tawazun dalam amal islami

7
TAWAZUN DALAM ‘AMAL ISLAMI Perseimbangan atau tawazun adalah satu kaedah yang penting diambil daripada ajaran Islam. Islam menjadikan tawazun sebagai salah satu daripada matlamatnya yang asasi dalam sistemnya yang lengkap. Tawazun dalam tiga kekuatan Islam menilai secara ‘adil kekuatan insaniyah iaitu kekuatan jasad, kekuatan ‘akal dan kekuatan ruh. Oleh itu perlulah ada perseimbangan dalam ketiga-tiga kekuatan ini. Tawazun antara kebendaan dan keruhanian Islam menghendaki wujud tawazun dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kebendaan dan keruhanian. Tidaklah boleh seseorang itu hanya memberikan penumpuan kepada kemajuan kebendaan hingga lupa terhadap ruhaninya, dan begitulah juga sebaliknya. Tawazun antara daruriyat dan haajat Daruriyat adalah perkara-perkara yang kita perlu manakala haajat adalah perkara-perkara yang kita inginkan. Perlulah ada perseimbangan antara perkara- perkara yang kita perlu dengan perkara-perkara yang kita inginkan. Janganlah kita hanya memenuhi sesuatu berasaskan keperluan sahaja hingga kita meninggalkan keinginan-keinginan jiwa yang tidak berlawanan dengan Islam. Begitulah juga tidaklah boleh kita hanya mengikuti nafsu keinginan yang rakus tanpa memikirkan samada perkara itu kita perlu atau tidak. Oleh itu perlu ada tawazun dalam hidup kita sebagai seorang muslim yang ta’at. Tawazun antara hak dan tanggungjawab Sekiranya seseorang itu hanya ingin menuntut haknya sahaja sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beriman tidak ditunaikan maka keadaan ini tidak ada 37

Upload: azmi-bahari

Post on 29-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

amal islami

TRANSCRIPT

Page 1: Tawazun Dalam Amal Islami

TAWAZUN DALAM ‘AMAL ISLAMI

Perseimbangan atau tawazun adalah satu kaedah yang penting diambil daripada ajaran Islam. Islam menjadikan tawazun sebagai salah satu daripada matlamatnya yang asasi dalam sistemnya yang lengkap.

Tawazun dalam tiga kekuatan

Islam menilai secara ‘adil kekuatan insaniyah iaitu kekuatan jasad, kekuatan ‘akal dan kekuatan ruh. Oleh itu perlulah ada perseimbangan dalam ketiga-tiga kekuatan ini.

Tawazun antara kebendaan dan keruhanian

Islam menghendaki wujud tawazun dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kebendaan dan keruhanian. Tidaklah boleh seseorang itu hanya memberikan penumpuan kepada kemajuan kebendaan hingga lupa terhadap ruhaninya, dan begitulah juga sebaliknya.

Tawazun antara daruriyat dan haajat

Daruriyat adalah perkara-perkara yang kita perlu manakala haajat adalah perkara-perkara yang kita inginkan. Perlulah ada perseimbangan antara perkara-perkara yang kita perlu dengan perkara-perkara yang kita inginkan. Janganlah kita hanya memenuhi sesuatu berasaskan keperluan sahaja hingga kita meninggalkan keinginan-keinginan jiwa yang tidak berlawanan dengan Islam. Begitulah juga tidaklah boleh kita hanya mengikuti nafsu keinginan yang rakus tanpa memikirkan samada perkara itu kita perlu atau tidak. Oleh itu perlu ada tawazun dalam hidup kita sebagai seorang muslim yang ta’at.

Tawazun antara hak dan tanggungjawab

Sekiranya seseorang itu hanya ingin menuntut haknya sahaja sedangkan tanggungjawabnya sebagai seorang yang beriman tidak ditunaikan maka keadaan ini tidak ada tawazun. Inilah salah satu punca yang mengakibatkan penipuan dan kekecohan seperti yang sering berlaku dalam masyarakat. Maka berlakulah putar belit untuk mengambil apa yang dikatakan hak manakala tugas dan tanggungjawab diabaikan.

Atau pun mungkin juga seseorang itu diminta menunaikan tanggungjawab dengan banyak sedangkan hak-haknya tidak diberikan. Ini juga satu penyelewengan. Islam telah menetapkan mesti ada keselarasan antara penunaian tanggungjawab dan penuntutan hak.

37

Page 2: Tawazun Dalam Amal Islami

Tawazun antara realiti dan mithali

Islam juga menghendaki agar ada tawazun antara realiti dengan mitahli. Janganlah kita terlalu inginkan kecontohan yang ideal dan tinggi itu tercapai tanpa melihat dan mengambilkira realiti, hakikat dan kemampuan yang ada dan tanpa dihubungkan dengan tarbiyah yang memakan masa. Ada orang yang hanya bermegah dengan sifat Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam dan jihad generasi di zaman baginda, tetapi hal itu hanya terkurung dalam perbincangan-perbincangan sahaja tanpa diusaha untuk dilahirkan dalam realiti. Pemujaan terhadap mereka secara teori semata-mata bermakna tidak ada tawazun.

Kita perlu berusaha dari masa ke semasa agar kecontohan yang dipersaksikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam dan para sahabat baginda lahir dalam kehidupan kita.

Tawazun antara iman yang ghaib dengan realiti yang zahir

Tidaklah boleh seseorang itu hanya yakin kepada kekuatan yang zahir sahaja dan tidak yakin kepada kekuatan yang ghaib iaitu kekuatan Allah Subhanahuwata’ala. Misalnya apabila kita tengok kepada ilmu dan kebendaan negara-negara barat , maka kita rasa lemah semangat dan kurang yakin terhadap Allah Subhanahuwataala. Ini bermakna tidak ada tawazun.

Sebaliknya, beriman kepada yang ghaib sahaja tanpa memberi nilai kepada kekuatan ilmu pengetahuan dan harta benda juga bermakna tidak ada tawazun. Kita mestilah melahirkan tawazun antara yang ghaib dengan yang nyata.

Tawazun antara kehendak diri sendiri dengan kehendak saudara-saudara muslim yang lain.

Perlulah ada tawazun antara kehendak diri sendiri dengan kehendak saudara-saudara muslim yang lain. Janganlah kita mengambil berat tentang diri sendiri tanpa memperdulikan keperluan muslim yang lain. Begitu juga tidak sepatutnya kita mengutamakan keperluan muslim yang lain sehingga meninggalkan hak-hak diri sendiri.

Dalam sebuah kelompok orang-orang beriman, tidak sepatutnya ada pemisahan antara seseorang individu dengan saudara-saudaranya. Meski pun di sana memang diakui ada perkara-perkara yang tergolong dalam amal fardhi dan ada perkara-perkara yang tergolong dalam amal jama’i, namun sekiranya kita fahami akan hakikat Islam yang sebenar maka tidaklah ada

38

Page 3: Tawazun Dalam Amal Islami

pemisahan antara seseorang individu dengan saudara-saudaranya.

Sebagai contoh, dalam rangka kita memberi makan minum kepada anak-anak, walaupun asalnya tuntutan fardhi tetapi apabila kita lakukan mengikut landasan yang dikehendaki oleh Islam maka itu juga adalah tuntutan jama’i.

Tawazun dari sudut ilmu antara saudara-saudara muslim mukmin yang lain

Dalam sebuah kelompok orang-orang beriman, jika seseorang individu berilmu sedangkan yang lain tidak berilmu, maka ini juga bermakna tidak ada perseimbangan. Tidak sepatutnya seorang sahaja yang menonjol tanpa mencurahkan ilmunya kepada saudara-saudaranya yang lain. Apabila kita ada kemampuan dari segi ilmu, kita perlu menunaikan hak-hak saudara kita yang lain (dengan cara mengajar mereka) agar mereka tidak mundur dalam ilmu pengetahuan.

Tarbiyah perlu ada tawazun

Dalam tarbiyah Islamiyah yang kita jalani, perlulah lahir tawazun. Janganlah seseorang yang sudah sampai ke peningkatan yang baik (atau maksima yang mungkin) membiarkan saudaranya dalam keadaan lemah Islamnya (atau tidak sampai ke peringkat minima Islamnya).

Apabila terlalu banyak jurang di kalangan saudara-saudara mukmin, maka sukarlah untuk melahirkan kelompok orang-orang beriman yang padu. Oleh itu kita perlu jadikan tawazun sebagai satu kaedah untuk melahirkan barisan Islam yang betul-betul kuat dan padu.

Umat yang wasath

Firman Allah Subhanahuwataala:

39

Page 4: Tawazun Dalam Amal Islami

“Begitulah Kami jadikan kamu sebagai ummatan wasathan, umat pilihan agar kamu menjadi saksi atas manusia dan Rasul menjadi

saksi atas kamu.”(2 : 143)

Wasath dalam ayat ini bermakna kuat dan pilihan. Allah Subhanahuwataala menghendaki agar umat wasatha ini mempersaksikan sifat tawazun dan kuat. Syakhsiyah yang tawazun dan tidak ada keterlaluan dalam semua hal perlu dilahirkan seperti dalam pakaian, makan, kenderaan, usaha dan sebagainya.

Tarbiyah kita ingin melahirkan umat wasatha seperti yang telah dipersaksikan oleh Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam. Rasulullah Salallahu’alaihiwasallam telah memperlihatkan sykahsiyah ummah yang tawazun kepada kita. Kita perlu ikut jejak langkahnya secara syumul.

Kaedah tawazun meliputi makhluk lain

Kaedah tawazun juga meliputi perjalanan makhluk-makhluk Allah Subhanahuwataala yang lain. Kalau tidak lahir tawazun antara ribut taufan, panas, sejuk dan seumpamanya, maka akan pincanglah dunia ini. Oleh itu undang-undang tawazun ini meliputi angin, hujan, ribut, gempa bumi, panas, sejuk, malam, siang, hidup, mati, musim sejuk, musim panas, musim bunga, musim buah dan seterusnya.

Begitu juga, bumi, bulan, bintang dan cekerawala yang ada dalam alam ini semuanya patuh kepada undang-undang tawazun yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwataala. Semuanya berfungsi dan berjalan dengan baik.

Quwwah Ijabiah

Kita sebagai insan yang dijadikan Allah Subhanahuwataala, kita berkewajipan menjaga tawazun ini supaya lahir kekuatan yang disebut sebagai quwwah ijabiah atau kekuatan yang positif.

Allah subhanahuwata’ala menghendaki agar insan mempunyai quwwah ijabiah. Dalam kehidupan ini kita tidak boleh menekankan satu segi sahaja dan mengabaikan segi yang lain. Satu sudut ijabi (positif), manakala satu sudut yang lain salbi (negative). Misalnya, kita kuatkan rohani sahaja, tanpa aqli dan jasmani, maka akan berlaku kepincangan. Mestilah kita

40

Page 5: Tawazun Dalam Amal Islami

bangunkan kekuatan yang tawazun antara ketiga-tiga aspek (rohani, aqli dan jasmani) maka barulah lahir quwwah ijabiah.

Manusia sering menzalimi dirinya

Manusia sering menzalimi dirinya. Dia selalu menekankan pembinaan satu kekuatan dan tidak mengambil kisah dengan kekuatan yang lain. Ini satu kezaliman terhadap diri sendiri.

Begitu juga, manusia sering memikirkan hak dirinya sahaja tanpa memberi hak orang lain. Maka berlakulah rampasan kuasa, pencabulan dan perbuatan zalim terhadap hak orang lain. Kerap juga manusia menganggap diri atau puaknya sebagai yang terpilih hingga sanggup memperhambakan orang lain. Dia merampas hak dan memperhambakan orang lain. Dia merampas kebebasan, kemerdekaan, kehormatan dan nilai-nilai hidup orang lain untuk kepentingan diri atau golongannya sahaja. Lebih parah lagi apabila dia sendiri pun tidak ada sifat-sifat yang melayakkannya memiliki hak-hak itu. Apabila tidak ada sifat-sifat yang sepatutnya maka dia akan memperhambakan manusia kepadanya dan bukan kepada Allah Subhanahuwata’ala.

Keadaan di atas akan melahirkan insan yang bersifat negatif atau salbi.

Kerosakan tarbiyah adalah punca tiada tawazun

Keadaan yang negatif seperti yang dinyatakan di atas berpunca daripada tarbiyah yang rosak atau tidak betul. Berpunca daripada pengabaian bahagian-bahagian tertentu dalam tarbiyah. Kadang-kadang perkara ini kita sedar secara teori sahaja tetapi tidak lahir secara praktikal dalam amalan tarbiyah dan kehidupan kita.

Sekiranya terdapat pengabaian ini (tidak terpelihara tawazun) dalam jamaah maka perlu wujud suasana nasihat menasihati. Perlu ada usaha mentawazunkan antara anggota. Lengkap mekengkapi. Apabila ada sahabat yang menegur maka kita ucapkan terima kasih, Alhamdulillah. Misalnya apabila kita melihat seorang dari kalangan kita yang solahnya tidak betul, maka janganlah kita kata atau berbisik dari jauh. Kita hendaklah beritahunya supaya lahir tawazun dalam kehidupan dan akan terhapus rasa buruk sangka.

Kesimpulan

Islam menghendaki agar kita memiliki quwwah ijabiah atau kekuatan yang positif. Jalannya ialah menitikberatkan semua aspek - rohani, jasmani, aqli, kebendaan, kekeluargaan dan kemasyarakatan. Apabila setiap aspek diberikan perhatian yang

41

Page 6: Tawazun Dalam Amal Islami

betul sepertimana yang dikehendaki oleh Islam, maka hidup kita akan bahagia di dunia dan akhirat, InsyaAllah.

42