psle malay 2015

15
2 BAHAGIAN A Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 23, diberikan empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu yang betul. Lorek jawapan yang betul dan tulis angka jawapan kamu dalam kertas OAS yang disediakan. IMBUHAN (20 markah) Arahan : Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini. Anda mempunyai kolestrol tinggi? Makanan berlemak boleh membuat saluran darah (1) _____? Orang kurus pun berisiko sakit jantung? (2) _____ yang seperti inilah yang selalu kita (3) _____. Ramai orang takut apabila memperkatakan tentang kolestrol dan mula (4) _____ beberapa langkah untuk mengurangkan paras kolestrol dalam badan. Namun, (5) _____ takut mengenai kolestrol akan terus menghantui hidup anda seandainya anda tidak (6) _____ cara hidup sihat. Anda hanya perlu mempraktikkan cara (7) _____ sihat atau bertukar kepada diet yang (8) _____ serta menjalani kehidupan aktif untuk mengawal paras kolestrol sekali gus mengawal berat badan. Dua perkara ini nampak senang tetapi tidak mudah untuk dilakukan. Apatah lagi, Singapura mempunyai pelbagai juadah jenis (9) _____ dan bersantan yang menjadi kegemaran ramai. Sungguhpun begitu, (10) _____ usaha anda agar dapat menghindari makanan yang berlemak! Sudah pasti hidup anda akan menjadi lebih sihat. 1 (1) disumbat (2) menyumbatkan (3) penyumbat (4) tersumbat 2 (1) Berkeluh (2) Keluhan (3) Mengeluh (4) Pengeluh 3 (1) dengari (2) mendengar (3) pendengaran (4) terdengar 4 (1) ambilan (2) diambil (3) mengambil (4) pengambilan 5 (1) berasa (2) dirasakan (3) merasakan (4) perasaan 6 (1) amalan (2) beramal (3) mengamalkan (4) pengamal 7 (1) makanan (2) memakan (3) pemakanan (4) termakan 8 (1) imbangan (2) keimbangan (3) pengimbangan (4) seimbang 9 (1) bergoreng (2) digoreng (3) menggoreng (4) penggorengan 10 (1) bertingkat (2) peningkatan (3) setingkat (4) tingkatkan (lihat halaman sebelah)

Upload: sueidah-abakar

Post on 12-Jul-2016

202 views

Category:

Documents


32 download

DESCRIPTION

bahasa melayu

TRANSCRIPT

Page 1: Psle Malay 2015

2

BAHAGIAN A

Setiap item, dari SOALAN 1 hingga SOALAN 23, diberikan empat pilihan. Hanya satu daripada empat pilihan itu yang betul. Lorek jawapan yang betul dan tulis angka jawapan kamu dalam kertas OAS yang disediakan.

IMBUHAN (20 markah)

Arahan : Pilih perkataan yang paling sesuai bagi setiap tempat kosong dalam petikan

karangan di bawah ini.

Anda mempunyai kolestrol tinggi?

Makanan berlemak boleh membuat saluran

darah (1) _____? Orang kurus pun berisiko

sakit jantung? (2) _____ yang seperti inilah

yang selalu kita (3) _____.

Ramai orang takut apabila

memperkatakan tentang kolestrol dan mula

(4) _____ beberapa langkah untuk

mengurangkan paras kolestrol dalam badan.

Namun, (5) _____ takut mengenai kolestrol

akan terus menghantui hidup anda seandainya

anda tidak (6) _____ cara hidup sihat.

Anda hanya perlu mempraktikkan cara

(7) _____ sihat atau bertukar kepada diet yang

(8) _____ serta menjalani kehidupan aktif untuk

mengawal paras kolestrol sekali gus mengawal

berat badan.

Dua perkara ini nampak senang tetapi

tidak mudah untuk dilakukan. Apatah lagi,

Singapura mempunyai pelbagai juadah jenis

(9) _____ dan bersantan yang menjadi

kegemaran ramai. Sungguhpun begitu,

(10) _____ usaha anda agar dapat

menghindari makanan yang berlemak!

Sudah pasti hidup anda akan menjadi lebih

sihat.

1 (1) disumbat (2) menyumbatkan (3) penyumbat (4) tersumbat 2 (1) Berkeluh (2) Keluhan (3) Mengeluh (4) Pengeluh 3 (1) dengari (2) mendengar (3) pendengaran (4) terdengar 4 (1) ambilan (2) diambil (3) mengambil (4) pengambilan 5 (1) berasa (2) dirasakan (3) merasakan (4) perasaan 6 (1) amalan (2) beramal (3) mengamalkan (4) pengamal

7 (1) makanan (2) memakan (3) pemakanan (4) termakan

8 (1) imbangan (2) keimbangan (3) pengimbangan (4) seimbang

9 (1) bergoreng (2) digoreng (3) menggoreng (4) penggorengan

10 (1) bertingkat (2) peningkatan

(3) setingkat (4) tingkatkan

(lihat halaman sebelah)

Page 2: Psle Malay 2015

3

PERIBAHASA (10 markah) Arahan : Pilih peribahasa atau makna yang paling sesuai bagi setiap item dalam

petikan karangan di bawah ini.

Kassim dan Nizar bersahabat karib

sejak di bangku sekolah lagi. Mereka

berkongsi minat yang sama dan mendalam

terhadap pelajaran Sains. Mereka juga

gemar bermain kereta Hotwheels yang

mereka reka sendiri.

Setelah tamat pengajian di

politeknik dalam bidang kejuruteraan,

Kassim dan Nizar bercadang membuka

sebuah bengkel kereta. Mereka mahu

mempraktikkan pengetahuan mereka

dengan sebaiknya. Oleh itu, mereka telah

(11) kerja keras bermati-matian untuk

memperhalusi selok-belok memperbaiki

kereta dan menghadiri beberapa kursus

khas mengenai cara-cara memulakan

perniagaan dalam bidang ini.

Kedua-dua rakan kongsi itu sering

(12) hidup saling bekerjasama untuk

menjayakan perniagaan mereka. Pada

mulanya, Kassim dan Nizar mengalami

kerugian. Namun, mereka (13) tahan hati

dan tidak putus semangat. Mereka yakin

(14) jika mereka tekun dan sabar membuat

sesuatu pekerjaan, akhirnya mereka akan

berjaya juga.

Dengan kecekalan hati dan

semangat yang (15) sangat tekad,

perniagaan mereka mula maju. Mereka

berjaya mencapai cita-cita mereka yang

murni itu.

11 (1) perah tenaga (2) memerah otak (3) banting tulang (4) mengorak langkah

12 (1) bagai isi dengan kuku (2) bagai aur dengan tebing (3) bagai dakwat dengan kertas (4) bagai pahat dengan penukul

13 (1) jujur (2) sabar (3) tabah (4) ikhlas

14 (1) seperti lipas kudung (2) seperti garam jatuh di air (3) air dicencang tiada putus (4) sehari selembar benang, lama-

lama jadi kain

15 (1) tahan uji (2) tajam akal (3) berani mati (4) tolak ansur

(lihat halaman sebelah)

Page 3: Psle Malay 2015

4

KEFAHAMAN (8 markah) Arahan: Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

Semua ibu bapa inginkan anak mereka mendapat keputusan yang

cemerlang dalam peperiksaan. Keputusan yang cemerlang akan menentukan masa

depan yang cerah bagi anak mereka. Ibu bapa juga sanggup menghabiskan wang yang

banyak untuk menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen. Mereka ingin

membantu anak mereka mencapai cita-cita mereka.

Melalui pusat-pusat tuisyen ini, para pelajar mendapat bimbingan dan

latihan tambahan selain apa yang dipelajari di sekolah. Di sekolah, guru-guru tidak

dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya kepada setiap pelajar kerana bilangan

pelajar yang ramai berbanding di pusat-pusat tuisyen yang sedikit jumlahnya.

Tambahan pula, tumpuan guru-guru di pusat tuisyen hanya kepada pengajaran dan

pembelajaran sahaja tanpa melibatkan aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar yang belajar

di pusat tuisyen membayar perkhidmatan yang diperlukan secara bulanan. Jadi, tenaga

pengajar perlu melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Di samping itu, para pelajar boleh memilih sendiri masa belajar yang

sesuai, sama ada pada waktu petang, malam atau pada hujung minggu. Dengan itu,

para pelajar dapat membahagikan masa mengikut jadual harian sekolah atau di rumah.

Pelajar-pelajar yang belajar di pusat-pusat tuisyen lebih berminat untuk

belajar kerana mereka mempunyai matlamat untuk mencapai keputusan yang

cemerlang dan berasa rugi membayar yuran setiap bulan seandainya tidak

dimanfaatkan.

Oleh itu, demi kecemerlangan anak-anak, ibu bapa tidak teragak-agak

untuk membelanjakan wang yang banyak setiap bulan sekiranya anak-anak mereka

lemah dalam sesuatu subjek. Justeru itu, amalan menghantar anak-anak ke pusat-

pusat tuisyen bukanlah sesuatu yang merugikan.

(lihat halaman sebelah)

Page 4: Psle Malay 2015

5

Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 4, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut. 16 Ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat-pusat tuisyen untuk

_____________________.

(1) menghabiskan wang mereka (2) mengisi masa lapang anak mereka (3) mengekalkan keputusan anak mereka (4) menolong anak mereka mencapai impian mereka

17 Menghantar anak-anak ke kelas tuisyen ini berkesan kerana ________________.

(1) pelajar diberikan latihan tambahan (2) pelajar boleh datang bila-bila masa sahaja (3) perkhidmatan tenaga pengajar dibayar setiap bulan (4) pelajar tidak perlu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum

18 Masa belajar di pusat-pusat tuisyen bergantung kepada ___________________.

(1) minat pelajar (2) masa lapang ibu bapa pelajar (3) jadual harian sekolah atau di rumah (4) aktiviti waktu petang, malam atau hujung minggu keluarga

19 Perkataan melaksanakan dalam petikan bermaksud _______________.

(1) memerhatikan (2) melengkapkan (3) mengutamakan (4) menyempurnakan

(lihat halaman sebelah)

Page 5: Psle Malay 2015

6

PROMOSI HARI

KEBANGSAAN

3 BOTOL DENGAN HARGA

$100 (Harga biasa $40 sebotol)

RANGSANGAN GRAFIK ( 8 markah ) Arahan : Teliti brosur yang berikut.

Syarikat kami 100% milik anak Melayu-Islam yang profesional dan

tulus. Suplemen kami dibuat di UK & USA. Suplemen kami diperbuat

daripada bahan semula jadi. Terkenal di Malaysia dan Indonesia.

Produk kami boleh didapati di: A-GO-GO Pharms Pte Ltd

123, Genting Rd, #06-78, S(999123)

Atau di kedai-kedai: Al- Juadah Centre

Toko Warisan Kesihatan

Untuk penghantaran percuma (di Singapura),

Hubungi talian : 61234789

Suplemen Sihat & Berkhasiat Untuk

Diri dan Keluarga Anda Sejak 1973

*Menyokong daya ingatan untuk kanak-kanak dan orang dewasa

OMEGA 3

*Mengekalkan tahap kolestrol baik bagi bagi wanita dan lelaki

Slim Body

*Memecahkan lemak & menurunkan berat badan bagi wanita dan lelaki

IQ WHIZ

Best Joint X-Man

Multi Vitz

* Rumusan khas pelbagai vitamin untuk

kanak-kanak

* Meningkatkan kecergasan dan tenaga bagi kaum

Adam

* Membantu mengekalkan kesihatan sendi bagi

warga emas

Page 6: Psle Malay 2015

7

(lihat halaman sebelah)

Arahan: Berdasarkan brosur di halaman 6, pilih jawapan yang paling sesuai bagi setiap item yang berikut.

20 Brosur ini bertujuan ____________.

(1) memberitahu tentang promosi Hari Kebangsaan (2) memberikan cenderamata SG50 kepada semua pelanggan (3) memperkenalkan syarikat milik anak Melayu-Islam A-GO-GO Pharm (4) memberitahu penduduk Malaysia dan Indonesia tentang A-GO-GO Pharm

21 Suplemen-suplemen A-GO-GO Pharm laris dijual kerana ____________.

(1) dijual oleh syarikat yang professional dan tulus (2) mendapat penghantaran percuma ke luar negara (3) senang didapati di mana-mana sahaja di Singapura (4) diperbuat daripada bahan semula jadi dari UK dan USA

22 Pelanggan yang mahu melangsingkan badan dan memperbaiki kesihatan otak boleh membeli suplemen ____________.

(1) IQ WHIZ dan Best Joint (2) IQ WHIZ dan Slim Body (3) OMEGA 3 dan Multi Vitz (4) OMEGA 3 dan Slim Body

23 Bagi mendapatkan produk A-GO-GO Pharm yang ditawarkan, pelanggan boleh ____________.

(1) menelefon Encik Taha atau melungsuri lelaman (2) melungsuri lelaman atau menelefon talian yang diberikan (3) melawat ke bilik pameran A-GO-GO Pharm atau menelefon Encik Taha (4) melawat ke kedai Al-Juadah Centre atau Toko Warisan Kesihatan atau

menelefon talian yang tertera

Page 7: Psle Malay 2015

8

BAHAGIAN B Dari SOALAN 24 hingga SOALAN 41, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan di Kertas Soalan ini. ______________________________________________________________________ GOLONGAN KATA ( 16 markah ) Arahan : Isi setiap tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan

sepatah perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

bising dentuman lampu meluncur namun sambil sementara sesak terbabas terjadi tiang ungkal

Kejadian itu berlaku semasa Hannan dan abangnya, Aiman,

hendak ke rumah datuk. Abang Aiman suka memandu (24) ____________ bercakap

melalui telefon bimbit. Ayah telah menasihatinya (25) ____________ dia tetap

mengamalkan perbuatan yang melalaikan itu. Abang memang (26) ____________

orangnya.

Kereta yang dipandu oleh Abang Aiman terus (27)

____________ menuju ke suatu simpang yang sibuk. Pada masa itu, jalan raya agak

(28) ____________. Abang Aiman tidak sedar bahawa (29) ____________ isyarat di

simpang itu sudah bertukar kepada merah. Ini menyebabkan kereta yang bertentangan

merempuh kereta mereka.

Hannan terdengar suatu (30) ____________ yang sangat

kuat. Kepalanya begitu sakit. sehingga dia tidak sedarkan diri. Dia tidak tahu apa yang

(31) ____________ selepas itu. Apabila dia sedar, dia dapati dirinya sudah pun

terlantar di atas katil hospital.

(lihat halaman sebelah)

Markah yang diperoleh

Page 8: Psle Malay 2015

9

FRASA ( 8 markah )

Arahan : Isi setiap tempat kosong dalam dialog di bawah dengan frasa yang paling sesuai mengikut konteks. Kemudian, tulis angka jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

Puan Rita

:

Selamat petang.

Penjual Tiket

: Selamat petang, Puan. Boleh saya bantu?

Puan Rita : Saya mahu membeli empat (32) __________________ bagi

perjalanan pada 15 Julai.

Penjual Tiket

: Maksud Puan, Rabu, 15 Julai?

Puan Rita : Ya, dua hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Saya berharap (33) __________________ bersama ibu dan ayah saya di kampung halaman. Sudah lama saya tidak berjumpa dengan mereka. Saudara-mara yang lain juga akan berkumpul di sana.

Penjual Tiket

: Saya pasti akan cuba sedaya upaya. Puan mahu naik kereta api pada sebelah pagi atau malam?

Puan Rita : Kalau boleh, saya mahu menaiki kereta api pada sebelah malam. Pasti lebih cepat dan lancar. Saya tidak mahu membuang masa dalam perjalanan (34) __________________.

Penjual Tiket

Tunggu sebentar ya, Puan. Wah, (35) __________________! Masih ada empat buah tempat kosong untuk keluarga Puan.

Markah yang diperoleh

(lihat halaman sebelah)

(1) pada waktu siang hari (2) nasib Puan memang baik

(3) kad tambang ke kampung (4) dapat menyambut perayaan itu (5) keping tiket kereta api ke Kota Bahru, Kelantan (6) bertuah sungguh Puan kerana dapat beraya di kampung

Page 9: Psle Malay 2015

10

KEFAHAMAN 2 ( 20 markah ) Arahan : Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.

“Awak semua bodoh!” herdik Cikgu Hussin. Murid-murid kelas Cikgu Hussin terdiam

mendengarkan kata-kata itu. Matanya yang terbeliak besar dan wajahnya yang cukup bengis itu

membuat semua murid kecut perut. Setiap orang berasa bingung. Mengapakah Cikgu Hussin

memarahi mereka pada hari itu?

Setahu mereka, semua kerja rumah telah dihantar. Ujian mengejut yang diberi kepada

mereka minggu lepas agak mudah. Mereka tidak ada masalah menyelesaikan kertas ujian itu

walaupun tiada peluang untuk mengulangkaji. Murid-murid Cikgu Hussin yakin mereka telah

lakukan yang terbaik.

Cikgu Hussin masih bermundar-mandir di kelas. Matanya merenung setiap pelajar

yang berada di hadapannya. Dia berjalan ke arah meja guru lalu mengeluarkan kertas untuk

diedarkan kepada murid-muridnya.

“Nah, ini kertas latihan tatabahasa! Selesaikan semuanya. Hantarkannya kepada saya

esok. Siapa lambat hantar, siap kamu. Saya malas nak ajar kamu semua,” suara Cikgu Hussin

semakin meninggi. Dia mencapai begnya lalu keluar dari kelas.

Hafidz menggenggamkan tangannya dengan kuat. Sebaik sahaja gurunya itu keluar,

Hafidz melepaskan rasa geramnya, “ Ah, aku tidak bersemangat langsung untuk buat kertas

latihan ini! ”

Beberapa orang murid menoleh dan memandang Hafidz. Mereka dapat memahami

perasaannya yang marah membara terhadap Cikgu Hussin. Maklumlah, sesiapa sahaja akan

hilang keyakinan apabila sering dilontarkan perkataan-perkataan yang negatif. Guru mereka itu

tidak pernah berikan kata-kata perangsang yang dapat memberi mereka motivasi untuk berjaya

dalam pelajaran itu.

Bagi Hafidz, guru bahasa Melayunya itu telah membuatnya membenci bahasa

ibundanya sendiri. Kakinya sentiasa berasa berat setiap kali dalam perjalanan ke kelas bahasa

Melayunya. Setiap kali dia masuk ke dalam bilik itu, dia berasa seolah-olah berada di dalam

penjara. Hafidz masih tidak dapat membendung perasaan marahnya yang mengganas di

hatinya. Bukan untuk pertama kalinya, Hafidz melihat jam yang tergantung di dinding kelasnya.

Dia tidak sabar menunggu waktu mata pelajaran itu selesai.

( Dipetik dan diubahsuai daripada cerita Muhammad Khairool Haque, Sekolah Tinggi Pemerintah Bukit Panjang )

(lihat halaman sebelah)

Page 10: Psle Malay 2015

11

Arahan : Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.

36 Mengapakah pelajar-pelajar Cikgu Hussin berasa takut melihatnya? (2 markah)

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

________________________________________________________________

37 Apakah yang membuat pelajar-pelajar Cikgu Hussin berasa bingung

dimarahi guru itu? (2 markah)

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

________________________________________________________________

38 Berikan dua contoh yang menunjukkan penulis tidak suka menghadiri kelas bahasa Melayu. (4 markah)

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

39 Cikgu Hussin bukanlah seorang guru yang baik. Berikan bukti-bukti untuk menyokong pernyataan ini. ( 4 markah )

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(lihat halaman sebelah)

Page 11: Psle Malay 2015

12

40 ‘ ... aku tidak bersemangat langsung untuk buat kertas latihan ini! ’ Beri dua sebab Hafidz berperasaan sedemikian. (4 markah)

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

______________________________________________________________________

41 (a) Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, berikan maksud perkataan-perkataan yang berikut dengan menggunakan tidak lebih daripada lima patah perkataan.

(i) peluang (1 markah)

_____________________________________________________

(ii) berjaya (1 markah)

_____________________________________________________

(iii) membendung (1 markah)

_____________________________________________________

(b) Satu perkataan dalam petikan yang bermaksud memerhatikan dengan

teliti ialah ________________________.

(1 markah )

SELESAI

Markah yang diperoleh

Page 12: Psle Malay 2015

13

PSLE MOCK MALAY LANGUAGE

KUNCI JAWAPAN BOOKLET A

Q 1-10 IMBUHAN

1 2 (menyumbatkan)

2 2 (keluhan)

3 1 (dengari)

4 3 (mengambil)

5 4 (menghantui)

6 3 (pemakanan)

7 4 (seimbang)

8 2 (dipengaruhi)

9 1 (bergoreng)

10 4 (Tingkatkan)

Q11-15 PERIBAHASA

11 2

12 4

13 2

14 4

15 2

Q16-19 KEFAHAMAN 1

16 4

17 1

18 3

19 3

Q20-23 RANGSANGAN GRAFIK

20 1

21 4

22 2

23 4

BOOKLET B

Q24-31 GOLONGAN KATA

24 sambil

25 namun

26 ungkal

27 dipandu

28 sesak

29 lampu

30 merempuh

31 dentuman

Q32-35 FRASA

32 6

33 4

34 2

35 3

Page 13: Psle Malay 2015

14

Q36-41 KEFAHAMAN SUBJEKTIF

36

Semua kerja rumah telah dihantar. (1m) Mereka tidak ada masalah menyelesaikan kertas ujian yang

diberikan secara mengejut. (1m)

37

Dia berjalan mundar-mandir di hadapan kelas (1m) Matanya merenung setiap pelajar yang berada di hadapannya.

(1m)

38

Kakinya sentiasa berat setiap kali dia hendak ke kelas Bahasa Melayu. (2m)

Dia berasa seperti berada dalam penjara ketika dalam kelas Bahasa Melayu. (2m)

Dia sering melihat jam untuk melihat bila akan berakhir kelas bahasa Melayunya. (2m) (Pilih dua jawapan sahaja)

39

a) Cikgu Hussin garang (2m) - Merenung muridnya dengan tajam (2m) - Memarahi pelajar-pelajarnya tanpa sebab (2m) - Pelajar-pelajarnya hanya diam dan tidak berani berbuat bising

walaupun dia telah keluar dari kelas (2m) - Mereka tidak bersuara/membantah apabila diherdik oleh Cikgu

Hussin tanpa sebab (2m)

b) Cikgu Hussin tidak berhati perut (2m) - Berikan tugasan tanpa penerangan (2m) - Memarahi pelajar-pelajarnya tanpa sebab (2m) - Mengatakan dia malas untuk mengajar pelajar-pelajarnya (2m)

Pilih mana-mana dua jawapan / jawapan lain yang munasabah

40

a) Pelajar-pelajar akan membencinya (2m) -Mereka akan mula membenci mata pelajaran yang diajarnya / tidak

berminat untuk mempelajari Bahasa Melayu (2m) b) Moral/keyakinan pelajar akan terjejas (2m) -Keputusan mereka akan merosot (2m) Pilih mana-mana dua jawapan / jawapan lain yang munasabah.

41 a (i) menusuk / mencucuk / melukai

(ii) kesempatan / kelapangan

(iii) menahan / menghalangi / merintangi

b genggaman

Page 14: Psle Malay 2015

15

Tips untuk pelajar

Panduan Menjawab Soalan Rangsangan Grafik

1 Baca arahan dengan teliti.

2 Kemudian, lihat brosur yang diberikan dengan teliti. Fahamkan ianya tentang apa.

3 Buat penyusun grafik berkenaan brosur itu. Kamu juga boleh buat anak panah untuk menandakan beberapa perkara utama tentang brosur itu. Contoh : Apa yang cuba dipromosikan? Mengapa diadakan promosi tersebut? Siapa yang bertanggung jawab mengadakan promosi tersebut?

4 Setelah itu, baca soalan yang tertera di halaman selanjutnya.

5 Cuba kamu tukarkan ayat-ayat yang perlu dilengkapkan menjadi ayat tanya untuk memudahkan kamu memahami dan mencari jawapan yang diperlukan. Contoh : Brosur ini diedarkan dengan tujuan ______________. Apa tujuan brosur ini diedarkan?

6 Selanjutnya, serlahkan kunci perkataan dalam ayat-ayat tersebut dan cari pula perkataan yang sama itu dalam brosur.

7 Baca semua pendaya yang diberikan dalam setiap soalan yang diberikan.

8 Pangkah pendaya-pendaya yang tidak sesuai dan luar daripada skop jawapan yang diperlukan.

9 Tulis jawapan yang kamu pilih berdasarkan pemahaman kamu terhadap brosur dan pilihan pendaya yang paling tepat dengan soalan yang diajukan serta kunci perkataan yang telah diserlahkan di kertas soalan.

10 Semak dan baca sekali lagi soalan yang diajukan. Setelah kamu pasti akan jawapan kamu, lorekkan jawapan kamu itu di kertas OAS.

SELAMAT BERJAYA!

Page 15: Psle Malay 2015

16

PANDUAN – GOLONGAN KATA

Panduan Menjawab Golongan Kata

1 Baca petikan karangan sekali lalu.

2 Kemudian, baca pula aneka perkataan yang terdapat dalam kotak di atas petikan karangan tersebut.

3 Golongkan setiap perkataan menjadi 4 golongan kata iaitu Kata Nama, Kata Kerja, Kata Adjektif dan Kata Tugas.

4 Terdapat 8 tempat kosong dalam karangan itu yang perlu diisi dengan perkataan yang paling sesuai mengikut konteks. Tip : Perlu diingati bahawa kelapan-lapan tempat kosong itu perlu diisi dengan 2 jawapan dari golongan Kata Nama, 2 jawapan dari Kata Adjektif, 2 jawapan dari Kata Kerja dan 2 lagi dari Kata Tugas.

5 Cari petunjuk jawapan daripada perkataan sebelum atau selepas tempat kosong itu. Tip :

Sekiranya perkataan yang mendahului tempat kosong itu ialah kata bilangan atau kata kerja transitif, maka jawapan yang dikehendaki akan berbentuk kata nama.

Sekiranya perkataan yang mendahului tempat kosong itu ialah kata penguat, maka jawapan yang dikehendaki akan berbentuk kata adjektif.

Sekiranya perkataan yang mendahului tempat kosong itu ialah kata nama atau kata ganti diri, maka jawapan yang dikehendaki akan berbentuk kata kerja.

6 Selain mencari petunjuk daripada perkataan sebelum atau selepas temat kosong itu, para pelajar juga boleh mendapatkan pembayang jawapan daripada membaca ayat itu sendiri. Tip: Ayat yang terdapat penanda wacana dan terlalu panjang biasanya memerlukan kata tugas untuk menyambung ayat-ayat tersebut. Oleh itu, sekiranya terdapat tempat kosong di bahagian awal penanda wacana atau pertengahan ayat yang panjang, jawapan yang dikendaki akan berbentuk kata tugas.

7 Setelah mengisi tempat kosong dengan jawapan yang sewajarnya, baca petikan karangan itu sekali lagi. Pastikan karangan itu mempunyai makna setelah diisi dengan jawapan yang kamu pilih.

8 Semak ejaan jawapan kamu setelah kamu berpuas hati dengan jawapan kamu itu. Ejaan salah yang merubah makna perkataan asal akan membuat kamu mendapat markah ‘0’ oleh itu, berhati-hati. Contoh : esak menjadi esok.

SELAMAT BERJAYA !