td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

9
JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669 TUGASAN 3/ INDIVIDU TD10003: KEPENTINGAN PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN PERGERAKAN MANIPULATIF DALAM SUKAN OLARAGA, PADANG DAN GELANGGANG. PENGENALAN DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN PERGERAKAN MANIPULATIF Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi. Pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop. Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang). Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan, memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh, mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi. Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan kemahiran asas dalam menyediakan kanak – kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan juga relung getah (squaid). Kemahiran manipulative hendaklah di bina pada peringkat umur yang lebih awal. Ini adalah kerana kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk mengawal, menangani ataupun mengawasi sesuatu objek. Pada umumnya, perkembangan kemahiran manipulative seseorang kanak – kanak bermula sejak lahir seiring dengan perkembangan motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulative merupakan perkembangan daripada kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah penting untuk pergerakan kanak – kanak. Namun begitu, pergerakan manipulative adalah penting kepada setiap kanak – kanak. Ini adalah melalui pergerakan manipulative juga kanak – kanak dapat manipulasi kemahiran, koordinasi, keseimbangan dan juga kestabilan mereka bagi melakukan sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakan kanak – kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahiran dalam memanipulasikan otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan.

Upload: jenry-saiparudin

Post on 23-Jun-2015

5.252 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

JENRY BIN SAIPARUDIN CT11210669

TUGASAN 3/ INDIVIDU TD10003: KEPENTINGAN PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR

DAN PERGERAKAN MANIPULATIF DALAM SUKAN OLARAGA, PADANG DAN GELANGGANG.

PENGENALAN

DEFINISI PERGERAKAN LOKOMOTOR, BUKAN LOKOMOTOR DAN PERGERAKAN MANIPULATIF

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang dilakukan oleh seseorang yang menyebabkan

dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang

menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut

bergerak dan beredar. Sebagai contoh, meniru pergerakan keretapi. Pergerakan yang dilakukan oleh

seseorang yang menyebabkan dia berubah kedudukan atau kekal di tempat tersebut. Pergerakan

lokomotor juga adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan.

Sebagai contoh,berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling

hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.

Manakala, pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar

pula dikenali sebagai pergerakan bukan lokomotor. Pergerakan bukan lokomotor lebih tertumpu

kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Sebagai contoh,

melambung, membaling, menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar

(menggunakan kompang). Pergerakan bukan lokomotor bermaksud keupayaan untuk menggerakkan

bahagian tubuh badan tanpa beralih tempat. Selain itu, pergerakan ini juga merupakan kebolehan

bergerak menggunakan otot-otot kecil kerana ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh

badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Tambahan pula, pergerakan bukan lokomotor tidak

mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Sebagai contah, melambung, membaling,

menggolek (menggunakan bola) dan menampar alatan kecil atau besar (menggunakan kompang).

Pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun

dalam aktiviti sukan dan rekreasi. Pergerakan bukan lokomotor adalah seperti mengilas badan,

memusing, meregang,menunduk, menghayun, mengangkat, menolak, manarik, menjatuh,

mengongcang, melantun, membuai badan, dan lain-lain lagi.

Pergerakan Manipulatif juga merupakan satu pergerakan yang memerlukan kemahiran asas

dalam menyediakan kanak – kanak untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Pembelajaran

kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola besar, gelung rotan, tali dan

juga relung getah (squaid). Kemahiran manipulative hendaklah di bina pada peringkat umur yang

lebih awal. Ini adalah kerana kemahiran ini memerlukan penggunaan anggota badan untuk

mengawal, menangani ataupun mengawasi sesuatu objek. Pada umumnya, perkembangan

kemahiran manipulative seseorang kanak – kanak bermula sejak lahir seiring dengan perkembangan

motor halus dan motor kasar. Kemahiran manipulative merupakan perkembangan daripada

kemahiran motor halus dan motor kasar dan ianya adalah penting untuk pergerakan kanak – kanak.

Namun begitu, pergerakan manipulative adalah penting kepada setiap kanak – kanak. Ini adalah

melalui pergerakan manipulative juga kanak – kanak dapat manipulasi kemahiran, koordinasi,

keseimbangan dan juga kestabilan mereka bagi melakukan sesuatu gerakan. Selain itu, pergerakan

kanak – kanak bukan hanya bergantung kepada kekuatan fizikalnya sahaja tetapi juga kemahiran

dalam memanipulasikan otot serta anggota dalam melakukan sesuatu pergerakan.

Page 2: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

Pergerakan-pergerakan tersebut boleh dikoordinasikan bagi manipulasi dengan alatan

seperti melambung, membaling, menggolek dan menampar alatan kecil atau besar. Pergerakan-

pergerakan ini dapat diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun

dalam aktiviti sukan dan rekreasi.

Bagi meningkatkan potensi kreativiti murid dalam melakukan pergerakan khasnya

menginterpretasi idea, perasaan serta tanggapan deria yang dilahirkan secara simbolik, pendekatan

pergerakan kreatif digunakan. Pengalaman pergerakan kreatif dapat memperkembang kesedaran

dan kefahaman tentang konsep-konsep pergerakan.

CONTOH-CONTOH PERGERAKAN LOKOMOTOR

Melompat : Ketika melompat berat badan berada diatas kedua-dua belah kaki. Cara melompat ialah

dengan melonjakkan kaki daripada lantai dan mendarat kedua-dua belah kaki dengan serentak.

Lompat Skip : Merupakan gabungan antara aktiviti berjalan dan melompat ketingting. Cara

melakukan ketingting ialah dengan langakh satu kaki ke depan, kemudian ketingting menggunakan

kaki yang sama. Seterusnya langkah kaki sebelah lagi ke depan dan ketingting menggunakan kaki

yang sama. Corak pergerakannya ialah dengan memindahkan berat badan di atas kaki secara

berselang seli.

Lompat Galop : Lompat gallop merupakan pergerakan ke depan dengan menggunakan satu kaki

mendahului pergerakan secara cepat.

Melantun : Pergerakan melantun ini berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah atau

badan bergerak ke depan dan ke belakang secara beritama pantas dan di lakukan secara berterusan.

Sebagai contoh permainan bola tampar.

Melungsur : Pergerakan melungsur adalah dengan melangkah menggunakan satu kaki dan diikuti

dengan sebelah kaki lagi. Berat badan dipindahkan dari kaki depan dan ditutup dengan kaki

belakang. Kaki yang sama akan sentiasa dijadikan kaki yang mendahului pergerakan.

CONTOH – CONTOH PERGERAKAN BUKAN LOKOMOTOR

Menghayun : Menghayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulat mengelilingi satu titik

tengah yang tetap. Menghayun adalah pergerakan lentikan pergi dan balik semula yang

dilakukandengan tubuh badan, tangan atau kaki. Selain itu, menghayunkan juga boleh menggunakan

tangan dan kaki ke kiri dan ke kanan ataupun dari depan ke belakang

Membengkok : Membongkokkan badan ke bawah dan secara perlahan –lahan menegakkan badan

Memusing : Memusingkan tangan bermula dari depan ataupun dari belakang. Pelajar yang dalam

keadaan duduk dan memusingkan badan mengikut pergerakan arah jam ataupun sebaliknya. Pelajar

memusingkan badan pada aras pinggang bermula dari arah kiri ataupun dari arah kanan.

Mendekam : Terdapat tiga jenis dekam iaitu dekam dengan satu kaki lurus ke hadapan. Lompat

dekam setempat dan dekam dengan tangan menyentuh lantai

Page 3: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

Menyokong : Dalam pergerkan bukan lokomotor menyokong adalah penting kerana adanya

kestabilan. Terdapat beberapa teknik menyokong iaitu antaranya ialah sokongan kaki, sokongan sisi,

sokongan dua lutut, sokongan pada lantai, sokongan pada kerusi, sokongan satu lutut, sokongan dua

tangan satu kaki, sokongan belakang, sokongan satu tangan satu kaki, sokongan dengan rakan

seperti aktiviti kereta sorong dan sebagainya.

Membengkok : Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain.

Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada strukrtur sendi terlibat. Sendi

engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakang sahaja. Jenis sendi ini

terdapat di jari tangan, kaki, siku dan lutut. Manakala sendi bola dan soket terdapat di pinggul dan

sendi yang menghubungkan lengan atas dan bahu.

Meregang : Meregang adalah ekstensi atau hiperektensi bahagian-bahagian badan. Ekstensi

bermaksud pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas ia difleksibel atau dilipat.

Hiperektensi pula ialah renyangan melebihi 180’.

Mengilas : Mengilas berlaku apabila bahagian atas badan berpusing dan bahagian bawah hanya

berada di satu tempat sahaja. Sementara itu, pusingan berlaku apabila seluruh badan berputar dia

ats suatu tapak. Selain itu, mengilas adalah pusingan badan atau bahagian badan mengelilingi paksi

panjang tanpa menheraakn dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku da;am arah bulatan

sahaj. Sebagai contoh, badan boleh dikilas pada paksi panjang.

Memusing : Memusing adalah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan

berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

Menolak dan Menarik : Menolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak

menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan dengan

menggunakan tangan dan lengan, tapak dak kaki, bahu, dan pinggul. Manakala menarik adalah

mendekatkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanya pergerakan ini dilakukan dengan

menggunakan tangan.

Rebah : Badan bergerak dari aras tinggi ke rendah. Boleh dilakukan sama ada pergerakan cepat dan

perlahan. Rebah yang berlaku secara tiba-tiba jika tenaga menokong badan dilepaskan dengan

cepat. Sebaliknya jika rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlaku secara

berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

Bangkit : Bangkit seharusnya mempunyai imbangan, sokongan yang stabil dan tenaga yang cukup

untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

Melantun : Melantun berlaku apabila badan bergerak ke atas dan ke bawah, atau ke belakang dan

ke depan secara beritma pantas dan berterusan.

CONTOH – CONTOH PERGERAKAN MANIPULATIF

Terdapat beberapa pergerakan manipulatif yang sering di lakukan oleh kanak-kanak. Aktiviti bagi

kemahiran manipulatif ini melibatkan penggunaan motor halus dan motor kasar.Kanak-kanak akan

meningkatkan kemahiran manipulatif mereka dengan penglibatan penggunaan objek atau alat

tertentu. Pergerakan manipulatif adalah berkaitan dengan objek samada mengenakan tindakan atau

Page 4: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

menerima gerak balas darinya.Oleh itu anggota kaki dan tangan anggota yang paling kerap

digunakan dalam pergerakan manipulatif. Di antara aktiviti yang dapat di lihat adalah seperti yang

berikut:

Membaling : Pergerakan manipulatif mempunyai pelbagai pergerakan antaranya ialah membaling.

Membaling terdapat tiga cara atau pola balingan iaitu bawah paras bahu (underhand), atas paras

bahu (overhand), sisi (sidearm). Membaling boleh dibaling dengan ketepatan, kelajuan, dan jarak

yang memadai (Berk, 2005). Aktiviti – akitiviti fizikal yang dijalankan banyak menggunakan

pergerakan membaling untuk memastikan perkembangan motor kasar dan halus yang berkesan.

Oleh yang demikian, dengan aktiviti sebegini secara tidak langsung terdapat beberapa

perkembangan psikomotor yang terbentuk di antaranya ialah dengan membaling mereka

menggunakan jari untuk memegang objek dan menggunakan tangan untuk membaling dan

menjatuhkan objek tersebut. Mereka menggunakan motor halus dan motor kasar mereka. Selain itu,

Kemahiran manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu lakukan

seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang perkembangan motor halus kerana

mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.

Menangkap : Aktiviti menangkap boleh dibuat dengan pelbagai aktiviti antaranya menangkap

bola, menangkap haiwan, menangkap belon dan sebagainya. Cadangan aktiviti untuk menangkap

lebih memfokuskan pada menangkap serangga seperti kumbang (lady bird) atau rama – rama.

Aktiviti ini dilakukan di taman diluar rumah. Kanak – kanak akan dapat menerokai persekitaran

taman dan dapat mengenali serangga. Aktiviti ini hanya memerlukan bahan seperti jaring kecil. Guru

atau ibu bapa perlu menunjukan cara – cara menangkap serangga tersebut dan seterusnya mereka

akan cuba sendiri.

Perkembangan motor halus dan motor kasar terbentuk dalam aktiviti sebegini kerana kanak

– kanak akan meggunakan jari untuk memegang jaring tersebut dan menggunakan otot tangan

untuk menangkap serangga tersebut. Selain itu koordinasi mata juga digunakan untuk memerhati

serangga tersebut untuk menangkap serangga tersebut. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat

memperkembang motor kasar dan halus tetapi dapat memberikan kanak – kanak pengetahuan yang

baru dengan mengenali serangga dengan keadaan sekeliling kanak – kanak dan menerokai keadaan

sekeliling mereka.

Melantun : Perkembangan kemahiran manipulatif seorang kanak – kanak bermula sejak mereka

lahir seiring dengan perkembangan motor kasar dan halus. Pelbagai pergerakan yang berkaitan

dengan pergerakan manipulatif antaranya melantun. Kebiasaanya melantun menggunakan bola.

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan dengan pergerakan melantun. Menurut Thomas (1998)

mengatakan manipulasi melibatkan tiga aspek antaranya ialah mengawal objek. Mengawal objek

seperti menggelecek bola dan memantul bola.

Perkembangan motor yang terlibat pada aktiviti ini ialah motor kasar. Koordinasi tangan dan

kaki digunakan untuk aktiviti ini. Kanak – kanak akan meggunakan tangan untuk memengang bola

dan kaki untuk berjalan untuk melangkah semasa melantunkan bola tersebut.

Page 5: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

Menggelecek : Pergerakan manipulatif terdapat banyak pergerakan salah satu pergerakan

manipulatif ialah menggelecek.

Sebelum memulakan aktiviti guru hendaklah menerangkan cara permainan kepada kanak –

kanak dan menyediakan bahan seperti bola dan kon. Selepas itu, guru hendaklah menyusun kon

dengan jarak yang sama. Badan kanak – kanak perlu berada dalam keadaan tegak dan berdiri lurus

dihadapan kon yang telah disusun. Kemudian, bola digelecek dengan menggunakan kedua – dua

belah kaki dan melalui kon – kon yang disusun mengikut arah zig zag. Bola digelecek sambil berlari

atau berjalan.

Koordinasi mata untuk melihat bola tersebut dan koordinasi kaki untuk menggelecek bola

tersebut. Selain itu aktiviti sebegini menguji tahap kecekapan kanak – kanak dalam menggelek bola

tersebut. Pada permulaan kanak – kanak akan sukar melakukan aktiviti ini tetapi dengan banyak

pengulangan kanak – kanak akan cepat mempelajarinya.

Menyepak : Pergerakan manipulatif sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam pergerakan

motor kanak-kanak. Menyepak adalah salah satu pergerakan manipulatif. Oleh itu, kanak-kanak

perlulah diberikan masa bagi melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti luar seperti bermain bola,

memanjat atau aktiviti permainan tradisional. Secara tidak langsung kanak-kanak dapat mengetahui

pelbagai jenis permainan.

Perkembangan yang terlibat dalam aktiviti ini adalah koordinasi kaki dan mata. Koordinasi

kaki digunakan untuk menyepak bola pada sasarannya. Seterusnya koordinasi mata pula digunakan

untuk memfokuskan sasaran pada tin yang berada di garisan penamat. Aktiviti ini sesuai bagi

meningkatkan perkembangan motor kasar dan motor halus dalam pergerakan kanak-kanak.

Menggolek : Menggolek merupakan salah satu aktiviti pergerakan manipulatif. Pelbagai aktiviti

boleh dilakukan dalam pergerakan menggolek diantaranya bermain bola, bermain gelung dan

sebagainya. Menurut Berk, 2005 mengatakan bermain bola melibatkan aktiviti menendang,

menggolekkan, membaling dan menangkap bola. Pelbagai saiz bola boleh digunakan dalam aktiviti

ini. Contohnya kanak-kanak boleh menggolekkan bola yang kecil dari jarak yang lebih jauh. Ia

penting kerana kanak-kanak memperkembangkan motor kasar dan motor halus mereka. Mereka

menggunakan mata untuk menggolekkan gelung mengikut lorong dan tangan pulan untuk

memegang gelung tersebut. Manakala kaki pula adalah untuk berjalan ke garisan penamat.

Melambung : Aktiviti melambung bola atau melambung objek-objek lain merupakan salah satu

kemahiran dalam pergerakan manipulatif alatan ini. Aktiviti ini amat penting untuk perkembangan

motor kanak-kanak sama ada kemahiran motor kasar atau motor halus. Bagi mengembangkan lagi

bakat atau kemahiran yang terdapat pada kanak-kanak ini, guru atau ibu bapa seharusnya

memberikan permainan yang sesuai untuk mereka seperti bermain bola, bermain di taman

permainan, melambung bola dan sebagainya.

Bagi aktiviti melambung bola ini, anggota badan atau perkembangan yang terlibat adalah

tangan iaitu ketika kanak-kanak hendak melambung bola tersebut keatas. Kemudian, ketika hendak

melambung bola tersebut, motor halus iaitu jari memainkan peranannya secara tidak langsung.

Badan pula membongkok ketika hendak melambung bola dan kaki bergerak ketika hendak

Page 6: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

menangkap bola yang jatuh setelah melambung. Selain itu, koordinasi mata juga terlibat semasa

kanak-kanak menjalankan aktiviti melambung ini.

Skipping : Skipping merupakan salah satu aktiviti yang boleh meningkatkan perkembangan motor

kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis skipping yang boleh digunakan oleh kanak-kanak seperti

skipping yang diperbuat daripada tali biasa atau dari getah. Selain itu, medium yang diambil kira

adalah dari aspek keselamatan kanak-kanak tersebut iaitu memakai kasut ketika hendak melakukan

aktiviti skipping ini. Oleh itu, apabila melakukan aktiviti skipping ini, semasa tangan kanak-kanak

tersebut sedang memegang tali skipping itu, kemahiran motor kasar kanak-kanak sedang berlaku.

Manakala, kaki yang mereka gunakan untuk melompat tali skipping tersebut juga merupakan salah

satu perkembangan motor kasar. Lutut juga meningkatkan kemahiran motor kasar iaitu ketika

kanak-kanak tersebut membengkokkan kaki untuk melompat.

NILAI-NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN ASAS DAN PERGERAKAN MANIPULATIF

Aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas. Dalam

aktiviti pergerakan asas dan manipulative,ia mempunyai kebaikan dan nilai-nilai positif akan dapat

dipupuk dalam diri kanak-kanak tersebut sama ada yang melibatkan aktiviti berkumpulan, kelas

mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan sebarang aktiviti. Pendidikan pergerakan

asas dan manipulative bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat

menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh

dari aktiviti pergerakan asas dan manipulatif ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan,

bantu-membantu dan gembira.

Kerjasama

Ini juga boleh didefinisikan sebagai kerja atau usaha dan sebagainya dengan bersama-sama

atau saling membantu antara dua atau beberapa pihak, atau sumbangan pelbagai rupa yang bersifat

bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain lagi dari satu pihak kepada pihak yang lain

untuk faedah bersama. Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang

boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dalam kalangan murid-murid. Ini kerana

pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Murid-murid

akan membuat satu-satu aktiviti itu dengan saling bekerjasama antara satu sama lain untuk

memenangi permainan dan aktiviti tersebut. Maka dari situ secara tidak langsung kerjasama antara

murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.

Keberanian

Menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani. Nilai

keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas iaitu apabila murid-murid

diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil

kebolehan yang ada pada diri masing-masing. Contohnya ialah melalui aktiviti lokomotor seperti

melompat dari satu tempat yang tinggi. Murid-murid yang mempunyai sikap berani dalam diri

mereka akan cuba untuk melakukan lompatan tersebut dan begitu pula sebaliknya. Apabila mereka

berjaya melakukannya secara tidak langsung mereka akan lebih beryakinan dengan kemampuan

mereka sendiri malahan sekiranya tidak berjaya, mereka akan berasa rendah diri dan malu dengan

kawan-kawan yang lain.

Page 7: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

Semangat Berpasukan

Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk di kalangan

murid-murid. Semangat bantu-membantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang

dihasilkan. Semangat berpasukan ini dapat disemai apabila murid-murid melakukan pergerakan

lokomotor dan bukan lokomotor secara berkumpulan. Melalui aktiviti berkumpulan ini, secara tidak

langsung murid akan menunjukkan nilai saling bantu-membantu dan semangat berpasukan antara

satu sama lain.

Berdisiplin

Dalam aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari

mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin. Setiap aktiviti yang

dijalankan oleh guru adalah aktiviti yang mempunyai peraturan dan syarat dalam permainan. Bagi

menyempurnakan dan membolehkan permainan tersebut berjalan dengan lancar seperti yang

dirancang, maka murid-murid perlu mengetahui dan mengikuti peraturan dalam satu-satu aktiviti.

Keadaan ini akan membuatkan murid-murid lebih berdisiplin kerana terpaksa patuh dengan

peraturan permainan tersebut. Sikap berdisiplin ini secara tidak langsung akan dipupuk dalam diri

murid-murid.

Gembira

Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah

guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan

menjadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Kanak-kanak khususnya

merupakan individu yang gemar dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan pergerakan seluruh

anggota badan, mengadakan aktiviti yang memerlukan alatan yang berwarna-warni, mengadakan

aktiviti sama ada di dalam mahupun di luar kelas, bermain beramai-ramai dan guru turut serta dalam

sesuatu aktiviti serta aktiviti yang melibatkan komunikasi antara satu sama lain. Mereka akan tidak

bosan dan berasa gembira serta seronok dengan aktiviti yang melibatkan perkara-perkara tersebut.

Oleh yang demikian, murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa

seronok.

PERBEZAAN ANTARA PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

1. Pergerakan lokomotor merupakan pergerakan yang menyebabkan kedudukan seseorang

akan berubah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

2. Pergerakan lokomotor juga adalah dasar yang menyokong seseorang berubah kedudukan

seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar.

3. Pergerakan bukan lokomotor pula merupakan pergerakan yang hanya menggerakkan

bahagian tubuh badan tanpa mengubah kedudukan seseorang atau pergerakan tanpa

beralih arah.

4. Pergerakan ini juga tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan seperti

melambung, membaling dan melayang.

5. Pergerakan yang melibatkan dan kebolehan seseorang menggunakan otot-otot atau motor

kasar melalui pergerakan seperti melompat dan berlari.

6. Pergerakan lokomotor merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.

Page 8: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

7. Ianya lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan

pusing putar.

8. Pergerakan lokomotor juga merupakan pergerakan yang banyak menggunakan ruang. Hal ini

kerana, pergerakan ini memerlukan kedudukan pelaku berubah dan menyebabkan ruang

yang digunakan adalah besar.

9. Berbeza dengan pergerakan bukan lokomotor yang kurang memerlukan ruang kerana pelaku

hanya kekal di tempat yang sama atau statik sahaja. Walaupun begitu, pergerakan ini

memerlukan ruang tetapi hanya sedikit sahaja.

Thomas, Lee & Thomas (1988) menyatakan bahawa manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu:

1. Memberi tenaga kepada objek ( melontar, menyepak, merejam, mengumpan, memukul )

2. Menguasai objek ( menangkap dan menyambut )

3. Mengawal objek ( menggelecek dan memantul bola )

KESIMPULAN

Pergerakan lokomotor bersifat aliran gerakan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Ia

melibatkan arah, aliran, haluan dan masa. Pergerakan bukan lokomotor pula berlaku dalam keadaan

tidak bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Pergerakan ini lebih menekankan kepada

kesimbangan pergerakan badan. Melalui pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor ini, kita dapat

mengetahui dan memperolehi banyak kepentingan dan faedah sekiranya diterapkan di kalangan

kanak-kanak terutama di prasekolah.

Pergerakan manipulatif melibatkan koordinasi mata bagi menentukan apa yang tangan perlu

lakukan untuk pergerakan seterusnya. Mata akan mengesan rangsangan dan merangsang

perkembangan motor halus kerana mereka perlu untuk menggunakan otot tangan dan jari.

Perkembangan manipulatif merupakan sebahagian daripada kemahiran yang penting dalam gerakan

motor kanak-kanak. Oleh itu dalam membuat perancangan kemahiran motor halus dan motor kasar,

aktiviti kemahiran manipulatif juga perlu diberi tumpuan.

Setiap proses pembelajaran sesuatu kemahiran motor akan melalui berbagai peringkat

tertentu. Terdapat beberapa model yang dikemukakan bagi menggambarkan peringkat pencapaian

sesuatu kemahiran motor. Model yang agak mudah difahami adalah model yang dikemukakan oleh

Fitts & Posner (1957).

Page 9: Td10003 kepentingan pergerakan asas dan manipulatif

RUJUKAN

1. NOTA SAINS SUKAN, MAJLIS SUKAN NEGARA

2. NOTA SAINS SUKAN II, MAJLIS SUKAN NEGARA

3. INSTRUMEN PAJ KSSR TAHUN 2; KSSR TAHUN 2

4. Creative Thinking (2010). Sains sukan 5

5. http://pjm3102.weebly.com/konsep-pergerakan-asas.html