tawaf dan permasalahannya -...

10
1 TAWAF DAN PERMASALAHANNYA Tawaf merupakan salah satu daripada rukun-rukun haji dan umrah. Dalam bab Haji dan Umrah, istilah rukun merujuk kepada amalan yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji dan umrah. Jika ia tidak dilakukan, haji dan umrah menjadi tidak sah. Tawaf merupakan salah satu daripada kerja-kerja haji dan umrah yang wajib dilakukan sendiri oleh jemaah. Tidak sah mewakilkan orang lain melakukan tawaf bagi pihak dirinya. Jika uzur, jemaah boleh tawaf dengan menaiki kereta sorong. Bakal haji hendaklah mengetahui dengan baik perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat tawaf dan sunat-sunatnya supaya mereka dapat melakukan tawaf dengan sempurna. Jenis-jenis tawaf Terdapat lapan jenis tawaf : 1- Tawaf Haji (Ifadah), 2- Tawaf Umrah, 3- Tawaf Qudum, 4- Tawaf Tahiyyatul Bait, 5- Tawaf Tahallul, 6- Tawaf Wada’, 7- Tawaf Nazar, 8- Tawaf Sunat. Syarat-syarat tawaf 1- Suci daripada hadas besar dan kecil. Sebelum melakukan tawaf, jemaah hendaklah mengambil wuduk dengan sempurna. Jika berlaku persentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita ajnabi (asing), jemaah hendaklah berpegang dengan satu pendapat dalam Mazhab Syafie yang mengatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika ia berlaku dengan sengaja dan timbulnya syahwat. Bagi pasangan suami isteri yang tawaf bersama sambil berpegangan tangan dengan berlapik adalah sah tawaf mereka. Jika timbulnya syahwat, tawaf tersebut masih lagi sah melainkan apabila keluar air mazi kerana ianya membatalkan wuduk. Bagi wanita yang berada dalam keadaan haid, dia hendaklah menunggu sehingga haidnya kering. Apabila haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka

Upload: hoangliem

Post on 07-Feb-2018

229 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

1

TAWAF DAN PERMASALAHANNYA

Tawaf merupakan salah satu daripada rukun-rukun haji dan umrah. Dalam

bab Haji dan Umrah, istilah rukun merujuk kepada amalan yang wajib

dilakukan ketika mengerjakan haji dan umrah. Jika ia tidak dilakukan, haji dan

umrah menjadi tidak sah. Tawaf merupakan salah satu daripada kerja-kerja

haji dan umrah yang wajib dilakukan sendiri oleh jemaah. Tidak sah

mewakilkan orang lain melakukan tawaf bagi pihak dirinya. Jika uzur, jemaah

boleh tawaf dengan menaiki kereta sorong. Bakal haji hendaklah mengetahui

dengan baik perkara-perkara yang berkaitan dengan syarat-syarat tawaf dan

sunat-sunatnya supaya mereka dapat melakukan tawaf dengan sempurna.

Jenis-jenis tawaf

Terdapat lapan jenis tawaf : 1- Tawaf Haji (Ifadah), 2- Tawaf Umrah, 3-

Tawaf Qudum, 4- Tawaf Tahiyyatul Bait, 5- Tawaf Tahallul, 6- Tawaf Wada’,

7- Tawaf Nazar, 8- Tawaf Sunat.

Syarat-syarat tawaf

1- Suci daripada hadas besar dan kecil.

Sebelum melakukan tawaf, jemaah hendaklah mengambil wuduk dengan

sempurna. Jika berlaku persentuhan kulit ketika tawaf dengan lelaki/wanita

ajnabi (asing), jemaah hendaklah berpegang dengan satu pendapat dalam

Mazhab Syafie yang mengatakan tidak batal wuduk jika berlaku persentuhan

kulit dengan lelaki/wanita ajnabi melainkan jika ia berlaku dengan sengaja

dan timbulnya syahwat. Bagi pasangan suami isteri yang tawaf bersama

sambil berpegangan tangan dengan berlapik adalah sah tawaf mereka. Jika

timbulnya syahwat, tawaf tersebut masih lagi sah melainkan apabila keluar air

mazi kerana ianya membatalkan wuduk. Bagi wanita yang berada dalam

keadaan haid, dia hendaklah menunggu sehingga haidnya kering. Apabila

haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka

Page 2: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

2

bolehlah dia melakukan tawaf. Bagi jemaah yang selalu berhadath atau

sentiasa berada dalam keadaan kotor seperti mengidap penyakit kencing

yang sentiasa menitis atau istihadah, sebelum melakukan tawaf hendaklah

membersihkan kotoran. Kemudian membalut tempat berkenaan dengan

kemas, seterusnya berwuduk dan segera melakukan tawaf. Kadar segera

yang dimaksudkan ini tidak termasuk persediaan untuk menutup aurat dan

perjalanan ke masjid. Tetapi bukan kerana makan, berbual dan

seumpamanya. Cara berniat ketika mengambil wuduk bagi kes sebegini

adalah seperti berikut : "Sahaja aku berwuduk untuk mengharuskan tawaf".

2- Suci daripada najis pada pakaian, badan dan tempat tawaf.

Jemaah hendaklah mempastikan, pakaian dan badannya suci daripada najis.

Jika jemaah terpijak tahi burung yang terdapat di kawasan tawaf, maka ianya

dimaafkan dengan syarat tahi burung itu kering dan ianya berlaku tanpa

disengajakan.

3- Menutup aurat sebagaimana di dalam solat.

Semasa tawaf, aurat hendaklah sentiasa ditutup. Bagi lelaki, sekurang-

kurangnya antara pusat dan lutut. Bagi wanita pula seluruh tubuh badannya

kecuali muka dan tapak tangan. Jika aurat terbuka semasa tawaf, jemaah

hendaklah menutupnya dengan segera. Tawaf tidak batal kerana ianya tidak

disengajakan dan segera ditutup. Bagi wanita yang tawaf dengan menaiki

kereta sorong, hendaklah berhati-hati supaya kainya tidak terselak sehingga

menampakkan betisnya.

4- Tawaf hendaklah dimulakan dan disudahi pada sudut Hajarul Aswad.

Jemaah hendaklah memulakan tawafnya pada sudut Hajarul Aswad. Apabila

jemaah menghampiri untuk memasuki ke dalam kawasan penjuru Hajarul

Aswad, maka hendaklah berniat tawaf jika tawaf tersebut selain tawaf haji

(ifadah), umrah dan qudum. Bagi tiga jenis tawaf ini, hukum berniat sebelum

memulakan tawaf adalah sunat.

Page 3: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

3

5- Sewaktu berjalan melakukan tawaf, bangunan Kaabah hendaklah sentiasa

berada di sebelah kiri bahu.

Jika jemaah ditolak akibat kesesakan ketika tawaf sehingga bahunya

terpesong sedikit daripada bangunan Kaabah, maka hendaklah segera

membetulkan segera bahunya itu menghala ke arah bangunan Kaabah. Bagi

jemaah uzur yang tawaf di tingkat atas Masjidil Haram dengan berkereta

sorong secara berupah, waris jemaah tersebut dinasihatkan hadir bersama-

samanya untuk mempastikan syarat mengirikan Kaabah ini dilaksanakan

dengan sempurna oleh orang yang mengambil upah menyorong itu.

6- Berjalan itu dengan tujuan tawaf.

Sepanjang berjalan melakukan tawaf, jemaah hendaklah mengekalkan niat

perjalanannya itu adalah semata-mata kerana tawaf. Terdapat kes jemaah

yang terpisah daripada kumpulannya atau pasangannya, lalu dia berjalan

selepas itu bertujuan semata-mata untuk mencari kumpulannya atau

pasangannya, maka batallah pusingan itu sahaja bukannya semua pusingan.

Jika niat tawafnya masih ada tetapi dalam masa yang sama dia tawaf sambil

mencari rakan-rakan sekumpulannya atau pasangannya, maka pusingan

tawaf tersebut tidak batal.

7- Cukup tujuh keliling dengan yakin.

Jika jemaah ragu-ragu ketika tawaf pada menentukan bilangan pusingan

tawaf, maka hendaklah mengambil jumlah yang terkecil. Contohnya, jika

jemaah ragu-ragu antara 6 atau 7 pusingan, maka dikira masih 6 pusingan.

Jemaah tersebut hendaklah mencukupkan satu lagi pusingan. Jikalau tawaf

dilakukan secara berkumpulan, jemaah hendaklah memakai keyakinan pada

diri sendiri dalam menentukan jumlah pusingan tawaf, walaupun bercanggah

dengan pendapat rakan sekumpulan. Jikalau ragu-ragu berlaku selepas

selesai tawaf, maka ianya tidak memberi mudarat.

8- Tawaf itu hendaklah dilakukan di dalam Masjidil Haram dan di luar

daripada bahagian Kaabah seperti Hijir Ismail dan Syazarawan.

Page 4: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

4

Semasa tawaf, jemaah tidak boleh menyentuh bangunan Kaabah,

kelambunya, Hijir Ismail dan Syazarawan. Begitu juga jemaah tidak boleh

memasuki ke dalam Hijir Ismail ketika tawaf. Bagi jemaah yang tersentuh

perkara-perkara tersebut hendaklah mengulangi pusingan tawaf yang terbatal

itu sahaja. Tetapi tidak mengapa tawaf melalui ruangan antara Maqam

Ibrahim dan bangunan Kaabah.

Sunat-sunat tawaf

1- Tawaf dengan berjalan kaki tanpa memakai alas kaki serta memendekkan

langkah.

Bagi jemaah yang sihat, harus tawaf dengan berkereta sorong tetapi makruh

hukumnya.

2- Beridtiba’, iaitu memakai kain ihram dalam keadaan menutup bahu kiri dan

membuka bahu sebelah kanan bagi lelaki sepanjang tujuh tawaf.

Beridtiba' ini sunat dilakukan pada tawaf yang diiringi selepas itu dengan saie

seperti pada tawaf umrah, tawaf qudum bagi jemaah haji ifrad atau qiran

yang berhasrat melakukan saie haji selepas melakukan tawaf qudum itu, dan

pada tawaf haji (ifadah) bagi yang akan melakukan saie haji selepas itu

(terutamanya jemaah haji tamattu') dan dia ketika itu dalam keadaan

memakai pakaian ihram.

3- Berlari-lari anak bagi lelaki pada pusingan 1, 2 dan 3. Manakala pada

pusingan ke 4 hingga 7, jemaah lelaki hendaklah berjalan macam biasa.

Berlari-lari anak ini juga dilakukan pada tawaf yang diiringi selepas itu dengan

saie seperti pada tawaf umrah, tawaf qudum bagi jemaah haji ifrad atau qiran

yang berhasrat melakukan saie haji selepas melakukan tawaf qudum itu, dan

pada tawaf haji (ifadah) bagi yang akan melakukan saie haji selepas itu

(terutamanya jemaah haji tamattu').

Page 5: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

5

4- Tawaf berhampiran dengan bangunan Kaabah bagi lelaki, melainkan jika

tidak dapat melakukan perbuatan berlari-lari anak. Maka dalam keadaan ini,

hendaklah tawaf berjauhan sedikit daripada bangunan Kaabah. Bagi wanita

adalah afdal bagi mereka tawaf berjauhan daripada bangunan Kaabah.

5- Melakukan istilam (sentuh) Hajarul Aswad kemudian mengucupnya,

meletakkan dahi atasnya dan mengucup tangannya selepas itu. Jika tak

mampu berbuat demikian terutamanya ketika kesesakan pada tempat tawaf,

jemaah hanya disunatkan mengisyaratkan dengan tangan kanan dari jauh

sambil menyebut Bismillah Allahu Akbar kemudian mengucup tapak tangan

tersebut tanpa membunyikan suara. Begitu juga sunat istilam (sentuh) Rukun

Yamani dan mengucup tangannya selepas itu. Jika tidak mampu, disunatkan

isyarat dengan tangan kanan dari jauh sambil menyebut Bismillah Allahu

Akbar dan mengucup kucup tapak tangan tersebut tanpa membunyikan

suara. Namun begitu, pada kedua-dua tempat ini, jemaah hanya dinasihatkan

melakukan isyarat sahaja dan mengucup tapak tangannya itu. Jika jemaah

tetap mahu mengucup Hajarul Aswad, dinasihatkan melakukannya di luar

masa tawaf. Ini kerana cara yang betul untuk mengucup Hajarul Aswad dan

istilam Rukun Yamani semasa tawaf tidak dapat dilaksanakan terutamanya

pada musim haji. Jikalau Hajarul Aswad dilumur dengan minyak wangi, maka

haram mengucupnya dan menyentuhnya bagi jemaah yang berada di dalam

ihram.

6- Membaca doa dan wirid serta menghadirkan hati.

Jika tidak dapat membaca atau menghafal doa-doa atau wirid-wirid yang

tertentu semasa tawaf, maka bacalah ayat-ayat al-Quran, zikir-zikir atau doa-

doa yang lain. Jika semua perkara tersebut tidak dapat dilakukan, maka

tawaflah tanpa apa-apa doa dan wirid. Doa dan wirid ini sunat dibaca dengan

perlahan kerana cara bacaan sebegini sangat membantu menghadirkan

kekhusyukan semasa tawaf.

7- Berturut-turut (muawalat) pada tujuh pusingan tawaf tersebut.

Page 6: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

6

Jikalau batal wuduk semasa tawaf, jemaah hendaklah berwuduk semula dan

menyambung semula pusingan tawaf tersebut pada tempat dia berhenti tadi.

Namun begitu, yang afdalnya dia menyambung semula pusingan tersebut

pada penjuru Hajarul Aswad. Cara ini juga hendaklah digunapakai bagi

jemaah yang berhenti rehat semasa tawaf kerana kepenatan.

8- Tawaf dengan tawaduk dan khusyuk.

Jangan bercakap-cakap ketika tawaf melainkan dalam keadaan yang sangat

memerlukan. Elakkan daripada menyakiti orang lain dengan tolak-menolak

ketika tawaf. Makan dan minum ketika tawaf makruh hukumnya.

9- Melakukan solat sunat dua rakaat setelah selesai tawaf di belakang Maqam

Ibrahim. Pada rakaat pertama, selepas membaca al-Fatihah, baca surah al-

Kafirun. Pada rakaat kedua, selepas membaca al-Fatihah, baca surah al-

Ikhlas. Semasa melakukan solat sunat tawaf, jemaah lelaki hendaklah

menutup semula bahu kanannya kerana idtiba’ ketika menunaikan solat sunat

tawaf adalah makruh hukumnya. Pada musim haji, jemaah tidak dapat

melakukan solat ini berhampiran dengan Maqam Ibrahim kerana kawasan

belakangnya dilalui oleh orang-orang yang sedang bertawaf. Oleh itu, jemaah

hendaklah mengundur ke belakang walaupun sampai ke pinggir kawasan

tawaf. Jika kawasan tawaf dipenuhi dengan orang-orang yang bertawaf,

maka naiklah ke dalam masjid. Selepas menunaikan solat sunat ihram,

berdoalah di belakang Maqam Ibrahim dan juga di Multazam iaitu satu

kawasan antara Hajarul Aswad dan Pintu Kaabah. Seterusnya sunat minum

air zamzam sepuas-puasnya dan membaca doanya.

Page 7: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

7

Pelbagai isu tawaf

1- Melakukan tawaf qudum bagi jemaah yang melakukan haji ifrad atau qiran

adalah sunat. Mereka diharuskan melakukan tawaf qudum selama mana

mereka masih belum lagi berwukuf. Selepas melakukan tawaf qudum,

diharuskan bagi mereka melakukan saie haji. Jika tawaf qudum tidak

dilakukan sehinggalah mereka berwukuf, maka saie haji tersebut wajib

dilakukan selepas mereka melakukan tawaf haji (ifadah).

2- Sah tawaf bagi jemaah yang uzur dengan menaiki kereta sorong dengan

mengikuti syarat-syarat tawaf. Begitu juga sah tawaf bagi yang menyorong

kereta sorong tersebut dalam masa yang sama. Tetapi tidak sah tawaf bagi

jemaah yang bertawaf serentak dengan anak kecil yang didukungnya. Maka

dia hendaklah melakukan tawaf secara berasingan seperti meniatkan tawaf

untuk anaknya terlebih dahulu. Lalu dilakukan tawaf untuk anaknya dengan

didukung. Kemudiannya dia melakukan tawaf untuk dirinya sendiri pula.

3- Terdapat jemaah uzur yang mengerjakan haji dalam keadaan gangguan

fikiran. Kadang-kadang sedar dan dalam masa yang lain tidak sedar pula.

Maka hukum tawaf bagi jemaah ini dikira sah jika ia dilakukan dalam keadaan

sedar.

4- Dalam keadaan yang lain pula, terdapat jemaah yang tawaf secara

bersorong tertidur semasa tawaf. Berhubung dengan wuduk jemaah ini, ia

dikira tidak batal jika ia tidur dalam keadaan tetap papan punggung. Bagi

bilangan tawaf pula, orang yang menyorong disyorkan memaklumkan kepada

jemaah yang disorongnya itu setiap kali sampai ke kawasan penamat tawaf.

Ini adalah untuk memastikan dia menyakini tawafnya cukup tujuh pusingan

walaupun semasa dalam perjalanan menuju ke tempat tamat pusingan tawaf

dia dalam keadaan tertidur.

5- Bagi jemaah yang berulang alik antara penginapannya dengan Masjid

Haram Makkah, mereka mempunyai pilihan sama ada melakukan solat

Page 8: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

8

tahiyyatul masjid atau tawaf tahiyyatul bait ketika masuk ke dalamnya. Jika

dia mahu melakukan tawaf tahiyyatul bait, maka afdalnya dia berbuat

demikian. Sekiranya dia melakukan solat sunat tawaf selepas itu, dia turut

mendapat pahala sunat solat tahiyyatul masjid. Jika dia tidak mahu

melakukan tawaf tahiyyatul bait, maka lakukanlah solat sunat tahiyyatul

masjid.

6- Kadang-kadang ketika melakukan tawaf, muazzin menyeru untuk

ditunaikan solat jenazah. Maka dalam masalah ini, adalah afdal jemaah

meneruskan tawaf jika tawafnya itu tawaf wajib. Jika tawafnya itu tawaf

sunat, adalah afdal dia turut sama menunaikan solat jenazah.

7- Dalam keadaan tertentu, terdapat jemaah wanita yang melaksanakan

tawaf sunat. Belum cukup tujuh pusingan, beliau kedatangan haid dan tidak

sempat melengkapkan tujuh pusingan kerana pulang ke Malaysia. Bagi kes

ini, jemaah tersebut tidak perlu melengkapkan pusingan tawaf dan boleh

pulang ke tanah air tanpa terikat dengan apa-apa hukum kerana ia adalah

tawaf sunat. Ini juga terpakai bagi jemaah haji lelaki yang mengerjakan tawaf

sunat dan tidak sempat menyempurnakan pusingan kerana terpaksa pulang

ke Malaysia.

8- Pada masa kini, terdapat program ziarah ke bandar Jeddah termasuk

Masjid Terapung di tepi Laut Merah. Bagi jemaah yang mahu mengikuti

program ziarah ini, diwajibkan ke atas mereka melakukan tawaf wadak

sebelum memulakan program ziarah ini kerana jarak perjalanan adalah lebih

daripada dua marhalah iaitu 104km.

9- Sebelum jemaah keluar daripada Tanah Haram Makkah selepas selesai

kerja-kerja haji, wajib mereka melakukan tawaf wadak melainkan bagi orang-

Page 9: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

9

orang yang dikecualikan seperti wanita yang sedang berhaid. Tawaf wadak ini

dilakukan setelah semua urusan sudah diselesaikan. Waktu melakukan tawaf

wadak adalah seperti berikut :

i- Hari Jumaat (bagi bas yg akan bertolak antara pukul 2 hingga 3 petang)

Uruf selepas tawaf wadak ialah 4-5 jam. Contohnya, jadual bertolak keluar

dari Makkah pada pukul 2 atau 3 petang, maka jemaah dibolehkan

melakukan tawaf wadak pada pukul 10 pagi.

ii- Hari Sabtu hingga Khamis dan Jumaat (bagi bas yg bertolak selain waktu di

atas)

Uruf selepas tawaf wadak ialah 2-3 jam. Contohnya, jadual bertolak keluar

dari Makkah pada pukul 6 petang, maka jemaah dibolehkan melakukan tawaf

wadak pukul 3 petang.

Sebaik sahaja melakukan tawaf wadak, jemaah terus meninggalkan Makkah

kecuali jika ada hajat-hajat yang tertentu. Antara hajat-hajat yang boleh

dilakukan selepas tawaf wadak adalah seperti berikut :

a- Sejurus selepas tawaf wadak :

i- Menunaikan solat sunat tawaf dan berdoa selepasnya.

ii- Berdoa di Multazam.

iii- Minum air zamzam dan berdoa.

iv- Mengucup Hajarul Aswad jika berkesempatan dan suasana mengizinkan.

v- Menunaikan solat jika bilal telah melaungkan iqamat, atau bilal sedang

melaungkan azan sedangkan ia telah berusaha untuk keluar setelah

melaksanakan tawaf wadak tetapi tidak sempat juga keluar dari Masjidil

Haram dan kawasan sekitarnya yang bersambung saf kerana kesesakan yang

amat ketara lalu iqamat dilaungkan.

Page 10: TAWAF DAN PERMASALAHANNYA - …bimbinganibadathaji.weebly.com/uploads/6/9/4/4/6944788/tawaf_dan... · haidnya kering, hendaklah dia mandi wajib dan mengambil wuduk, maka . 2 bolehlah

10

b- Selepas tawaf (di maktab/penginapan)

i- Makan dan minum sekadar keperluan dalam bilik penginapan di hotel

(maktab).

ii- Qada hajat dalam tandas bilik penginapan, mandi, menukar pakaian

iii- Mengambil beg atau barang yang diletakkan/ditinggalkan dalam bilik

penginapan

iv- Mencari isteri, saudara, waris, rakan yang hilang

v- Mengangkat barang-barang yang hendak dibawa bersama.

vi- Melawat isteri, saudara, waris, rakan yang sakit di hospital/klinik/maktab

(bagi kes kecemasan dan hajat)

vii- Sebarang urusan yg berkaitan dengan perjalanan sama ada ke Jeddah

atau Madinah seperti membeli makanan atau minuman untuk kegunaan

dalam perjalanan dan sebagainya.

viii- Menunggu kenderaan yang lewat tiba kerana kesesakan dan sebagainya

viiii- Mengambil gambar semasa menunggu bas

Bagi wanita yang kedatangan haid, sunat baginya untuk meninggalkan kota

Makkah pergi ke hadapan pintu Masjidil Haram, memandang Kaabah (jika

mampu) dan melambai-lambai tangan dengan perasaan yang sayu.

Inilah sebahagian besar permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan

tawaf yang yang perlu diketahui oleh bakal haji supaya mereka dapat

melakukan tawaf tersebut dengan sempurna.

Penulis : Ustaz Jamalluddin bin Hashim

Pembimbing Ibadat Haji Terengganu