tc ar2012 malay

28
Memperbaiki kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan REFLEKSI 2011/2012 MENGHUBUNGKAN RAKYAT DAN MASYARAKAT

Upload: phamnhu

Post on 28-Jan-2017

253 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: TC AR2012 Malay

Memperbaiki kehidupan individu, keluarga dan masyarakat yang memerlukan

REFLEKSI2011/2012

MENGHUBUNGKAN RAKYATDAN MASYARAKAT

Page 2: TC AR2012 Malay

MISI DANTUMPUAN STRATEGIKTujuan dan misi Temasek Cares adalah untuk menyumbang kepadakesejahteraan, maruah dan kehidupan individu, keluarga dan masyarakatyang memerlukan di Singapura, melalui tumpuan berikut:

Membina RakyatMelalui sokongan bermaruah bagi individu dan keluarga dalam masayang amat diperlukan.

Membina KeupayaanMelalui pendidikan, latihan dan lain-lain inisiatif untuk meningkatkanpeluang bagi kehidupan.

Membina MasyarakatMelalui usaha memupuk keharmonian kaum dan agama danmenggalakkan pemahaman melalui budaya dan bahasa untuk memberimanfaat kepada yang kurang bernasib baik, miskin dan yang memerlukan.

Membina Semula KehidupanMelalui bantuan untuk peluang sekali lagi bagi, individu, keluarga ataumasyarakat yang kurang bernasib.

KANDUNGANSorotan Utama Tahun Kewangan 2011/2012

Amanat Pengerusi

Lembaga Pengarah

Program Kami

Analisis Pengurusan

02

04

06

23

01

Muka Depan: Cik Safian Shaik Omaar Mattar, Pengurus Jururawat dari All Saints Home, membantu seorang warga tua.

Page 3: TC AR2012 Malay

Warga Tua Uzur

200

Lain-lain

185

Orang yangBerkeperluanKhas(Pekerjaan)

160

$ 3.33 juta 15

01

SOROTAN UTAMA TAHUN KEWANGAN 2011/2012

Jumlah Geran Bilangan Program

Kanak-kanakKurang UpayaPembelajarandanPembangunan

1,440

Ibubapa danpenjaga

1,090

Wanita danKanak-kanakyang didera

375

Orang yangBerpenyakitMental

300

3,750Bilangan Penerima Bantuan

Page 4: TC AR2012 Malay

02

AMANAT PENGERUSI

Lebih Banyak Sokongan untuk yangMemerlukan.

Dalam tahun ketiga kami beroperasi, sayadengan sukacitanya melaporkan bahawaTemasek Cares (TC) telah menyediakangeran untuk membantu lebih 3,750individu yang memerlukan dan kurangbernasib baik di Singapura. LembagaPengarah telah memberi sokongankepada program-program yang meliputirakyat kita yang menghadapi cabaran

mental, kanak-kanak yang lambatpembelajaran dan pembangunan mereka,wanita didera dan anak-anak mereka, danwarga tua uzur yang memerlukan rawatanjangka panjang. Secara keseluruhannya,kami telah menyediakan lebih daripada$3.33 juta untuk membiayai 15 buah

program, yang kebanyakannya adalahprogram perintis atau program baru.

Menghubungkan Rakan Kerja danMasyarakatTC terus memberi tumpuan kepadamenghubungkan rakan kerjasama danmasyarakat untuk membantu golongan yangmemerlukan. Saya dengan sukacitanyamelaporkan bahawa setakat ini, TemasekCares – Projek SPARK, satu kerjasamaberterusan antara TC dan kumpulan bantudiri (Chinese Development Council,Eurasian Association, Yayasan MENDAKIdan Singapore Indian DevelopmentAssociation), telah membantu lebih

Dalam tahun ketiga kami beroperasi, saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa TemasekCares (TC) telah menyediakan geran untuk membantu lebih 3,750 individu yang memerlukan dankurang bernasib baik di Singapura. Lembaga Pengarah telah memberi sokongan kepada program-program yang meliputi rakyat kita yang menghadapi cabaran mental, kanak-kanak yang lambatpembelajarandan pembangunan mereka, wanita didera dan anak-anak mereka, dan warga

tua uzur yang memerlukan rawatan jangka panjang.

daripada 475 orang ibu bapa keluarga tunggal untukmembina semula kehidupan mereka. Anak-anakmereka mendapat sokongan dalam penjagaan kanak-kanak dan pendidikan.

Melangkah ke hadapan, kami bekerjasama denganAgency for Integrated Care (AIC) untukmempertemukan rakan kerjasama utama dalampenjagaan kesihatan dan perkhidmatan sosial untukmenyediakan penjagaan berasaskan masyarakatkepada individu yang menghadapi cabaran mental.Lebih ramai orang tua kita telah didiagnoskan sebagaimenghidap penyakit Dementia, Alzheimer danKemurungan. Ramai juga orang dewasa muda adalahmangsa gejala kebimbangan dan gangguan berkaitandengan tekanan. Lebih membimbangkan lagi, kajianterbaru menunjukkan bahawa ramai rakyat Singapurayang menghadapi cabaran mental tidak memintauntuk dibantu. Untuk membantu mengatasi jurangini, Temasek Cares – iCommunity @ North telahdimulakan sebagai sebuah program perintis oleh AICmelalui kerjasama dengan Hospital Khoo Teck Puat,O’Joy Care Services dan Thye Hua Kwan MoralSociety. Program 2-tahun ini menyediakan penjagaanmasyarakat yang bersepadu untuk seramai 300individu yang menghadapi cabaran mental dalamkawasan kejiranan Admiralty, Marsiling, Sembawang,Woodlands dan Yishun.

TC juga merintis program untuk menyediakan terapiequine (terapi kuda) kepada belia yang kurangbernasib baik dan berisiko. Equine Federation ofSingapore (EFS) bekerjasama rapat dengan SekolahNorthlight dan Sekolah Assumption Pathway untuk

Page 5: TC AR2012 Malay

kepada seramai 375 orang wanita dan anak-anakmereka selama 2 tahun.

Peruntukan EndowmenSaya amat berbesar hati melaporkan bahawaEndowmen Healthcare dan Special Needs dinamakansemula sebagai pengiktirafan sumbangan dua wargaSingapura yang cemerlang. Sebanyak $35 jutaendowmen Ee Peng Liang diperuntukkan untuksektor membina keupayaan bagi berkeperluan khas,yang berhidmat untuk orang-orang yang kurang upayafizikal, deria dan intelektual. Program yang disokongtermasuk anugerah pengajian bagi guru-guru intervensiawal dan ahli-ahli terapi serta sokongan pembelajaranuntuk murid-murid yang berkeperluan khas.

Sebanyak $35 juta endowmen Balaji Sadasivanmemberikan tumpuan kepada membina keupayaansektor penjagaan jangka panjang untuk memenuhikeperluan penduduk yang semakin menua. Programyang disokong termasuk anugerah pengajian untukjururawat-jururawat dan ahli-ahli terapi serta ‘ageingin place’ (penuaan yang bertempat) dalam masyarakat.

Dana endowmen ini memberi penghormatan legasisosial pada kedua-dua Dr Ee Peng Liang dan DrBalaji Sadasivan.

Dalam PenghargaanSaya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaansaya kepada semua rakan-rakan kami yang telahbekerja keras untuk membantu TC mengenalpastikeperluan serta untuk membangun dan melaksanakanprogram. Saya juga ingin mengucapkan terima kasihkepada semua Ahli Lembaga Pengarah dan pasukanpengurusan atas dedikasi dan sokongan mereka.

Yang Ikhlas

Richard MagnusPengerusi 03

membina program terapi berstruktur bagi kemahiransosial dan komunikasi untuk seramai 500 orang beliayang kurang bernasib baik. Dikenali sebagai EQUAL(Equine-Assisted Learning atau Pembelajaran BantuanEquine), program ini adalah yang pertamaseumpamanya di rantau ini.

Hasil daripada kerjasama ini , satu programpelengkap yang dikenali sebagai Temasek Cares –EQUATE (Equine-Assisted Training and Employment)telah dimulakan untuk menyediakan peluang-peluangpekerjaan dalam industri equine bagi orang-orangyang berkeperluan khas. Di bawah program ini, EFSdan Association for Persons with Special Needs –Centre for Adults (Persatuan bagi OrangBerkeperluan Khas - Pusat Orang Dewasa)menyediakan latihan sambil bekerja untuk seramai30 individu berkeperluan khas untuk bekerja sebagaikakitangan stable (kandang kuda) dan penjagakawasan. Latihan ini menawarkan peluang-peluangpekerjaan di bidang yang baru untuk anak-anakkita yang berkeperluan khas.

Membantu yang terpinggirTC juga mengambil berat untuk membantu individu,keluarga dan masyarakat yang berisiko terpinggir.Sebagai contoh, orang-orang yang menghadapicabaran mental tidak akan datang ke hadapan keranabimbang distigma. Kanak-kanak daripada keluargapincang mungkin hidup susah dalam senyap. Wanitadidera dan anak-anak mereka mungkin hidup dalamketakutan dan putus asa.

Saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa kamitelah dapat bekerjasama sebagai rakan kerja denganCasa Raudha Women Home untuk membentuk satuprogram bagi membantu wanita didera dan anak-anak mereka. Rumah ini menyediakan tempatperlindungan bagi wanita yang menjadi mangsakeganasan keluarga dan yang memerlukan tempatper l indungan se lamat sementara untukmengukuhkan dan membina semula kehidupanmereka. Geran dari TC membolehkan Casa Raudhauntuk memberi bantuan kaunseling dan kewangan

Page 6: TC AR2012 Malay

04

LEMBAGA PENGARAH

Richard MagnusPengerusi

Pang Cheng LianBendahari

Mohd Salleh MaricanPengarah

Page 7: TC AR2012 Malay

05

Vemala K RajamanickamPengarah

Goh Yong SiangPengarah

Benedict CheongPengarah

Zainul Abidin RasheedPengarah

Page 8: TC AR2012 Malay

06

PROGRAM KAMI

Temasek Cares - iCommunity@NorthPenjagaan masyarakat bersepadu bagi orang-orang yang menghadapi cabaran mentalRakan Kerja: Agency for Integrated Care

Rangkaian ini terdiri daripada pelbagai agensi dariperkhidmatan sosial, penjagaan kesihatan danmasyarakat. Mereka menyediakan perkhidmatanmelalui sistem sokongan yang sedia ada termasukpusat aktiviti orang tua, pusat perkhidmatankeluarga, pusat kesihatan, doktor-doktor umumdan hospi ta l . Perkh idmatan in i mel iput ikesinambungan penjagaan dari pendidikan,pencegahan, pengenalan awal, intervensi dantindakan susulan kepada sokongan rumah.

Pelaksanaan rangkaian bersepadu kesihatan mentalyang baru dijangka akan mengambil masa lima tahun.Fasa pertama disokong oleh Temasek Cares dandilaksanakan oleh AIC menerusi kerjasama denganHospital Khoo Teck Puat, O’Joy Care Services danThye Hua Kwan Moral Society.

Temasek Cares – iCommunity@North adalah sebuahprogram perintis yang menyediakan perkhidmatansosial dan penjagaan kesihatan bersepaduberasaskan-masyarakat untuk orang-orang yangmenghadapi cabaran mental. Program inimembolehkan para pelanggan untuk kekal dalammasyarakat, dengan kurang bergantung pada rawatanhospital atau pesakit jagaan dalam.

Keadaan mental seperti demensia dan kemurunganmenjadi lebih lumrah apabila penduduk kita menua(lihat Carta 1). Untuk menangani keperluan yangmeningkat ini, Agency for Integrated Care (AIC) telahmenempatkan bersama rangkaian kesihatan mentalyang menyediakan penjagaan bersepadu danberpusatkan-manusia bagi orang-orang yangbercabaran mental.

Carta 1: Beban Penyakit Singapura(Sumber: Beban Penyakit Singapura Kajian 2007)

GangguanMental11%

19%

18%

13%

14%

10%

6%

5%

4%

Gangguanneurologi dan deria

Lain-lain

KencingManis

Mellitus

Kecederaan

GangguanTulang-

Sendi

PenyakitPernafasan

Kronik

PenyakitJantung

Kanser

Jumlah Masa Hidup Kurang Upaya YangDiubah Pada Tahun 2007 = 393,229

Page 9: TC AR2012 Malay

07

Temasek Cares – iCommunity@North terdiri daripadadua program intervensi dan jangkauan: COMIT(Community Mental Health Intervention Team) danCREST (Community Outreach and Support Team).

COMIT menyediakan sokongan terapi dan kaunselingdidalam masyarakat dan diketuai oleh pakar kesihatanbersekutu termasuk para jururawat, kaunselor danpekerja sosial perubatan. Pasukan ini memberikhidmat kepada pesakit yang menghadapi cabaranmental, yang berbentuk biasa hingga sederhana yangdinilai sebagai berkemampuan untuk hidup dalammasyarakat dengan beberapa intervensi.

CREST menyediakan jangkauan, pendidikan dansokongan emosi kepada para pelanggan dan parapenjaga. Program ini memainkan peranan pentingdalam pencegahan dan pengesanan awal.

Program iCommunity@North dijangka memberikhidmat pada seramai 300 orang pelanggan dalammasa dua tahun.

Program Kesihatan Mental yang lain disokongoleh Temasek Cares:

YOUTHREACHYouthReach telah dimulakan pada tahun 2006oleh Singapore Association for Mental Healthsebagai reaksi kepada kekurangan sokonganberdasarkan-masyarakat untuk kanak-kanakdan belia yang menghadapi cabaran mental.Walaupun mereka menghadapi cabaran mental,belia-belia ini mempunyai keupayaan untukdisatukan kembali bersama keluarga merekadan dapat berfungsi dengan berkesan dalammasyarakat. Dengan sokongan Temasek Cares,YouthReach membantu seramai 80 orang beliadan keluarga mereka setiap tahun.

TEMASEK CARES – EMPLOYMENTSUPPORT SERVICES (ESS)Program Temasek Cares-ESS dapat membantuorang-orang yang menghadapi cabaran mentaluntuk menangani pelbagai cabaran yang merekahadapi dalam mendapatkan dan mengekalkanpekerjaan. Program ini menyediakan pakarpekerjaan untuk membantu pelanggan mencaripekerjaan yang paling sesuai dengan minat,kebolehan dan keadaan mereka. Sokongan jugadiperluaskan untuk membantu pelangganmelaksanakan tugas mereka dengan berkesandan kekal dalam pekerjaan. Program inidikendalikan oleh Singapore Anglican CommunityServices dan telah mejangkau kepada lebihdaripada 100 orang pelanggan setahun.

Gambar disediakan oleh: AIC

Page 10: TC AR2012 Malay

08

PROGRAM KAMI

EQUAL (Pembelajaran Bantuan - Equine)Membantu belia yang kurang bernasib baik untuk mempelajari kemahiranhidup melalui terapi equine (terapi menunggang kuda)Rakan Kerja: Equestrian Federation of Singapore

EQUAL merupakan satu program perintis olehEquestrian Federation of Singapore (EFS ) yangmenyediakan terapi equine untuk para belia yangkurang bernasib baik. Program ini juga menyediakanlaluan vokasional baru untuk para belia yang berminatdalam mengendalikan kuda sebagai satu kerjaya.

Inspirasi bagi program ini datangnya dari sebuahsekolah tempatan yang menghantar beberapa orangpelajarnya yang mempunyai tingkah laku mencabaruntuk pelajaran menunggang kuda. Pelajar-pelajari tu seras i dengan kuda-kuda, berasabertanggungjawab terhadap mereka dan berkongsimasalah mereka dengan rakan-rakan equine mereka.Pelajar-pelajar itu menunjukkan peningkatan dalamdisiplin, keyakinan, dan kadar kehadiran di sekolah.Pengetua sekolah itu berkata: “Ada seorang budaklelaki yang, selepas menunggang kuda yangberperangai, mengatakan bahawa dia kinimemahami bagaimana perasaan guru-gurunyaapabila dia tidak mematuhi arahan mereka.”

Dengan sokongan Temasek Cares, EQUAL telahditubuhkan sebagai program berstruktur untukmemberi tumpuan kepada potensi pemulihan danpotensi terapeutik kuda bagi para belia yang kurangbernasib baik. Walaupun para belia ini belajar tentangmenunggang kuda dan pengurusan stable(kandang), tujuan sebenarnya adalah untukmelengkapkan mereka dengan kemahiran sosial,berkomunikasi dan kemahiran hidup yang lain melaluiberinteraksi dengan kuda-kuda. Pakar-pakarpembelajaran memerhatikan dan membimbing belia-

Page 11: TC AR2012 Malay

09

belia ini, termasuk mengikuti kemajuan mereka.Penyelidikan dijalankan untuk mengukur keberkesananprogram ini secara objektif.

EQUAL memenuhi keperluan lebih daripada 500orang belia setahun yang berumur antara 13 dan 18tahun dari Sekolah Northlight dan Sekolah AssumptionPathway. Program perintis ini berjalan selama tigatahun dan dibiayai bersama oleh Temasek Cares,TrailBlazer Foundation dan T-Touch.

TrailBlazer Foundation adalah sebuah badan amalberdaftar yang bertujuan untuk menyanjung merekayang membuka jalan baru dengan menyokong mereka-mereka yang boleh membuat perbezaan dalamkehidupan keluarga dan sesama insan. T-Touch adalahsatu inisiatif yang dimulakan oleh kakitangan Temasekyang menyumbang kepada masyarakat menerusikesukarelawanan dan derma.

Kurikulum EQUAL

Dalam Pengurusan Stable (Kandang Kuda),para pelajar diajar untuk mendandan dan memberimakan kepada kuda mereka serta membersihatau “muck out” kandang kuda. Penekanannyaadalah terhadap usaha mewujudkan danmemupuk rasa tanggungjawab, penjagaan danperasaan belas ihsan mereka terhadap haiwanyang mereka jaga. Para pelajar mempelajari carauntuk membersihkan, memasang danmenyarungkan kekang dan pelana kuda yangmana semuanya memerlukan fokus, kecekalandan kemahiran ingatan.

Dalam bahagian Menunggang, para pelajarbergilir-gilir menunggang, memandu danmengarahkan kuda. Mereka ditunjukkan carayang selamat untuk menaiki kuda mereka, berjalanke hadapan, memandu kiri atau kanan, berhentidan turun. Tumpuannya di sini adalah pada kerjaberpasukan dan komunikasi yang jelas.

Dalam Terapi Kuda, para pelajar berinteraksidengan kuda ketika cuba untuk menyelesaikancabaran tertentu. ‘Permainan’ berstruktur inidireka untuk merangsang teknik menghuraikanmasalah secara kreatif, sambil mengasahkeupayaan individu untuk berkomunikasi secaraberkesan, mengikuti arahan dengan tepat,mengurus desakan hati dan berusaha berterusanuntuk berjaya.

Gambar disediakan oleh: EFS

Page 12: TC AR2012 Malay

10

PROGRAM KAMI

Temasek Cares – EQUATE(Latihan dan Pekerjaan Bantuan-Equine)Mewujudkan peluang pekerjaan baru untuk orang-orang yang berkeperluan khasRakan Kerja: Equestrian Federation of Singapore dan Association for People with Special Needs – Centre for Adults

Temasek Cares – EQUATE (Latihan dan PekerjaanBantuan-Equine) adalah sebuah program perintisoleh Equine Federation of Singapore (EFS) danAssociation for People with Special Needs – Centrefor Adults (APSN CFA) yang menyediakan peluangpekerjaan untuk orang-orang yang berkeperluankhas. Program ini meletakkan seramai 30 orang-orang yang berkeperluan khas dalam kerjayaberkaitan-equine seperti kakitangan stable, hiasan,penjaga kawasan tanah dan krew penyelenggaraan.

Di bawah program itu, pekerja-pekerja baru diberila t ihan dan sokongan untuk memahamitanggungjawab pekerjaan mereka dan untukmenyesuaikan diri dengan persekitaran kerja yangbaru. Jurulatih dari APSN CFA bekerja bersama-sama penyelia kerja dari EFS untuk membentuksemula proses pekerjaan dan untuk membantupekerja membuat peralihan ketempat kerja. Merekajuga dibekalkan dengan latihan kemahiran menerusigabungan latihan dalam kerja dan sesi bilik darjah.

Sebagai sebahagian daripada program perintis, APSNCFA dan EFS akan menyediakan pedagogi latihanuntuk kerjaya berkaitan-equine untuk orang-orangyang berkeperluan khas. Jika program perintis iniberjaya, pedagogi latihan akan diperluaskan kepadalebih banyak institusi-institusi latihan. Ini akanmembantu membina laluan vokasional yang baruuntuk para pelajar yang berminat untuk bekerjadengan kuda. Temasek Cares kini menyokong

Gambar disediakan oleh: EFS, ASPN CFA

program EQUATE bagi kos latihan dan pembangunanpedagogi latihan. Program ini adalah pelengkapkepada program EQUAL yang menyediakan terapiequine kepada belia-belia yang kurang bernasib baik.

Page 13: TC AR2012 Malay

11

Perkhidmatan Perlindungan Krisis untuk Wanitadan Kanak-kanak DideraMenyediakan penginapan selamat untuk wanita-wanita yang didera dan anak-anak merekaRakan Kerja: Casa Raudha Women Home

Casa Raudha Women Home adalah rumahperlindungan baru yang telah mengambil pengambilanpertamanya pada awal 2012. la menampungkeperluan wanita yang berusia antara 21 dan 60tahun. Anak-anak wanita itu dibenarkan bersama jikamereka adalah anak perempuan yang berumur dibawah 21 tahun atau kanak-kanak lelaki berusia dibawah 12 tahun. Rumah ini hanya dibuka kepadawarga Singapura dan penduduk tetap. Penghunidijangkakan untuk meneruskan kehidupan diluartempat perlindungan dalam tempoh 3-4 bulan.Walaupun para pelanggan dikenakan bayaran yangbersubsidi, bantuan kewangan tambahan disediakanbagi yang memerlukan bantuan.

Temasek Cares kini menyokong program untukmembantu seramai 375 orang wanita yang dideradan anak-anak mereka selama dua tahun.

Casa Raudha Women Home adalah tempatperlindungan krisis yang menyediakan penginapanselamat yang sementara untuk wanita-wanita yangdidera dan anak-anak mereka yang tiada tempattinggal. Program ini mengeluarkan wanita-wanitayang didera dan anak-anak mereka dari sumberpenderaan yang terdekat dan membantu merekauntuk mencari pilihan bagi membina semulakehidupan mereka.

Dalam tempat perlindungan ini, para penghunidiberikan kaunseling untuk menangani trauma emosimereka, sokongan kewangan untuk perbelanjaansara hidup dan nasihat mengenai hak dan pilihanmereka. Mereka juga dihubungkan kepada programjangka panjang yang dapat membantu merekadengan latihan kemahiran dan penempatan pekerjaan.Sebagai contohnya ialah program Temasek Cares –Projek SPARK untuk keluarga ibu atau bapa tunggal.

Gambar disediakan oleh: Casa Raudha Women Home

Page 14: TC AR2012 Malay

12

PROGRAM KAMI

Membina Keupayaan dan KemampuanPusat-Pusat Pemulihan Hari MelaluiTerapi Bantuan TeknologiMembina keupayaan sektor penjagaan jangka panjang melalui teknologiRakan Kerja: Singapore Polytechnic dan Agency for Integrated Care

Temasek Cares, Agency for Integrated Care (AIC)dan Singapore Polytechnic (SP) telah bergabungusaha untuk bantu membina keupayaan pusat-pusatpemulihan hari (DRCs). Kerjasama ini bertujuan untukmembangun dan uji (test-bed) pelbagai teknologiyang inovatif yang akan meningkatkan kecekapanoperasi pusat-pusat pemulihan dan memperbaikihasil klinikal untuk pesakit.

Empat projek dalam program perintis ini ialah:a. Alat Manipulator Dua Hala Anggota Badan.b. Sistem Projeksi Lantai untuk “Functional Gait” dan

Latihan Imbangan.c. Permainan Realiti yang Diperbesar untuk Terapi.d. Latihan Pengamatan (Kognitif) Berasaskan

Komputer

Alat-alat ini adalah berdasarkan pengetahuan teknologiyang sedia ada di SP dan yang perlu dibangunkandan diuji di peringkat masyarakat. Inovasi ini telahdiuji di dua DRC, iaitu St. Andrew’s CommunityHospital dan AWWA READYCARE Centre. Pusat-pusat ini telah dipilih kerana lokasi mereka yangterletak di dalam kawasan hospital masyarakat danestet kejiranan.

DRC menyediakan perkhidmatan seperti fisioterapidan terapi pekerjaan kepada para pesakit yangsedang pulih dari strok, patah tulang dan keadaanlain yang menjejas fungsi pergerakan mereka.Perkhidmatan ini bertujuan untuk memulih,memperbaiki dan mengelakkan kemerosotan

Permainan realiti yang diperbesarkan dan peralatan latihanpengamatan berasaskan komputer membolehkan pesakitmenjalani aktiviti pengamatan dan tingkah laku yang lebih luasdi DRC. Peralatan-peralatan baru ini menyediakan terapi yanglebih merangsang dan mendorong dan yang boleh dikhususkanuntuk keperluan individu. Ini membawa kepada hasil klinikalyang lebih baik, terutamanya dalam peningkatan pengamatandan tingkah laku.

Page 15: TC AR2012 Malay

13

keupayaan berfungsi bagi orang-orang yang lebihtua melalui senaman dan program latihan khusus.Ahli terapi sedia ada untuk memberi kaunseling danmelatih penjaga untuk menjaga pesakit di rumah.

Amalan pemulihan semasa di kalangan masyarakatadalah giat buruh. Ahli-ahli terapi perlu secara peribadimemastikan yang plan penjagaan individu dipatuhidan dilaksanakan dengan betul. Terdapat jugakeperluan bagi lebih banyak aktiviti-aktiviti yangmemberi tumpuan pada terapi pengamatan dantingkah laku.

Alat-alat pemulihan baru berautomasi tinggi dandiprogramkan untuk respon kepada keperluanterapeutik setiap pelanggan secara individu. Tahappengkhususan dan automasi yang t inggimembolehkan ahli terapi untuk berkhidmat kepadalebih ramai pesakit tanpa menjejas hasil klinikal.Daripada terapi 1-ke-1 (perseorangan) yang diperlukanatas satu sesi biasa untuk 1-1.5 jam, nisbah 1-ke-2orang berpotensi dapat dicapai untuk beberapaaktiviti. Ini merupakan peningkatan yang ketara dalamkecekapan beroperasi.

Program perintis usaha Temasek Cares ini berjalanselama tiga tahun dan berkhidmat untuk seramai 200penerima bantuan. Jika berjaya, program ini akandiperluaskan kepada lebih banyak DRC di seluruhSingapura.

Peralatan manipulator anggota badan dua hala dan sistemprojeksi lantai membolehkan pesakit menjalani terapi fizikal tanpapengawasan langsung dari ahli terapi. Alat-alat ini dapatmembimbing pengguna untuk melaksanakan aktiviti tersebutdengan betul dan memberi maklum balas secara langsung.Sesi ini juga direkodkan supaya ahli terapi atau pembantu bolehmenilai keputusan dan menjejak kemajuan pesakit.

Gambar disediakan oleh: AIC, SP

Page 16: TC AR2012 Malay

14

PROGRAM KAMI

Sekolah Northlight

mengeratkan serta membantu keluarga-keluargadengan masalah yang mereka mungkin hadapi dirumah. Ini dapat membantu untuk membebaskanguru-guru supaya mereka dapat memberi tumpuankepada keperluan pendidikan dan perkembangankanak-kanak. Temasek Cares sedang menyokongprogram lanjutan untuk membantu seramai 500 orangibu bapa dalam tempoh dua tahun.

Menyokong Para Pelajar yangMemerlukan Bantuan PembelajaranMembantu para pelajar yang memerlukanbantuan pembelajaran untuk menanganikurikulum mereka

Sekolah Northlight melancarkan program perintistahun lalu untuk membantu pelajar yang memerlukanbantuan pembelajaran untuk lebih memahamikurikulum sekolah. Dengan sokongan Temasek Cares,pihak sekolah telah ambil bekerja dua orang sebagaijurulatih literasi (celek huruf) untuk membantu parapelajar meningkatkan penguasaan bacaan mereka.Bagi mereka yang memerlukan bantuan pembelajaranyang tinggi, pihak sekolah kini mendapatkan khidmatahli-ahli terapi pertuturan dan pekerjaan untuk melatihbahasa dan kemahiran motor mereka. Di sampingitu, guru-guru juga dilatih oleh seorang pakar untukmenguruskan dengan lebih baik pelajar-pelajar yangmempunyai keperluan pembelajaran dan sumberdengan lebih banyak alat bantuan.

Memandangkan hasil positif daripada program perintis,Temasek Cares melanjutkan sokongan bagi programini selama dua tahun lagi untuk membantu seramai

Penglibatan Ibu BapaMembantu para pelajar yang kurang bernasibbaik untuk membina ikatan kekeluargaan

Sekolah Northlight menganjurkan banyak aktiviti untukmembantu para pelajar membina ikatan kekeluargaan,terutama mereka yang datang dari persekitaran rumahyang mencabar. Tahun lepas, sekolah ini telahmenganjurkan sesi jamuan teh bersama ibu bapamembincangkan kemajuan akademik anak-anakmereka dan telah mengadakan kem tahunan yangmenghimpunkan ibu bapa dan anak-anak mereka.

Pihak Sekolah rasa amat terdorong oleh penglibatanbersemangat ibu bapa dan maklum balas positif yangditerima. Ia sedang meningkatkan programnya untukmelibatkan lebih ramai ibu bapa dengan melantikseorang Penyelaras Ibu Bapa yang berdedikasi.

Dengan penyelaras sepenuh masa, pihak sekolahberupaya menganjurkan lebih banyak aktiviti yang

Gambar disediakan oleh: Northlight School

Page 17: TC AR2012 Malay

15

Sekolah AssumptionPathway

Menyokong Para Pelajar yangMemerlukan Bantuan PembelajaranMembantu para pelajar yang memerlukanbantuan pembelajaran untuk mengendalikankurikulum mereka

Sekolah Assumption Pathway menubuhkan satuprogram perintis untuk setahun bagi membantu parapelajar yang memerlukan bantuan pembelajaran danpembangunan untuk mengendalikan kurikulummereka. Di bawah program ini, pihak sekolah membinasendir i keupayaannya dalam menyokongpembelajaran dengan mengambil jurulatih literasidan pakar psikologi pendidikan. Ia juga menyediakanlatihan untuk guru-guru yang sedia ada dan meluaskanrangkaian alat diagnostik dan sumber pembelajaran.Ramai para pelajar telah mendapat manfaat daripadaprogram ini. Para pelajar yang rendah kemahiran

180 orang para pelajar dan melatih seramai 104orang guru.

Sokongan Berterusan untuk ParaGraduanMembantu para graduan untuk membuatperalihan ke tahap seterusnya

Sekolah Northlight dengan aktifnya menyokonggraduan mereka untuk membuat peralihan keakademik atau persekitaran pekerjaan yang baru.Tahun lepas, sekolah itu telah menganjurkan kelas-kelas malam, ceramah motivasi dan sesi berkumpulanuntuk para graduan mereka bagi menggalakkanperkongsian dan pembelajaran. Satu majlis sambutankepulangan telah juga diadakan bagi alumni untukmereka kembali berhubung dengan kawan-kawandan guru-guru mereka.

Sekolah Northlight memberi sokongan pada alumnidengan mengambil seorang Penyelaras UrusanAlumni yang berdedikasi. Dengan penyelarassepenuh masa, sekolah ini berhasrat untuk mengawasisecara aktif kemajuan graduan mereka danmenawarkan sokongan bila perlu. Misalnya, pihaksekolah telah bekerjasama dengan sebuah organisasikebajikan sukarela untuk membantu graduannyamencari pekerjaan dan mengekalkan pekerjaanmereka. Lebih banyak aktiviti juga telah dirancanguntuk melibatkan alumni dan untuk menggalakkanpembelajaran yang berterusan.

Temasek Cares sedang menyokong program lanjutanuntuk membantu seramai 500 orang alumni dalammasa dua tahun.

Page 18: TC AR2012 Malay

16

PROGRAM KAMI

Sekolah AssumptionPathway

literasinya telah mengambil bahagian dalam program‘tarik-keluar’ berasingan yang dibimbing oleh jurulatihliterasi. Kelas-kelas ‘tarik-keluar’ membantupembacaan dan kemahiran bahasa mereka. Sebuahkelas keperluan khas juga telah ditubuhkan untukmemenuhi keperluan para pelajar yang memerlukanbantuan pembelajaran dan pembangunan yang lebihkritikal. Setakat ini, maklum balas daripada guru-gurudan ibu bapa amat menggalakkan.

Temasek Cares telah menyokong lanjutan programini untuk masa 12 bulan lagi demi memberi manfaatkepada seramai 120 orang pelajar.

Gambar disediakan oleh: Assumption Pathway School

Menyediakan Kerja Sosial KeluargaMembantu pelajar dari keadaan rumah yangmencabar untuk berjaya

Ramai pelajar yang menunjukkan tingkah laku yangberisiko yang datang dari persekitaran rumah yangmencabar. Selalunya, kurang motivasi dan kadarkehadiran yang rendah boleh dikaitkan dengan isu-isu kekeluargaan.

Untuk meningkatkan keupayaan sekolah bagimembantu pelajar secara menyeluruh, pihak sekolahmenubuhkan satu program bagi menyediakan kerjasosial keluarga untuk keluarga pincang. Sekumpulanpekerja sosial bekerja rapat dengan para pelajarberisiko dan keluarga mereka. Mereka memberisokongan kepada kaunselor sekolah yang sedia adadan guru-guru, supaya mereka ini dapat memberitumpuan yang lebih baik kepada keperluan akademik,sosial dan emosi pelajar.

Pekerja-pekerja sosial keluarga menilai keperluankeluarga, menyediakan kaunseling dan hubungkankeluarga pada skim bantuan dan program sedia ada.Mereka bertindak sebagai pegawai-pegawai kesdengan hasil yang dikehendaki untuk menyediakansuasana kekeluargaan yang selamat dan sesuai bagipelajar.

Temasek Cares kini menyokong program perintisuntuk membantu seramai 90 buah keluarga selamadua tahun.

Page 19: TC AR2012 Malay

17

Ditubuhkan pada tahun 2001, Sekolah Mettamenawarkan pendidikan khas kepada kanak-kanakberumur antara 7 dan 18 tahun yang didiagnosdengan ketidakupayaan intelek sederhana dan/ataugangguan spektrum autisme sederhana. Di bawahprogram dua tahun Metta-ITE Skill Certification (ISC),kursus vokasional ITE yang diiktiraf dalam bidangbaking, penyediaan makanan dan pengemasan bilikditawarkan kepada pelajar-pelajar yang layak yangberumur 17 tahun ke atas.

Pelajar Sekolah Metta yang mendapatkan pengesahanISC mereka mempunyai prospek pekerjaan yangmenggalakkan. Walau bagaimanapun, beberapa

graduan tidak dapat mengekalkan pekerjaan merekakerana pelbagai sebab, seperti kurang kemahiransosial, ketidakupayaan untuk menyesuaikan diri ditempat kerja, pengaruh negatif, dan sebagainya.Graduan ini memerlukan bantuan untuk menghadapicabaran di tempat kerja mereka serta latihan untukmeningkatkan kemahiran mereka. Graduan yangmenganggur juga memerlukan bantuan untukpenempatan pekerjaan.

Program yang baru menyediakan perkhidmatansokongan pekerjaan untuk graduan Metta dalambidang penempatan pekerja, kaunseling dan kursuspeningkatan kemahiran. Sepasukan pegawaikaunseling dan pegawai penempatan pekerjaanmengikuti kemajuan para graduan selama limatahun dengan matlamat membantu mereka bagimendapatkan dan mengekalkan pekerjaan terbuka.Temasek Cares kini menyokong program untukmembantu seramai 130 graduan dalam tempohdua tahun.

Perkhidmatan Sokongan Pekerjaan untukGraduan Sekolah MettaMembantu Graduan Metta mencari dan mengekalkan pekerjaan terbukaRakan Kerja: Metta Welfare Association

Gambar disediakan oleh: Metta Welfare Association

Page 20: TC AR2012 Malay

18

PROGRAM KAMI

Education Trust Fund /Temasek Cares –Bimbingan Akademikdan Kemahiran HidupMembantu pelajar ITE Melayu / Islamberjaya dalam pelajaranRakan Kerja: Yayasan MENDAKI

Program Education Trust Fund/Temasek Cares –Bimbingan Akademik dan Kemahiran Hidup telahditubuhkan pada tahun kewangan 2009/2010 untukmenyokong pelajar Melayu/Islam di InstitutPendidikan Teknikal (ITE). Program ini telah diperint iskan untuk membantu para pelajarmemperbaiki prestasi akademik mereka danmember i mot ivas i kepada mereka untukmendapatkan siji NITEC dan Higher NITEC mereka.

Sejumlah 57 orang para pelajar telah dipilih daripelbagai kolej ITE untuk menyertai program ini. Parapelajar datang dari latar belakang yang menghadapikesempitan kewangan atau yang memerlukan lebihsokongan akademik. Di bawah program ini, seorangjurulatih terlatih telah disediakan untuk setiap duaorang pelajar supaya setiap pelajar mendapatperhatian yang optimum. Di samping memberisokongan akademik, jurulatih juga berkhidmatsebagai model teladan, rakan dan paling penting,seorang mentor.

Semua pelajar daripada kumpulan perintis dapatmenyelesaikan pengajian NITEC dan Higher NITECmereka. Temasek Cares memberi sokongan untukprogram mentor bagi setahun lagi untuk membantuseramai 150 orang para pelajar.

TemasekCares – IMPACTT(Melibatkan danMendorong IbuBapa dan PenjagaMelalui Latihan)Membantu ibu bapa dan penjaga untukmembentuk tingkah laku yang lebih baikdalam diri anak-anak mereka yang perlukanbantuan pembangunan diriRakan Kerja: Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK

Temasek Cares – program IMPACTT telah dilancarkanpada Januari 2011 oleh Hospital Wanita dan Kanak-kanak KK (KKH) untuk membantu ibu bapamenguruskan dengan lebih baik tingkah laku anak-anak mereka yang perlukan bantuan pembangunan.Pembiayaan dari Temasek Cares membolehkan ibubapa dari seramai 500 orang kanak-kanak yangberada dalam pusat EIPIC (Program Intervensi Awaluntuk Bayi dan Kanak-kanak) untuk menjalani enamsesi latihan di Signposts, satu program latihan penjagayang dibangunkan oleh Parenting Research Centreof Australia.

Gambar disediakan oleh: KKH

Page 21: TC AR2012 Malay

19

Program ini telah segera mendapat penerimaan ibubapa. Hasil penilaian awal menunjukkan bahawakeluarga yang melalui program ini melaporkanpeningkatan dalam tingkah laku anak-anak mereka.Ibu bapa dan penjaga juga kurang mengalami tekanandan berasa lebih mampu menguruskan tingkah lakuanak-anak mereka.

Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkatbagi tempat latihan di bawah penjagaan TemasekCares – IMPACTT, KKH sedang memperluaskanprogram untuk menyertakan lebih ramai ibu bapauntuk tahun 2012 dan 2013. Dengan sokongan danadari Temasek Cares, ibu bapa bagi kanak-kanak yangperlukan bantuan pembangunan yang berada disekolah-sekolah Pendidikan Khas, pra-sekolah danpusat-pusat bukan-EIPIC yang lain, kini bolehmendaftarkan diri untuk latihan. Dengan menyertakanibu bapa bagi kanak-kanak yang merangkumi usia3-15 tahun, KKH akan lebih berupaya untukmengumpul data untuk membantunya membinaprogram latihan setempat dan program berdasarkanbukti untuk para penjaga.

Program Temasek Cares – IMPACTT melengkapkaninisiatif-inisiatif lain oleh Temasek Cares untukmenyokong kanak-kanak yang berkeperluan khastermasuk programTemasek Cares – Terapi Outreachuntuk Prasekolah (TOPPS) dan Temasek Cares –Projek Membina Keupayaan untuk yang adakeperluan khas.

Organisasi dengan PengamalSignposts:Pada 1 April 2012 • Asian Women’s Welfare Association

• Association for Early Childhood Educators(Singapore)

• Association for Persons with Special Needs

• Autism Association (Singapore)

• Autism Resource Centre (Singapore)

• Child Development Unit, National UniversityHospital

• Department of Child Development,KK Women’s and Children’s Hospital

• Fei Yue Community Services

• Metta Welfare Association

• Morning Star Community Services

• NTUC First Campus

• PAP Community Foundation

• Rainbow Centre

• Society for the Physically Disabled

• Society of Moral Charities

• Spastic Children’s Association of Singapore

Page 22: TC AR2012 Malay

20

PROGRAM KAMI

Temasek Cares – Projek Membina KeupayaanHealthcareSektor Membina Keupayaan Rawatan Pertengahan dan Jangka Panjang (ILTC)Rakan Kerja: Agency for Integrated Care

Temasek Cares – Projek Membina keupayaanHealthcare telah ditubuhkan pada tahun 2010 untukmembantu sektor penjagaan jangka panjang bagimemenuhi keperluan penduduk yang meningkat tuadengan cepat. Ditadbirkan oleh Agency for IntegratedCare (AIC), sebanyak 20 buah anugerah kajian telahditawarkan untuk menyokong para pelajar yangmengikuti diploma dalam fisioterapi, terapi pekerjaandan kejururawatan serta kejururawatan di bawahprogram National Institute of Technical EducationCertificate (NITEC). Penerima telah dipilih berdasarkanprestasi akademik mereka, khidmat masyarakat dankeghairahan mereka untuk berkhidmat dalam sektorpenjagaan jangka panjang. Setelah tamat pengajian,mereka akan bekerja di institusi yang menyediakanpenjagaan jangka panjang seperti hospital masyarakat,rumah kejururawatan, pusat-pusat pemulihan, danpusat hospis.

Memandangkan sambutan yang menggalakkan,Temasek Cares melanjutkan sokongan untuk programini dengan geran baru bagi tahun akademik 2012.Anugerah pengajian yang lebih telah disediakan untukpara pelajar yang berlatih untuk menjadi ahli terapi danjururawat. Anugerah pengajian juga telah disediakanuntuk pelajar di Institute of Technical Education (ITE)yang mengikuti NITEC mereka dalam jurusankejururawatan. Bersama-sama, anugerah-anugerahini membantu untuk menyumbang kepada usahaberterusan untuk mengukuhkan keupayaan tenagamanusia dalam sektor penjagaan jangka panjang.

Untuk butiran lanjut mengenai pelbagai anugerahdan maklumat hubungan, sila rujuk ke laman webAIC Learning Institute di (www.aic-learn.sg).

Penerima-penerima anugerah bagi TahunAkademik 2011Aw Hui ZhenDiploma dalam Fisioterapi, Nanyang PolytechnicGoh Pei QiDiploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang PolytechnicHazwani binte YazidDiploma dalam Kejururawatan, Nanyang PolytechnicOwl Poh ChooDiploma dalam Kejururawatan, Nanyang PolytechnicTan Choon Kiat GalvinDiploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang PolytechnicTan Wei LiangDiploma dalam Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Jawatankuasa pemilihan(1 Mei 2011 - 30 April 2012)Cik Lynda Soong (Pengerusi)Ketua, Community Care Development Division,Agency for Integrated CareEncik Chan Wah Tiong (Pengerusi Gantian)Pengarah, Community Care Development Division,Agency for Integrated Care

Cik Aw Thong LinPensyarah, School of Health Sciences,Ngee Ann Polytechnic

Cik Philomena Liew Meng MoiPenolong Pengarah Kejururawatan,Changi General HospitalDr Lim Boon WhattPengerusi Penyelidikan, Singapore PhysiotherapistAssociationCik Antoinette SabapathyTimbalan Pengarah (Kejururawatan) , Nanyang Polytechnic

Cik Mae Tang Sheue YinPengurus Covering Course / Ketua Seksyen, NursingDepartment, School of Applied and Health Sciences,Institute of Technical EducationEncik Tay Wei SernTimbalan Pengarah, Health Sciences & Course Manager,Allied Health, Institute of Technical Education

Page 23: TC AR2012 Malay

Temasek Cares – Projek PembangunanKeupayaan yang Berkeperluan KhasSektor Pembangunan Keupayaan untuk yang berkeperluan khasRakan Kerja: National Council of Social Service

21

Sektor berkeperluan khas memberi khidmat untukorang-orang yang kurang keupayaan dari segiperkembangan, intelektual, fizikal, deria atau pelbagaiketidakupayaan. Dengan kesedaran yang lebih besardan diagnosis yang lebih baik, lebih banyak kanak-kanak di Singapura telah didiagnos kurang upayapada usia yang sangat awal. Ini telah mengakibatkanpermintaan yang semakin meningkat untukperkhidmatan intervensi awal dan oleh itu adakeperluan yang lebih untuk ahli-ahli terapi dan guru-guru intervensi (bantuan) awal.

Pada tahun akademik 2011, Temasek Cares –Pembangunan Keupayaan untuk yang BerkeperluanKhas telah menawarkan anugerah kajian kepadapelajar-pelajar yang berlatih untuk menjadi ahlifisioterapi, ahli terapi pekerjaan dan guru intervensiawal. Setelah tamat pengajian, para penerimaanugerah akan berkhidmat di agensi-agensiperkhidmatan sosial seperti Special Education Schoolsdan Early Intervention Centres. Anugerah yang diberidi bawah projek itu telah mendapat sambutanbersemangat dan telah memainkan peranan yangpenting dalam mengisi keperluan tenaga kerja sektorperkhidmatan sosial. Bagi tahun akademik 2012,Temasek Cares meningkatkan pembiayaan untukprojek itu. Anugerah kajian yang lebih telah disediakantermasuk anugerah baru untuk mereka yang berlatihuntuk menjadi ahli terapi pertuturan.

Program ini ditadbirkan oleh National Council of SocialService (NCSS). Untuk maklumat lanjut mengenaianugerah, termasuk maklumat hubungan, sila rujukke laman web NCSS di www.ncss.org.sg.

Penerima anugerah bagi TahunAkademik 2011

Bamashankari D/O SaseendranDiploma dalam bidang Psikologi Kanak-kanak danPendidikan Awal, Ngee Ann Polytechnic

Jacky GohDiploma dalam Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Koh Shi-Mei AmberDiploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Ngee Ann Polytechnic

Lie Ying Ying EloiseDiploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Nur Famiela Bte SedekDiploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Ngee Ann Polytechnic

Tessa Rim Shi HuiDiploma dalam bidang Psikologi Kanak-kanak danPendidikan Awal, Ngee Ann Polytechnic

Salmah Bte Mohamed HarrisDiploma dalam bidang Psikologi Kanak-kanak danPendidikan Awal, Ngee Ann Polytechnic

Tan Jie Ying PaulineDiploma dalam Terapi Pekerjaan, Nanyang Polytechnic

Teng Cher WeiDiploma dalam Fisioterapi, Nanyang Polytechnic

Yin Yun YiDiploma dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak,Ngee Ann Polytechnic

Jawatankuasa Pemilihan

Wakil-wakil dari:

• Ngee Ann Polytechnic

• National Council of Social Service (NCSS)

• Society for the Physically Disabled (SPD)

• Temasek Cares

Page 24: TC AR2012 Malay

22

DEDIKASI ENDOWMEN

Penamaan semula endowmen yang sedia ada sebagai Endowmen Ee Peng Liang dan Endowmen

Balaji Sadasivan.

Untuk memperingati ulang tahun ke-37 pada 25 Jun2011, Temasek Holdings (Private) Limited (“Temasek”)menamakan dua endowmen sedia ada di bawahTemasek Cares sempena dua warga Singapura,mendiang dermawan Dr Ee Peng Liang, danmendiang bekas Menteri Negara Kanan, Dr BalajiSadasivan, untuk memberi penghormatan kepadaperanan dan sumbangan mereka dalam perkhidmatansosial dan penjagaan kesihatan.

Peruntukan sebanyak $35 juta Endowmen Ee PengLiang dan $35 juta Endowmen Balaji Sadasivan telahdikenalpasti untuk pembinaan keupayaan yangberkeperluan khas dan sektor penjagaan kesihatanberturutan. Temasek Cares telah menyokong sektor berkeperluan

khas dan penjagaan kesihatan di bawah kedua-duaEndowmen ini. Bagi sektor berkeperluan khas,Temasek Cares telah menyumbang lebih $1.3 jutauntuk anugerah pengajian bagi ahli terapi dan guru-guru intervensi (bantuan) awal, serta untuk menyokongpara pelajar yang memerlukan bantuan pembelajarandan pembangunan diri di Sekolah NorthLight danSekolah Assumption Pathway.

Dalam sektor penjagaan kesihatan, satu jumlah yangsama telah disalurkan ke anugerah pengajian untukahli terapi dan jururawat, serta untuk merintis 2program baru pemulihan masyarakat. Program‘Ageing in Place@Tanjong Rhu’ menyediakanperkhidmatan pemulihan masyarakat dan penjagaanrumah untuk warga tua uzur di dalam estet. Satu lagiprogram perintis membina keupayaan dan kesediaanpusat-pusat pemulihan harian melalui penggunaanalat-alat pemulihan bantuan teknologi.

Gambar disediakan oleh: Temasek

Page 25: TC AR2012 Malay

23

Temasek Cares (TC) telah dilancarkan pada Jun2009. Pada tahun kewangan 2009/2010, TC komitedsebanyak $1.68 juta geran untuk menyokongsebanyak 5 buah program yang dapat membantulebih daripada 1,200 orang penerima bantuanlangsung. Dalam tahun kewangan 2010/2011, kamikomited sebanyak $3.07 juta kepada 15 buahprogram untuk membantu lebih daripada 3,000 orangpenerima bantuan langsung.

Dalam tahun ketiga kami, tahun kewangan 2011/12,TC telah komited geran sebanyak $3.33 juta untukmenyokong 15 buah program yang membantumemperbaiki kehidupan individu, keluarga danmasyarakat di Singapura. Geran yang telah diambildaripada 3 endowmen di bawah TC, iaitu EndowmenUtama ($100 juta), Endowmen Berkeperluan Khas ($35juta) dan Endowmen Penjagaan Kesihatan ($35 juta).

Pada tahun ini, Endowmen Keperluan Khas danEndowmen Penjagaan Kesihatan masing-masingtelah dinamakan semula sebagai Endowmen Ee PengLiang dan Endowmen Balaji Sadasivan berturutan.Endowmen ini telah didedikasikan untuk kedua-duaindividu yang cemerlang dalam mengingatisumbangan sosial mereka yang banyak kepadaSingapura. Endowmen ini telah diperuntukkan untukmembina keupayaan sektor masing-masing.

TC terus memberi tumpuan kepada menghubungkanrakan kerja dan masyarakat. Kami melibatkan banyakpemimpin masyarakat, pentadbir sektor, institusi danPertubuhan Sukarelawan Kebajikan (VWO) untuk

membantu mengenal pasti keperluan baru dan yangbaru muncul dan bagi membangun program-programperintis yang akan membawa kesan sosial. Kamimenggalakkan dan membentuk usaha kerjasamayang mampu untuk memberikan perkhidmatanbersepadu yang memenuhi keperluan menyeluruh(holistik) bagi yang kurang bernasib baik. Pendekatanpelbagai agensi ini yang membawa bersama-samarakan kerja utama untuk memberikan penyelesaiandengan hasil-hasil bermakna.

Beberapa contoh pendekatan ‘sindiket’ ini termasukTemasek Cares – iCommunity@North, yangmenyatukan pelbagai penjagaan kesihatan dan agensi-agensi perkhidmatan sosial untuk membentukrangkaian kesihatan mental yang bersepadu. Program-program EQUAL (Equine- Bantuan Pembelajaran) danTemasek Cares – EQUATE (Equine-Bantuan Latihandan Pekerjaan) yang menghubungkan EquestrianFederation of Singapore bersama sekolah dan VWOuntuk membantu golongan belia dan orang dewasayang kurang bernasib baik. Agency for Integrated Carememeterai usaha kerjasama penyelidikan danpembangunan dengan Singapore Polytechnic untukmengautomasi dan menaik taraf alat-alat pemulihandi pusat-pusat pemulihan harian.

Sebagai pemangkin, TC menyokong banyak programyang merintis model baru penjagaan atau telahditubuhkan untuk memenuhi keperluan yang barutimbul. Sepanjang tahun lalu, beberapa programmendapatkan peralihan pembiayaan dari TC kepadasokongan aliran utama. Sebagai contoh ialah program

Dalam tahun ketiga kami, tahun kewangan 2011/2012, TC telah komited geran sebanyak $3.33juta untuk menyokong 15 buah program yang membantu memperbaiki kehidupan individu, keluargadan masyarakat di Singapura.

ANALISIS PENGURUSAN

Page 26: TC AR2012 Malay

24

ANALISIS PENGURUSAN

Senarai Program & Butiran Perhubungan

Temasek Cares – iCommunity@NorthAgency for Integrated CareTel: 6603 6800, Email: [email protected]

EQUAL & Temasek Cares – EQUATEEquestrian Federation of Singapore, Tel: 6466 4123

Perkhidmatan Perlindungan Krisis untuk Wanitadan Kanak-kanak DideraCasa Raudha Women HomeEmail: [email protected]

Membina Keupayaan dan KemampuanPusat-Pusat Pemulihan Hari Melalui TerapiBantuan TeknologiAgency for Integrated CareTel: 6603 6800, Email: [email protected]

Program Sekolah NorthlightNorthlight School, Tel: 6580 6490

Program Sekolah Assumption PathwayAssumption Pathway School, Tel: 6879 3900

Perkhidmatan Sokongan Pekerjaan untuk GraduanSekolah MettaMetta Welfare Association, Tel: 6580 4688

Education Trust Fund / Temasek Cares –Bimbingan Akademik dan Kemahiran HidupYayasan MENDAKI, Tel: 6245 5786

Temasek Cares – IMPACTTKK Women’s and Children’s Hospital, Tel: 6337 7646

Temasek Cares – Projek Membina KeupayaanHealthcareAgency for Integrated CareTel: 6603 6800, Email: [email protected]

Temasek Cares – Projek Pembangunan Keupayaanyang Berkeperluan KhasNational Council of Social Service, Tel: 6210 2657

Temasek Cares – SPICE yang menyediakan penjagaanmasyarakat untuk warga tua sebagai alternatif kepadapenjagaan di rumah penjagaan. Model perintis sejakitu telah mendapat pembiayaan dari aliran utama dantelah direplikasikan di tiga lokasi lain. Bagi program-program yang sedang dilaksanakan, TC terusmemantau kemajuan dan hasil mereka. Rakan Kerjadikehendaki untuk mengemukakan laporan tetapmengenai penggunaan dana, pelaksanaan programserta pengeluaran dan penghasilan.

Perbelanjaan Operasi dan Modal berjumlah sebanyak12% daripada jumlah perbelanjaan bagi tahun ini. Iniadalah tidak berubah dari tahun sebelumnya.Perbelanjaan disebab oleh pemindahan TC ke i2Hub.Hab baru ini memenuhi keperluan organisasidermawan dan yang tidak mencari untung yangberlaku kerana ruang dari The Atrium @ Orchard telahdikurangkan. Kami tetap berhati-hati untukmemastikan perbelanjaan operasi didalam garis hadkurang daripada 15% daripada jumlah perbelanjaan.

Melangkah ke hadapan, TC menjangka geranprogram akan meningkat bagi tahun akan datang.Kami akan terus bekerja rapat dengan Rakan Kerjakami untuk mengenal pasti keperluan masyarakatdan melaksanakan program-program yang memberikesan sosial.

Pasukan PengurusanWoon Saet Nyoon, Pengurus BesarKee Kirk Chuen, Penolong Pengurus Besar

Page 27: TC AR2012 Malay

Geran Program

$3.33 juta

Program

15Penerima Bantuan

3,750Ratio Perbelanjaan

12%

Geran Program Jumlah Program Jumlah Penerima Bantuan Ratio Perbelanjaan

Sorotan 3 Tahun 2009 2010 2011

$1.68juta

$3.07juta

$3.33juta

5

15 15

1,200

3,200

3,750

12% 12% 12%

TAHUN KEWANGAN 2011/2012

Page 28: TC AR2012 Malay

Temasek Cares CLG LimitedCo Regn No. 200909154Z

60B Orchard Road #06-18 Tower 2The Atrium@OrchardSingapore 238891Tel: (65) 6828 8752Fax: (65) 6828 8652www.temasekcares.org.sg Dicetak atas bahan mesra alam.