7:

    Rajah 2.90: Driver Backup Folder  

    7.  Semak driver  yang telah dibackup pada folder  yang telah dipilih.

    2.1.2.9 RESET PRINTER(CANON 250 SERIES)

    Berikut merupakan cara-cara untuk membaiki atau reset   printer Canon

    model MP 258, Canon MP 250 dan yang hampir sama model dengannya

    yang kadangkala mempunyai masalah seperti “Waste Ink Absorber Full”,

    atau pada komputer keluar error   seperti di bawah sepanjang menjalani

     program latihan di Bahagian Teknologi Maklumat Tanjong Malim.

    Berikut merupakan langkah-langkah atau cara untuk reset   semula model

     pencetak Canon MP250 Series  sekiranya berlaku masalah seperti yang

    dinyatakan: 

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    63/65

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    64/65

    164

    Rajah 2.92: Resetter (Service Tool) 

    11. Langkah pertama, klik pada Main. Pada masa ini printer akan

    mencetak satu halaman kertas dengan tulisan seperti ini " D=000.0

    ".

    12. Selesai printer mencetak, kemudian klik pada EEPROM Clear.

    13. Kemudian langkah terakhir klik pada EEPROM. Pada masa ini

     juga printer akan mencetak satu halaman kertas.

    14. Selesai printer mencetak, maka selesailah proses reset pada printer.

    15. Matikan printer dan hidupkan kembali, dan printer sepatutnya

    dapat digunakan seperti sedia kala.

    1 2

    3

  • 8/9/2019 Laporan Latihan Industri Bab 2

    65/65

    Rajah 2.93: Printer Canon MP258 1 

    Rajah 2.94: Printer Canon MP258 2